Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kalau Redha, RM300 Ribu Akan Jadi RM2.6 Billion..

Posted: 18 Jan 2016 08:30 AM PST


Isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut disindir bekas pelakon popular era 80-an, Mr Os.

Mr Os mengaitkan derma RM2.6 bilion dengan pendapatannya sebagai pemandu teksi dalam satu program santai di Temerloh, semalam.

"Sejak saya bawa teksi, saya boleh hantar anak ke Mesir. Belajar. Berapalah agak-agak duit masuk, teksi. Masuk kereta tekan RM3. Apa boleh buat RM3.

"Kalau kita redha, InsyaAllah RM3 boleh jadi RM3,000. InsyaAllah RM3,000 akan jadi RM300,000. Insya Allah RM300,000 akan jadi RM2.6 bilion," katanya yang disambut ketawa hadirin.

Mr Os atau nama penuhnya Mohd Yusof Abdul Hamid bagaimanapun menafikan kenyataan itu ada kaitan dengan politik biarpun dia sebenarnya hadir di program anjuran PAS.

"Saya bukan cerita politik. Saya cerita pasal angka. Bertambah, bertambah jika tidak diusik," katanya yang dipetik Harakahdaily.


MTUC Anggap Saranan Menteri Untuk Berjimat Sebagai Tak Masuk Akal

Posted: 18 Jan 2016 06:49 AM PST


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC), Khalid Atan hari ini membidas saranan menteri yang meminta pekerja mengambil langkah berjimat cermat untuk meneruskan survival kehidupan.

Menyifatkan saranan tersebut sesuatu yang tidak masuk akal, Khalid berkata, ia bukan hanya menyusahkan pekerja dan rakyat khususnya bagi yang tinggal di bandar dan ibu kota.

"Bila kadar minyak meningkat, kita disaran guna kenderaan awam. Bila tambang kenderaan awam naik, kita disaran jangan guna kenderaan awam.

"Bila tol naik, kita disaran guna jalan yang tidak ada tol, jadi buatlah jalan yang tidak ada tol, kita akan guna jalan itu!," katanya dalam Wacana Siri 37: Derita Orang Bandar: Punca dan Penyelesaian di Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini‎.

Kemelut ekonomi yang melanda dunia awal tahun ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Katanya, mereka yang paling teruk terjejas adalah golongan miskin tegar di kawasan luar bandar dan golongan miskin di banda‎r ~ Sinar


Nasharuddin Tantawi Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadap Guan Eng Dan Diperintah Bayar RM10,000

Posted: 17 Jan 2016 11:59 PM PST


Ketua penerangan PAS Nasruddin Hassan hari ini menarik balik artikelnya 2 tahun lalu yang didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata kepada Mahkamah Tinggi, selepas meneliti dokumen yang diserahkan kepada mahkamah, beliau menyesal sekiranya menimbulkan salah faham tersebut. 

Kedua-dua pihak katanya enggan melanjutkan perkara itu, artikel bertarikh 6 Ogos, 2014 yang mengandungi tuduhan tanpa asas terhadap Lim itu ditarik balik.

Dalam artikelnya, Nasruddin membandingkan layanan yang diterima Lim dan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada Pakatan Rakyat berhubung terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai berbilion ringgit dan Lebuhraya Damansara-Puchong (Kidex).

Beliau mempersoalkan serangan yang diterima Khalid berhubung Lebuhraya Kidex sedangkan Lim menerima sokongan terhadap perancangan membina terowong itu.

Beliau mendakwa, projek berkenaan dianugerahkan kepada Consortium Zenith Sdn Bhd melalui runding terus walaupun menerima bantahan lapor The Malaysian Insider


Tapi.. ada orang kata laporan dari The Malaysian Insider ni selalunya kurang tepat.. takpa kita baca pula laporan dari laman web PAS sendiri..



GEORGE TOWN: Perbicaraan kes saman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasharuddin Hassan berakhir dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak memanjangkan lagi isu berkenaan.

Perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bermula sekitar jam 10.45 pagi apabila Hakim, Lim Choong Fong memanggil keduanya ke kamar beliau sekitar 30 minit.

Memulakan perbicaraan, peguam Lim Guan Eng memaklumkan bahawa kedua-dua belah pihak mempunyai kesepakatan berkenaan kes tersebut.

Hakim kemudiannya mengarahkan Ustaz Nasharuddin untuk tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan tersebut.

Nasharuddin antara lainnya menyebut telah bersetuju untuk tidak memanjangkan lagi isu berkenaan.

Hakim kemudiannya bersetuju menerima bahawa kes tersebut diselesaikan dengan kos Guaman sebanyak RM 10 ribu ditanggung oleh pihak defendan.

Nasharuddin ketika ditemui di luar mahkamah berkata, persetujuan dicapai pihaknya selepas Lim mengemukakan bukti dan kedua dua pihak tidak mahu memanjangkan kemelut tersebut.

Menurut beliau, saman dibuat Lim ekoran satu artikel melalui laman Facebooknya yang mendakwa projek Penang Tunnel dibuat tidak melalui tender terbuka.

Tambah beliau, artikel dibuat sekitar April 2014 lalu.

Nasharuddin diwakili peguam Wan Rohimi dengan dibantu peguam Mohd Faizi Che Abu serta Yusfarizal Yussoff.

Antara pimpinan PAS yang turut mengiringi Nasharuddin termasuk Setiausaha PAS Pulau Pinang dan beberapa pimpinan PAS Padang Serai, Kedah, Pemuda dan petugas Unit Amal ~ PAS


Bekas Ketua Wanita UMNO Dakwa Ditawar Sesuatu Untuk Tutup Mulut..

Posted: 17 Jan 2016 10:00 PM PST


Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman mengakui ditawarkan sesuatu untuk menutup mulut dari terus lantang bersuara khususnya membabitkan kritikan terhadap kerajaan. 

Hamidah yang hadir sebagai panel Wacana Perdana Selamatkan Malaysia anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagaimanapun tidak mendedahkan bentuk tawaran yang dinyatakan.

"Jika diberi pilihan antara pemimpin dan parti, saya akan pilih parti, tetapi jika antara parti dan negara, saya lebih utamakan kepentingan negara dari parti.

"Apa yang terjadi (pemecatan dalam Umno) saya reda dan saya sanggup ketepikan kepentingan diri kerana bimbang apa yang berlaku hari ini dan apa yang akan berlaku pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada wacana tersebut.‎

Turut menjadi panel pada wacana tersebut, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

Wacana Perdana Selamatkan Malaysia dianjurkan Perunding Ilmuan di sebuah hotel terkemuka di sini ~ Sinar Harian


Setelah 9 Bulan GST Dilaksanakan Harga Barang Tak Turun, Ahmad Maslan Kata Jangan Marah Dia..

Posted: 17 Jan 2016 06:30 PM PST


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan mempertahankan dakwaannya harga barangan akan turun apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan sejak April lalu.

Kata Ahmad, ketika masih berkhidmat sebagai timbalan menteri kewangan, dia menggunakan kalimah "boleh" berbanding "mesti" turun.

Bercakap di sesi penerangan mengenai Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) di Kuala Lumpur semalam, Ahmad berkata, kenyataan dikeluarkannya dulu sekadar menjelaskan bagaimana harga sesetengah barang akan turut di bawah GST.

Ia, katanya, berlaku kerana perbezaan antara GST dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan ketika itu.

Sebagai contoh, kata Ahmad, buah-buahan dikenakan cukai sebanyak lima peratus mengikut SST tetapi dikecualikan melalui GST.

Begitu juga dengan barangan kegunaan harian - daripada pakaian, perabot hingga bahan binaan - yang dikenakan cukai 10 peratus melalui SST, tetapi hanya enam peratus di bawah GST.

Pada 1 April 2015, katanya, harga kereta turun disebabkan faktor itu.

