Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kejatuhan Nilai Ringgit Sebabkan Pakej Haji Dan Umrah Naik Harga

Posted: 04 Jan 2016 08:30 AM PST


Peningkatan kadar bayaran bagi pakej haji dan umrah di bawah kelolaan agensi swasta adalah disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit.

Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tour, Datuk Daud Che Ngah berkata, kesan kejatuhan mata wang negara menyebabkan antaranya kadar sewaan penginapan, makanan dan pengangkutan di Arab Saudi meningkat 30 peratus.

"Semua pembayaran adalah dalam nilai riyal. Dua tahun lalu kadar tukaran ringgit kepada riyal adalah RM85 bersamaan dengan 100 Riyal Arab Saudi.

"Tetapi lepas musim haji baru-baru ini, nilai tukaran ringgit kepada riyal lebih rendah, iaitu 85 Riyal bersamaan RM100," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tiket penerbangan sahaja dibayar dalam bentuk ringgit namun kosnya juga meningkat.

Katanya, kejatuhan mata wang ini menyebabkan agensi-agensi swasta terpaksa menaikkan kadar pakej bagi meneruskan kelangsungan perniagaan.

"Kami orang meniaga yang membantu orang Islam di negara ini melakukan ibadah. Jika tidak dinaikkan, kami tidak boleh meneruskan perniagaan.

"Bukan pihak kami sahaja menanggung beban, tetapi agensi swasta lain juga dan itu harga ibadah yang perlu dibayar mereka," katanya.

Che Ngah berkata, sekiranya ringgit terus jatuh dan tidak stabil, pihaknya terpaksa naikkan harga pakej.

Katanya, agensi swasta berbeza dengan Tabung Haji yang merupakan badan besar yang mampu menanggung kos akibat kejatuhan ringgit dengan memberikan subsidi.



Isu Bauksit: Kerajaan Negeri Tidak Lindungi Rakyat – Fuziah Salleh

Posted: 04 Jan 2016 07:09 AM PST


Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyifatkan Kerajaan Pahang tidak melindungi rakyat kerana gagal menghentikan kegiatan perlombongan bauksit di Kuantan.

Katanya, kerajaan negeri tidak tegas mengambil tindakan undang-undang terhadap pelombong bauksit dan pihak yang terlibat dengan kegiatan itu.

"Kerajaan negeri ada kuasa yang amat besar untuk ambil tindakan. Namun yang menjadi persoalan kenapa penguatkuasa dan agensi terlibat gagal mengawalnya.

"Kerajaan negeri harus tegas, pastikan ada penguatkuasaan agar perkara ini tidak berlaku. Ini tidak dibuat dan seolah-olah ludah kelangit," katanya kepada FMT di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah supaya rakyat terus berjuang untuk menghentikan aktiviti bauksit di daerah itu.

Fuziah turut menyambut baik saranan Tengku Puan Pahang terhadap isu bauksit dan berpandangan beliau prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat.

Katanya, langkah sebaiknya yang perlu dilakukan oleh kerajaan negeri adalah dengan menggantung semua lesen mengeksport bauksit menerusi Pelabuhan Kuantan.

"Dengan langkah itu akan menyebabkan operasi bauksit akan terjejas disebabkan mereka tidak akan dapat mengeksport lagi bauksit itu kerana lesen sudah digantung," tegasnya.

Beliau juga berharap kerajaan negeri akan lebih bertanggungjawab dalam melindungi rakyat daripada masalah itu.

"Kalau rakyat tak ada kekuatan untuk lawan, kerajaan negeri yang harus lindungi mereka," katanya.

Sebelum ini, Tengku Puan Pahang menzahirkan rasa dukacita terhadap pencemaran akibat aktiviti bauksit di daerah Kuantan.

Beliau membuat kenyataannya itu menerusi laman sosial instagramnya @tengku_puan_pahang, Tunku Azizah dan memuat naik beberapa status berhubung perkara tersebut.



Kenapa China Railway Umum Nilai 60% Pegangan Bandar Malaysia RM5.28 Billion.. Bukan RM7.41 Billion?

Posted: 04 Jan 2016 02:35 AM PST


Apa cerita ni?.. masa jual dulu dikatakan nilai bagi 60 peratus pegangan 1MDB dalam bandar Malaysia ialah RM7.41 Billion.. tiba-tiba hari pulak China Railway Group Ltd istihar kepada Hong Kong Stock Exchange (HKEx) nilainya RM5.28 billion..

Banyak bezanya tu.. lebih kurang RM2.13 Billion.. kurang sikit dari derma yang Najib dapat tu..

Baca laporan ni..

