Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pembangkang Tidak Mungkin Dapat Tawan Kedah..

Posted: 25 Jan 2016 06:30 AM PST


Diawal permulaan pergolakan politik negeri Kedah hari tu.. ada sorang tu dari parti mana tah.. minta Mukhriz bubarkan DUN..

Mungkin dia yakin pembangkang akan merampas Kedah dari UMNO/BN agaknya.. aku yakin dia bercakap tu tak tengok kiri kanan..

Bercakap tanpa melihat senario politik semasa.. main balun saja bak kata orang Utara..

Apa yang pasti ialah samada DUN dibubarkan ataupun Najib umumkan Parlimen dibubarkan.. Kedah akan kekal dikuasai UMNO/BN selagi pembangkang bercakaran..

Bukan saja Kedah kekal malah banyak DUN-DUN yang dikuasai oleh pembangkang mungkin akan terlepas ketangan UMNO/BN..

Bukan Kedah saja.. kalau senario politik sekarang iaitu pembangkang berterusan bercakaran banyak Kerusi-kerusi DUN dan Parlimen akan kembali ketangan UMNO/BN..

Terutama sekali DUN-DUN dan Parlimen yang dimenangi dengan majoriti 2,000 atau lebih sikit..

Jadi... matlamat nak ke Putrajaya tu bolehlah keep on dreaming macam orang kampung aku kata..

Mahfuz pun kata macam tu jugak.. baca ni..

PETALING JAYA: Pembangkang tidak mungkin berjaya menawan kembali Kedah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun UMNO mengalami krisis pemilihan Menteri Besar yang teruk.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya semua parti pembangkang gagal bersatu sebelum PRU akan datang, impian untuk merampas kerajaan Kedah daripada BN hanya sia-sia.

"Peluang pembangkang (perampas Kerajaan Kedah dari BN) itu bergantung kepada kebijaksanaan pembangkang dari segi penyatuan, jika mereka tidak bersatu saya tidak nampak akan ada peluang yang baik untuk pembangkang (menang).

"Sebab saya lebih melihat kepada bagaimana penyatuan dikalangan parti pembangkang itu. Sekiranya mereka boleh bersatu peluang untuk menawan kembali Kedah dari BN agak cerah," katanya.

Dalam pada itu, bekas ketua penerangan PAS itu turut mengulas isu pertukaran Menteri Besar Kedah pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dilihat semakin parah.

"Apakah rasionalnya menukar Menteri Besar Kedah (sekarang). Bagi saya tidak ada manfaat kepada rakyat apabila ada perubahan Menteri Besar.

"Menteri Besar bukan punca kepada masalah yang dihadapi rakyat, tetapi penyumbang yang lebih besar ialah kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menguruskan negara hari ini.

"Bagi saya terus kekalkan Menteri Besar. Tidak ada masalah. Saya berpolitik secara rasional, saya boleh terima untuk Menteri Besar ditukar kalau dia (Mukhriz) ada kesalahan besar, tetapi saya tidak nampak salah besar yang dilakukan Mukhriz sehingga Najib nak buat pertukaran," katanya ~ Free Malaysia Today

Keep on dreaming Bro.. keep on..


2 ADUN MCA Nafi Tandatangan SD Untuk Singkir Mukhriz

Posted: 25 Jan 2016 04:30 AM PST


Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) daripada MCA di Kedah menafikan menandatangani sebarang akuan bersumpah (SD) menyokong penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah.

Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, mereka tidak melakukan tindakan itu.

"Dari mana anda dengar perkara ini? Sudah pasti ada pelbagai khabar angin. Setakat ini, tidak ada seperti itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Dr Leong berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau salah seorang daripada 19 Adun BN yang menandatangani SD menyokong penyingkiran menteri besar.

The Star awal hari ini melaporkan 2 daripada 19 Adun itu ialah wakil MCA.

Akhbar berbahasa Inggeris itu memetik sumber tidak bernama yang menyatakan sehingga petang semalam, 19 individu menandatangani SD itu.

