Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bekas Pemimpin Salah Guna Wang, PAS Kelana Jaya Buat Laporan Polis

Posted: 12 Feb 2016 08:30 AM PST


Pas Kawasan Kelana Jaya hari ini membuat laporan polis untuk menjalankan siasatan ke atas bekas pimpinan Pas kawasan berkenaan yang didakwa menyalahgunakan sejumlah wang parti.

Laporan itu dibuat Yang Dipertuanya, Mohd Ghazali Daud di Balai Polis Kelana Jaya petang ini, setelah bekas kepimpinan parti itu sebelum ini gagal mengisytiharkan laporan penggunaan wang berkenaan.

Menurut beliau, kepimpinan Pas Kawasan itu sebelum ini telah keluar dari Pas dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

"Tetapi kita mendapati sejumlah wang parti telah 'hilang' dan kita meminta bekas kepimpinan terdahulu memaklumkan ke mana dan apa tujuan wang itu diguna.

"Malangnya, mereka tidak berbuat demikian, sehingga mendorong kepimpinan baharu membuat laporan polis," katanya di sini, hari ini.

Mohd Ghazali berharap, wang milik ahli Pas Kawasan itu dapat dikembalikan semula dan mereka yang bertanggungjawab menyalahgunakannya disiasat serta dibawa ke muka pengadilan. - MalaysiaGazette

Setahun Selepas TG Nik Aziz Tiada, PAS Pecah, Pakatan Hancur

Posted: 12 Feb 2016 05:55 AM PST


Selepas setahun perginya bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, parti yang beliau tinggalkan kini berpecah 2, Pakatan Rakyat diasaskannya bersama kini berkecai.

Hari ini, 12 Februari 2016 genap setahun Nik Aziz yang dianggap sebagai legenda PAS itu meninggal dunia.

Bagi bekas pemimpin PAS, Nik Aziz tidak akan dilupakan sebagai tokoh penyatu dan petunjuk sebenar dalam kehidupan beragama, berpolitik dan bermasyarakat.

"Kehilangan Tok Guru Nik Aziz adalah satu kehilangan besar kepada politik Malaysia di mana beliau mempamerkan kehebatan politik Islam dan berjaya menyatukan semua orang," kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Bagi bekas ketua penerangan PAS itu, selepas Nik Aziz tiada, politik pembangkang seperti hilang arah dan hilang titik penyatuan dan pertemuan disebabkan perbezaan pendapat dan ideologi.

"Tok Guru pernah berjaya menyatukan PAS dengan Semangat 46, kemudian dengan PKR dan seterusnya dengan DAP.

"Pemergian beliau satu yang sangat dirasai tambahan pula dengan kehilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dalam tempoh yang sama iaitu setahun lalu," kata Mahfuz merujuk kepada program peringatan setahun pemenjaraan Anwar awal minggu ini.

Sementara menurut bekas naib presiden PAS, Salahudin Ayub, pemergian Nik Aziz bermakna hilangnya sebutir permata yang selama ini banyak memandu parti Islam itu.

"Tok Guru Nik Aziz adalah tokoh yang hadir dalam karier politik saya yang banyak ajar tentang politik Islam yang menjadi sebab saya bersama Amanah (Parti Amanah Negara) hari ini," kata timbalan presiden Amanah itu.

Sementara itu, pihak yang paling terasa dengan kehilangan Nik Aziz sejak setahun lalu ialah Pengasas Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw.

Bagi pengerusi pertama DHPP itu, perginya Nik Aziz samalah ertinya dengan tertutupnya sayap bukan Islam PAS itu.

"Selepas Tok Guru tiada, ia umpama menutup DHPP.

"DHPP hanya ada atas buku sahaja sekarang. Ia sudah mati dengan perginya Tok Guru Nik Aziz," kata Hu yang memulakan karier sebagai wartawan di Kelantan.

Namun bagi mereka yang rapat dengan politik PAS di Kelantan, Nik Aziz sudah meninggalkan mereka sebaik sahaja selesainya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lagi.

"Tok Guru sebenarnya meninggalkan kita sejak berakhirnya PRU13 lagi.

"Hanya jasadnya sahaja setahun yang lalu meninggalkan kita," kata Mohamad Khir Zahri Abdul Ghani, bekas pengarah Tabung Tok Kenali, sebuah badan ditubuhkan Nik Aziz untuk menjaga kebajikan rakyat Kelantan.

Selepas PRU13, Nik Aziz tidak lagi menjawat jawatan menteri besar Kelantan yang beliau pegang sejak berjaya memenangkan PAS bersama Semangat 46 pada1990.

