Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tun Razak Tidak Bazir Wang Untuk Isteri.. Tapi Najib?

Posted: 14 Jan 2016 07:30 AM PST


Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar menyifatkan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein seorang yang cermat dalam berbelanja.

Menurutnya, Abdul Razak sentiasa berhati-hati menguruskan wang negara, selain tidak berbelanja mewah untuk isterinya, Tun Rahah Noah.

"Beliau sangat berhati-hati tentang wang. Beliau mahu membeli intan replika murah sebagai hadiah kepada Rahah, tetapi orang membawanya ke kedai intan asli dan beliau beritahu orang itu yang beliau tidak mampu membelinya," katanya ketika ditemui FMT di sini, hari ini.

Mengimbau kenangan bersama negarawan itu, Hanif yang juga bekas ADC atau Ketua Keselamatan Abdul Razak berkata, Perdana Menteri itu juga sangat bencikan aktiviti judi.

"Beliau pernah mengarahkan aktiviti perjudian di istana di beberapa negeri dihentikan, malah mengarahkan pihak berkuasa supaya menangkap mereka yang terlibat dalam perjudian itu," katanya.

Sementara itu, anak perempuan kepada rakan rapat Abdul Razak, Tan Sri Taib Andak iaitu Datin Kalsom Taib pula menceritakan, Abdul Razak pernah menyuruh Rahah membayar sendiri tiket penerbangan sehala kerana mengikuti beliau dalam urusan rasmi kerajaan.

"Beliau sangat prihatin dalam menggunakan wang rakyat sehingga dianggap sangat berhemah," katanya ~ FMT



Tun Razak Tidak Selesa Pegang Jawatan PM, Menteri Kewangan Serentak.. Tapi Najib?

Posted: 14 Jan 2016 05:28 AM PST


Tun Razak tidak pernah selesa menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam pada masa yang sama kerana beliau percaya ia bertentangan dengan prinsip sekat dan imbang.

Bercakap di Majlis Memperingati Tun Abdul Razak, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Lin See Yan berkata Perdana Menteri yang kedua itu memberitahu kakitangan Bank Negara bahawa beliau tidak berasa aman memegang portfolio kewangan.

Tun Razak menjelaskan kerana tindakan itu mencabuli prinsip sekat dan imbang.

"Beliau keberatan mengambil-alih portfolio itu selepas menteri Tan Siew Sin meletak jawatan."

See berkata Tun Razak melepaskan amanah itu kepada Tun Hussein seberapa segera yang mungkin.

"Hari ini, orang ramai mengambil mudah apabila Perdana Menteri turut menjadi Menteri Kewangan. Itu salah," katanya.

See turut memuji sikap Tun Razak yang rendah hati dan mendukung prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan.

"Beliau sama-sekali tidak akan bertolak-ansur dengan penyelewengan."

See menambah Tun Razak menganggap dirinya sebagai seorang pemimpin dan bukan seorang ahli politik kerana ahli politik sering bertolak-ansur.

See menambah Tun Razak tidak suka dikelilingi "yes men" dan kumpulan teras menteri beliau tidak pernah gentar menegur kesalahan beliau.

Beliau menambah Tun Razak mengambil-berat pandangan kumpulan teras itu kerana mereka merupakan pakar dalam bidang masing-masing, dan ketika merumuskan dasar beliau akan mengimbangi pandangan mereka dengan apa yang berlaku di lapangan.

Hari ini merupakan ulangtahuan pemergian Tun Razak yang ke-40 ~ FMT



Harga Proton Akan Dinaikkan Selepas Tahun Baru Cina..

Posted: 14 Jan 2016 02:00 AM PST


Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd mungkin perlu menaikkan harga keretanya selepas Tahun Baharu Cina pada Februari ini memandangkan kos mengimport komponen meningkat disebabkan penyusutan ringgit.

