Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Isteri Perdana Menteri Disiasat Kerana Salah Guna Dana Awam...

Posted: 01 Jan 2016 10:30 PM PST


Al Jazeera melaporkan..Sara Netanyahu, isteri kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah disoal siasat oleh polis atas dakwaan menggunakan wang rakyat untuk perbelanjaan peribadi.

Wanita pertama Israel itu tiba di Unit Polis Anti Rasuah Israel di tengah bandar Lod, timur Tel Aviv, pada hari Khamis, untuk menjawab soalan mengenai sama ada dia menggunakan dana negeri untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan dan perabot baru untuk rumah peribadi pasangan itu di bandar pantai yang eksklusif Caesarea.

Beliau juga disyaki telah menggunakan wang pembayar cukai untuk membayar untuk rawatan arwah ayahnya semasa dia tinggal di kediaman rasmi Jerusalem , menurut satu laporan agensi berita DPA .

Siasatan dilakukan berikutan laporan oleh pemerhati rasmi kerajaan yang mendedahkan secara terperinci perbelanjaan yang besar oleh pasangan Yahudi itu..

Wanita Pertama Yahudi itu turut dipersoalkan kerana sering berbelanja meewah dan bersikap kurang ajar terhadap kakitangannya.


Berikut adalah laporannya..

Sara Netanyahu, the wife of Israel's Prime Minister Benjamin Netanyahu, has been questioned by police over allegations of using public funds for private expenses.

Israel's first lady arrived at the anti-corruption unit of the Israeli police in the central town of Lod, east of Tel Aviv, on Thursday, to answer questions on whether she used state funds to finance maintenance work and new furniture for the couple's private home in the exclusive coastal city of Caesarea.

She is also suspected of having used taxpayers' money to pay for her late father's care while he was living at the official Jerusalem residence, according to a DPA news agency report.

Allegations over excessive lifestyle

The investigation follows a report by the state's official watchdog that detailed large sums of public money the couple spent.

Just last week, Israeli media reported that the Netanyahus asked for state funds to cover the cost of food for Kaiya, their adopted dog which bit two guests at the prime minister's Hanukkah party earlier this month.

The Netanyahus have long faced scrutiny over their spending and accusations that their lifestyles are out of touch with regular Israelis.

The Israeli first lady has come under fire for her expensive tastes and alleged abusive behaviour toward staff.

The Netanyahus say they are the victims of a media witch-hunt and have denied any wrongdoing.

The prime minister says political opponents cynically target his wife as a way to get even with him ~ Al Jazeera

Kat negara Yahudi tu.. tapi di sebuah negara Islam tu lain pulak jadinya.. berbelanja mewah melebihi pendapatan suaminya pun tak apa...


Teruk Sangat Harga Getah Sekarang, Harap Wakil Rakyat Turun Tengok Kesusahan Rakyat..

Posted: 01 Jan 2016 08:30 PM PST


Akibat kejatuhan harga getah melampau, masyarakat yang mengharapkan pendapatan sepenuhnya sebagai penoreh getah perlu menerima kenyataan bahawa mereka kini berdepan dengan masa depan tidak menentu dan tergolong dalam miskin tegar.

Apa tidaknya, dalam keadaan kegawatan ekonomi dan kenaikan harga barang, rata-rata masyarakat di Baling yang majoritinya penoreh getah pastinya begitu terkesan dengan kejatuhan mendadak harga komoditi itu.

Perkara itu dapat dibuktikan berdasarkan sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling yang mendedahkan permohonan bantuan sara hidup meningkat dari 10 peratus kepada 30 peratus sejak kebelakangan ini gara-gara tidak lagi berupaya bergantung kepada getah.

Lebih membimbangkan, paras harga sekilogram getah di Malaysia masih belum berupaya untuk mencecah harga sekilogram gula, sekaligus menimbulkan persoalan apakah nasib penoreh di negara ini akan berakhir tanpa pembelaan sewajarnya?

Dalam laporan beberapa portal berita minggu lalu, mereka mendakwa negara jiran khususnya Thailand, negara dihimpit masalah politik melibatkan pilihan raya umum dan konflik senjata di selatan masih berupaya meletakkan paras harga getah yang selesa untuk rakyatnya.

Laporan itu menyebut paras harga getah jenis getah skrap (Cup Lump) untuk sekilogram di Thailand dilaporkan mencecah melebihi RM4 untuk mata wang negara ini.

Untuk rekod harga lebih RM4 di Thailand tersebut adalah bagi kandungan getah kering (DRC) yang mengandungi 100 peratus manakala di Malaysia harga RM2.20 adalah bagi DRC untuk 50 peratus.

Apapun maka tidak hairanlah sekiranya topik harga getah selalu menjadi bahan bualan masyarakat di setiap warung kopi dengan membanding-bandingkan nasib mereka dengan nasib penoreh dari negara lain.

Beberapa penoreh getah yang ditemui Sinar Harian sekitar daerah ini melahirkan kebimbangan terhadap nasib yang sedang mereka hadapi.

Abdul Kori Ahmad, 45, berkata, dia tiada pilihan lain selain melakukan dua pekerjaan dalam satu masa bagi memastikan sumber makanan kepada keluarga mencukupi.

Menurutnya, jika tidak berbuat demikian, dia terpaksa berhentikan dua anaknya yang bersekolah kerana pendapatan getah tidak lagi relevan.

"Disebabkan harga getah jatuh merudum, saya terpaksa berkorban masa menjadi pengawal keselamatan di sebuah sekolah bagi menampung pendapatan.