Bagi menolak Mukhriz sebagai menteri besar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai 36 kerusi, minimum 19 kerusi diperlukan untuk menunjukkan beliau sudah hilang keyakinan Dewan.

BN mempunyai 21 kerusi di DUN Kedah sementara pembangkang iaitu PAS dan Pakatan Harapan masing-masing memegang 8 dan 7 kerusi.

Daripada 21 kerusi, MCA hanya ada 2 kerusi iaitu di Gurun, kawasan Dr Leong; dan Kulim dipegang Chua Thiong Ghee.

Dr Leong berkata partinya menyerahkan isu menteri besar kepada kepimpinan BN.

"Lebih pun, tidak ada apa yang kami boleh buat. terpulang kepada mereka untuk selesaikan masalah itu," katanya.

Chua berkata beliau juga tidak menandatangani apa-apa atau diarahkan berbuat demikian.

"Saya tidak tahu. Saya tidak terima panggilan telefon daripada sesiapa mengenai perkara itu. Kami tidak terima arahan dari atas.

"Orang boleh tulis apa saja mereka mahu. Apa yang saya tahu mengenai isu MB hanya jika dilaporkan akhbar dan portal berita," katanya.

Chua berkata tiada mesyuarat khas dipanggil parti untuk membincangkan isu itu.

"Ia isu dalaman Umno. MCA tidak mahu campur tangan," katanya.

Rabu lalu, Timbalan Ketua Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengadakan sidang media mengumumkan 14 daripada 15 ketua Umno bahagian di negeri itu mahu Mukhriz disingkirkan dan merayu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak membuangnya.

Beliau berkata, Mukhriz gagal menyatukan kepimpinan parti dan jentera, menambah anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga tidak ada strategi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang diadakan selewat-lewatnya 2018.

Mukhriz dilantik sebagai menteri besar selepas PRU pada 2013, selepas BN mengambil semula Kedah daripada PAS.

Spekulasi terkini ialah penyingkiran Mukhriz kemungkinan besar akan berlaku, susulan pertemuan Najib dengan para pemimpin anti Mukhriz Jumaat lalu dan mesyuarat bersama beberapa Adun Kedah di Langkawi hujung minggu lepas, walaupun belum ada keputusan diumumkan.


Penyingkiran Mukhriz Bakal Jatuhkan BN Di Kedah - Mahathir

Posted: 25 Jan 2016 12:00 AM PST


Tindakan untuk menggulingkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya akan membawa kepada kejatuhan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, demikian ramal bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tidak mengatakan supaya jangan tukar menteri besar, tetapi tahu apa akibatnya," katanya pada Isnin.

Selain itu beliau berkata mereka yang mahu menyingkirkan menteri besar itu sebenarnya "tidak mempunyai reputasi yang baik".

"Mereka menyebabkan BN tewas kepada PAS (pada tahun 2008). Oleh itu, jika mereka mengambil alih, kemungkinan mereka akan kalah dalam pilihan raya akan datang."

Sementara itu ketika ditanya apakah nasihat yang diberikan kepada Mukhriz, Dr Mahathir berkata:

"Apa sahaja boleh berlaku dalam politik. Tak ada apa yang kekal. Anda ada rakan dan musuh. Kadang-kadang rakan untuk berkelakuan seperti musuh dan kadang-kadang musuh akan berkelakuan seperti kawan." ~ mStar


Penyingkiran Mukhriz Mungkin Jadi Kenyataan?

Posted: 24 Jan 2016 10:00 PM PST


Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dijangka berakhir. Pengkritiknya yakin bahawa jika langkah mereka untuk menggulingkan Mukhriz berjalan mengikut perancangan, Kedah akan mendapat menteri besar baharu hari ini.

Kumpulan yang memulakan pemberontakan terhadap Mukhriz, diketuai Timbalan Ketua Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berjaya mendapat sokongan daripada majoriti wakil rakyat Barisan Nasional di negeri itu.

"Sehingga lewat petang semalam, 19 wakil rakyat telah menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyatakan sokongan mereka terhadap penyingkiran menteri besar.

