Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Jika TPPA Banyak Manfaat, Mengapa Thailand, Filipina Tak Sertai TPPA? Soal Pakar Ekonomi..

Posted: 11 Jan 2016 08:30 AM PST


Seorang pakar ekonomi negara, Jomo Kwame Sundaran melontarkan soalan mengapa Malaysia begitu berminat untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sedangkan negara-negara seperti Thailand dan Filipina memilih untuk menjauhkan diri.

"Mengapa Thailand tidak berminat? Mengapa Filipina yang begitu rapat dengan Amerika Syarikat, tidak berminat?

"Adakah terdapat begitu banyak manfaat yang Filipina dan Thailand tidak nampak?" soalnya selepas menghadiri forum TPPA 2016, anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia.

Dalam kes Indonesia, jelas beliau, ada yang berhujah bahawa negara itu mempunyai kerajaan yang baru dan ditambah semangat nasionalisme yang menebal menyaksikan mereka menarik diri daripada TPPA.

"Bagi Singapura pula, mereka mempunyai lebih banyak konsesi daripada apa yang terdapat dalam TPPA. Jadi bagi mereka, perjanjian itu tidak membebankan langsung.

"Brunei adalah sebuah negara yang kecil yang tidak cuba untuk membangunkan. Harapan mereka minyaknya akan kekal selama-lamanya.

"Dalam kes Vietnam, mereka telah buat pengiraan Mereka pernah berperang dengan China kira-kira 35 tahun yang lalu, mereka mempunyai banyak masalah dengan China, mereka sangat kecewa dengan kerajaan China, jadi mereka membuat keputusan strategik iaitu bersama Amerika Syarikat," kata bekas pegawai kanan ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu.

Dengan memeterai TPPA, Jomo berkata, Najib akan menguburkan ikrar bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussin yang mahu menjadikan ASEAN sebagai 'zon keamanan, kebebasan dan berkecuali (ZOPFAN).

Menurutnya, bukan menjadi rahsia bahawa agenda utama TPPA bagi Amerika Syarikat adalah untuk mengecualikan China.

"Kita boleh fahami, mengapa Vietnam, bekas seteru ketat Amerika berminat untuk menyertai TPPA iaitu untuk menguatkan hubungan dua hala dengan jiran gergasinya yang sukar itu.

"Tetapi mengapa kerajaan Malaysia begitu berminat untuk menyertai sedangkan manfaat ekonominya adalah meragukan serta risiko yang besar yang terlibat?" soalnya lapor Malaysiakini



Bauksit: 2 Lagi Pegawai Tanah Dan Galian Pahang Ditahan SPRM

Posted: 11 Jan 2016 06:10 AM PST


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah tahanan reman terhadap 2 lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang berhubung isu perlombongan bauksit.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata perintah reman selama 6 hari terhadap suspek yang berusia 51 dan 57 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Aisah Mohamed di Kuantan.

Suspek merupakan antara 6 pegawai PTG yang dipanggil ke pejabat SPRM di Kuantan semalam, untuk memberi keterangan berhubung isu penjualan Borang Pemindahan Mineral (Borang 13D) kepada pengusaha lombong haram.

Borang itu yang disebut sebagai docket oleh penduduk setempat, dikeluarkan PTG dengan bayaran RM1, namun siasatan SPRM mendapati ia dijual pada harga antara RM150 dan RM200 setiap satu.

Penahanan terbaharu ini menjadikan jumlah mereka yang ditahan SPRM dalam isu ini kepada 9 orang terdiri daripada 6 pegawai PTG dan 3 orang awam.



Bauksit: KJ Akui Kabinet Lewat Bertindak

Posted: 11 Jan 2016 03:33 AM PST


Khairy Jamaluddin mengakui Kabinet 'terlewat' dalam menangani isu perlombongan bauksit di Kuantan sehingga menimbulkan masalah kepada rakyat dan pencemaran alam sekitar.

Menteri Belia dan Sukan itu bagaimanapun berkata, tindakan yang diambil kerajaan ketika ini adalah lebih baik daripada tidak menangani isu itu langsung.

