Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Nak Cover RM2.6 Billion.. Terdedah Pulak RM27 Juta..

Posted: 27 Jan 2016 08:30 AM PST


Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung dana yang disalur ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari anak syarikat Kementerian Kewangan, SRC Sdn Bhd sebagai 'bersih' sebenarnya memakan diri sendiri.

Merujuk carta aliran keluar masuk dana berkenaan yang didedah Apandi semalam, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua, berkata, ada tambahan transaksi RM27 juta dari syarikat itu masuk ke akaun peribadi Najib.

"SRC Sdn Bhd memindah RM35 juta ke Putra Perdana Construction yang memindahkan RM34.99 juta ke Permai Binaraya dan kemudian memindah RM27 juta ke akaun peribadi Najib yang berakhir dengan "880".

"Dari akaun "880" itu, RM20 juta dipindah pada hari sama ke dua lagi akaun milik Najib, jumlah itu dibahagikan secara sama rata ke akaun "898" dan "906".

"Akaun "880" menerima RM10 juta dan RM27 juta pada Disember 2014 dan Februari 2015, melalui dua syarikat, Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana. Dan akaun 906 itu didedah menerima RM5 juta melalui sumber sama pada Disember 2014.

"Secara berasingan, carta itu menunjukkan dana berkenaan dipindah ke akaun "880" yang digunakan untuk membayar bil Visa dan Mastercard Najib berjumlah RM3.2 juta," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Yakin jumlah yang diterima Najib ialah RM69 juta, bukannya 42 juta seperti yang didakwa sebelum ini, Pua berkata, mustahil Perdana Menteri itu tidak tahu langsung mengenai transaksi melibatkan akaunnya.

"Dengan beberapa transaksi, dan penggunaan segera dana berkenaan sebaik sahaja ia diterima, amat luar biasa untuk Peguam Negara menerima alasan Najib tidak tahu menahu wang itu datangnya dari SRC Internasional," katanya.

Malah, Setiausaha Publisiti DAP itu, berkata dokumen itu sahaja sudah mencukupi untuk mengheret Najib ke mahkamah sekali gus bermakna ada kes prima facie untuk mendakwa Perdana Menteri itu.

Menyifatkan keputusan menerima alasan Najib yang tidak menyakinkan, malah bercanggah dan tidak mengheret ke muka pengadilan sebagai salah guna kuasa, Pua mendesak Apandi menjelaskan keputusannya itu supaya negara tidak terus dimalukan di mata dunia.

"Kami meminta Peguam Negara menerangkan kelalaiannya dan mempertimbang semula kepuashatian beliau bahawa tiada kes melibatkan Najib," katanya sambil menegaskan, ia penting bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap ekonomi dan politik negara. -Roketkini.com


Jika Benar Najib Pulangkan AS$620 Juta, Arab Saudi Akan Siasat

Posted: 27 Jan 2016 06:06 AM PST


Arab Saudi berkata akan menyiasat dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulangkan kepada keluarga Diraja Saudi sebanyak AS$620 juta daripada AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya pada 2013, lapor The Sydney Morning Herald.

Akhbar harian itu bagaimanapun melaporkan, jurucakap Kementerian Luar Saudi enggan memberi komen lanjut berhubung perkara itu.

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada bukti mencukupi untuk mengaitkan Najib atas sebarang salah laku dalam menerima wang berkenaan, di mana perdana menteri berkata ia daripada Arab Saudi untuk membantu kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada 2013.

Riyadh berdiam diri dalam isu itu, yang kali pertama didedahkan The Wall Street Journal (WSJ) pada Julai tahun lalu.

"Bukti diperoleh daripada siasatan itu tidak menunjukkan derma diberi sebagai dorongan atau habuan kerana melakukan sesuatu berkait kapasitinya sebagai perdana menteri," kata Apandi pada sidang media, semalam.

"Lebih pun, perdana menteri memulangkan AS$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi pada Ogos 2013 kerana wang itu tidak digunakan."

BBC hari ini memetik sumber Arab Saudi yang enggan dinamakan mengesahkan kerajaan itu mendermakan RM2.6 bilion kepada Najib, mengatakan ia disebabkan kebimbangan Riyadh berhubung pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia, dalam usaha memastikan parti Islam PAS tidak memenangi pilihan raya umum pada 2013.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata ia akan memohon semakan terhadap keputusan Apandi, dan akan membentangkan kertas siasatan kes Najib kepada panel penilai yang memantau agensi anti rasuah itu ~ The Malaysian Insider


SPRM Mungkin Rayu Keputusan Peguam Negara Lepaskan Najib.

Posted: 27 Jan 2016 01:06 AM PST


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Peguam Negara yang telah melepaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.6 bilion dan pinjaman RM4 bilion kerajaan kepada SRC International pada tahun 2011.

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohd Zin pada Selasa berkata terdapat 'kemungkinan besar' bahawa suruhanjaya itu akan mempertimbangkan untuk mengemukakan rayuan kepada Peguam Negara untuk menimbang semula keputusannya dalam 'kes mudah dan jelas'.

