Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ke Mana 1MDB Belanjakan RM1.6 Bilion Sukuknya? Soal Rafizi

Posted: 12 Jan 2016 04:30 AM PST


PKR hari ini mempersoalkan ke mana perginya dana RM1.6 bilion daripada Sukuk Murabahah terbitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya digunakan bagi membiayai kerja pemindahan dan naik taraf beberapa pangkalan tentera.

Menurut setiausaha agungnya Rafizi Ramli, 1MDB menerbitkan sukuk murabahah berjumlah RM2.4 bilion pada 2014 untuk membiayai kerja-kerja tersebut.

Sebelum ini, 1MDB mengakui salah satu pilihan struktur urus niaga yang sedang dibincangkan ialah pembelian ekuiti di dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB).

Naib presiden PKR itu berkata, kenyataan itu selari dengan pengumuman 1MDB yang menjual ekuitinya di dalam BMSB sebanyak 60% kepada konsortium dimiliki bersama syarikat berkaitan kerajaan China.

"Maka persoalan yang paling besar ialah, adakah ini bermakna daripada jumlah RM2.4 bilion yang diperoleh itu, hanya RM800 juta dibelanjakan bagi kerja-kerja pemindahan dan naik taraf pangkalan-pangkalan tentera (jumlah projek keseluruhan RM2.7 bilion tolak jumlah baki bayaran RM1.9 bilion)?

"Ini bermakna sejumlah RM1.6 bilion daripada Sukuk Murabahah yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kerja-kerja itu tidak digunakan bagi tujuan itu.

"Ke mana dana berjumlah RM1.6 bilion ini dan bagi tujuan apa ia digunakan?" soalnya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.



Rafizi berkata, dalam kenyataan 1MDB bertarikh 6 Januari 2016, ia mengakui nilai keseluruhan kontrak pemindahan dan naik taraf pangkalan-pangkalan tentera itu RM2.7 bilion dan sehingga kini, baki pembiayaan yang perlu dikeluarkan 1MDB untuk membayar kontraktor adalah RM1.9 bilion ~ The Malaysian Insider

Kenyataan penuh silalah baca di ( SINI )

Patutlah 'Rumah Mampu Tengok' Naik Bercambah-cambah..

Posted: 12 Jan 2016 02:00 AM PST


Putrajaya tiada kuasa menghalang pemaju daripada membina perumahan mahal berbanding mampu milik kerana Malaysia bukanlah sebuah negara komunis, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, apa yang kerajaan boleh lakukan ialah merayu kepada pemaju disamping membina perumahan mewah tetapi tidak meminggirkan tanggungjawab sosial mereka membina rumah mampu milik.

"Kita tidak boleh kata jangan bina rumah mahal kerana ini bukan negara komunis. Ini negara demokrasi, setiap ahli perniagaan berhak untuk membina rumah apa yang mereka nak.

"Tetapi kita boleh merayu kerana ini adalah agenda nasional. Ada permintaan untuk itu," katanya pada sidang media di bangunan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKKT) di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Sultan Nazrin Shah yang mengkritik pemaju di negara ini kerana hanya suka membina rumah mahal.

Rahman yang bersetuju dengan kenyataan Sultan Perak itu berkata, pemaju bukan sahaja suka membina rumah mewah namun menjadikan satu kewajipan bagi mereka.

"Saya amat bersetuju mereka membina rumah terlalu canggih yang menambah nilai mahal rumah tersebut. "Mereka menjustifikasikan kerana mahu jual gaya hidup," katanya lapor The Malaysian Insider


1MDB: DAP Dakwa Najib Cuba Perdaya Rakyat

Posted: 11 Jan 2016 10:57 PM PST


Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa hutang RM42 bilion 1MDB akan diselesaikan tidak lama lagi dan tanpa menggunakan dana rakyat adalah percubaan jelas bagi "memperdayakan" rakyat, kata pemimpin DAP, Tony Pua.

Rakyat yang celik hal kewangan akan tahu bahawa perdana menteri "berbohong" semasa ucapannya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, semalam, kata Pua yang juga adalah Ahli Parlimen, Petaling Jaya Utara dalam satu kenyataan.

