Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Aduka Taruna Ditahan Polis, Didakwa Hina Kesultanan Johor

Posted: 08 Jan 2016 06:27 AM PST


Polis Johor menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina dan menghasut institusi Kesultanan Johor menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi, tadi. 

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berusia 36 tahun yang menggelar diri sebagai Aduka Taruna ditahan di kediamannya di Perumahan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan.

"Suspek ditahan bagi membantu siasatan menghina dan menghasut ke atas institusi Kesultanan Johor melalui Facebook yang dilaporkan di Balai Polis Skudai, semalam.

"Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik suspek. Kita juga sedang memohon reman ke atas suspek," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali jika didapati bersalah.

"Orang ramai dinasihati tidak menyalahgunakan laman sosial untuk menyebarkan fitnah hingga boleh menjatuhkan kredibiliti kerabat diraja atau mana-mana individu," katanya.

Pemilik akaun Facebook bergelar Aduka Taruna dipercayai pemimpin aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Kelantan dan orang ramai mula mengumpul sumbangan menerusi laman sosial berkenaan bagi membantu keluarganya menampung kos perjalanan ke Johor untuk mengikuti perkembangan kes berkenaan lapor Sinar



Saranan Bawa Bekal Ke Pejabat Hanya Melawak Kata Menteri

Posted: 08 Jan 2016 12:28 AM PST


"Saya tak suruh rakyat (bawa bekal). Selepas ini saya tak boleh melawak lagi, kena jadi serius dengan kamu semua (media)."

Demikian kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin menjawab isu saranan 'bawa bekal' ke pejabat bagi menangani kos sara hidup yang didakwa diputar belit oleh media.

Katanya, beliau hanya bergurau sesama pegawai-pegawai di kementerianya pada perhimpunan bulanan.

Hamzah berkata, media tidak sepatutnya mengangkat perkara itu sebagai satu isu besar kerana ia adalah cara beliau bermesra dengan pegawai-pegawai ketika perhimpunan bulanan kementeriannya.

"Saya cuma kata, saya ini menteri, menteri mana boleh bawa bekal. Di pejabat ramai, takkan saya nak bawa bekal makan seorang-seorang.

"Itu, saya begurau dengan pegawai di perhimpunan bulanan dan bukan ucapan yang ditujukan kepada rakyat," katanya semasa sidang media Jawatankuasa Tertinggi bagi menangani kos sara hidup.

Terdahulu sebuah sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa Hamzah menggesa kakitangannya untuk membawa bekal ke pejabat untuk menangani kos sara hidup yang kian meningkat.

Hamzah dipetik sebagai berkata, tahun 2016 akan menjadi tahun yang mencabar ekoran kelembapan ekonomi global di samping peruntukan bajet yang dikurangkan di semua kementerian dan agensi.

"Saya berbincang dengan Setiausaha Agung untuk mengambil beberapa langkah di jabatan kami. Kami memutuskan untuk tidak lagi menghidang makanan semasa mesyuarat dan semua kakitangan digalakkan membawa makan tengah hari mereka sendiri [ke pejabat].

"Bermula esok, saya juga akan membawa beras saya sendiri untuk memasak di pejabat. Saya mengalu-alukan mereka yang ingin menyertai saya pada waktu makan tengah hari, " katanya secara berseloroh Free Malaysia Today



Najib Buat Lawak Ka Ni?

Posted: 07 Jan 2016 06:57 PM PST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dihujani kritikan daripada pengguna Twitter hari ini selepas menulis tweet bahawa kabinet yang dipilihya diberi ingatan supaya membelanjakan peruntukan kerajaan secara berhemah.

Najib menulis tweet itu pada jam 4:40 petang tadi melalui akaun twitter rasminya, @NajibRazak.

"Dalam Mesy Jemaah Menteri pertama 2016 yg sy pengerusikan semalam, sy ingatkan Kabinet utk belanja peruntukan yg diberikan secara berhemah," tulisnya.

 Bernama melaporkan bahawa pada mesyuarat itu semalam, Najib memberitahu menteri kabinet supaya memastikan program yang dijalankan memberi kesan positif kepada rakyat keseluruhannya. 

Pengguna twitter, bagaimanapun kurang kagum dengan keprihatinan secara tiba-tiba Najib untuk berjimat cermat, terutamanya apabila beliau sendiri dikaitkan dengan berbelanja mewah.

Ini termasuk mempunyai beberapa jet peribadi dan dakwaan beliau menggunakan dana awam untuk bercuti mengelilingi dunia. Pengguna TwitterSirAiyelEdham menulis:

"@NajibRazak Belanja Isteri sampai beli Beg berjuta ringgit tu semua kira berhemah kan Dato? Kejap nk belanja makwe saya jap".

Seorang lagi pengguna,cthalijahDzahir menulis,"@NajibRazak dapat derma tu, kongsi2 lahh der. takkan makan sorg? habis kita yang lain makan asap?"

Pengguna @syfq_syrf, secara sinis menulis, "@NajibRazak jangan lupa ingatkan diri sendiri ea."

Mengunakan sudut agama pengguna @PerahuSamudera menulis kepadanya: "@NajibRazak jom sama2 kita bertaubat, kiamat dah dekat. Assalamualaikum." lapor Malaysiakini



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...