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, kepentingan 60 peratus saham syarikat itu dijual kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd pada nilai RM7.41 bilion manakala penilaian semasa Bandar Malaysia diletakkan pada RM12.35 bilion.  
Sebaik perjanjian penjualan saham dimeterai, beliau berkata 1MDB akan menerima deposit sebanyak 10 peratus iaitu RM741 juta.  
"IWH yang juga pemaju utama bagi bahagian Flagship A Koridor Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Iskandar adalah perkongsian awam-swasta antara Credence Resource Sdn Bhd (60 peratus) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (40 peratus), yang dimiliki oleh kerajaan negeri Johor.

"Konsortium terbabit menilai penuh 100 peratus tanah Bandar Malaysia pada harga RM12.35 bilion. Nilai bersamaan 60 peratus tanah adalah RM7.41 bilion dan 1MDB dan menerima deposit 10 peratus atau RM741 juta selepas pelaksanaan perjanjian ~ Malaysiakini

Ini laporan yang mengatakan China Railway Group Ltd mengistiharkan nilai pegangan itu ialah RM5.28 Billion.. 

Barely days after 1MDB announced the divestment of a majority stake in its 486-acre Bandar Malaysia development project, some confusion has emerged concerning the actual price tag for the 60 percent stake.  
A regulatory filing by China Railway Group Ltd to the Hong Kong Stock Exchange (HKEx) made at 6.23pm, Jan 3 stated that the share sale agreement stipulates a price tag of RM5.28 billion for the 60 percent equity in Bandar Malaysia Sdn Bhd.  
This is about 28 percent lower than the RM7.41 billion figure that 1MDB announced on Dec 31, 2015 for the deal.  
China Railway Group, through its Malaysian arm, is a 40 percent partner in the joint venture that won the bidding for the 60 percent Bandar Malaysia stake.  
Please continue yours reading HERE

Kalau nak dikatakan RM5.28 Billion itu adalah nilai pegangan China Railways iaitu 60 peratus dari RM7.41 Billion pun tak betul jugak..

Sebab 60 peratus dari RM7.41 Billion itu ialah RM4.446 Billion...

Apa cerita pulak ni??





Ketua Pesuruhjaya SPRM Akan Diganti Kerana Masalah Kesihatan?

Posted: 03 Jan 2016 09:30 PM PST


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, mungkin akan diganti kerana masalah kesihatan, menurut sumber, selepas agensi itu baharu saja menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan anak syarikat Kementerian Kewangan, SRC International.

Sumber berkata, khabar angin bertiup kencang di Jabatan Perdana Menteri dan dalam kalangan pegawai atasan polis tentang seorang pegawai kanan polis atau seorang timbalan pendakwa raya kanan dari Jabatan Peguam Negara mungkin akan menggantikan Abu Kassim untuk mengetuai SPRM.

"Tahap kesihatan Abu Kassim kini sedang digunakan sebagai alasan dalam percubaan untuk menggantikannya," kata sumber itu kepada The Malaysia Insider yang enggan dinamakan kerana sensitiviti maklumat itu.

Abu Kassim menjalani pembedahan kerana sakit belakangnya pada 7 Ogos lepas dan dilaporkan kembali bertugas pada pertengahan Oktober.

Bulan Ogos lepas menyaksikan beberapa pegawai SPRM menjadi sasaran polis dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber kebocoran maklumat berkenaan skandal kewangan yang didakwa melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini berlaku selepas kemunculan dokumen yang didakwa sebagai kertas pendakwaan terhadap Najib yang dirangka SPRM dan diterbitkan laman sesawang Sarawak Report.

Pegawai Cawangan Khas menyerbu pejabat pendakwa raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairy, merampas dokumen berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sebuah syarikat cabang pelaburan negara yang diwujudkan Najib.

Sebelum itu, Penasihat Guaman SPRM Tan Sri Rasphal Singh dan Jessica Gurmit Kaur, seorang pegawai Jabatan Peguam Negara, juga ditahan untuk soal siasat berkenaan dakwaan kebocoran maklumat itu.

Tujuh pegawai SPRM juga disoal siasat pada masa sama, dan 2 daripada mereka dipindahkan jabatan serta merta selepas secara terbuka mengkritik tindakan polis menyoal siasat rakan sejawat mereka.

Sumber itu berkata, penggantian Abu Kassim dengan seorang pegawai polis untuk mengetuai SPRM akan menjatuhkan lagi semangat kakitangan agensi kerajaan itu dan hanya mengesahkan tanggapan negatif masyarakat terhadap kebebasan agensi itu.

Abu Kassim, yang menyertai Badan Pencegahan Rasuah pada 1984 yang kemudiannya dinamakan sebagai SPRM pada 2010, dilantik sebagai ketua pesuruhjaya agensi itu pada Januari tahun sama.

Dalam wawancara bersama Sinar Harian baru-baru ini, Abu Kassim berkata kontraknya akan tamat pada 2018 tetapi menjangka akan kekal memegang jawatan sehingga 2020, tahun beliau berusia 60 tahun, had umur wajib bersara untuk penjawat awam.

