Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pakaian Seperti Dewa: PAS Boleh Terima Alasan Bodoh Sebab Yang Sokong Pun Bodoh - Portal Pro Najib

Posted: 11 Feb 2016 08:30 AM PST


MyKMU membandingkan langkah keras PAS terhadap Najib pada 2012 yang dibidas teruk selepas memakai kurta dan kalungan bunga dalam perayaan Thaipusam di Batu Caves.

"Pemuda PAS waktu itu paling hebatnya, siap minta campur tangan majlis fatwa lagi. Niatnya tidak ada lain, nak tuduh Najib hina Islam.

"Tapi hari ini, bila ada ADUN PAS sendiri yang berpakaian seperti dewa, tiba-tiba seluruh organisasi PAS jadi bodoh.

"Menganga macam itu sajalah, tak tahu nak cakap apa," menurut laman Pro UMNO yang dikatakan menyokong Najib itu...

Berikut adalah artikelnya..

THAIPUSAM 2012, Datuk Seri Najib Tun Razak teruk dikutuk, dipersoalkan akidahnya malah dikafirkan sebahagian penyokong PAS kerana beliau ketika itu berpakaian kurta dan dikalung dengan gelungan bunga besar oleh pihak pengendali perayaan berkenaan di Batu Caves.

Pemuda PAS waktu itu paling hebatnya, siap minta campur tangan Majlis Fatwa lagi. Niatnya tidak ada lain, nak tuduh Najib hina Islam.

Tapi hari ini, bila ada ADUN PAS sendiri yang berpakaian seperti Dewa, tiba-tiba seluruh organisasi PAS jadi bodoh. Menganga macam itu sajalah, tak tahu nak cakap apa. Nampak sangat PAS memang parti politik, bukan ada kaitan dengan agama sekali. Kewujudannya semata-mata kerana kuasa dan undi, bukan sebab nak bawa sesiapa masuk syurga.

Menguatkan lagi kenyataan di atas, Dewan Ulama PAS sendiri menyifatkan perbuatan ADUN yang berkenaan sebagai 'tidak mengapa' sebab ADUN berkenaan kata tidak berniat nak menghina Islam. Wah wah wah, dah pakai macam itu pun masih kata tidak berniat lagi? Bodoh punya alasan tu (tak berniat) kalau nak diikutkan, tapi sebab sama sama geng, terima sajalah ya.

Jangan kalau Najib yang buat, takde kaitan hina agama pun dikatakan hina agama.

Payah bila agama campur aduk dengan politik. Bab orang lain cepat saja kau kutuk, bab kau sendiri, semuanya baik, semuanya elok. Masa Najib kena kondem di Batu Caves, kenapa Dewan Ulama PAS tak nasihat pengikutnya supaya jangan menghukum? tanya ada niat ke tidak (hina Islam) dulu sebelum menghukum?

Dari dulu pun, kalau sesiapa rajin Google, memang penulis dah cap PAS ini bertuhankan undi – sudah tentulah kenyataan itu sifatnya metafora, tapi tak pulak penulis sangka pada satu hari, dia jadi 'Tuhan' betul (baca dalam nada sinikal)!!

Akidah ni yang jadi pertaruhan, pun boleh buat main-main lagi, boleh letak politik atas dari agama?

Sebab itu jangan bersekongkol dengan DAP dan bertuhankan undi, macam inilah jadinya. Ironinya, orang DAP pun tak buat macam ini (pakai macam dewa), PAS pulak yang berlebih lebih ~ MyKMU



Rani Kulup Akan Buat Laporan Polis Terhadap KDN

Posted: 11 Feb 2016 07:10 AM PST


Abdul Rani Kulup Abdullah mendakwa kemasukan 1.5 juta Bangladesh untuk bekerja negara ini kemungkinan besar berunsurkan politik dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) membuat tekaan itu berdasarkan desas-desus ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu apabila dikatakan 40,000 warga Bangladesh diberikan kad pengenalan untuk mengundi.

"Kita bukan menuduh tapi desas-desus ini yang kita dengar. Tapi tak mungkin benda ini boleh berlaku. Namun kita bimbang ini berlaku.

"Warga asing ini pandai. Mereka berkahwin dengan warga tempatan. Gadis-gadis Melayu ini suka dengan Bangladesh. Mereka akan cuba berkahwin dengan orang Malaysia. Dapatlah hak-hak warganegara," katanya.

Rani Kulup atau mesra dipanggil "ayah" berkata, jurang perbezaan ekonomi warganegara dan warga asing semakin dekat dari semasa ke semasa.

"(Sebagai contoh) kalau makan di kedai mamak, kita makan mee sepinggan RM3, diorang pun bayar RM3.

"Mereka pergi tempat beli belah yang besar seperti Tesco umpamanya sama dengan rakyat Malaysia, jadi mana kelebihan rakyat tempatan dengan mereka?, soalnya.

Susulan itu, Rani Kulup berkata, beliau akan membuat laporan polis terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mahu membawa masuk 1.5 juta rakyat Bangladesh ke negara ini.

Ini kerana katanya, kemasukan warga Bangladesh hanya mengundang bahaya kepada rakyat tempatan dan menyumbang kepada masalah jenayah.

"Ayah akan buat laporan polis minggu depan kerana KDN mahu bawa masuk orang Bangladesh ke negara ini.

"Dulu mereka jarang-jarang kita nampak, di mana-mana ceruk, taman, termasuk hutan.

"Bila mereka dah datang ini sangat bahaya dari segi keselamatan, kalau yang datang itu kelompok yang kecil, mereka masih boleh menghormati rakyat negara kita.

"Kalau datang dalam kelompok yang ramai mereka akan gempur rakyat negara kita ala samseng," katanya lapor Free Malaysia Today


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...