Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kesian Kat Timbalan Menteri Ni, Dilabel Sebagai Badut Kerana Hujah Pertahan Tabung Haji..

Posted: 26 Jan 2016 08:30 AM PST


Malang buat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang namanya Asyraf Wajdi Dusuki ni.. panjang lebar dia menjawab mempertahankan Tabung Haji dilabel sebagai badut pulak oleh Blogger Pro UMNO..

Selain itu walaupun dia sendiri tidak berapa pasti akan kesahehan surat yang dikatakan datangnya dari Bank Negara itu.. senang saja dia kata Tabung Haji adalah mangsa strategi fitnah masakini..

Dan malam ini Bank Negara sahkan memang mereka telah menghantar notis kepada pihak Tabung Haji..

Baca hujah Timbalan Menteri tu kat bawah ni..

Saya tidak berhasrat untuk buat penjelasan satu persatu tuduhan yang dilemparkan kepada Tabung Haji kerana pihak Tabung Haji telah pun diarahkan untuk mengeluarkan kenyataan penjelasan terperinci mengenai isu yang dibangkitkan pada hari ini.

Bagaimanapun, nasihat saya kepada 'pakar-pakar kewangan segera' Facebook dan media-media sosial lain, eloklah ambil kira beberapa poin dan garis panduan berikut sebelum buat ulasan mahupun komentar berbaur fitnah berasaskan surat BNM yang difahami di luar konteks dan sewenang-wenagnnya disebarkan:

(1) Kena faham apa maksud rizab? Apa beza rizab dan fungsinya bagi sebuah institusi kewangan seperti bank dengan institusi pelaburan seperti Tabung Haji. Kesannya juga berbeza.

(2) Kena faham model perniagaan sebuah bank dengan model perniagaan Tabung Haji. Bank buat duit dengan bagi pinjaman dengan menggunakan modal daripada wang-wang para pendeposit. Sedangkan Tabung Haji menjana keuntungan melalui pelbagai bentuk pelaburan termasuk dalam bidang harta tanah, pasaran saham, dan pemilikan syarikat dan subsidiari yang menjalankan pelbagai perniagaan termasuk Bank Islam.

(3) Kena faham beza struktur kunci kira-kira sebuah bank dengan kunci kira-kira Tabung Haji. Ini termasuklah komponen aset dan liabiliti dalam kunci kira-kira sebuah bank dengan komponen aset dan liabilitikunci kira-kira Tabung Haji.

(4) Memahami struktur kunci kira-kira Tabung Haji dan bezanya dengan sebuah bank akan membantu kita memahami apa bentuk risiko yang dihadapi oleh bank berbanding Tabung Haji yang menjadi kebimbangan BNM.

(5) Harus juga tahu bahawa Tabung Haji tidak dikawal selia BNM. Namun keprihatinan BNM ada asasnya jika Tabung Haji rugi hingga terpaksa guna wang negara untuk tanggung kerugian Tabung Haji jika ia berlaku, waiyyazubillah. Bagaimanapun, persoalannya apakah benar Tabung Haji rugi?

(6) Kena membaca dokumen kewangan atau kunci kira-kira dan penyata untung rugi Tabung Haji secara keseluruhannya bukan bergantung kepada satu bahagian sahaja seperti bahagian liabiliti dan rizab.

(7) Mesti memahami peraturan-peraturan perakaunan antarabangsa yang baru sebagaimana dikehendaki dalam International Financial Reporting Standard (IFRS) terutamanya aspek penilaian rizab, aset dan liabiliti yang digunakan.

Semua garis panduan di atas perlu diambil kira sebelum kita buat ulasan yang akhirnya menyebabkan kita begitu mudah menjatuhkan hukum bahkan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan fitnah dan tohmah tanpa rasa sedikit pun khuatir akan dosa jariah dan muflis akhirat yang diamarankan junjungan Nabi Muhammad SAW ~ Malaysiakini

Yang hantar notis tu Bank Negara..Pengerusinya ialah Zetty Aziz yang kalau tak silap aku dah hampir 15 tahun jadi Gabenor Bank Negara tu.. kalau notis dah dihantar tentulah ada yang tak kena..

Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan telah menghantar notis nasihat kepada Lembaga Tabung Haji mengenai amalan pengurusan risikonya tetapi mengatakan dana haji itu telah mengambil tindakan pembetulan dan menuju ke "satu kedudukan kewangan yang mampan dan sihat".