Bahri adalah salah seorang pengarah SPRM yang telah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri pada 7 Ogos 2015, beliau kemudiannya dikembalikan semula ke jawatan asalnya tiga hari kemudian lapor mStar

Dan mStar juga melaporkan SPRM bercadang untuk merujuk keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi ALi berkaitan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kepada Panel Penilaian Operasi (PPO). 

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk merujuk keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi ALi berkaitan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kepada Panel Penilaian Operasi (PPO). 
Kenyataan yang dikeluarkan SPRM menyebut, perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas pagi Rabu bagi membincangkan keputusan Peguam Negara yang mengarahkan pihaknya menutup kes berkenaan. 
"Pengurusan Tertinggi SPRM memutuskan untuk membentangkan kepada PPO, salah satu badan bebas yang dibentuk kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM. 
"Salah satu terma rujukan PPO adalah memberi pendapat berhubung tindakan kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya," menurut SPRM. 
SPRM berkata, PPO dibentuk mengikut Akta SPRM 2009 bagi tujuan penilaian dan pertimbangan, selain satu lagi panel khas yang akan dilantik. 
PPO dipengerusikan Tan Sri Dr Hamid Bugo dan dianggotai Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Prof Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M Pathmanathan dan Lim Chee Wee. 
Semalam, Mohamed Apandi berkata, Jabatan Peguam Negara berpuas hati bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkaitan tiga kertas siasatan yang dikemukakan SPRM berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion. 
Mohamed Apandi berkata, beliau sudah mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan terbabit ditutup atau NFA/KUS, iaitu tiada tindakan lanjut (NFA)/kemas untuk simpan (KUS).



Najib!.. Mahathir Tanya Ni.. Bagaimana Wang Yang Dah Dibeku Boleh Dihantar Pulang?

Posted: 26 Jan 2016 11:03 PM PST


Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan penjelasan peguam negara bahawa Datuk Seri Najib Razak memulangkan kembali sebahagian besar wang sumbangan diterimanya kepada kerabat diraja Saudi. 

"Bagaimana dan bila ia dibuat? Kita diberitahu bahawa bakinya dibekukan oleh Singapura.

"Boleh Singapura jelaskan berkaitan unfreezing dan penghantaran balik kepada Saudi?" soalnya dalam tulisan di blognya hari ini.

Beliau juga membangkitkan persoalan sama ada Singapura yang merupakan sebuah pusat kewangan akan begitu mudah tertipu.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali semalam berkata US$620 (RM2.03) daripada AS$681 yang diterima dipulangkan semula kerana tidak diguna pakai.

Pada 22 Julai tahun lalu, Reuters melaporkan bahawa pihak polis Singapura telah membekukan dua akaun bank susulan siasatan terhadap dakwaan salah urus kewangan dan rasuah berkaitan 1MDB.

Selain itu, Mahathir juga mengakui terkejut dengan keputusan peguam negara yang memutuskan bahawa perdana menteri tidak melakukan apa-apa perbuatan jenayah apabila wang RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

"Mempunyai sejumlah wang seperti itu di dalam akaun perdana menteri pun sudah menjadi kesalahan walaupun ia mungkin bukan jenayah.

"Tetapi peguam negara sekarang mengumumkan wang tersebut merupakan hadiah daripada Arab Saudi.

"Dan peguam negara membuat kesimpulan bahawa tiada kes untuk Najib menjawab. Beliau juga mengarahkan SPRM untuk menutup kes itu dan hentikan siasatan," katanya lagi.

Bekas pemimpin negara itu juga secara sinis mempersoalkan SPRM yang sepatutnya menjadi sebuah badan bebas tetapi dilihat seolah-olah menerima arahan daripada Apandi.

"Saya fikir SPRM adalah sebuah badan yang bebas. Tetapi kini ia seolah-olah berada di bawah peguam negara dan mengambil arahan daripada dia.

"Tidak hairanlah Malaysia termasuk di kalangan sepuluh negara yang paling korup di dunia. Badan pencegahan rasuahnya tidak bebas," kata Mahathir lagi ~ Malaysiakini



Eh? Dulu Kata RM2.6 Billion Untuk Kekang Pengaruh Yahudi, Hari Ni Untuk Kekang Ikhwan Muslimin Pulak?

Posted: 26 Jan 2016 07:21 PM PST


Dalam usaha mempertahankan dana RM2,600,000,000.00 yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib, berbagai alasan yang tak masuk akal telah dikemukakan oleh golongan 'Pemakan Dedak'.

Antaranya ialah kononnya dana tersebut adalah untuk digunakan bagi mengekang pengaruh Yahudi melalui DAP..

Ketua Bahagian UMNO Sri Gading, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mendakwa DAP telah dibiayai Yahudi ketika parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum 2013.

The Malaysian Insider juga memetik Abdul Aziz sebagai berkata, penderma berkenaan khuatir sekiranya pengaruh Yahudi akan meresap di negara ini melalui DAP dan memusnahkan kerajaan Islam yang diketuai Barisan Nasional (BN).

