Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Habislah Ahmad Bashah.. Mukhriz Bagi Amaran Dah NI...

Posted: 23 Jan 2016 06:30 AM PST


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberi amaran untuk bertindak terhadap mana-mana pihak yang dilihat cuba menganiayai dirinya dan rakyat Kedah.

Beliau berkata, apa yang akan dilakukan selama ini bukanlah atas sebab kepentingan peribadi tetapi selepas memikirkan kepentingan rakyat Kedah.

Katanya, beliau akan mengambil tindakan atas tindakan terburu-buru pihak berkenaan dan pada masa sama berikrar tidak akan melepaskan jawatan serta akan terus berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat.

"Macam Pak Abu cakapkan kalau nak tukar pun tunggu dulu dan buat cara elok. Saya bukan susah sangat tetapi kalau aniaya saya terpaksa juga kita bertindak. Saya rasa seperti rakyat negeri Kedah teraniaya sedangkan tidak buat salah apa-apa," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama anggota UMNO Bahagian Jerlun di sini, hari ini.

ada majlis itu Mukhriz mengulangi tegasannya bahawa kedudukan beliau sebagai menteri besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Kedah pada Pilihanraya Umum ke-13.

Malah tambahnya lagi, ia telah mendapat perkenan Sultan Kedah seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, sekiranya hendak menukar menteri besar ia harus dibuat dengan teratur dan bukan dengan menghebahkan kepada media apabila keputusan yang dibuat tanpa perbincangan.

Sementara itu, Mukhriz mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempengaruhi beliau untuk bersama-sama dengan parti lain selain UMNO atau lompat parti.

Kesetiaan beliau tidak akan berubah sebaliknya akan terus berkhidmat dan mengukuhkan lagi jentera parti pada pilihanraya umum ke-14 nanti.

Pada Rabu kepimpinan UMNO negeri yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz dan merayu perdana menteri supaya bertindak membuat perubahan segera ~ AstroAwani


Lebih 5,000 Sertai Himpunan Bantah TPPA

Posted: 23 Jan 2016 05:19 AM PST


Lebih 5,000 peserta menghadiri Himpunan Bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik TPPA yang diadakan di Padang Merbok hari ini.

Perhimpunan aman yang bermula sejak jam 1 petang itu dimulakan dengan perarakan dari beberapa lokasi seperti di Maju Junction, depan pusat beli-belah Sogo, dan Masjid Negara.

Pada awalnya, peserta dijangka berarak ke Dataran Merdeka untuk perhimpunan terbabit, akan tetapi sekatan polis dan pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibuat di kedua-dua laluan masuk ke Dataran Merdeka.

Peserta kemudian mengubah haluan untuk berhimpun di Padang Merbok.

Rata-rata peserta yang berpakaian hijau berarak sambil membawa sepanduk masing-masing untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap perjanjian terbabit.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam ucapannya berkata, beliau curiga apabila Obama datang ke Malaysia baru-baru ini, untuk kali kedua.

"Apabila Najib main golf di Hawaii bersama Obama, saya menaruh kecurigaan.

"Apabila Obama datang ke Malaysia sebanyak dua kali, saya lagi menaruh keraguan.

"Kenapa kita tolak? Pada awalnya Amerika menjemput 60 negara menyertai TPPA. Tapi akhirnya 12 negara sahaja yang tinggal," katanya di PAdang Merbok ketika menyertai Bantahan TPPA.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz pula dalam ucapannya memberitahu, mustahil untuk Parlimen menolak TPPA kerana Ahli Parlimen BN adalah majoriti di Dewan Rakyat.

Antara pimpinan pembangkang lain yang hadir ialah timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, YB Nashruddin Hassan Tantawi, Nik Abduh Nik Aziz, dan ramai lagi.

Turut kelihatan pimpinan dari badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan juga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Polis Diraja Malaysia, PDRM dalam satu kenyataan berkata, himpunan bantah TPPA yang diadakan pada Sabtu berjalan dengan baik dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainol Samah mengesahkan satu tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki di Jalan Tun Perak kerana disyaki anggota Kumpulan Anarki yang dipercayai kumpulan yang sering menimbulkan kekacauan pada setiap perhimpunan.

Tangkapan itu dibuat sebagai pencegahan bagi memastikan tidak ada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekecohan pada perhimpuan terbabit ~ AstroAwani


RM100,000 Harta Pemimpin UMNO Yang Dilelong Dipulang Kembali..

Posted: 23 Jan 2016 02:00 AM PST


Perkakasan rumah Datuk Hamidah Osman yang habis dilelong RM100,000 dalam cuma lima minit semalam dikembalikan semula selepas pembida tidak berhasrat menjadikannya milik peribadi.

Fatimah Mohd Isa, 52, berkata barangan itu dikembalikan semula kepada Hamidah kerana menyifatkan bekas ketua wanita Umno Gopeng itu sebagai "pejuang sejati."

"Saya juga membuat keputusan mengembalikan semua barangan dibida itu kepada beliau yang bermakna tiada satu pun barangan dilelong itu akan dibawa keluar dari rumah ini," katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Sebanyak 62 unit kelengkapan rumah dan tiga set bilik tidur bernilai RM200,000 itu dibida Fatimah dengan harga RM100,000, lapor portal Sinar Harian.