Mengambil tindakan pembetulan.. maknanya dah menyimpanglah tu.. dan  menuju ke "satu kedudukan kewangan yang mampan dan sihat".. terjemah sendirilah..



 Asyraf ni pulak siapa?.. dia datang dari bank mana?.. maka tak hairanlah ada Blogger Pro UMNO yang bukan dari golongan 'Pemakan Dedak' melabel Asyraf ni sebagai "a new Mat Maslan IQ 3.85 in the PM's Dept."

Siapa blogger tu?.. lihatlah di ( SINI )

Bank Negara Malaysia Sahkan Hantar Notis Kepada Tabung Haji

Posted: 26 Jan 2016 06:30 AM PST


Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan telah menghantar notis nasihat kepada Lembaga Tabung Haji mengenai amalan pengurusan risikonya tetapi mengatakan dana haji itu telah mengambil tindakan pembetulan dan menuju ke "satu kedudukan kewangan yang mampan dan sihat".

"Berkaitan dengan Lembaga Tabung Haji, institusi itu secara proaktif telah mengambil langkah sesuai memperkukuhkan lagi amalan pengurusan risikonya, baik atas inisiatifnya sendiri dan sebagai respons kepada urusan-urusan terdahulu dengan Bank Negara," kata bank pusat itu dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

"Ini akan menguatkan satu kedudukan kewangan mampan dan sihat institusi itu di masa hadapan," kata kenyataan Bank Negara.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyebut mahupun mengesahkan atau menafikan jika surat yang edarkan dalam talian baru-baru ini, adalah dari Bank Negara kepada Tabung Haji, atau berkaitan dengan 'amalan pengurusan risiko'.

Dokumen yang bocor itu dikatakan memperincikan nasihat oleh bank pusat kepada Tabung Haji mengenai penyusutan rizabnya dan nilai pelaburannya yang merosot.

Bank Negara menjelaskan bahawa walaupun Tabung Haji bukan suatu institusi perbankan, hubungan dengan sektor kewangan menjadikan ia satu entiti yang berada di bawah kawalan selia industri perbankan.

"Manakala Lembaga Tabung Haji bukan di bawah penyeliaan langsung Bank Negara, nasihat dikeluarkan oleh Bank Negara kepada institusi-institusi kewangan bukan bank bertujuan untuk memastikan institusi itu akan terus diurus dengan baik dan berkesan melaksanakan peranan yang mereka lakukan. Ini seterusnya akan menyumbang kepada kestabilan kewangan," katanya ~ Malaysiakini


Peguam Negara Dilantik Lembaga Pengarah Tabung Haji

Posted: 26 Jan 2016 04:30 AM PST


Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dilantik sebagai anggota lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji.

Pelantikan itu disahkan oleh wakil lembaga itu Anis Zuhani Ahmad, lapor The Malaysian Reserve.

"Ya, kami boleh sahkan pelantikan Apandi Ali sebagai anggota lembaga Tabung Haji baru-baru ini," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Semakan Malaysiakini di laman sesawang Tabung Haji mendapati nama Apandi sudah tersenarai dalam organisasi berkenaan.

Berita pelantikan ini timbul ketika terdapat spekulasi lembaga itu melewatkan bayaran dividen kepada sembilan juta pendepositnya.

Pagi tadi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memberi jaminan bahawa lembaga itu dalam keadaan baik dan maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dikeluarkan lewat hari ini.

Asyraf demikian sebagai mengulas surat bocor kononnya daripada Bank Negara Malaysia memberi amaran Tabung Haji rizabnya dalam paras negatif.

Berita pelantikan ini timbul ketika Apandi mengumumkan bahawa tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International.

Apandi berkata, kesemua kes kini ditutup ~ Malaysiakini


Dulu Rosmah Pulangkan Cek Putera Arab..Hari Ini Najib Pula Pulangkan RM2.03 Billion Kepada Pak Arab..

Posted: 26 Jan 2016 12:44 AM PST


"Sekali lagi Perdana Menteri kita membuktikan kepada kita betapa mulianya dirinya, derma yang diterima dengan begitu besar jumlahnya telah dipulangkan kembali begitu saja kepada pendermanya..

"Ianya dipulangkan kerana Najib hanya mengunakan sikit saja dari derma yang berjumlah RM2,600,000,000.00 yang dimasukkan kedalam akaun peribadinya..

