Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rayani Air Nafi Lantik Mursyidul Am PAS Sebagai Penasihat

Posted: 28 Jan 2016 10:17 PM PST


Syarikat penerbangan baru berkonsepkan syariah Rayani Air tidak berhasrat melantik Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai penasihat seperti dilaporkan sebelum ini.

Pengarah eksekutifnya Ravi Alagendran Ravi turut menepis khabar angin yang mengatakan syarikatnya mahu membuat pengasingan tempat duduk antara lelaki dan wanita.

Spekulasi tentang Haron timbul akibat salah faham semasa perbincangan mengenai pemilihan panel syariah, kata Ravi lagi.

"Kenyataan sebelum ini untuk melantik Haron adalah tidak benar dan salah faham sebenarnya. 

"Sebelum ini kita sudah adakan perjumpaan dengan beberapa tokoh ulama untuk mewujudkan garis panduan konsep patuh syariah," katanya seperti dipetik Kosmo! hari ini.

Sebelum ini timbul andaian Rayani Air berhasrat melantik Haron sebagai penasihat kerana industri penerbangan tempatan belum pernah melaksanakan pensijilan mengikut panduan Islam.

Namun Haron, dalam satu kenyataan, mengakui tidak pernah didatangi atau dihubungi pegawai syarikat itu untuk menawarkan jawatan berkenaan ~ The Malay Mail


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...