"Ringgit kini lebih rendah berbanding setahun lalu, yang mempengaruhi harga komponen import kami," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Harith Abdullah selepas pelantikan pengedar baharu di Petaling Jaya, hari ini.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.3930/4000 berbanding dolar AS, jauh berbeza daripada paras 3.57 semasa didagangkan pada masa yang sama tahun lepas.

Harith berkata Proton berusaha sedaya upaya untuk tidak menaikkan harga sehingga Tahun Baharu Cina bagi membolehkan pelanggannya menikmati kereta baharu pada harga semasa.

Menurut Proton, 20 hingga 30% daripada komponen dalam kenderaannya diimport.

Honda Malaysia menaikkan harga kereta keluarannya sebanyak 2 hingga 3% tahun ini, manakala UMW Toyota Motor mengumumkan syarikat juga akan menaikkan harga produknya sebanyak 4 hingga 16% mulai bulan ini.

Mitsubishi Motors Malaysia juga membayangkan akan mengambil langkah yang sama ~ The Malaysian Insider



Ibrahim Ali Dakwa Tidak Boleh Tidur 50 Jam Kerana Kenyataan DAP..

Posted: 14 Jan 2016 12:28 AM PST


Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menganggap pemimpin DAP Lim Kit Siang sebagai penipu besar kerana menuduhnya meminta pertolongan pada tahun 1974 supaya tidak ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ibrahim berkata, pada tahun itu beliau adalah ketua pelajar di Institut Teknologi MARA (ITM) yang terlibat dalam tunjuk perasaan Baling.

"Dia (Kit Siang) pembohong besar, satu pembohongan besar DAP.

"Dakwaan Kit Siang yang membohong, sepanjang jadi student leader tak pernah jumpa dia. Saya nafi sekeras-kerasnya, dia terdesak dan tidak ada jawapan yang dia nak jawab dan terpaksa kait peribadi. 

"Dia ni kalau tidak boleh jawab soalan akan serang peribadi," katanya kepada Malaysiakini.

Jelas Ibrahim lagi, pada ketika itu, turut ditahan bersamanya adalah bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sembilan rakannya.

Katanya, seingatnya, beliau tidak pernah berjumpa Lim yang pada ketika itu adalah ahli parlimen Kota Melaka.

"Seingat saya, saya tidak ada minta tolong langsung dengan Kit Siang, kalau orang lain saya tidak tahu.

"Saya tidak pernah jumpa dia melainkan kalau ada student lain, sebab ramai yang kena tangkap termasuk Anwar Ibrahim , takut ada orang lain minta tolong," katanya.

Semalam, Kit Siang dalam kenyataannya mendakwa Ibrahim meminta bantuannya ketika mahu ditahan bawah ISA bagi membuktikan DAP bukan parti anti-Melayu atau anti-Islam.

Kit Siang mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan sambutan sinis Ibrahim berhubung penegasan terbaru DAP bahawa mereka bukan parti anti-Melayu atau anti-Islam.

Ibrahim berkata, kenyataan yang dibuat oleh DAP menyebabkan beliau terkejut dan tidak boleh tidur 50 jam.



Rafizi Dedah Skandal RM3.4865 Bilion Pula...

Posted: 13 Jan 2016 10:00 PM PST


PKR mendedahkan skandal terbaharu yang melibatkan kerja-kerja memindahkan dan menaik taraf Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi oleh 1MDB berjumlah RM3.4865 billion.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, jumlah itu melibatkan terbitan sukuk RM2.4 billion yang kononnya dipinjam untuk kerja-kerja menaiktaraf dan memindahkan pengkalan udara.

Manakala, RM1.0865 bilion pula merupakan geran yang diberikan kerajaan Persekutuan kepada 1MDB bagi tujuan pembinaan bangunan gantian dan perolehan peralatan susulan pembangunan semula Sungai Besi.

"Ini bermakna 1MDB telah menggunakan dana awam dalam bentuk geran Kerajaan Persekutuan untuk membiayai kos kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf pengkalan-pengkalan tentera udara yang sebenarnya adalah tanggungjawab 1MDB.