"Najib juga membuktikan kepada kita dirinya adalah pemimpin sebuah keluarga yang sangat mulia keperibadiannya dimana suatu masa dulu Isterinya juga pernah memulangkan berpuluh-puluh cek milik Putera Arab yang ditemuinya semasa belayar..

"Rosmah memulangkan cek-cek tersebut kepada Putera Arab manakala Najib pula memulangkan semula RM2.03 Billion baki dari yang diterimanya dari Pak Arab..  selain Najib dan Isterinya tiada insan yang begitu mulia didunia ini seperti mereka berdua.. ulasan Pemakan Dedak

Ni kisah Rosmah pulangkan cek..

Kononnya... semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.

Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

Ketika menceritakan pertemuan kotak itu kepada pemberita, Rosmah berkata beliau sekeluarga sedang bercuti atas jemputan putera diraja Kuwait yang berkawan dengan anaknya, Riza Shahriz.

"Semasa sedang berkemas ketika hendak balik, saya terjumpa kotak itu dan berikannya kepada pengurus bot dan beritahunya supaya pulangkan barang berharga ini kepada tuan punya. Saya kata jangan usik, jangan buat apa-apa. Pastikan ia dalam keadaan baik dan beri kepada Putera Saud Al-Saud," katanya.

Menurutnya dua minggu selepas itu baginda mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memulangkan kotak itu yang tercicir semasa sedang bercuti dalam bot yang sama.

"Putera itu kata nak berikan hadiah dan saya kata hadiah terbaik adalah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Rosmah.. dongeng sepenuhnya bacalah di SINI

Laporan berkaitan..

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata Datuk Seri Najib Razak mengembalikan semula sebahagian wang RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi.

Menurut Apandi, pada Ogos 2013, sejumlah wang RM2.03 bilion (AS$620) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hari bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung dana RM2.08 bilion tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mengemukakan dua kertas siasatan – berkaitan kes bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan kes RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib – kepada Apandi Disember tahun lalu.

Bagaimanapun hari ini, Apandi berkata, wang dana yang diberikan oleh keluarga diraja Arab Saudi itu merupakan sumbangan peribadi kepada Najib.

Oleh yang demikian, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya itu serta pihak Peguam Negara akan mengendalikan kertas siasatan kepada SPRM dan mengarahkan supaya kertas siasatan tersebut ditutup ~ Malaysiakini

Bodoh sangatkah kita?..


Daripada Najib Pecat MB Kedah.. Adalah Lebih Baik Najib Pecat Dua Yang Terlibat Dengan Tabung Haji Ni..

Posted: 25 Jan 2016 10:00 PM PST


Gambar di atas adalah gambar yang telah dirakamkan oleh siapa entahlah.. gambar itu ialah gambar ketika sidang media pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang mahu MB Kedah ditukar..

Turut sama dalam gambar itu ialah dua individu yang telah dilantik memegang jawatan oleh Najib biarpun keupayaan mereka dipertikaikan.

Mereka dipercayai menyokong agar Mukhriz ditukar kerana mahu membuktikan kepada Najib merekalah pembela setia Najib bilamana Mahathir menruskan serangan terhadap Najib.

Sejak dari Sabtu yang lalu.. beberapa buah Blog Pro UMNO (bukan pemakan dedak) telah membangkitkan isu mengenai Tabung Haji berdasarkan apa yang dimuat naik oleh sebuah Blog yang tidak diketahui siapa pemiliknya..

Semalam surat-surat dari Bank Negara Malaysia kepada Tabung Haji dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula telah tersebar..

Dalam surat bertarikh 23 Disember, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti.

Paras rizab Lembaga Tabung Haji negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini..

Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua obligasinya.

Kalau benarlah surat-surat itu.. maka Najib wajar pecat Azeez dan Jamil Khir tu..

Laporan berkaitan..

PAS menggesa Putrajaya memecat Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sekiranya benar laporan mengatakan rizab lembaga itu negatif dan tidak mampu membayar dividen kepada 8.8 juta pendeposit.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengerusi baharu perlu dilantik bagi membantu menunaikan obligasi lembaga itu berdasarkan saranan Bank Negara.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail yang menguruskan pelaburan lembaga itu sementara Azeez hanya mempengerusikan lembaga pengarah.

