Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ahmad Bashah Nafi Gila Jawatan MB

Posted: 24 Jan 2016 06:30 AM PST


Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya 'gila jawatan menteri besar'.

Ahmad Bashah, menarik perhatian bahawa hakikatnya ialah beliau memberi laluan pada PRU1) untuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi menteri besar.

Ini di sebalik beliau menyandang jawatan pengerusi Umno Kedah dan pengarah pilihan raya umum Barisan Nasional negeri ketika itu.

"Saya terima kerana itu adalah hak perdana menteri dan saya tak pertikaikan. Ia demi kekuatan dan kepentingan parti dan negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Saya terima kerana pada masa itu tujuan kita adalah untuk menang dan merebut kembali kuasa di tangan pembangkang," katanya.

Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lepas apabila kepimpinan Umno negeri yang secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi Umno negeri ~ Sinar HArian


Tiga Lagi Calon Baharu MB Kedah?

Posted: 24 Jan 2016 02:30 AM PST


Kemelut politik Kedah berikutan desakan pemimpin UMNO negeri itu yang mahu Datuk Seri Mukhriz Mahathir digantikan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah memasuki fasa baharu berkaitan siapa calon yang layak menggantikan beliau.

Walaupun sebelum ini pelbagai pihak melihat Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sebagai paling layak menggantikan Mukhriz, namun terdapat 'perkembangan terkini' yang memungkinkan pucuk pimpinan perlu menyenaraikan beberapa lagi calon bagi tujuan tersebut.

Sumber memberitahu, tiga nama disebut-sebut sebagai calon yang layak disenaraikan seandainya Ahmad Bashah berhadapan dengan 'halangan'.

"Tiga nama itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak yang juga Exco Jawatankuasa Industi dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail, 63, ADUN Ayer Hangat yang juga Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid dan ADUN Tanjong Dawai yang juga Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Kerajaan Tempatan, Datuk Tajul Urus Mat Zain, 64.

"Ketiga-tiga mereka dikatakan layak dipertimbang berdasarkan pengalaman dan latar belakang pendidikan. Selain itu, ini juga di­lihat bagi meredakan kemarahan rakyat Kedah berikutan apa yang berlaku," kata sumber itu.

Mengenai kemampuan calon-calon tersebut, sumber itu berkata, Ku Rahman mempunyai ijazah kedoktoran dari sebuah universiti di luar negara dikatakan layak memandangkan pengalamannya sebagai 'orang lama' dalam politik di Kedah.

"Beliau banyak mengetuai rombongan bagi menarik pelabur asing ke Kedah dan seorang pemimpin yang dilihat tidak banyak kontroversi," kata sumber tersebut.

Mengenai Tajul Urus, sumber itu menjelaskan, beliau dipertimbangkan kerana dilihat mampu meredakan kemarahan penyo­kong Mukhriz memandangkan Tajul Urus yang berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dianggap 'orang Mukhriz'.

"Selain itu beliau juga dilihat mampu meneruskan agenda Mukhriz untuk memajukan bidang pendidikan di Kedah," katanya.

Mohd. Rawi yang merupakan anak jati Langkawi pula, kata sumber itu dianggap pemimpin paling dekat dengan rakyat Kedah khususnya dalam kalangan ulama dan pelajar institusi pondok.

"Beliau yang berkelulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia antara yang paling lantang mengetengahkan isu-isu agama di Kedah dan dilihat mampu menarik perhatian rakyat berikutan latar belakang agama beliau," katanya.

Bagaimanapun sumber itu berkata, ketiga-tiga nama itu masih di peringkat pertimbangan dan segalanya terserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.

"Apa yang pasti, pemimpin UMNO di semua peringkat mahu isu tersebut diselesaikan segera dan kemelut berlaku ditamatkan tanpa menjejaskan UMNO negeri itu," kata sumber itu lagi ~ Utusan


Me'nate Steak Nafi Hidang Makan Malam Untuk PM Berharga RM19,284

Posted: 24 Jan 2016 12:14 AM PST


PEMILIK restoran Me'nate Steak Hub menafikan ada menghidangkan makan malam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bernilai lebih RM19 ribu.

Khabar angin itu mula disebarkan di sebuah laman Facebook, yang menyebut kononnya hidangan makan malam di Seri Perdana adalah RM19,284 untuk satu malam.

Mustafa Othman, dalam satu status yang dimuat naik ke akaun Facebook semalam, kesal dengan pihak yang menyebarkan berita itu dan menyifatkannya sebagai tindakan berbentuk provokasi daripada pihak yang berkepentingan politik.

Jelas Mustafa, menerusi gambar yang disebarkan, jelas tanda harga yang dipamerkan adalah hasil suntingan dan ia bukanlah standard tanda harga yang digunakan restoran berkenaan.

Dia turut mempersoalkan logik di sebalik kombinasi hidangan yang ditulis di dalam tanda harga berkenaan yang dianggap tidak logik.

"Jika makan stik dan Matsusaka, mana boleh ada nasi dan lauk-pauk lain," tulis Mustafa.

Gambar chef yang sedang menghidangkan makanan buat Najib dan isterinya juga disahkan bukan chef dari restorannya.

Mustafa kini sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita berkenaan ~ AstroAwani


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...