"Lebih teruk lagi, berdasarkan angka-angka ini, jelas bahawa jumlah dana yang telah diperolehi oleh 1MDB dalam bentuk terbitan sukuk sebanyak RM2.4 bilion dan geran Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1.0865 bilion (menjadikan jumlah keseluruhan dana yang diambil bagi tujuan ini mencecah RM3.4865 bilion) adalah jauh melebihi kos keseluruhan projek yang diumumkan iaitu RM2.7 bilion.

"Malangnya, 1MDB sendiri mengakui bahawa hanya RM800 juta yang telah dibayar setakat ini dan RM1.9 bilion masih berbaki.

"Maka, skandal pembiayaan kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf pengkalan udara yang melibatkan 1MDB kini menjadi lebih rumit dan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri perlu menjelaskan perkara ini," katanya menerusi kenyataan media.

Beliau berkata, Perdana Menteri perlu menjelaskan beberapa perkara utama kepada rakyat iaitu:

1. Kenapa Kerajaan Persekutuan meluluskan geran kepada 1MDB sebanyak RM1.0865 bilion sedangkan itu adalah tanggungjawab 1MDB sebagai pertukaran mendapat tanah-tanah Pengkalan TUDM Sungai Besi pada harga yang rendah?

2. Ke mana baki RM286.5 juta jika geran sebanyak RM1.0865 bilion telah dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB tetapi hanya RM800 juta yang diagihkan kepada kontraktor?

3. Ke mana pula dana RM2.4 bilion dari terbitan sukuk yang sepatutnya digunakan bagi menanggung kos projek ini jika bayaran kepada kontraktor sebanyak RM800 juta kini ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan melalui geran?

Rafizi berkata, Najib wajar meminta maaf kepada rakyat kerana mengumumkan dengan bongkaknya bahawa masalah kewangan 1MDB diselesaikan tanpa melibatkan dana rakyat.

Ini kerana, katanya, Ketua Audit Negara sendiri telah mengesahkan bahawa RM1.0865 bilion dana rakyat telah disalurkan kepada 1MDB menerusi geran bagi menanggung kos yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB ~ Free Malaysia Today



Patutlah Nak Sangat Bawa Masuk 1.5 Juta Lagi Pekerja Asing..

Posted: 13 Jan 2016 07:22 PM PST


Keuntungan, berbanding permintaan pasaran, kemungkinan menjadi punca rancangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, kata kumpulan perdagangan memandangkan perniagaan tempatan menghadapi tahun yang sukar dan lebih ramai rakyat Malaysia hilang pekerjaan.

Dua kumpulan majikan terbesar negara dan pekerja sektor swasta jarang mencapai persetujuan apabila kedua-duanya berterusan mencabar tuntutan kerajaan yang industri ini memerlukan 1.5 juta pekerja asing tambahan.

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) biasanya tidak bersetuju dalam semua perkara berkaitan isu buruh.



Tetapi dalam temu bual berasingan, kedua-dua mereka berkata pembekal industri buruh asing bernilai bilion ringgit boleh mempengaruhi kononnya "permintaan" terhadap 1.5 juta pekerja baharu ini.

Ini kerana setiap pekerja asing biasanya memberi pembekal antara RM3,000 dan RM4,000 bagi setiap orang dalam bentuk keuntungan bersih, kata mereka.

Satu lagi yang memberi keuntungan ialah perkhidmatan dalam talian untuk memproses permohonan.

Pengkritik lain bagi rancangan itu seperti Ahli Parlimen Klang Charles Santiago juga membangkitkan kehadiran bekas pegawai kementerian dalam perniagaan sebagai satu tanda industri ini mempunyai pengaruh tidak wajar dalam pelan dan dasar buruh asing secara amnya.

