Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bekas Perdana Menteri Thailand Dibicara Atas Tuduhan Rasuah.

Posted: 14 Jan 2016 10:00 PM PST


Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra akan dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa pada hari ini.

Pendakwaan membabitkan skim subsidi beras yang menelan belanja besar sewaktu pentadbirannya, dan jika disabit bersalah,

Yingluck akan berdepan hukuman penjara selama sedekad, lapor AFP.

Pengharaman itu dan perbicaraan yang berlangsung hari ini akan menumpukan pada pertuduhan bahawa Yingluck gagal mengawal amalan rasuah dalam program subsidi berasnya.

Program yang menelan kos berbilion dollar itu dilihat sebagai tindakan populis untuk membeli sokongan khususnya dari rakyat luar bandar di wilayah utara dan timur laut.

Namun Yingluck mempertahankan polisi itu dengan mengatakan ia adalah usaha untuk membebaskan golongan petani daripada kemiskinan selepas berdekad-dekad dipinggirkan oleh kumpulan elit Bangkok.

Perdana Menteri wanita pertama Thailand itu digulingkan beberapa hari sebelum ketua tentera Prayut Chan-O-Cha mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei 2014.

Menurut pengkritik, perkembangan itu disifatkan sebagai langkah susulan kumpulan jeneral kerajaan dalam usaha melumpuhkan kuasa pemimpin popular tersebut selain mengukuhkan dominasi politik mereka.

Para analisis pula menjangkakan perbicaraan rasuah Yingluck akan digunakan untuk 'menghalalkan' rampasan kuasa selain meningkatkan imej jeneral-jeneral junta sebagai penentang rasuah ~ Malaysiakini


Azilah Fail Permohonan Pengampunan

Posted: 14 Jan 2016 07:19 PM PST


Setahun selepas bekas Cif Inspektor Azilah Hadri disabitkan atas tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, peguamnya akan memfailkan hari ini pemohonan pengampunan dari istana Selangor.

Permohonan tersebut setebal kurang sedikit daripada 1,000 muka surat, dijangka difailkan oleh peguam utamanya,

Hazman Ahmad di Istana Selangor di Bukit Kayangan, Shah Alam pagi ini.

Satu salinan permohonan itu akan turut difailkan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang merupakan anggota lembaga pengampunan negeri.

Azilah dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan.

Azilah kini ditahan di Penjara Kajang menunggu hukuman mati.

Sirul, yang hilang ketika keputusan itu dibuat, kini berada di Pusat Tahanan Imigresen Villawood dekat Sydney ~ Malaysiakini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...