Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Jakim Jawab Isu Miss Tourism World

Posted: 17 Jan 2016 04:30 AM PST


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha menjelaskan kenyataan beliau mengenai pertandingan Miss Tourism World di Melaka disalah tafsir sebuah portal.

Menurutnya, kenyataan yang dipetik sebagai berkata 'yang itu biarlah' berkaitan pertandingan tersebut membawa maksud sidang media diadakan kelmarin memberi tumpuan kepada pengumuman keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK).

"Manakala isu dikemukakan wartawan berkenaan adalah di bawah bidang kuasa negeri," katanya.

Mengulas mengenai penganjuran pertandingan tersebut, Othman berkata, isu tersebut tidak perlu diperbesarkan jika penganjur telah mendapat kebenaran penganjuran.

"Justeru, dalam konteks penganjuran pertandingan berkenaan, Jakim berpandangan pihak berkuasa negeri telah mengambil tindakan yang sewajarnya berlandaskan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di Melaka," katanya ~ Sinar


Presiden Argentina Derma Gaji Kepada Dapur Jalanan

Posted: 17 Jan 2016 02:00 AM PST


Presiden baharu Argentina, Mauricio Macri bakal menderma seluruh gajinya kepada sebuah dapur jalanan di Buenos Aires.

Macri yang memperoleh 61,000 pesos (RM20,400) sebulan akan menyerahkan gajinya kepada sebuah pertubuhan kebajikan persendirian yang menyediakan makanan kepada lebih 1,800 orang gelandangan di Villa Soldati, sebuah kawasan berpendapatan rendah di selatan ibu negara Argentina.

Macri dilaporkan telah membuat perkara yang sama ketika memegang jawatan Datuk Bandar Buenos Aires.

Selepas mengangkat sumpah sebagai presiden pada 10 Disember lalu, Macri telah melaksanakan pelbagai perubahan untuk memulihkan ekonomi Argentina ~ AstroAwani


Najib Perdana Menteri Paling Gagal Dalam Dunia - Bekas Ahli UMNO

Posted: 16 Jan 2016 09:54 PM PST


Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri paling gagal di dunia kerana menjual kepentingan negara kepada syarikat asing demi menyelamatkan 1MDB.

Katanya, Perdana Menteri yang baik tidak akan sanggup menjual harta negara kepada syarikat luar semata-mata bagi menyelamatkan sebuah syarikat.

Perdana Menteri yang baik, kata Anina, perlu sentiasa berusaha membangunkan ekonomi negara dan mencari jalan memyelesaikan hutang yang tidak perlu menjual aset negara kepada pihak luar.

Dia merujuk kepada penjualan loji janakuasa milik 1MDB, Edra Global Energy kepada China General Nuclear Power Corportion dan penjualan 60 peratus saham Bandar Malaysia kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH)-China Railway Engineering Corporation (CREC).

Konsortium IWH-CREC melibatkan pegangan kepentingan 60:40.

"Sekiranya Najib seorang ketua kerajaan yang baik beliau tidak akan menjual harta negara kepada orang asing sebaliknya memikirkan cara membangunkan negara yang diperintah.

Dalam masa sama, Anina menasihatkan Najib supaya berhenti mengheret bapanya, bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak ke kancah kegagalan politik beliau.

"Pertama kali dalam sejarah saya melihat seorang Perdana Menteri yang paling gagal dalam sejarah negaranya berdiri di hadapan rakyat sambil menyatakan "saya bangga menjadi anak bapa saya dan setiap hari saya hidup untuk mengekalkan warisannya".

"Ini sunguh tidak masuk akal saya dan 30 juta rakyat Malaysia yang lain. Persoalannya, kepada siapa Datuk Seri Najib hendak buktikan bahawa beliau berjaya seperti ayahandanya, Tun Abd Razak," katanya.

Perdana Menteri tidak sepatutnya mengunakan alasan mencontohi ayahandanya sebagai cara memujuk hati rakyat, kerana 30 juta rakyat tidak akan memaafkan beliau susulan kegagalannya menyelesaikan isu 1MDB ditambah pula dengan peningkatan kos sara hidup.

"Bagaimanakah DS Najib boleh menangis pada hari memperingati pemergian Tun Razak sambil menyatakan setiap hari beliau hidup dengan mencontohi ayahandanya.

"Saya sama sekali tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa. Tetapi saya bercakap hari ini demi rakyat. Datuk Seri Najib perlu berhenti dari mengheret Allahyarham Tun Razak dalam kancah kegagalan politiknya pada hari ini.

"Ayahanda beliau jauh lebih mulia dan terhormat di hati rakyat dan wajahnya terpahat dalam kenangan indah sebuah negara berdaulat. Datuk Seri Najib langsung tidak mengikut jejak budi ayahandanya," katanya lapor Free Malaysia Today


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...