Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Kualiti Makanan McDonald's Malaysia dijamin Bersih

Posted: 09 Jan 2016 11:36 PM PST



Sebenarnya, bila makanan tersebut halal dimakan, ia amat berkait dengan kebersihan. Sebab makanan halal dan toyyiban menitik beratkan kesemuanya.

Jika pun barangan yang digunakan oleh tukang masak itu halal, tapi pembuatannya kotor dan menjejaskan si pemakan. Makanan tersebut boleh tergolong sebagai haram dimakan. Kerana ia boleh menyebabkan individu yang makan jatuh sakit.

Prinsip makanan Halalan Tayyiban bermaksud makanan itu halal lagi bersih dan selamat untuk dimakan, mengambil kira status sumber makanan, peralatan, cara memproses, penyimpanan, pembungkusan dan kawasan persekitaran bebas daripada najis serta mematuhi standard amalan kebersihan yang ditetapkan.

Bab halal dan tayyiban telah penulis ulas diartikel yang lepas. Nak baca boleh klik SINI.


McDonald's Malaysia menitik beratkan bahan-bahan tempatan diambil dari pembekal yang bukan sahaja diperiksa secara menyeluruh oleh pihak penguatkuasa yang diiktiraf tetapi telah juga disahkan Halal oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Pembekal luar negara mereka juga melalui proses yang sama oleh badan-badan penguatkuasa Halal di luar negara. Badan-badan ini diiktiraf oleh JAKIM bagi memastikan produk makanan McDonald's di Malaysia memenuhi syarat-syarat Halal yang ditetapkan.

McDonald's Malaysia juga menjamin setiap proses dan pemeriksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dipenuhi dan diiktiraf 100% halal.

Semestinya segala pemproseskan makanan di premis McDonald's Malaysia berlandaskan qualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Kementerian Kesihatan melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan akan berusaha untuk memastikan keselamatan makanan sepertimana mandatnya sebagai competent authority berkaitan keselamatan makanan di sepanjang rantaian bekalan makanan.

Berdasarkan kuasa di bawah Akta Makanan 1983 dimana tanggungjawab melindungi orang ramai dari bahaya kesihatan dan penipuan didalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara yang berhubungan dengannya terletak di bahu Kementerian Kesihatan.


Sebab itu McDonald's Malaysia sangat menitik beratkan kebersihan bukan hanya dipremis, tapi juga oleh pembekal makanan kepada mereka.

Pembekal kepada McDonald's Malaysia ialah MacFood Services (M) Sdn Bhd.

Dengan lebih 25 tahun pengalaman, kerjasama antarabangsa serta pengiktirafan daripada pihak antarabangsa dan tempatan, MacFood Services (M) Sdn Bhd mengenakan kawalan dan ujian piawaian yang ketat dalam mengeluarkan produk berkualiti tinggi. Mereka memastikan kemudahan yang digunakan bersih serta memenuhi syarat-syarat Halal yang ditetapkan apabila memproses ke semua bahan-bahan McDonald's Malaysia.

Maknanya, bahan mentah digunakan oleh McDonald's Malaysia dalam pembuatan makanannya, sentiasa dipantau.

McDonald's Malaysia sentiasa membenarkan pihak berkuasa seperti JAKIM menjalankan pemeriksaan berkala bagi memastikan tiada pencemaran najis di tempat penyimpanan, penghidangan, pengendalian dan pembungkusan.

Dalam komitmen mengekalkan kualiti dan kebersihan yang tinggi, mereka juga bekerjasama dengan JAKIM ketika pemeriksaan bagi memastikan keselamatan pekerja dan kebersihan dipatuhi setiap masa.

Tahap keselamatan setiap makanan di McDonald's adalah keutamaan. Setiap bahan menjalani pemeriksaan keselamatan dan kualiti menyeluruh. Bukan sahaja oleh pekerja, tetapi pihak perbandaran tempatan serta badan bebas.

Pengurus restoran dan krew dilatih untuk memastikan tahap keselamatan makanan dan langkah mengekalkan kualiti dipatuhi. Mereka juga bekerjasama dengan pembekal bagi memastikan bahan yang digunakan dalam menu kami menepati piawaian ketat keselamatan makanan.

McDonald's komited untuk menyediakan produk Halal berkualiti tinggi daripada sumber ladang hinggalah ke hidangan makanan dengan memberi perhatian terperinci kepada setiap perkara yang dinyatakan.

Bagi memastikan tahap standard kesihatan yang tinggi, pekerja McDonald's juga diwajibkan untuk mengambil suntikan tifoid daripada pusat kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebelum bekerja di mana-mana restoran. Mereka juga harus menuruti kod laku dan amalan kebersihan untuk memastikan syarat polisi Halal dipatuhi.

Merokok, makan, minum atau sebarang aktiviti yang mungkin mencemarkan produk makanan tidak dibenarkan di kawasan pengeluaran makanan.

Jadi wahai masyarakat Malaysia, janganlah ragu-ragu dengan makanan yang dihidangkan oleh McDonald's di Malaysia. Kerana halal dan kebersihan perkara yang diutamakan, Mereka tidak memandang rendah dua perkara ini.

Kerana makanan yang bermutu, tidak hanya pada sedapnya.. tapi juga pada halal dan bersih.

Rujuk artikel sebelum ini.. cuma klik link dibawah.

1- McDonald's Malaysia Utamakan Halal dan Tayyiban

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...