Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Patutlah Gani Patail Diam Saja..

Posted: 28 Jan 2016 07:01 AM PST


Inilah yang dikatakan 'diam-diam ubi.. dalam diam dia berisi..' langsung tak dengar suara sejak kebelakangan ini walaupun isu derma RM2.6 Billion yang diterima Najib itu terus dipersoalkan banyak pihak..

Tak sia-sialah dia mendiamkan diri.. dan mengelak dari berjumpa dengan para wartawan tu..

Masa ditamatkan perkhidmatan tu Gani Patail ni dikatakan ada masaalah kesihatan, dia tak boleh fokus kepada jawatannya sebagai Peguam Negara tu..

Tapi boleh pulak dilantik sebagai Pengerusi bagi Sarawak Hidro ni..

TAHUKAH anda bahawa Tan Sri Abdul Gani Patail yang merupakan bekas Peguam Negara merupakan Pengerusi Sarawak Hidro yang baru?

Kami tidak pasti, sejak bila beliau dilantik memegang jawatan tersebut namun kami difahamkan bahawa beliau mendapat gaji yang cukup lumayan selain daripada kemudahan dan keistimewaan yang lain.

Sarawak Hidro Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan yang ditubuhkan pada 1 Mei 2000 dengan objektif untuk membangunkan dan menguruskan Projek Hidroelektrik Bakun di tengah Sarawak.

Pada 5 Oktober 2015, Gani Patail bersara daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan selepas karier yang berwarna-warni selama hampir 35 tahun.

Untuk makluman umur Gani Patail genap 60 tahun semasa beliau bersara. 60 tahun adalah umur persaraan wajib bagi penjawat awam.

Tahniah kami ucapkan sekali lagi kepada Tan Sri Abdul Gani Patail atas perlantikan beliau sebagai Pengerusi Sarawak Hidro yang baru ~ PRU14

Ni.. you help me.. I help you ke apa ni?


Salahkan Najib Jika UMNO Tumbang Selepas Ini - Veteran UMNO

Posted: 28 Jan 2016 02:57 AM PST


Seorang pemimpin veteran Umno Kedah Datuk Mohd Shariff Abu Samah mengatakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak wajar dipersalahkan jika Barisan Nasional (BN) dijatuhkan pembangkang selepas ini kerana menjadi punca kemelut politik negeri tersebut.

Shariff, 74, yang sudah berkhidmat selama 36 tahun dalam pentadbiran negeri berkata kemelut politik yang dihadapi kali ini adalah terburuk pernah berlaku.

"Saya sudah berkhidmat selama 36 tahun dalam kerajaan negeri dan belum pernah melihat krisis sebegini di Kedah.

"Jika Najib lambat membuat keputusan dalam kemelut ini, Umno akan bungkus kerana beliau (Najib) membuat rakyat tertanya-tanya," katanya semasa ditemui di perkarangan Istana Anak Bukit, Kedah pagi tadi.

Shariff berkata Najib selaku presiden parti perlu membuat pengumuman dan keputusan segera sama ada mahu menukar menteri besar baharu atau tidak kerana rakyat negeri tersebut sudah penat dengan kemelut melanda.

"Najib perlu buat pengumuman segera sama ada mahu tukar menteri besar Kedah atau tidak. Keputusan itu penting," katanya lagi.

Beliau menyelar tindakan 6 ahli mesyuarat kerajaan negeri (exco) yang tidak hadir ke mesyuarat bersama Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam.

"Tindakan 6 exco itu dianggap biadab. Mereka tidak seharusnya mengeruhkan lagi keadaan sekarang.

"Ia hanya memburukkan lagi keadaan. Ini tak elok," jelasnya.

Semalam, hanya 3 exco hadir, iaitu Exco Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Wanita Datuk Suraya Yaacob; Exco Sains, Inovasi dan Teknologi dan Sumber Maklumat Datuk Norsabrina Mohd Noor; dan Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan, Aminuddin Omar.

Mukhriz, yang juga menteri besar penggal pertama ketika ini berdepan penentangan Umno negeri apabila sekumpulan pemimpin Umno diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Datuk Ahmad Bashah Hanipah pada Rabu lepas menyatakan hilang keyakinan dan memintanya berundur daripada jawatan menteri besar.

