Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Dari Guan Eng Kepada Nasrudin Tantawi.. "Hang Belit Lagi Aku Saman Semula.."

Posted: 19 Jan 2016 01:56 AM PST


Semuanya bermula selepas Nasrudin Hassan menulis artikel enam perenggan selepas kes itu semalam, yang antara lain menegaskan tidak memohon maaf kepada Lim setelah didakwa memfitnahnya.

Tulisan itu bagaimanapun hari ini mengundang rasa tidak puas hati pegawai khas undang-undang ketua menteri Raja Syarafina Raja Shuib.

Kenyataannya yang panjang berjela ini bolehlah disimpulkan sebagai.. kalau Nasrudin belit lagi.. Guan Eng akan saman semula..

Berikut adalah kenyataannya..



Kenyataan Akhbar oleh Raja Syarafina Raja Shuib, Pegawai Khas Undang-undang kepada YAB Lim Guan Eng pada 19.1.2016, KOMTAR

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah menarik balik tuntutan saman fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan PAS merangkap Ahli Parlimen Temerloh, YB Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi ("Defendan") (Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Guaman Sivil No. 23NCVC-15-10/2014) berhubung dengan suatu artikel bertajuk 'Apa Beza Kidex dan Terowong Pulau Pinang' yang ditulis dan dimuatnaik oleh Defendan ke laman Facebook-nya pada 6.8.2014 ("Artikel tersebut").

Penyelesaian damai antara pihak-pihak menerusi suatu Perintah Persetujuan (Consent Judgment) bertarikh 18.1.2016 di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Lim Chong Fong ekoran daripada permohonan penyelesaian dari Defendan dan persetujuan Defendan untuk:-

(a) Defendan menzahirkan kekesalan beliau di hadapan Hakim dan hadirin yang hadir dalam Mahkamah mengenai kandungan Artikel tersebut yang telah mengakibatkan salah faham terhadap YAB KM.

Kenyataan yang diutarakan oleh Defendan dan seperti yang direkodkan oleh pihak Mahkamah yang Mulia serta disahkan kembali oleh Defendan berbunyi seperti berikut -

"Menghadiri perbicaraan hari ini dan setelah meneliti dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah, saya kesal artikel saya mencetuskan salah faham terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihak pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dengan menarik balik artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu yang didapati tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri; dan

(b) Defendan membayar RM10,000 kepada YAB KM sebagai kos.

Memandangkan saya sendiri telah menyaksikan rentetan peristiwa yang membawa kepada penyelesaian damai tersebut di Mahkamah Tinggi semalam, pastinya ramai yang terkilan termasuk saya dengan tindakan YB Ustaz Nasrudin menulis suatu rencana susulan bertajuk 'Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown – Kes diselesaikan di luar mahkamah' yang boleh diakses melalui laman web http://www.pas.org.my/arkib/ketua -penerangan/7338-catatan-dari-mahkamah-tinggi-georgetown-kes-diselesaikan-di-luar-mahkamah.

Samada rencana tersebut ditulis dalam kealpaan atau kecuaian yang disengajakan, YB Ustaz Nasrudin tidak seharusnya memutar-belitkan fakta dan/atau memperlekehkan kebenaran dalam usaha beliau untuk menegakkan benang yang basah. Harus ditekankan disini bahawa:–

(a) walaupun prosiding guaman terhadap YB Ustaz Nasrudin dijadualkan untuk berlangsung semalam dan hari ini, YAB KM masih menerima jalan penyelesaian damai yang dicadangkan oleh pihak Mahkamah. Dalam pada ini, YB Ustaz Nasrudin hanya perlu, antara lain, meminta maaf akibat tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap YAB KM dalam Artikel tersebut;

(b) meskipun YB Ustaz Nasrudin tahu dan/atau patut tahu dari dokumen-dokumen yang difailkan untuk tujuan perbicaraan bahawa Artikel tersebut sememangnya merupakan fitnah beliau terhadap YAB KM, YB Ustaz Nasrudin enggan memohon maaf daripada YAB KM. Malah, YB Ustaz Nasrudin juga sebenarnya enggan untuk menyuarakan kekesalan beliau terhadap salah-faham yang telah dicetuskan akibat daripada Artikel tersebut; dan

(c) andainya YAB KM mementingkan kepentingan dirinya semata-mata dan enggan menerima kenyataan 'kekesalan' daripada YB Ustaz Nasrudin, tidak mungkin penyelesaian damai boleh berlaku sama sekali.