"Mungkin sedikit kelemahan dari pihak kita (kerajaan), terlalu lewat bertindak dalam kes ini. Tetapi, lebih baik ada usaha sekarang daripada tidak ditangani langsung," katanya dalam sidang media di Menara Dato Onn, hari ini.

Mengulas lanjut, Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu turut menyokong keputusan kerajaan yang menangguhkan tiga bulan operasi perlombongan bauksit.

"Pemuda UMNO, kita menyokong keputusan kerajaan moratorium atau menghentikan sementara kegiatan bauksit ini," katanya.

Malah, Khairy turut meminta agar tempoh operasi perlombongan bauksit ditangguhkan sehingga siasatan yang dilakukan SPRM selesai.

"Kita minta dilanjutkan lagi tempoh tersebut sehingga betul-betul dapat penyelesaian yang menyeluruh dari segi soal kesihatan, pencemaran alam sekitar, serta kemalangan yang berpunca daripada lori-lori yang membawa bauksit.

"Kita harap, siasatan yang dibuat oleh SPRM tidak terhenti dalam kalangan pegawai rendah sahaja. Harap ia menyeluruh sampai dalang-dalang ini berjaya ditahan," katanya ~ Free Malaysia Today



Sudahlah Najib!!.. salahkan Anwar Ibrahim kan lebih senang..

Posted: 10 Jan 2016 11:08 PM PST


Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, berkata, faktor-faktor luaran yang di luar kawalan akan mempengaruhi ekonomi negara dan ia bukan kesilapan atau kelemahan negara.

Kata Najib, faktor-faktor itu adalah seperti harga minyak dunia, kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dan kelembapan ekonomi China.

"Semua kena faham ia bukan kesilapan kita, bukan kelemahan kita tetapi faktor-faktor di luar kawalan kita. Sebab itu, apabila kita memasuki tahun 2016 ini, kita mesti beri tumpuan kepada apa yang kita boleh lakukan sebagai sebuah negara, kerajaan dan pentadbiran,"

Bukan kelemahan kita tapi faktor diluar kawalan... satu alasan yang amat dipercayai oleh macai-macai..

Tak ada sesiapapun yang menyalahkan negara dalam isu yang melibatkan ekonomi ini tapi yang dipersalahkan ialah pemimpin yang memimpin negara..

Najib tak perlu menuding jari keberbagai arah macam lagu 'Bangau oh Bangau' itu.. cuma mengaku dirinya telah gagal sebagai Menteri Kewangan..

Nilai ringgit jatuh yang dipersalahkan ialah kejatuhan harga minyak dunia.. tapi jika kita bandingkan nilai matawang kita dengan nilai matawang negara Brunei yang bergantung sepenuhnya terhadap eksport minyak.. mengapa nilai matawang kita yang menurun tetapi nilai matawang Brunei tidak?

Begitu juga dengan Arab Saudi.. secara lojik jika apa yang Najib kata itu benar kenapa harga atau bayaran untuk menunaikan Haji atau Umrah itu meningkat..

Sedangkan sepatutnya jika kejatuhan harga minyak menyebabkan nilai ringgit susut nilainya, nilai matawan Arab Saudi juga sepatutnya menyusut dan harga untuk menunaikan Haji atau Umrah tidak meningkat..

Kalau kenaikkan kadar faedah Amerika Syarikat dan kelembapan ekonomi China dijadikan alasan.. mengapa nilai matawang Thailand tidak menyusut sebagaimana nilai ringgit.. begitu juga dengan nilai matawang Singapura..

Kenapa Singapura yang kecil itu boleh mengekang kemuncupan ekonomi biarpun mereka boleh dikatakan bergantung sepenuhnya kepada ekonomi dunia.. tetapi Malaysia tidak?

Ekonomi Singapura, Indonesia dan Thailand juga terdedah dengan faktor luaran dan global tetapi kenapa kemuncupan ekonomi Malaysia lebih teruk?

Sudahlah Najib!!.. salahkan Anwar Ibrahim kan lebih senang..

