Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Siasatan Switzerland Dedah AS$4 Bilion Disalah Guna Dalam Siasatan Terhadap 1MDB..

Posted: 29 Jan 2016 08:00 PM PST


Pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapati kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) daripada syarikat Malaysia disalahgunakan, dengan sebahagiannya dipindahkan ke beberapa bank Swiss oleh pegawai dari Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu, lapor The Wall Street Journal (WSJ), hari ini.

Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata ia menemui 4 kes salah laku jenayah antara 2009 dan 2013 "menggunakan struktur kewangan yang kompleks".

"Jumlah yang disyaki disalahgunakan ialah kira-kira AS$4 bilion," kata akhbar itu memetik Pejabat Peguam Negara Switzerland sebagai berkata.

"Tujuan sebenarnya kini menjadi subjek untuk siasatan lanjut."

Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata beliau bimbang dengan keputusan Malaysia untuk menghentikan siasatan terhadap pindahan wang AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerana langkah itu akan menjejaskan siasatan Switzerland terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan yang bermasalah itu.

"Kami sangat bimbang," kata Lauber dipetik WSJ.

"Kami sudah menemui bukti menunjukkan pindahan wang yang mencurigakan, berkait dengan 1MDB menerusi institusi kewangan Switzerland, dan kami percaya amat penting ia dikongsi dengan pihak berkuasa Malaysia."

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Selasa berkata "bukti tidak mencukupi" untuk mendakwa Najib kerana menerima AS$681 juta daripada keluarga diraja Saudi.

"Berdasarkan kepada fakta dan bukti, tiada kesalahan jenayah dilakukan perdana menteri berhubung 3 kertas siasatan," kata Apandi, selepas berbulan-bulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.

"Maka dengan ini saya arah SPRM menutup kertas siasatan," katanya.

WSJ juga memetik jurucakap kepada peguam negara Switzerland sebagai berkata siasatan tidak sepatutnya ditutup kerana wujud "penipuan yang besar sedang berlaku".

"Tanpa bantuan dari Malaysia, siasatan kami di Switzerland berdepan risiko menemui jalan mati," katanya kepada akhbar itu ~ The MAlaysian Insider


Ahmad Bashah Melepas Lagi...

Posted: 29 Jan 2016 06:34 PM PST


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai menyerahkan tiga nama calon Menteri Besar Kedah kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah dalam pertemuan di Istana Darul Aman, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dikatakan tidak tersenarai.

Menurut sumber, tiga ADUN yang dicalonkan adalah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin.

Dr Ku Abd Rahman adalah EXCO Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, manakala Mohd Rawi adalah EXCO Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya.

Azmi adalah Timbalan Speaker Dewan DUN Kedah. Berdasarkan tiga nama itu, Dr Ku Abd Rahman dilihat berpotensi untuk dilantik berdasarkan latar belakangnya selain menjadi Exco paling kanan dalam barisan kepemimpinan kerajaan negeri.

Difahamkan, 21 ADUN Barisan Nasional (BN) Kedah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri pada Selasa lalu di Putrajaya.

Pada 20 Januari lalu, Ahmad Bashah bersama 14 Ketua Bahagian mengadakan sidang media meminta Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berundur daripada jawatannya selepas majoriti daripada mereka hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap beliau yang juga Pengerusi UMNO Kedah.

Najib akan mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato' Onn, di sini, petang ini, yang dijadual turut dihadiri Mukhriz ~ Berita Harian


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...