Dan kemudiannya, terdapat sebilangan besar pekerja-pekerja asing tanpa dokumen, yang didakwa kumpulan itu berkemungkinan berjumlah 2.3 juta atau 1 juta bagi setiap pekerja asing sah.

"Jadi persoalannya ialah mengapa tidak menjadikan mereka sah dan menggunakan pekerja yang sudah berada di sini," soal Santiago.

Benarkah ada permintaan?

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, 1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa secara berperingkat dan mereka diperlukan dalam sektor perladangan.

Beliau juga berkata bilangan mereka akan diubah suai dan diagihkan kepada sektor-sektor lain termasuk pembuatan dan pembinaan.

Persatuan Pengeluar Pertanian Malaya (Mapa) menyangkal cadangan sektor itu memerlukan sebanyak 1.5 juta warga asing, mengatakan secara purata hanya terdapat kekurangan 10,000 hingga 20,000 setiap tahun kerana pekerja kembali ke negara asal dan kekosongan perlu diisi semula.

Pengarah Mapa Mohamad Audong menambah, keseluruhan sektor hanya menggunakan antara 350,000 dan 400,000 pekerja pada satu-satu masa.

"Kita juga tidak perlu 1.5 juta pekerja baharu jika dapat menyerap pekerja tanpa izin," kata Mohamad, yang organisasinya terdiri daripada pemain besar dalam perniagaan kelapa sawit seperti Sime Darby, Tabung Haji dan Felda Global Ventures.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, persatuan itu tidak melihat sebarang bukti atau tinjauan yang menunjukkan syarikat Malaysia memerlukan 1.5 juta warga Bangladesh baharu.

"Dengan pasaran yang melebihi permintaan, kami juga ragu-ragu pengambilan yang ramai ini baik untuk kesihatan jangka panjang ekonomi," kata Shamsuddin.

"Kita kini mempunyai 2.3 juta pekerja asing yang sah. Saya ragu-ragu dalam iklim ekonomi sekrang kita boleh menyerap 2.3 juta serta 1.5 juta warga asing tambahan. Pelan ini hanya akan berfungsi jika kita mengusir 1.5 juta pekerja tanpa izin terlebih dahulu. "

Shamsuddin berkata, jika aspek perniagaan dibuang dalam pengambilan pekerja asing, permintaan mereka tidak akan setinggi 1.5 juta.

Pelan ini juga tidak masuk akal memandangkan syarikat-syarikat menghadapi penurunan teruk dalam perniagaan dan pekerja Malaysia ramai diberhentikan kerja.

Tahun lalu 200,000 pekerja diberhentikan kerja dan MEF menjangkakan trend itu berterusan tahun ini.

Kekurangan bukti terdapatnya permintaan daripada syarikat menyebabkan Santiago mengesyaki rancangan itu ditaja syarikat dan pembekal buruh yang terlibat dalam industri ini.

Sebagai contoh, laporan yang mendakwa Synerflux, dikawal bekas menteri dalam negeri Tan Sri Azmi Khalid. Namanya juga berkait dengan Bestinet, sebuah syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menjalankan sistem memproses visa dan menjalankan pemeriksaan biometrik pekerja asing.

Sistem ini digantung pada Januari tahun lalu selepas PKR mengaitkan syarikat itu dengan Azmi dan bekas pengarah Jabatan Tenaga Kerja Datuk Tengku Omar Tengku Bot.

"Tiada siapa tahu bagaimana perjanjian itu ditandatangani dan terdapat kemungkinan pembekal mempengaruhi penjawat awam yang menjalankan urusan tawaran.

"Tiada siapa dapat melihat perjanjian itu dan tidak pernah ada wakil-wakil daripada kesatuan sekerja atau syarikat apabila tawaran ini dibuat."

Melainkan Putrajaya mengeluarkan penilaian kesan keperluan buruh untuk menyokong dakwaannya, akan sentiasa ada kekhuatiran yang rancangan itu didorong ketamakan dan bukan keperluan sebenar, kata Santiago ~ The Malaysian Insider



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...