Perkara pertama, kata Pua, realiti adalah bahawa masalah kewangan 1MDB masih jauh daripada diselesaikan.

"Walaupun ada perjanjian dengan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC), penebusan hutang RM18 bilion yang akan ditukar dengan aset itu masih belum selesai.

"Tidak ada kepastian bahawa 1MDB akan dapat membekalkan RM18 bilion dalam bentuk aset untuk menebus jumlah hutangnya dengan IPIC menjelang Jun 2016.

"Malah, perjanjian yang ditandatangani pada Jun 2015 itu hanya berjaya dimeterai oleh kerana kerajaan memberi jaminan tidak langsung kepada IPIC untuk menyelamatkan 1MDB - jika 1MDB tidak memenuhi peranannya, maka cukai rakyat Malaysia akan digunakan untuk membayar ganti rugi kepada IPIC, "kata Pua.

Begitu juga, katanya, penjualan Bandar Malaysia kepada konsortium IWH-CREC yang dianggotai oleh Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering adalah jauh daripada selesai seperti yang didakwa oleh 1MDB.

Beliau berkata perjanjian itu akan hanya dapat diselesaikan pada bulan Jun dengan andaian bahawa semua syarat yang dilampirkan dalam perjanjian itu dipenuhi semua pihak.

"Perkara kedua, sekalipun ia diselesaikan (tetapi ia tidak), mereka menyelesaikan hutang itu dengan dana oleh pembayar cukai," kata Pua.

Beliau berkata keuntungan besar 1MDB daripada penjualan Bandar Malaysia adalah disebabkan oleh pembelian asal daripada kerajaan pada harga yang sangat rendah.

"Najib mungkin juga lupa bahawa beliau telah meluluskan pinjaman kecemasan RM950 juta untuk 1MDB pada Februari tahun lalu, walaupun telah berjanji di Parlimen bahawa kerajaan tidak akan menyelamatkan 1MDB.

"Selain itu, kerajaan menyediakan 1MDB dengan satu lagi surat sokongan untuk meminjam AS$150 juta (RM650 juta) daripada Bank Exim," katanya.

Najib pada ucapannya, semalam berjanji bahawa dana rakyat tidak akan digunakan untuk menyelesaian isu 1MDB.

Sehubungan itu, Pua mencabar Najib untuk mengulangi janjinya sebagai kenyataan kementerian pada sidang khas Dewan rakyat yang dijadualkan pada 26 Januari ini ~ Malaysiakini



Sebenarnya Khairy Tidak Tahu Apa-apa.. - Bekas Pemimpin Pelajar

Posted: 11 Jan 2016 07:10 PM PST


Bekas mahasiswa Fahmi Zainol mendakwa bahawa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak tahu bagaimana rasanya menjadi seorang pelajar yang kelaparan kerana dia dilahirkan dalam golongan 'bangsawan'.

"Sebenarnya Khairy tidak tahu apa-apa. Sejak beliau lahir terus berada dalam golongan "bangsawan", kahwin pula dengan anak Pak Lah (bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi).

"Beliau tidak pernah meminjam duit sewaktu belajar dahulu," kata Fahmi (foto) yang juga ketua Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam satu kenyataan semalam.

Bekas pemimpin majlis pelajar di Universiti Malaya itu mengulas kenyataan Khairy bahawa walaupun terdapat pelajar yang susah namun menteri itu berpendapat tidak ada kes pelajar yang kebuluran.

Walaupun Fahmi bersetuju bahawa tidak semua mahasiswa kebuluran, tetapi menurutnya, majoritinya kelaparan dan memerlukan bantuan.

Oleh itu, katanya, Khairy sebagai seorang menteri, sepatutnya sekurang-kurangnya melahirkan perasaan simpati terhadap apa yang berlaku pada mahasiswa dan bukannya menutup isu itu.

Fahmi mencabar Khairy: "Jika beliau berani, cubalah beliau menjadi mahasiswa Malaysia tahun 2016. Pinjam duit PTPTN, dan jangan dapatkan bantuan duit dari keluarga mahupun kroni." ~ Malaysiakini



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...