Dalam kenyataannya Tuan Ibrahim mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Azeez untuk tampil menjelaskan perkara ini.

Tuan Ibrahim mempersoalkan apakah benar Bank Negara mengutuskan satu surat kepada Jamil mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji, di mana nilai rizab menjadi negatif.

Beliau turut mempersoalkan apakah benar Bank Negara dalam surat itu di bawah peruntukan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955, ia tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang nilai kesemua obligasinya.

"Apakah betul Bank Negara dalam satu surat berlainan kepada pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Zeti menyarankan agar Lembaga Tabung Haji merumus satu dasar rizab yang komprehensif dengan kadar segera sebelum 31 Mac 2016?

"Sekiranya semua di atas benar – apakah ini menjadi punca kelewatan Tabung Haji mengisytiharkan dividen dan bonus?" soal Tuan Ibrahim. Tuan Ibrahim turut mempersoalkan mengapa Tabung Haji masih melabur membeli tanah di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange (TRX).

"Apakah ini keputusan perdana menteri atau pengerusi LTH?

"Apakah pelaburan tersebut menggawatkan lagi situasi kewangan di Tabung Haji? soalnya ~ The Malaysian Insider



Bank Negara Beri Amaran, Paras Rizab Tabung Haji Kini Negatif ?

Posted: 25 Jan 2016 06:58 PM PST


Paras rizab Lembaga Tabung Haji negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada lembaga itu baru-baru ini.

Dalam surat bertarikh 23 Disember yang dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberitahu Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti.

Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua obligasinya.

Dalam satu surat berasingan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada tarikh sama yang turut dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberi amaran keadaan kewangan Tabung Haji boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Zeti berkata, ini kerana Putrajaya menjamin sepenuhnya simpanan deposit di Lembaga Tabung Haji.

Beliau memberitahu Jamil disebabkan perkara ini, keberkesanan Lembaga Tabung Haji dalam membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji mungkin terjejas.

Sementara itu, dalam suratnya kepada Azeez, Zeti berkata Lembaga Tabung Haji mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.

Beliau berkata, ini akan mengurangkan nilai aset Tabung Haji, dan kestabilan sistem kewangan dan sistem ekonomi negara pada risiko yang lebih tinggi melalui "kesan penularan".

Ini kerana ia akan memberi kesan kerugian nilai pelaburan bagi institusi kewangan dan pelabur lain yang turut terdedah kepada aset terbabit; tekanan kecairan kepada institusi perbankan ekoran pengeluaran deposit Lembaga Tabung Haji dan kesan negatif terhadap sentimen para pelabur, katanya.

Zeti menyalahkan amalan Lembaga Tabung Haji kerana membayar dividen lebih daripada kemampuan kepada pendeposit sejak 2012.

"Amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat secara puratanya melebihi keuntungan semasa (purata sebanyak 107% bagi tempoh 2012-2014) menyebabkan paras rizab terkumpul Lembaga Tabung Haji yang sememangnya rendah untuk terus merosot, sehingga tidak mencukupi untuk menangani prestasi lemah portfolio ekuiti yang lemah pada 2015.

"Ini seterusnya menyebabkan rizab Lembaga Tabung Haji menjadi negatif," kata Zeti dalam surat itu.

Menurut Zeti, satu lagi masalah ialah deposit Tabung Haji tertumpu di kalangan sebilangan kecil penyumbang – 5% pendeposit terbesar merangkumi kira-kira 75% jumlah keseluruhan pendeposit.

Zeti berkata, ini akan menyebabkan risiko pengeluaran deposit secara besar-besaran, sekiranya pendeposit hilang kepercayaan terhadap Tabung Haji.

Beliau mencadangkan Lembaga Tabung Haji agar segera merangka dasar rizab dan pelan pelaksanaan yang sudah diluluskan Lembaga Pengarah kepada Bank Negara pada 31 Mac 2016.

Selain itu, mencadangkan kepada Jamil untuk menambah bilangan ahli Lembaga Pengarah yang mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam bidang kewangan.

Jamil tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen dan tidak menjawab kiriman teks daripada The Malaysian Insider.

Azeez memberitahu The Malaysian Insider beliau perlu menyemak dengan pejabat Lembaga Tabung Haji esok sama ada surat itu benar.