"Setiap hari bekerja, saya akan keluar ke kebun terlebih dahulu untuk menoreh seawal jam 4 pagi dan pulang untuk mandi, solat subuh dan seterusnya terus ke tempat kerja," katanya.

Ibrahim Yahya, 60, berkata, menoreh getah adalah sumber pendapatannya sejak 40 tahun lalu dan sehingga hari ini nasibnya masih tidak berubah.

Katanya, penoreh getah yang mengambil upah lebih tertekan berbanding mereka yang mempunyai pokok sendiri kerana pendapatan yang tidak seberapa itu perlu dibahagi dua.

"Saya dan isteri mengambil upah menoreh pokok orang dalam 700 pokok. Pendapatan bersih kami hanya RM250 selepas keuntungan dibahagi dua, dengan kejatuhan harga getah benar-benar menyakitkan," katanya.

Zakaria Ahmad, 53, pula berkata, dia langsung tiada wang simpanan bagi kegunaan di hari tua disebabkan harga getah jatuh mendadak.

Menurutnya, hasil wang menoreh hanya cukup untuk membeli bahan makanan untuk keluarga dan langsung tidak boleh disimpan atau diberikan kepada anak untuk belanja sekolah.

"Orang kampung dah merajuk dengan kerajaan, orang atasan tidak merasa betapa sakitnya hidup sebagai penoreh. Jika harap bantuan kerajaan memang tidak cukup, kerajaan hanya salurkan baja susu sebaliknya baja getah kami terpaksa beli sendiri, satu kampit baja getah sahaja sudah cecah RM100, saya nak makan apa?," katanya.

Bagi Abd Karim Hussain, 36, hidupnya cukup terhimpit memandangkan harga getah begitu membebankan dia sekeluarga.

Menurutnya, nilai harga getah pada masa kini terlalu rendah dan ianya tidak sewajarnya berlaku di sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi.

"Teruk sangat harga getah sekarang, saya harap wakil rakyat turun tengok kesusahan rakyat," katanya.

Tegasnya, kerajaan perlu mencari alternatif terbaik bagi memulihkan ekonomi penoreh seandainya tetap tidak mahu menaikkan harga getah.

Shah Kalid Ahmad, 62, pula berkata, antara faktor penoreh tidak mendapat banyak hasil adalah disebabkan musim hujan, kemarau dan musim daun luruh. Menurutnya, susu getah sukar diperoleh ketika ketiga-tiga musim itu dan ia menyebabkan pendapatan penoreh lebih terjejas teruk.

"Keadaan ini merunsingkan kami, sudahlah sukar menoreh pada waktu tertentu, harga pun jatuh," katanya lapor Sinar Harian


Hanya Macai Percaya Bila Najib Kata Masalah 1MDB Selesai..

Posted: 01 Jan 2016 05:30 PM PST


Rakyat Malaysia tidak yakin masalah dihadapi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini selesai walaupun itu yang dijanjikan perdana menteri, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Sebaliknya, beliau berkata, skandal derma RM2.6 bilion dan 1MDB menjadi lebih besar walaupun selepas Datuk Seri Najib Razak berjanji pada Jun semua masalah melibatkan firma pelaburan milik negara itu akan diselesaikan pada hujung tahun lalu.

"Kedua-dua skandal mega itu kini berjaya mencapai tahap mengagumkan dalam mengumpulkan lebih banyak soalan daripada jawapan dengan setiap bulan yang berlalu," kata Lim dalam satu kenyataan.

Beliau membidas kenyataan Najib dalam perutusan tahun baru 2016 beliau semalam, di mana perdana menteri berkata sudah mengotakan janjinya menyelesaikan isu 1MDB.

Lim berkata, pengumuman Najib itu tidak menangani masalah ketiadaan akauntabiliti, ketelusan, tadbir urus yang baik dan integriti sekitar 2 skandal itu.

"Sebab itulah Malaysia menerima penghormatan diletakkan di tempat ketiga dalam ranking 'skandal rasuah paling teruk 2015' dunia oleh laman web dasar luar Washington Post, selepas FIFA dan Nigeria, menewaskan Honduras, Guatemala dan Ghana, tidak lama selepas The Wall Street Journal mendedahkan berita menggemparkan terakhir untuk Najib tahun lalu, iaitu sumbangan RM2.6 bilion itu datang daripada 1MDB."

Najib semalam berkata, paras hutang 1MDB kini berkurangan sebanyak RM40.4 bilion berikutan pemeteraian beberapa perjanjian oleh syarikat itu setakat ini.

Beliau melahirkan rasa puas hati dengan perkembangan dijanjikannya sebelum ini, yang isu hutang 1MDB berkenaan akan dapat diselesaikan menjelang akhir tahun.

Lim berkata, liputan media global mengenai derma RM2.6 bilion dan 1MDB juga menjadikan 2 kes tersebut "isu rasuah antarabangsa utama".

"Kalau begitu, kenapa Najib membuat dakwaan dalam perutusan tahun barunya kontroversi 1MDB kini berakhir?

"Tidak mungkin Najib begitu naif atau terputus daripada realiti untuk percaya 2 skandal mega itu boleh diselesaikan sepenuhnya tanpa satu perkiraan terperinci dan memuaskan, atau tanpa perlunya penjelasan lanjut, akauntabiliti atau tanggungjawab di pihak kerajaan.

"Selagi Najib tidak dapat memberikan jawapan, ia akan terus menjadi perkara yang harus dipersoal dan difikirkan rakyat Malaysia," kata Lim ~ The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...