"Kesemua mereka telah mengesahkan SD mengatakan bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Mukhriz," kata sumber itu pada Ahad.

Daripada 19, 17 adalah dari Umno manakala dua lagi adalah dari MCA.

Antara yang terakhir menandatangani SD berkenaan ialah Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang), Datin Nor Sabrina Mohd Noor (Bandar Baharu) dan Adun Kota Siputeh,Datuk Hasan Sarif.

Difahamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bertemu beberapa wakil rakyat Kedah di Langkawi pada Ahad.

Sumber lain berkata halangan akhir bagi kumpulan itu untuk mendapatkan persetujuan daripada istana Kedah.

Beliau berkata majlis angkat sumpah itu akan diadakan setelah pihak istana memberikan persetujuannya.

Beliau berkata Ahmad Bashah adalah calon utama untuk menggantikan Mukhriz namun istana telah meminta agar lebih banyak nama dimasukkan dalam senarai cadangan.

Nama lain yang turut disebut ialah sebagai pengganti untuk Mukhriz termasuk Adun Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Adun Bukit Kayu Hitam, Datuk Zaini Japar ~ mStar


Malaysia Sukar Capai Negara Maju Jika Tolak TPPA, Kata Menteri

Posted: 24 Jan 2016 07:17 PM PST


Malaysia akan terlepas banyak peluang untuk merapatkan jurang kemajuan serta sukar mencapai status negara maju berpendapatan tinggi jika memilih untuk menolak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Malah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata menerusi TPPA, negara dijangka menerima pelaburan tambahan sebanyak AS$136 bilion hingga AS$239 bilion selain dapat mewujudkan 2 juta peluang pekerjaan menjelang 2027 yang sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Pelaburan yang masuk ini mampu mencipta pasaran dan perniagaan lebih meluas. Jika pasaran dalam negara kecil seperti Malaysia tidak cukup, kita harus menerima pembaharuan agar perniagaan kita terus berkembang.

"Kerajaan merasakan amat penting untuk merebut peluang yang menjadi batu loncatan kepada hala tuju negara demi meningkatkan ekonomi rakyat dan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat TPPA peringkat negeri Perlis di Dewan 2020 di Kangar, malam tadi.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Negeri Ahmad Zamri Khairuddin.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, Malaysia juga akan kehilangan banyak peluang perdagangan dan pelaburan jika memilih untuk menolak TPPA.

"Sebaliknya, Singapura dan Vietnam yang menyertai TPPA akan dapat menarik lebih banyak perdagangan dan pelaburan asing ke negara mereka.

"(Ini akan menyebabkan) Malaysia akan beransur-ansur ketinggalan dan menyebabkan jurang kemajuan kita dengan mereka semakin luas kerana TPPA memberi manfaat terhadap pembangunan sesebuah negara dalam pelbagai aspek termasuk peningkatan pasaran, pembangunan dasar dan kecanggihan teknologi," katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar menimbang setiap maklumat TPPA dan menolak andaian tidak berasaskan fakta yang bertujuan menakutkan masyarakat.

"Kita tidak harus terpengaruh (dengan andaian) akan dikuasai Amerika Syarikat. Banyak lagi negara yang menyertai TPPA seperti Australia, Brunei, Kanada, Jepun, Singapura dan New Zealand yang bebas menetapkan hala tuju mereka walaupun menandatangani TPPA.

"Malah, TPPA tidak terus dikuatkuasakan selepas ditandatangani. Ada tempoh 6 bulan untuk kita timbang dan lihat kesan pelaksanaannya dan jika ia menjejaskan banyak perkara, kita boleh keluar tanpa syarat," katanya.

Mustapa berkata, Malaysia tidak ditekan mana-mana pihak supaya menyertai TPPA dan kerajaan telah menimbang kesannya selain memastikan hak Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak tergugat ~ The Malaysian Insider


.... Hmmmm.. nak jadi negara maju pun perlukan tongkat?.. Aparaaa..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...