Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


McDonald's Malaysia Utamakan Halal dan Tayyiban

Posted: 02 Jan 2016 10:28 PM PST


Sebelum kita mengulas mengenai adakah makanan yang dihidangkan dalam McDonald's itu halal, kita perlu tahu apa maksud sebenar Halal dan Tayyiban tu.

Apakah halal dan tayyiban itu hanya diertikan dengan makanan yang bersumber daripada binatang halal disembelih, halal dimakan dan tidak mengandungi lemak babi saja?

Berdasarkan pemahaman tersebut, maka kita lihat orang Islam kelihatan menjual makanan yang halal tetapi premisnya tidak bersih dan dalam keadaan yang tidak memuaskan. Penjagaan kebersihan diri dan premis adalah penting dalam memastikan makanan yang dihidangkan itu Halal dan Tayyiban.

Prinsip makanan Halalan Tayyiban bermaksud makanan itu halal lagi bersih dan selamat untuk dimakan, mengambil kira status sumber makanan, peralatan, cara memproses, penyimpanan, pembungkusan dan kawasan persekitaran bebas daripada najis serta mematuhi standart amalan kebersihan yang ditetapkan.

Tak guna jika kita mengunakan makanan halal tapi ianya membawa penyakit dan memudaratkan sesiapa saja yang makan. Ia juga boleh jatuh haram jika berlaku keadaan tersebut.

Untuk makluman pembaca, McDonald's Malaysia merupakan restoran makanan segera yang pertama memperoleh sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia. Sekalipun McDonald's dilihat menghidangkan makanan ala barat, namun McDonald's cukup mementingkan soal kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelanggannya.

Keutamaan McDonald's adalah memastikan produk mereka berkualiti dan jaminan 100% memenuhi syarat halal. Demi memastikan makanan yang disediakan oleh McDonald's benar-benar dicirikan halal.

McDonald's telah mewujudkan, Ahli Audit Halal McDonald's. Dalam masa yang sama, mereka juga mendapatkan khidmat daripada penasihat syariah untuk memastikan status 'Halal dan Tayyiban' itu benar-benar terjaga.


Pernahkah kita jumpa premis McDonald's beroperasi dalam keadaan yang tidak memuaskan? Kerana McDonald's amat memastikan, kebersihan premis dan kakitangannya bagi menjaga kualiti makanan dan tahap halal tayyiban yang telah ditetapkan.

Jurucakap syarikat berkenaan, berkata semua produk yang dijual di rangkaian restoran makanan segera itu dijamin halal sepenuhnya dan mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), malah makanan jualannya bersama sos yang diimport, memenuhi standard dan kualiti keselamatan makanan yang tinggi

"Pelanggan kami boleh menikmati hidangan tanpa ragu-ragu kerana ia diperoleh dan disediakan mengikut garis panduan kerajaan serta pihak berkuasa berkaitan,"

Jurucakap itu berkata, orang ramai boleh menyemak status halal produk McDonald's di negara ini dengan melayari www.halal.gov.my.


Gunung Jerai GeoPark Kedua Kedah?

Posted: 02 Jan 2016 08:09 PM PST


Dalam sidang media (video) semalam selepas Majlis Pelancaran ‪#‎DiscoverKedah2016‬ , YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan, Kedah bercadang jadikan Gunung Jerai sebagai tapak GeoPark ke dua bagi Negeri Kedah.

Selain itu, Hutan Paya Bakau Sungai Merbok berkeluasan 3,000 hektar yang mempunyai 48 spesies paya bakau daripada 60 spesies di dunia juga turut dipohon sebagai Rizab Biosfera Unesco dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (Unesco).
YAB DS Mukhirz berharap dalam setahun atau dua, kawasan terbabit mendapat status yang dipohon dari pihak Unesco.

Pastinya kegiatan ekonomi penduduk melalui aktiviti pelancongan akan meningkat selepas sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan geo park.

Kedah bercadang jadikan Gunung Jerai sebagai tapak Geo Park
Dalam sidang media (video) semalam selepas Majlis Pelancaran #DiscoverKedah2016 , YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan, Kedah bercadang jadikan Gunung Jerai sebagai tapak GeoPark ke dua bagi Negeri Kedah. Selain itu, Hutan Paya Bakau Sungai Merbok berkeluasan 3,000 hektar yang mempunyai 48 spesies paya bakau daripada 60 spesies di dunia juga turut dipohon sebagai Rizab Biosfera Unesco dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (Unesco).YAB DS Mukhirz berharap dalam setahun atau dua, kawasan terbabit mendapat status yang dipohon dari pihak Unesco.Pastinya kegiatan ekonomi penduduk melalui aktiviti pelancongan akan meningkat selepas sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan geo park.#MMFC #KedahAmanMakmur #Unesco #Kedah
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Saturday, January 2, 2016
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...