Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Setuju Untuk Tidak Bersetuju Bukan Lagi Prinsip Pakatan Harapan

Posted: 08 Jan 2016 11:39 PM PST

Prinsip setuju untuk tidak bersetuju bukan lagi menjadi asas kepada gabungan pembangkang baharu Pakatan Harapan, sebaliknya ketiga-tiga parti perlu berpegang teguh kepada konsensus yang dipersetujui.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, salah seorang sekretariat dalam membentuk Perjanjian Pakatan Harapan berkata, konsensus bersama menjadi asas kepada gabungan baharu itu.

"Fasal pertama, segala keputusan bersama mestilah berasaskan prinsip konsensus iaitu setiap parti di dalam Pakatan Harapan perlulah bersetuju sebulat suara dengan keputusan itu.

"Agree to disagree (setuju untuk tidak bersetuju) bukan lagi prinsip Pakatan Harapan," kata Rafizi semasa Persidangan Pertama yang diadakan di Shah Alam, Selangor pagi ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, keputusan konsensus itu akan mengikat PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Pakatan Harapan.

"Jika keputusan bersama secara konsensus sudah dicapai, keputusan itu dikira mengikat ketiga-tiga parti," katanya.

Gabungan pembangkang baharu kali ini mengambil iktibar daripada kesilapan Pakatan Rakyat (PR) semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di mana 3 parti, PKR, DAP dan PAS bergelut antara satu sama lain.

Selepas PRU13, pertikaian timbul khususnya dalam isu undang-undang Islam hukuman hudud sehingga menjadi punca kepada kehancuran PR.

Dalam perjanjian Pakatan Harapan, badan pembuat keputusan tertinggi adalah Majlis Presiden yang merupakan forum yang dianggotai pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti.

Menjelaskan mengenai peranan Badan Perantara, Rafizi berkata ia akan berfungsi sebagai pendamai apabila timbul pertikaian di dalam Pakatan Harapan.

"Fungsi utamanya, ia akan mendamaikan pihak yang mempunyai pertikaian di dalam Pakatan Harapan dengan mencari penyelesaian yang paling adil kepada pihak dan parti terbabit setelah aduan mengikut Fasal 3.2 dirujuk kepadanya," kata Rafizi.

Fasal 3.2 memberikan hak kepada setiap ahli parti membuat aduan terhadap ahli parti lain di dalam Pakatan Harapan sekiranya terdapat ahli parti lain melanggar dasar pendirian parti.

"Ia menghuraikan prinsip tolak ansur di antara ketiga-tiga parti dan prinsip tiada campur tangan dalam urusan parti masing-masing yang diguna pakai untuk menetapkan kaedah menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul di dalam Pakatan Harapan," katanya ~ The Malaysian Insider
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...