Di bawah Akta SPRM, Yang di-Pertuan Agong melantik ketua pesuruhjaya SPRM atas nasihat perdana menteri untuk jangka masa tertentu dan syarat pelantikan yang ditetapkan dalam surat pelantikan.

Abu Kassim sebelum ini berulang kali menegaskan siasatan SPRM ke atas derma RM2.6 bilion dan SRC International adalah bebas.

Beliau menyifatkan 2 kes itu sebagai kes paling mencabar dalam kerjayanya, dan memuji pasukan penyiasat kerana menjalankan tugas mereka sebaik dan seprofesional mungkin.

The Wall Street Journal (WSJ) pada awal Julai tahun lepas melaporkan pemindahan wang berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.

SPRM kemudiannya mengeluarkan kenyataan duit itu ialah derma dari seorang penderma Timur Tengah, tetapi tidak menjelaskan tujuan wang itu diberikan atau ke mana wang itu disalurkan.

Pada 31 Disember, Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata dalam sebuah kenyataan, agensi itu sudah menyerahkan kertas siasatan ke atas derma RM2.6 bilion dan SRC International, selepas bercakap dengan lebih daripada 100 orang, termasuk penderma.

Sebelum ini SPRM menjelaskan yang mereka menyiasat SRC International berkenaan dengan dana RM4 bilion, dan bukan syarikat sarat hutang 1MDB.

Derma RM2.6 bilion juga adalah siasatan berlainan, tetapi Shukri berkata ia masih belum lengkap kerana hanya saksi yang berada di Malaysia ditemu bual.

Katanya, SPRM masih belum memperoleh dokumen dan kenyataan berkaitan transaksi kewangan di luar negara dan sedang meminta bantuan Jabatan Peguam Negara memperolehnya melalui bantuan perundangan bersama (MLA).

Najib, yang juga menteri kewangan, menafikan RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya ialah daripada 1MDB, dan wang itu tidak digunakan untuk kegunaan peribadi lapor The Malaysian Insider



Isu Bauksit: Tengku Puan Pahang Seru ‘Lawan Rakyat Lawan’

Posted: 03 Jan 2016 04:30 PM PST


Tengku Puan Pahang menyeru penduduk Kuantan terus berjuang untuk menghentikan pencemaran akibat aktiviti perlombongan bauksit.

"Lawan rakyat lawan," kata Tunku Azizah Maimunah Iskandariah, dalam bahasa Inggeris, di Instagram miliknya @tengku_puan_pahang hari ini.

Coretan itu dikepilkan keratan Utusan Malaysia semalam "Bauksit: Kabinet arah berhenti sementara" yang melaporkan penggantungan kegiatan melombong galian itu selama tiga bulan.

Akhbar itu menyifatkan tindakan kabinet itu tepat selepas berlaku "perubahan ketara kepada alam sekitar" seperti sungai dan laut tercemar sehingga merah.

Isu bauksit sejak lebih setahun menjadi duri dalam daging penduduk-penduduk di beberapa kawasan di Kuantan.

Ia menjadi lebih panas beberapa minggu mutakhir susulan kemalangan maut seorang guru akibat dihempap tayar lori bauksit dan juga pencemaran serius Sungai Balok.

Persisir pantai berdekatan muara sungai itu turut tercemar, dianggarkan sejauh sekurang-kurangnya 10km, dari Pelabuhan Kuantan ke Pantai Batu Hitam.

Menulis di laman sosial itu hari ini, Tunku Azizah juga memuat naik beberapa lagi keratan akhbar berhubung pencemaran bauksit.

"Berbuih sudah mulut saya pok pek. Saya ada rumah di pantai Balok, dan pantai di hadapan rumah saya juga merah.

"Pernah juga pelabuhan [Kuantan] membuang asid-asid ke dalam laut dan saya terpaksa henti cari kerang di pantai," katanya, dengan melampirkan keratan mingguan New Sunday Times "Generations will suffer" hari ini.

Walaupun mahu tindakan tegas diambil bagi menangani isu bauksit, isteri Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata tidak wajar kerajaan disalahkan sepenuhnya.

"Memang sudah berlebihan. [Tetapi] jangan salahkan kerajaan sahaja. Salahkan juga pengusaha yang haram, salahkan juga tuan punya tanah.

"Kita semua salah di sini," katanya, mengulas laporan muka depan akhbar Mingguan Malaysia "Hentikan terus lombong bauksit" hari ini.

Sedih dengan masalah bauksit yang ditanggung rakyat, coretnya di Instagram, Tengku Puan Pahang berkata industri mineral itu membuatkan rakyat berasa tidak selesa lapor The Malay Mail



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...