Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bauksit: 4 Pegawai Pejabat Tanah dan Galian Ditahan Kerana Rasuah

Posted: 07 Jan 2016 04:23 AM PST


Empat kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuantan, Pahang ditahan kerana disyaki meminta serta menerima wang rasuah dari pelombong bauksit tidak berlesen di negeri ini, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Nilai wang rasuah yang terlibat ialah RM100,000, kata pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohd Azam Baki.

Rasuah disyaki diperoleh melalui penjualan dokumen pemindahan bijih mineral atau Borang 13D secara haram kepada pelombong tidak berlesen.

Antara yang ditahan ialah seorang pegawai penguat kuasa kanan, Azam memberitahu satu sidang media di pejabat SPRM Pahang.

Empat individu itu, berusia antara 30 dan 38 tahun, disyaki melindungi kegiatan haram pelombong tersebut daripada diambil sebarang tindakan penguatkuasaan terhadap mereka.

Mereka ditahan di rumah mereka sekitar Kuantan dalam operasi selama tiga jam yang berakhir jam 9 malam tadi.

"(Dalam serbuan itu) kami mendapati sejumlah besar wang tunai disembunyikan dalam mesin basuh pegawai kanan itu, dipercayai wang rasuah," kata Azam.

Rasuah itu dibayar melalui penjualan Borang 13D itu, juga dikenali sebagai "docket", yang dikeluarkan PTG kepada pelombong, katanya.

Borang yang boleh didapati dengan harga RM1 setiap satu itu dijual kepada pelombong haram dengan harga antara RM150 dan RM200 setiap satu.

"Borang itu diperlukan setiap pemandu lori semasa memindahkan bauksit ke stok tapak simpanan," kata Azam.

Azam berkata, pegawai SPRM juga mendapati timbunan borang 13D dalam kereta suspek.

Borang-borang itu mengandungi maklumat mengenai jumlah tanah yang dibenarkan dibawa sebuah lori bagi setiap perjalanan dan memerlukan tandatangan pegawai tanah dan galian.

Setiap borang hanya sah untuk satu perjalanan sahaja.

"Jadi, pemandu lori perlu satu 'docket' untuk setiap perjalanan. Katakan seorang pelombong mempunyai 20 buah lori, dia memerlukan 20 'docket' bagi setiap perjalanan," kata Azam.

Menjadi satu kesalahan sekiranya pemandu lori itu gagal mengemukakan docket itu apabila diminta atau ditahan unit penguatkuasaan tanah dan galian.

"Dalam kes ini, amalan rasuah yang didakwa ini berlaku di pejabat apabila pelombong haram pergi untuk membeli docket yang berharga RM1 itu pada harga antara RM150 dan RM200," katanya.

Beliau berkata, borang itu membantu pelombong haram melepaskan diri dari "diganggu" pegawai penguat kuasa.

SPRM juga mendapati, terdapat lebih 200 pelombong bauksit haram di Pahang, kata Azam.

SPRM semalam berkata, ia menemui unsur rasuah dalam industri perlombongan bauksit Pahang.

Azam hari ini juga berkata agensi anti-rasuah itu sedang menyiasat kekurangan dalam jumlah royalti perlombongan bauksit yang diterima kerajaan negeri tahun lalu.

Semua 4 individu itu kini ditahan reman seminggu bermula hari ini mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

SPRM dalam satu kenyataan juga tidak menolak kemungkinan akan melakukan tangkapan susulan dan mengakui mempunyai maklumat berkaitan pihak terbabit.

"SPRM berharap semua pihak termasuk masyarakat setempat bertanggungjawab memastikan isu aktiviti perlombongan bauksit tidak terkawal ini dapat diatasi, serta segala kerosakan yang berlaku dapat diperbaiki semula," katanya lapor The Malaysian Insider



Ibu Tunggal Nafi Anak Terpaksa Kongsi Pakaian Sekolah

Posted: 06 Jan 2016 10:00 PM PST


Seorang ibu tunggal menafikan anak lelakinya lambat mendaftar di tingkatan satu di sebuah sekolah di Permatang Rawa di Bukit Mertajam, kerana terpaksa berkongsi pakaian sekolah dengan abangnya seperti yang tersebar di laman sosial termasuk Facebook pada Rabu.