"Hah, itulah maksud saya. Tetapi pakaian tak turun; kerusi, meja tak turun; perabot tak turun; sofa tak turun; barangan elektrik tak turun.

"Janganlah marah Ahmad Maslan. Marahlah peniaga-peniaga yang tidak menurunkan harga itu.

"Jangan marah Ahmad Maslan. Ahmad Maslan yang kena bantai itu tak salah. Dia menyatakan perkara yang betul dari segi teori GST," katanya.

Tahun lalu Ahmad menjelaskan harga sesetengah barangan akan turun jika GST dilaksanakan di negara ini.

Pelaksanaan cukai itu mendapat kritikan pelbagai pihak - termasuk di kalangan ahli Umno dan BN - namun kerajaan tetap melaksanakannya mulai 1 April 2015.

Dalam majlis hari ini seorang peserta membangkitkan isu berkenaan dan menyatakan penuruhan harga - seperti didakwa Ahmad - tidak berlaku sembilan bulan selepas GST dilaksanakan ~ Malaysiakini


Bukit Bintang, Bangsar Antara Tumpuan Pengganas?.. Ku Nan Disahkan Menipu Oleh Polis

Posted: 17 Jan 2016 04:30 PM PST


Jika orang awam atau pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang membuat dakwaan sebegini rupa, sudah tentu mereka akan disiasat atau diminta memberi keterangan lanjut kepada pihak polis.. tapi mungkin kerana Ku Nan ni pemimpin UMNO ianya tak menjadi kesalahan.

Walaupaun apa yang dikatakannya itu bukan saja merunsingkan penduduk tempatan, malah juga kepada pelancong serta penduduk warga asing yang banyak menetap di sekitar Bangsar, Hartamas, Publika dan Solaris.

Dan secara langsung, dakwaan Tengku Adnan boleh menjejaskan imej negara di kalangan penduduk warga asing serta merencatkan sektor pelancongan negara.

Entah di mana dan bagaimana maklumat diperolehinya, Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor tiba-tiba menyenaraikan beberapa kawasan panas di sekitar ibu negara yang didakwanya akan menjadi sasaran serangan pengganas.

Kawasan-kawasan yang disebutnya ialah Bukit Bintang, Bangsar, Hartamas, pusat membeli belah Publika, Solaris serta juga Curve.

Bagaimanapun pihak polis kemudian meminta orangramai bertenang dan jangan mempercayai kenyataan yang menyenaraikan kawasan-kawasan tertentu sebagai tumpuan serangan pengganas.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menulis di twitternya dengan meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi tentang keadaan keselamatan bandaraya dan negara yang boleh merunsingkan rakyat.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asmawati Ahmad pula berkata, pihak polis tidak pernah menyenaraikan secara khusus tempat-tempat tertentu yang kononnya menjadi sasaran pengganas.

Tambahnya, PDRM juga memandang berat kenyataan-kenyataan seperti itu kerana ia boleh menimbulkan kerunsingan serta ketakutan kepada masyarakat umum.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Tajuddin Md Isa turut menafikan dakwaan bahawa kawasan-kawasan tertentu di ibu negara menjadi sasaran serangan pengganas.

Tiada laporan daripada cawangan khas PDRM mengenai ancaman serangan itu, tegasnya.

Dari segi keselamatan negara, tentulah kita lebih mempercayai kenyataan pihak polis berbanding "gebang" seorang menteri, apatah lagi Tengku Adnan bukanlah menteri yang bertanggungjawab kepada soal keselamatan negara.

Tetapi, apabila Tengku Adnan dengan penuh yakin menyebut tempat-tempat tersebut sebagai sasaran pengganas sambil mengatakan ia berdasarkan risikan yang diterimanya, ia sekurang-kurangnya hendaklah disiasat.

Yang menimbulkan kemusykilan ialah bagaimana Tengku Adnan sebagai seorang menteri dan Setiausaha Agung UMNO boleh memperolehi dan seterusnya tanpa ragu-ragu mendedahkan maklumat seperti itu? ~ Shahbudin




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...