Tetapi beliau menegaskan Lembaga Tabung Haji tidak mempunyai masalah untuk membayar dividen tahun ini, dan pendeposit perlu menunggu selewat-lewatnya pada Mac untuk pengumuman.

Sementara dalam kenyataannya malam tadi, Lembaga Tabung Haji mengatakan mereka perlu memastikan semua proses audit awal dilaksanakan terlebih dahulu serta mendapat kelulusan dalaman sebelum mengumumkan dividen atau bonus kepada pendepositnya.

"Lembaga Tabung Haji meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tarikh pengumuman bonus pendepositnya bagi 2015."

Bahagian hal ehwal awam dan komunikasi korporat Lembaga Tabung Haji dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya berkata, pada kelazimannya bonus akan diumumkan kepada pendeposit pada suku pertama (Januari-Mac) tahun semasa.

Kenyataan itu menyebut Lembaga Tabung Haji pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung Februari dan awal Mac sebelum ini.

Sementara itu, bahagian hal ehwal awam dan komunikasi korporat Lembaga Tabung Haji masih belum membalas e-mel The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahan berkenaan kebenaran surat itu.

Bagaimanapun blog yang tidak diketahui pemiliknya memuat naik surat sama hari ini.

Penulis blog Syed Akbar Ali turut memuat naik semula surat itu.

Tahun lalu, Lembaga Tabung Haji mencetuskan kontroversi apabila membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) berharga RM188 juta daripada 1Malaysia Development (1MDB) untuk membangunkan sebuah menara kediaman.

Lembaga Tabung Haji membayar 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu.

Disebabkan tekanan orang ramai, Lembaga Tabung Haji pada Mei berikrar untuk menjual tanah itu akan tetapi sehingga kini, tidak ada apa-apa berita mengenainya.


Dulu.. Walaupun Osman Aarof Disokong 22 ADUN.. Mahathir Tukar Jugak..

Posted: 25 Jan 2016 04:30 PM PST


Datuk Seri Mahdzir Khalid mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar mempertikaikan langkah menukar menteri besar Kedah kerana beliau pernah melakukan perkara sama tanpa mendapat sokongan wakil rakyat ketika itu.

Ahli Parlimen Padang Terap itu mengungkit sejarah pemecatan Tan Sri Osman Aroff pada 1996 semasa pentadbiran Dr Mahathir yang dibuat walaupun tidak mendapat persetujuan wakil rakyat Kedah waktu itu.

"Saya ingat di zaman Tun sendiri dulu waktu jadi perdana menteri, 22 wakil rakyat Kedah sebenarnya sudah menurunkan tandatangan mempertahankan Tan Sri Osman Aarof sebagai menteri besar.

"Tetapi beliau pada waktu itu adalah perdana menteri dan Tun buat keputusan menukar juga," kata Mahdzir yang juga ahli majlis Tertinggi Umno pada sidang media di kawasan parlimennya.

Semasa kemelut itu, Dr Mahathir membuat keputusan menukar menteri besar dengan menggantikan Osman dengan pengikut setianya, Tan Sri Sanusi Junid.

Dr Mahathir hari ini mengatakan cubaan pimpinan Umno Kedah menyingkirkan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir selaku menteri besar negeri itu akan memakan diri, kerana Barisan Nasional (BN), akan tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Dr Mahathir mempertahankan anaknya dengan mengatakan pihak yang cuba menjatuhkan Mukhriz juga tidak mempunyai rekod kepimpinan yang baik.

Mengulas mengenai kenyataan itu, Mahdzir berkata sebarang penyelesaian yang dibuat dalam organisasi politik adalah berbeza.

"Suasana mungkin berbeza, saya kira dalam mana-mana organisasi akan ada penyelesaian yang boleh dibuat bila berlaku kalau boleh dianggap sebagai krisis.

"Jadi saya ingat keadaan itu bila datang pada suatu keadaan tentu ada kaedah dan penyelesaian waktu itu, jadi saya ingat itu jawapan saya," katanya.

Mukhriz ketika ini berdepan penentangan apabila sekumpulan pemimpin Umno Kedah diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan hilang keyakinan dan memintanya berundur daripada jawatan menteri besar.

Dalam perkembangan terkini, media melaporkan terdapat pengakuan bersumpah (SD) berjaya dikutip daripada 19 wakil rakyat Umno yang menyatakan tidak lagi menyokong Mukhriz ~ The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...