Laporan berkaitan..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, faktor-faktor luaran yang di luar kawalan akan mempengaruhi ekonomi negara dan ia bukan kesilapan atau kelemahan negara. 
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata faktor-faktor itu adalah seperti harga minyak dunia, kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dan kelembapan ekonomi China. 
"Kita sekarang berdepan dengan keadaan mencabar. Soal ekonomi berlegar sebagai soal utama dalam kalangan rakyat. 
"Semua kena faham ia bukan kesilapan kita, bukan kelemahan kita tetapi faktor-faktor di luar kawalan kita. Sebab itu, apabila kita memasuki tahun 2016 ini, kita mesti beri tumpuan kepada apa yang kita boleh lakukan sebagai sebuah negara, kerajaan dan pentadbiran," katanya. 
Perdana Menteri berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang pertama bagi tahun ini, di Putrajaya hari ini. 
Hadir sama barisan menteri dan timbalan menteri di JPM, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. 
Pada perhimpunan itu, Najib menjelaskan, kesan penyusutan ketara harga minyak mentah Brent yang menjunam daripada kira-kira AS$100 setong kepada antara AS$32 dan AS$33 setong ketika ini. 
"Sudah tentu sebagai sebuah negara pengeluar minyak, ia memberi kesan kepada kita. Saya telah umumkan kesannya dalam RM30 bilion kekurangan hasil negara. 
"Apabila kita bentangkan bajet, kita letak paras (harga minyak) pada AS$48 setong tetapi sekarang ia menjunam kepada antara AS$32 dan AS$33 setong. Dengan ini, kita perlu 'recaliberated' (pengubahsuaian) pada Bajet 2016," katanya. 
Beliau juga berkata tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat untuk 'normalise'kan (menormalkan) kadar faedah menyebabkan Dollar Amerika lebih kukuh berbanding nilai mata wang di seluruh dunia, termasuk Ringgit. 
Selain itu, katanya, kelembapan ekonomi China juga memberi kesan kepada ekonomi Malaysia. 
Beliau memberikan contoh seperti apabila berlakunya pengurangan pembelian kereta akan menyebabkan kurangnya pembelian tayar, sekali gus mengakibatkan pengurangan pembelian getah ~ Malaysiakini

Bukakah RM30 Billion kekurangan hasil hegara berikutan penyusutan harga minyak itu telah berjaya ditampung melalui GST yang mengaut lebih dari RM30 Billion?



Tarik Diri Lepas Tandatangan TPPA Tunjuk Kebodohan Pemimpin Malaysia

Posted: 10 Jan 2016 09:09 PM PST


Tarik diri selepas menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) belum pernah terjadi, kerana ia akan menyebabkan implikasi yang besar kepada negara, kata Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Mohd Nizam Mashar, penarikan diri itu akan menghilangkan rasa percaya negara luar terhadap Malaysia kerana dilihat seolah-olah tidak mampu membuat keputusan yang muktamad.

"Tidak pernah terjadi dalam sejarah. Ia (tarik diri) menunjukkan kebodohan kita. Siapa suruh tandatangan kalau hendak keluar?

"Implikasinya akan menyebabkan pasaran tidak percaya kepada kita kerana kita tidak mampu membuat keputusan," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian mengulas dakwaan Malaysia diberi klausa pilih keluar dari perjanjian TPP.

Sebelum ini, Ketua Pakar Ekonomi Asian Development Bank Jayant Menon berkata Malaysia satu-satunya negara yang diberi klausa memilih keluar dalam satu surat sampingan kepada perjanjian TPP yang membolehkan negara menarik diri walaupun tanpa cuba meratifikasikannya di Parlimen.

Bagaimanapun, Nizam yang juga Pengerusi Bantah TPPA berkata, jika mahu menarik diri, ia perlu dilakukan pada awal rundingan sebelum menandatanganinya.

Pada masa sama, Nizam turut memberi contoh terdapat negara yang memilih keluar daripada rundingan kerana perjanjian itu tidak menguntungkan mereka sejak awal lagi.

"Termasuk Thailand sendiri. Sebelum tandatangan sudah keluar. Selepas tandatangan tidak (boleh keluar)," katanya seperti dilaporkan akhbar berbahasa Melayu itu lapor The Malaysian Insider



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...