Fadzilah Hashim, 45, berkata walaupun mereka sekeluarga susah, beliau masih mampu menyediakan pakaian sekolah untuk tiga anaknya termasuk dua anak lelaki yang belajar di sekolah yang sama. 

"Saya terkejut apabila didatangi pelbagai pihak termasuk Zakat Pulau Pinang (ZPP) selepas gambar anak saya menjadi viral hari ini...memang betul kami susah tetapi setiap bulan saya terima bantuan dari ZPP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Mereka datang bertanya sama ada saya memang tidak mampu menyediakan pakaian dan tiada duit untuk anak-anak bersekolah dan saya menafikannya kerana telah menyiapkan kelengkapan sekolah mereka...cuma anak bongsu yang tingkatan satu itu lambat mendaftar kerana baru tahu dia bersekolah di situ," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Permatang Rawa pada Rabu. 

Gambar mengenai seorang pelajar tingkatan satu yang baru mendaftar persekolahan semalam kerana dikatakan terpaksa meminjam pakaian abangnya yang menuntut di tingkatan empat sekolah yang sama, menjadi viral.

Remaja itu dikatakan dari keluarga susah selepas ibu bapanya bercerai dan ibunya tidak bekerja.

Fadzilah berkata beliau yang mengambil upah mengopek ikan bilis dengan pendapatan RM8.50 sehari, sedih dengan cerita yang menjadi viral itu dan berharap mereka yang memuat naik gambar itu dalam laman sosial dapat tampil memberi penjelasan sebenar.

"Setiap bulan saya terima bantuan sebanyak RM400 dari ZPP dan RM300 dari JKM, ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban saya untuk menampung perbelanjaan tiga anak berusia 13 hingga 16 tahun," katanya.

Beliau yang bercerai dengan suami sejak lima tahun lepas, tinggal di rumah yang dibina menerusi Projek Perumahan Rakyat di Mukim 7 Permatang Rawa.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar ZPP Mohd Khairi Ghazali berkata pihaknya segera ke rumah keluarga berkenaan selepas mendapat maklumat menerusi laman sosial seperti yang diviralkan untuk melihat sendiri keadaan mereka.

"Kami juga terkejut kerana memang sebelum ini keluarga ibu tunggal itu menerima bantuan ZPP sejak 2012," katanya lapor AstroAwani



Kemana Leburnya 80 Peratus Dari RM42 Juta Levi Bauksit?

Posted: 06 Jan 2016 08:00 PM PST


Menarik.. selain dari berjaya mentransformasikan Kuantan menjadi seakan-akan Planet Marikh, memperkenalkan 'MyVi Celup Tepung' dan Laut Merah yang real.. Bauksit juga merugikan Kerajaan Negeri Pahang yang ditadbir oleh UMNO/BN..

Kerajaan Negeri Pahang mengenakan levi RM4 bagi setiap tan bauksit yang dilonggokkan di Pelabuhan Kuantan untuk dieksport..

Tiga bulan terakhir ini berlaku peningkatan dalam eksport bahan mentah itu hinggakan Pelabuhan Kuantan terpaksa menyusun semula operasinya bagi menampung peningkatan tersebut.

Sebelum ini Pelabuhan Kuantan hanya mampu mengendalikan hanya satu juta tan bauksit setiap bulan berbanding peningkatan tiga bulan terakhir ini yang menjadi 3.5 juta tan..

Oleh itu eksport bauksit dalam masa tiga bulan terakhir ini adalah 10.5 juta tan dan levi yang sepatutnya dikutip oleh Kerajaan Negeri adalah RM42 Juta..

Malangnya menurut New Straits Times kerajaan Negeri Pahang hanya memperolehi RM8 Juta sahaja..

New Straits Times juga menganggarkan sepanjang tahun lepas sahaja, jumlah pengeluaran bauksit dari negeri itu tidak kurang daripada 27 juta tan.

Sekaligus sepatutnya membolehkan Kerajaan Negeri Pahang memperolehi sekurang-kurangnya RM108 juta daripada eksport bauksit sahaja.

Kalau kira-kira 80 peratus dari RM108 Juta itu juga dah lebur.. betapa ruginya Kerajaan Negeri Pahang..

Persoalannya disini.. 80 peratus tu dah meresap ke mana?

KUANTAN: As Kuantan continues to be ravaged by bauxite miners, both legal and illegal, the state government, among the main benefactors from the export of the resource, finds itself being severely shortchanged.