Sekiranya YB Ustaz Nasrudin yakin bahawa Artikel tersebut bukan merupakan fitnah terhadap YAB KM, mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada YAB KM? Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta.

Susulan daripada penjelasan di atas dan sekiranya masih ada putar-belit dalam mana-mana laporan media berhubung dengan penyelesaian damai tersebut, pihak YAB KM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

RAJA SYARAFINA RAJA SHUIB

Pegawai Khas Undang-undang kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang





Rakyat Malaysia Mahu Kes 1MDB Selesai, Kata Zeti

Posted: 19 Jan 2016 12:07 AM PST


Rakyat Malaysia mahu kesimpulan dicapai dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya negara boleh bergerak ke arah usaha pemulihan ekonomi, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada CNBC.

"Semua orang mahukan kesimpulan kes ini, supaya kita boleh terus mara ke depan. 

"Supaya mata wang kita akan mencerminkan asas dengan lebih baik dan kita boleh menangani isu ekonomi lain yang didepani negara ketika ini," katanya dalam satu wawancara yang dimuat naik di laman web saluran perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu, hari ini.



As Asia braces itself for a turbulent year driven by an economic slowdown in China and a slump in commodity prices, Malaysia has an additional headache to worry about: its international reputation.

Since last year, a state-owned investment fund, the 1Malaysia Development Berhad (1MDB), has been embroiled in one of Malaysia's worst political scandals that has left international investors wary. Malaysian authorities, including the central bank, have launched investigations, as have international bodies such as the FBI in the United States, into allegations of misappropriation of funds by 1MDB.

"Everyone wants a conclusion [to the investigations] so that can just move [on]," Zeti Akhtar Aziz, governor of Bank Negara Malaysia, told CNBC, adding there are other important economic issues the country is confronted with.

Speaking exclusively to CNBC Asia's Bernard Lo at the Asian Financial Forum in Hong Kong, Governor Zeti said the bank has completed its investigations. Enforcement actions are being finalized and "will be made known" to the public.

Please continue yours reading HERE

Bauksit: Alasan Macam Ni Pun Ada?

Posted: 18 Jan 2016 10:00 PM PST


Apa punya alasan ni?.. Yang tersurat ini adalah satu alasan bodoh yang diguna untuk menutup kegagalan, yang tersirat.. ini adalah satu alasan untuk memperbodohkan rakyat..

Dalam temu bual yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times semalam, MB Pahang berkata pegawai penguatkuasa negeri tidak berjaya menahan seorangpun pelombong haram kerana mereka melarikan diri semasa serbuan atau mereka menjalankan aktiviti mereka di tengah-tengah malam. 

Adnan juga berkata negeri itu mempunyai sumber yang terhad untuk menghentikan perlombongan haram bauksit yang telah menyebabkan pencemaran dan mendatangkan masaalah kesihatan.

Katanya lagi Pahang hanya mempunyai 18 pegawai penguat kuasa di bawah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk menyelia seluruh negeri dan hanya dapat melaksanakan pemeriksaan 24 jam selama dua bulan.

Patutlah yang kena tangkap tu ikan bilis - ikan bilis saja.. Ikan yu, Ikan paus seekor pun tak dapat ditangkap..

Ikan bilis berenang perlahan, tak pandai lari..berenangpun perlahan.. tapi Ikan jerung berenang laju, kalau ditangkap meronta-ronta pulak tu.. kalau pergi menangkapnya dengan bot yang kecil mungkin karam bot tu..

Apapun.. memang bodoh alasan yang diberikan oleh MB Pahang itu.. kalau Pegawai Penguatkuasa gagal menahannya kenapa tidak diminta bantuan pihak Polis?