Dalam perkembangan terkini, media dilaporkan pengakuan bersumpah juga berjaya dikutip daripada 19 wakil rakyat Umno yang menyatakan tidak lagi menyokong Mukhriz ~ The Malaysian Insider


Blog OutSyed The Box Pun SKMM Block?

Posted: 28 Jan 2016 12:00 AM PST


Syed Akbar memberitahu The Malaysian Insider, blognya disekat sejak semalam tanpa sebarang amaran daripada pihak berkuasa.

"Saya sangat sedih dan tidak puas hati terhadap mereka menyekatnya. Ia sangat tidak adil, saya hanya seorang blogger. Saya bukan ancaman kepada negara ini atau kepada keselamatan negara atau untuk rakyat Malaysia."

Beliau berkata, ia mungkin disebabkan penerbitan surat kepada Tabung Haji.

Katanya, beliau juga ada menulis mengenai artikel Sarawak Report beberapa hari lalu. Ia merupakan laman web pemberi maklumat yang diharamkan di Malaysia.

"Saya juga menerbitkan semula artikel Wall Street Journal. Tetapi selain itu, tiada apa-apa yang memerlukan pihak berkuasa menyekat blog saya.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini berkata sudah tugasnya menjamin keselamatan semua rakyat Malaysia daripada pengganas. Tetapi saya tidak melihat blog saya sesuai dalam kategori ini.

"Blog saya sangat terkenal di Malaysia kerana menentang keganasan. Saya selalu menentang keganasan. Itulah mesej utama dalam blog saya. Jadi bagaimana mengharamkan blog saya dapat disamakan seperti apa yang beliau (Najib) katakan?"

Syed Akbar berkata beliau tidak akan mengemas kini blognya selagi ia masih disekat.

Beliau percaya terlalu sedikit pembaca akan tahu bagaimana mengelakkan pengharaman menggunakan pelayan proksi atau melaraskan pelayan DNS.

"Saya pada dasarnya kehilangan pembaca saya. Jika saya menulis sekarang, terlalu sedikit orang yang akan membacanya. Saya akan membuang masa saya. Saya tidak boleh berbuat apa-apa sekarang.

"Saya perlu memikirkan semula keadaan saya. Mungkin saya akan menulis buku," katanya.


Peguam Negara Tidak Berhak Arah SPRM Henti Siasat Najib, Kata Bekas Peguam Negara

Posted: 27 Jan 2016 10:19 PM PST


Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak ada bidang kuasa untuk mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan terhadap sumbangan RM2.6 bilion yang dikatakan dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri, kata bekas peguam negara.

Bahkan Tan Sri Abu Talib Othman berkata, Apandi dalam kes ini, tidak membantu SPRM memperoleh dokumen dan kenyataan dari luar negara untuk membantu siasatan itu, di bawah inisiatif bantuan undang-undang persefahaman (MLA).

"Mengikut Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, peguam negara hanya ada kuasa untuk memula, menjalankan dan menghentikan sebarang prosiding (jenayah), tetapi tidak ada bidang kuasa mengarahkan sebarang agensi siasatan menutup kertas siasatannya.

"Kes ini membabitkan kepentingan awam yang menarik perhatian seluruh dunia, peguam negara mesti bantu SPRM kumpul bukti kerana sumber wang itu datang dari luar Malaysia," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Apandi Selasa lepas yang berpuas hati Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan kesalahan jenayah berhubung wang sumbangan itu dan SRC International.

Apandi berkata tidak ada "bukti mencukupi" untuk mendakwa perdana menteri.

Bagaimanapun, Abu Talib berkata sepatutnya apa yang lebih ideal adalah jika Apandi membenarkan SPRM melengkapkan siasatan itu dan memberikan apa juga bantuan yang diperlukan memandangkan sumber sumbangan dari luar Malaysia.

"Sama ada akan memulakan pendakwaan atau tidak sepatutnya diputuskan selepas siasatan itu," kata Abu Talib.

Katanya, Malaysia mengamalkan sistem semak dan imbang dalam pentadbiran keadilan.

"Kuasa penyiasatan terletak pada SPRM sepenuhnya. Pendakwaan berdasarkan kepada bukti yang ada dan jika ada, tugas pendakwa raya untuk memulakan pendakwaan terhadap orang kena tuduh.