To whom they are losing the millions to, had not been established. The New Straits Times Special Probes Team has learnt that in the last three months alone, Kuantan Port, which has the basic capacity of handling some one million tonnes of bauxite each month, had tweaked its operations to facilitate Kuantan's bauxite export of 3.5 million tonnes each month.

The state government, however, it is understood, realised that despite the spike in output during that period alone (more than 10 million tonnes), only RM8 million went into its coffers, instead of the RM40 million (from the RM4 per tonne).

If these numbers are anything to go by, some 80 per cent of the earnings have not been accounted for.

With the state government moving to revise the levy on bauxite production from RM4 to RM8 per tonne, Pahang could see itself losing more revenue from the environmentally damaging industry.

The team also established that last year, the total bauxite output from the state was no less than 27 million tonnes (26.5 million tonnes as of November).

This should have earned Pahang at least RM108 million last year from bauxite exports.

The state government, as well as those licensed to mine and export bauxite, have largely blamed illegal bauxite miners for the severe environmental degradation in the district of at least 400,000 people.

The team also understands that those illegally mining bauxite would have no problems exporting their ill-gotten gains.

The team spoke to several parties down the bauxite-export chain to establish how the state's "stolen" resource could be easily traded, as this is understandably a factor that had encouraged them to seek land to plough, all at the expense of public health and the environment.

Kuantan Port Consortium Sdn Bhd (KPC) chief operating officer Datuk Khasbullah A. Kadir told the team that as a "support operator", it was not for KPC to determine whether the goods the port was handling were legitimately sourced.

Please continue yours reading HERE





'Go Green'.. Bukit Sungai Pinang Pulak Gondol..

Posted: 06 Jan 2016 04:30 PM PST


'Go Green'.. kehijauan Bukit Laksamana telah dinyahkan untuk memberi laluan kepada pembinaan 36 buah villa..

Dengan 'Go Green' juga  'Bukit Botak' Bukit Relau di Jalan Bukit Gambier dan bukit Kukus di Paya Terubong telah di nyahkan kehijauannya untuk dibangunkan..

Jadi bolehlah kita terjemahkan moto 'Go Green' yang di bawa oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu bermaksud 'Piii lah Hijau'..

Sebab bukit yang asalnya kehijauan selaras dengan 'Go Green' dah bertukar jadi kelabu.. tak salahlah kalau aku terjemahkannya sebagai 'Piii lah Hijau'..

Dan ini bukit yang seterusnya.. Bukit Sungai Pinang namanya.. dianggarkan kira-kira 4 hektar hutan hijau telah dinyahkan kehijauannya..

Untuk apa.. sebab apa dan kenapa Bukit Sungai Pinang ini digondolkan tidak diketahui kerana tiada sebarang papan tanda mengenai penggondolan itu di situ..

Penggondolan dipercayai menggunakan tenaga manusia sepenuhnya atau juga mungkin jin-jin yang dibela kerana tidak kelihatan sebarang jentera berat di tapak penggondolan itu..

Baca laporan ni..

BALIK PULAU: Another hill in the state has been partly stripped naked since late last year. Checks by the New Straits Times yesterday showed a visibly barren patch atop Bukit Sungai Pinang, measuring about 4ha.

It is not immediately known the purpose behind the hill clearing as no signboard has been put up. Photos of the barren hill began making its rounds on social networking site Facebook since Christmas day.  
Teluk Bahang assemblyman Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah said he realised that part of the hill was being cleared since last October.  
He believed the work was being carried out manually as none of the usual heavy machinery were spotted on the hilltop.  
"The people of Balik Pulau want the state authorities to come clean on what development is being planned for Bukit Sungai Pinang. We have every right to know.  
"We also want to know if any approval had been given for the hill clearing or if it is being done illegally," he said.  
Shah Headan Ayoob said he dreaded to think what would happen if it rained heavily.  
"Heavy rain will bring with it mud water from the hilltop, which will flow into the stream below. This stream connects to Sungai Pinang, the main water source. 
"Also, there are numerous farms below the hill," he added. He said it was an irony for the DAP-led state administration to continue preaching its "go green" mantra when everything is turning "brown".  
"One by one, the lush green hills are being stripped naked and being replaced by brown patches. The state is fast becoming a laughing stock, especially among coffee shop patrons.".. please continue yours reading HERE

Go Green atau Go to hell with yours green?



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...