"Kalau kita kalah, DAP akan berkuasa. DAP dengan dana Yahudinya akan mengawal negara ini. Berdasarkan perkara itu, rakan-rakan Islam kita di Timur Tengah dapat melihat ancaman Yahudi melalui DAP," katanya kepada perwakilan bahagian Sri Gading.

Itu kata Aziz Karpawi dulu.. tapi hari ini terbukti pemimpin UMNO itu telah berbohong mengenai dana itu..

Menurut BBC, dana tersebut adalah untuk mengekang Ikhwanul Muslimin.. bukannya mengekang pengaruh Yahudi pun..

Laporan berkaitan..

Satu sumber Arab Saudi yang tidak dinamakan mengesahkan hari ini negara itu memberikan derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak, mengatakan ia untuk membantu perdana menteri memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan mengekang pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia. 
Sumber kuat yang tidak mahu dinamakan itu memberitahu BBC, derma itu diluluskan bekas Raja Arab Saudi, Raja Abdullah – daripada poketnya sendiri dan wang negara itu. 
"Derma rahsia kepada Najib yang didakwa dipindahkan melalui transaksi bank di antara akhir Mac 2013 dan awal April 2013, tidak berapa lama menjelang pilihan raya pada 5 Mei," menurut laporan BBC itu. 
Menurut sumber Arab Saudi itu, derma itu diberikan disebabkan kebimbangan Riyadh berhubung pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia, lapor BBC hari ini. 
BBC menyatakan pada masa itu, pakatan pembangkang termasuk PAS, yang "pengasasnya mengambil ilham daripada Ikhwan Muslimin, bagaimanapun, tidak terdapat bukti kuat menunjukkan pergerakan berasal dari Mesir itu mempunyai banyak sokongan di Malaysia". 
Sumber Arab Saudi itu juga memberitahu BBC, sumbangan itu adalah untuk membantu Najib dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya, mengupah pasukan komunikasi strategik dengan pengalaman antarabangsa, memberi tumpuan kepada Sarawak, dan pembiayaan program-program sosial melalui kempen parti. 
"Tetapi mengapa Arab Saudi perlu ambil berat tentang pilihan raya terhadap bukan negara Arab yang terletak lebih 6,000 km (3,700 batu) jauhnya? 
"Jawapannya kata sumber itu, ia berhubung kebimbangan mereka terhadap kuasa Ikhwanul Muslimin yang semakin meningkat, yang dianggap sebagai organisasi pengganas," lapor BBC yang berpangkalan di United Kingdom itu. 
BBC melaporkan, Arab Saudi kecewa dengan beberapa kejadian di Mesir, di mana Presiden Mohammed Morsi sibuk menyatukan Ikhwan Muslimin di negara itu. 
"Ada 3 bulan lagi sebelum Morsi digulingkan tentera, dan Arab Saudi yakin pembangkang itu sedang disokong Ikhwan dan Qatar, yang menyokong Ikhwan dan kumpulan Islam lain di Timur Tengah, "katanya. 
Sumber Arab Saudi itu menyatakan bukan sesuatu yang luar biasa bagi keluarga Diraja Arab Saudi menyerahkan sejumlah wang tunai sebagai sumbangan peribadi kerana "Jordan, Maghribi, Mesir dan Sudan pernah mendapat manfaat lebih AS$100 juta derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi ". 
"Tiada apa yang luar biasa mengenai sumbangan ini kepada Malaysia," katanya kepada BBC, "Ia serupa dengan bagaimana Arab Saudi beroperasi di beberapa buah negara." 
BBC melaporkan Arab Saudi dengan segera menyokong penggulingan Morsi di Mesir, memberikan kerajaan yang disokong tentera berbilion-bilion dolar bagi bantuan dan pinjaman. 
Jordan mendapat manfaat lebih daripada AS$1 bilion pembiayaan pembangunan Arab Saudi, sementara Riyadh mendepositkan lebih AS$1 bilion dalam bank pusat Sudan dan menandatangani urus niaga membiayai empangan di Sungai Nil. 
Maghribi dibekalkan dengan minyak, pembiayaan, pelaburan dan pekerjaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 
"Bagaimanapun, soalan masih ditanya mengenai kerahsiaan dan aliran berbelit pemindahan wang serta hakikat perdana menteri memulangkan 91% daripadanya hanya 4 bulan kemudian. 
"Baki AS$61 juta tidak diambil kira," kata BBC, menyatakan peguam negara mengisytiharkan fail penyiasatan ditutup. 
Seorang penyiasat korporat British dengan pengalaman luas dengan Timur Tengah memberitahu BBC AS$681 juta dibayar melalui bank Switzerland cawangan Singapura yang dimiliki para pemerintah Abu Dhabi. 
"Ia sangat keruh," katanya kepada BBC dalam laporan hari ini. 
"Kes ini tidak akan dibersihkan sepenuhnya sehingga Arab Saudi dan rakyat Malaysia melepaskan semua data transaksi, dan ia tidak berlaku. " ~ The Malaysian Insider

Bodoh sangatkah kita ni??



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...