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR, Jan 18 — Pahang Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob has sought to explain his state's perceived inaction over the bauxite mining crisis there, insisting that his administration was doing all it can against the environmental menace. 
In an interview published by the New Straits Times today, Adnan said state enforcement officers have not arrested a single illegal miner because they ran away during raids or conducted their activities in the middle of the night. 
Adnan also said the state has inadequate resources to halt the lucrative illegal bauxite mining that has since snowballed into a major pollution and health problem, pointing out that Pahang only has 18 enforcement officers under the Land and Mines Office (PTG) to oversee the entire state and was only able to implement round-the-clock checks for two months. 
"The state lacks manpower, with federal assistance, enforcement is effective. It is not that we procrastinated or delayed (enforcement) but it was just beyond our capacity. 
"When we fully enforced with our limited resources for two months, the result was positive at first… then slowly we saw the repercussions. We even lost one of our PTG officers who died in an accident after his shift ended at 2am," he said in the interview . 
Asked about the Pahang state government's relative inaction on the bauxite mining problems, Adnan said he did not want to "play the blame game" but noted that all enforcement agencies except for the PTG fell under the federal government's jurisdiction. 
He said that he had initially not sought the federal government's help as he wanted the state government to solve the issue on its own capacity, but the problem was "just so big" and could not be controlled as industry players ignored the state's advice and law enforcement. 
"The delay (in enforcement) was not really intended but it was just beyond us… luckily the Federal Government decided to assist us in the form of the moratorium. Hopefully, we can together come up with a new set of rules and regulations to regularise bauxite mining," said Adnan, referring to a minimum three-month ban against bauxite mining in Pahang. 
Adnan said that current law means that enforcement action can be taken under the National Land Code for illegal bauxite mines on private land, while Pahang can only raid illegal mines that are on state land. 
"If it is on state land, we can just raid the area but in most instances, when we go on raid the operators run away. In a way, it sounds odd that you can't take action against the illegal miners because they run away, but that is really the case," he said, adding that Pahang may probably seek to arrest the culprits together with the aid of police and other agencies. 
Pressed on the impossibility for the state authorities to have missed the existence of over 200 illegal bauxite mines there, Adnan cited the example of Bukit Goh where miners went ahead with their activities despite being told to first obtain the approval of Felda and the state. 
Using this example, he acknowledged that the state had "failed somewhere along the chain" and that some parties must have been "compromised" as the problem would otherwise have come under control. 
- See more at The Malay Mail

Nak kata apa lagi?.. Orang kata pemimpin yang bodoh dipilih oleh tangan-tangan yang bodoh.. kalau kita kata MB Pahang tu bodoh.. pengundi yang memilihnya tentu lebih bodoh kannnn?


Kertas Siasatan SRC Dan RM2.6 Bilion Dipulangkan Kepada SPRM

Posted: 18 Jan 2016 07:47 PM PST


Setelah berbulan-bulan SPRM siasat.. diserahkannya kertas siasatan itu kepada pejabat Peguam Negara..

Pejabat Peguam Negara pula setelah dipersoalkan mengapa masih tiada tindakan oleh pelbagai pihak termasuk Tun Mahathir.. kembalikan semula kertas siasatan itu kepada pihak SPRM..

"Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, jabatan ini pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM,"

Ha.. ha.. ha.. depa buat macam main bola pulakdah.. pakat lawan passing pulak.. siapa nak score goal entahlah..

Ni semua taktik melambat-lambatkan proses ni..

Laporan berkaitan..

Pejabat Peguam Negara hari ini mengumumkan kertas siasatan berhubung isu SRC International dan "derma" RM2.6 bilion dikembalikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu kenyataan berkata ia bagi mendapatkan penjelasan daripada SPRM. 
"Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, jabatan ini pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM," kata kenyataan tiga perenggan itu. 
"Jabatan ini juga mengarahkan agar kertas-kertas siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat." 
Pada 31 Disember, SPRM berkata ia sudah menghantar kertas siasatan itu kepada peguam negara selepas mengambil keterangan hampir 100 individu termasuk penderma RM2.6 bilion. 
SPRM bertanggungjawab menyiasat dana RM4 bilion daripada SRC, dan bukan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengecam Apandi dengan meramalkan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap siasatan SPRM itu. 
Apandi membidas Dr Mahathir dengan berkata beliau akan membuat keputusan tanpa takut dan pilih kasih ~ The Malaysian Insider

Faham-fahamlah yaa..  susah pihak Pejabat Peguam Negara nak ambil tindakan tu...




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...