Barangan bekas wakil rakyat Sungai Rapat itu dilelong selepas disita Mahkamah Tinggi menyita pada 23 Disember tahun lalu.

Bekas exco Perak itu gagal melunaskan bayaran ganti rugi RM200,000 dalam satu kes saman malu kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Pada 27 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Hamidah membayar jumlah berkenaan kepada bekas pemimpin PAS itu atas penerbitan artikel yang bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu."

Hamidah yang menulis artikel itu di blognya pada Januari 2010 memuatkan gambar yang diubahsuai seperti Khalid berpakaian seorang paderi.

Lelongan semalam yang bermula 11 pagi di rumah Hamidah di Kampung Tersusun Batu Gajah di sini dimulakan dengan harga bidaan RM200,000 tetapi tiada sambutan.

Pelelong berlesen Hasniza Abu Samah kemudian menurunkan harga kepada RM150,000 tetapi masih tiada sambutan setelah diumumkan tiga kali.

Apabila harga diturunkan kepada RM100,000, Fatimah membuat bidaan tanpa dilawan harga oleh sesiapa, lapor Berita Harian.


Ahmad Bashah Angkat Sumpah MB Kedah Hujung Bulan Ini?

Posted: 22 Jan 2016 10:00 PM PST


Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar baharu Kedah dikatakan akan diadakan hujung bulan ini di Istana Anak Bukit, Alor Star.

Satu-satunya calon yang akan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

"Pengumuman pelantikan Ahmad Bashah bagi menggantikan Mukhriz akan dibuat dalam sehari dua kagi," lapor Utusan Malaysia yang memetik sumber dalaman UMNO.

Ahmad Bashah merupakan calon Menteri Besar pada PRU13 sebelum diganti saat-saat akhir dengan Muhkriz.

Akhbar UMNO itu melaporkan, dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kepimpinan UMNO Kedah di PWTC semalam, kesemua pemimpin parti yang hadir sepakat meminta Najib menyelesaikan isu tersebut dengan segera termasuk menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah secepat mungkin.

"Dalam mesyuarat itu, Ahmad Bashah yang mewakili kepemimpinan UMNO Kedah menjelaskan apa yang berlaku dan mahu Perdana Menteri membuat perubahan terhadap kepemimpinan UMNO Kedah demi memastikan parti itu terus berkuasa,'' lapor akhbar itu.

Beberapa EXCO Kerajaan Negeri dan ADUN yang dikatakan menyokong Mukhriz tidak hadir.

Mereka ialah Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaakob, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail dan Datuk Noor Sabrina Mohd.Noor ~ Free Malaysia Today


Tukar MB, BN Kalah - UMNO Jerlun

Posted: 22 Jan 2016 08:03 PM PST


Pertukaran jawatan menteri besar Kedah tanpa alasan munasabah boleh menyebabkan Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dakwa Umno Bahagian Jerlun.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Abu Hasan Sarif berkata, sejarah negeri Kedah membuktikan parti itu akan tewas dalam pilihan raya jika berlaku pertukaran menteri besar di pertengahan jalan.

"Hujan tidak ada, angin tak ada, tiba-tiba kita diledakkan dengan satu bom yang membangkit kesedaran dan semangat semua masyarakat bukan sahaja di Jerlun, tapi di seluruh Kedah untuk bangun memberi sokongan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata, sepanjang lebih 20 tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat di Kedah, ini merupakan kali kedua berdepan dengan situasi pertukaran menteri besar.

"Lima penggal saya diberi kepercayaan kepimpinan untuk dipilih dan menjadi wakil rakyat Kota Siputeh.

"Lebih 20 tahun dan banyak menteri besar dan ini merupakan kali kedua saya menghadapi ujian sama dalam soal menolak kepimpinan menteri besar Kedah," katanya.

Katanya,i masalah pertukaran menteri besar berlaku sejak tahun 1995 ketika Tan Sri Osman Aroff menjawat kedudukan itu.

"Apabila ada pertukaran dibuat, perhimpunan seperti ini dilakukan untuk mempertahankan jawatan menteri besar.

"Akhirnya kerana rakyat menyayangi kepimpinan Osman ketika itu, walaupun berpindah tangan dan akhirnya kita dapati pada 1999 itulah bermula kejatuhan Kedah dalam pilihan raya," katanya.

Sementara itu Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Jerlun Rohani Mat Aris menggesa pucuk pimpinan parti menangguhkan pertukaran menteri besar Kedah sehingga PRU14.

"Bagilah peluang kepada Datuk Seri Muhkriz Mahathir untuk menjalankan tanggungjawab sebagai menteri besar Kedah sebab ini juga sebahagian daripada manifesto Barisan Nasional pada PRU13 lalu, jika Kedah berjaya merampas semula negeri ini.

"Bila jadi macam ini mereka akan patah hati. Tahulah kemungkinan akan jadi. Siapa nak tanggung risiko kalau ini semua terjadi," soalnya ~ The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...