"Ia tugas mahkamah untuk memastikan sama ada seseorang itu bersalah melakukan jenayah atau tidak," katanya.

Pada 31 Disember, Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata siasatan RM2.6 bilion itu tidak lengkap dan agensi penyiasatan itu perlu mendapatkan dokumen dan penyata membabitkan beberapa institusi kewangan luar negara.

"Dokumen dan penyata itu hanya boleh diambil menerusi MLA kerana mereka terikat kepada undang-undang perbankan negara yang terlibat," kata Shukri dalam satu kenyataan, tidak lama selepas kertas siasatan mengenai sumbangan SRC International itu dihantar kepada Apandi.

Bagaimanapun, pada sidang medianya Selasa lalu, Apandi berkata Malaysia tiada keperluan mendapatkan bantuan undang-undang daripada negara lain bagi menyiasat sumbangan itu kerana beliau mendapati tiada kesalahan dilakukan.

"Saya akan kembalikan kertas siasatan berkaitan kepada SPRM dengan arahan untuk menutup 3 kertas siasatan," kata Apandi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said semalam berkata tiada sesiapa boleh mempertikaikan keputusan peguam negara tidak mendakwa Najib kerana salah laku berhubung siasatan sumbangan RM2.6 bilion dan SRC.

Azalina yang juga seorang peguam berkata undang-undang memberi budi bicara peguam negara sepenuhnya untuk memutuskan sama ada kes itu perlu diteruskan di mahkamah atau tidak.

Sehubungan itu, katanya, rakyat Malaysia patut berhenti berdebat lebih lanjut mengenai kes itu.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga memberi komen terhadap keputusan Apandi, menuduh peguam negara memainkan peranan sebagai hakim dan pendakwa.

"Keputusan itu sebenarnya penghakiman. Peguam negara jadi kedua-duanya hakim dan pendakwa. Itu saja sudah tidak adil," kata Dr Mahathir.


Kenyataan Azalina Kononnya Tiada Siapa Boleh Pertikai Keputusan Peguam Negara Adalah Tidak Benar - Yusmadi Yusoff

Posted: 27 Jan 2016 04:30 PM PST


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan hari ini ketika memberi respons terhadap tindakan SPRM berkata tiada sesiapa boleh mempertikaikan keputusan peguam negara.

Azalina berkata mengikut Perkara 145 (3) peguam negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.

Nampak macam betul saja kenyataan Azalina tu.. nampakmacam betullah sebab bukan bidang aku tu..

Sebenarnya tak betul apa yang Azalina kata tu menurut Yusmadi Yusoff..

Baca ni..

Kenyataan tak benar oleh Menteri yg juga graduan undang-undang.
Keputusan pendakwaan Peguam Negara boleh dicabar sekiranya terdapat perkara-perkara seperti Mala Fide (niat jahat) dan lain-lain semasa beliau membuat pertimbangan keputusan pendakwaan (prosecutorial power) tersebut.

Cabarannya ialah 'bukti/keterangan'! Sebab kebanyakkan keputusan dibuat 'within his own four walls'.

Org awam tak ada akses kepada proses bagaimana keputusan tersebut dibuat.

Isunya ialah 'Prosecutorial Accountability'. Saya pernah bahas perkara ini di dewan. Malah inilah isu penting ketika Kerajaan perlu membuat keputusan samada untuk mahu memberi kuasa Pendakwaan kpd SPRM atau pun tidak.
Hujah saya, kalau rakyat tak beri mekanisme 'check and balance' e.g Prosecutorial Accountability terhadap keputusan Peguam Negara seperti sekarang, kuasa pendakwaan juga perlu diberi kpd SPRM.

Keadaan ideal andaian Perlembagaan seperti Fasal 145 seolah-olah Peguam Negara juga adalah 'Peguam Rakyat' yg mewakili kepentibgan rakyat sukar nak dibuktikan apabila banyak keputusan-keputusan lebih memihak kpd kepentingan kerajaan mengatasi krpentingan rakyat.

Parlimen perlu digesa agar mekanisme 'Prosecutorial Accountability' serperti di UK dan Amerika Syarikat dilaksanakan di Malaysia.

Ada pepatah Melayu kata "Sepandai pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juah" InsyaAllah

Kenyataan Yusmadi ini datangnya dari ( SINI )



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...