Sejak tidak menjawat jawatan itu, beliau sering sakit dan banyak menghabiskan masanya di katil Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Bagi penganalisis politik, Profesor Madya Dr Abdul Latif Ibrahim, rakyat Malaysia tidak kira apa agama atau kaum, apabila menyebut nama Nik Aziz, mereka akan nampak ketokohan kepimpinannya.

"Beliau hidup dengan prinsip yang jelas dan tidak pernah lari dari itu. Beliau diterima sebagai pemimpin yang bersih dan hidup sederhana.

"Walaupun beliau tak sebut atau cakap tentang wasatiyyah atau kesederhanaan misalnya tetapi hidupnya menjadi contoh kesederhanaan," kata Latif merujuk kepada kehidupan Nik Aziz yang sederhana walaupun menjadi ketua kerajaan Kelantan hampir suku abad lamanya.

Bagi pensyarah sosiopolitik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu, Nik Aziz dalam sejarah politiknya tidak akan bersekongkol dengan orang yang dianggapnya ada karakter diragui.

"Sebab itu beliau tidak mahu PAS ada hubungan atau bekerjasama dengan Umno kerana beliau tidak setuju amalan rasuah para pemimpin Umno," katanya yang pernah aktif dalam PAS sebelum ini ~ The Malaysian Insider


Adalah Lebih Baik Jika Nasruddin Tantawi Tampil Jelaskan Isu Tonton Video Porno Di Jerman Ini..

Posted: 11 Feb 2016 10:00 PM PST


Kisah MP PAS dikatakan menonton video lucah dalam satu lawatan dan mesyuarat di Jerman dua tahun lalu ini sebenarnya telah berlegar dipertengahan bulan Januari lagi..

Bagaimanapun setelah Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Zairil Khir Johari menafikannya malas aku nak panjangkannya dalam Blog ni..

Menurut Zairil walaupun mereka dari parti yang berlainan dan sekarang ini jelas sering bercakaran beliau tidak akan memburuk-burukkan lawannya dengan taktik kotor..

Malangnya cerita ini telah disiarkan oleh sebuah Blog Pro Amanah pada 22 Januari lalu, berikut adalah sebahagian artikel..

Ada satu citer ni, satu ketika dulu ada rombongan lawatan dan meeting ke jerman yg terdiri daripada seorang ulama muda PAS, pemimpin muda DAP, nancy shukri dan ex-pengerusi PAC...

Bila sampai di jerman, masa nak gi melawat dan meeting, si ulama muda PAS ni demam, jadi stay jer dalam bilik... jadi pemimpin muda DAP saja yg mengiringi lawatan dan meeting tersebut, bila dah habis lawatan dan check out hotel, bila tiba si pemimpin muda DAP nak bayar bil hotel, beliau terkejut bila dalam bil hotel tersebut ada termasuk charge menonton porn pay per view waktu siang... jadi bila si pemimpin muda DAP mintak duit suh bayar apa yg beliau dah menonton, katanya takder duit.. jadi terpaksa la si pemimpin muda DAP ni bayarkan juga sebab dah langgan....

Dalam demam pun menonton porn pay per view juga ker..? Allah bayar cash pada yg bertopengkan agama ni...

Nak Tahu siapa gerangan yang nonton "porn pay per view waktu siang" itu? Patutlah mangkuk tu tidak ada dalam gambar tu.....

Artikel penuh sila lihat di ( SINI )

Hampir dua minggu berlalu, namun tiada penafian dari Ahli Parlimen PAS yang digambarkan dalam Blog tersebut, sebuah portal pula menyiarkan artikel mengenai isu ini..

Malaysian Digest menyiarkan..

Earlier, a pro-Parti Amanah Negara (PAN) website, Alhusseyn51, claimed in an article published two weeks ago that a PAS MP did not make payment after watching a paid pornographic channel.

The embarrassing ordeal was uncovered through an additional payment that was charged to the hotel bill during a work visit of several members of parliament to Germany two years ago.

Although he did not name the PAS assemblyman in his entry, the blogger seemingly gave a hint by naming all the delegates who were involved in the visit that was organised by the German government in January 2014.

Among the delegates that represented BN were Minister in the Prime Minister's Department, Nancy Shukri; Deputy Minister of Education, Datuk P. Kamalanathan; Deputy Minister of Home Affairs, Datuk Nur Jazlan Mohamed and Deputy Finance Minister Datuk Koh Nai Kwong.

Meanwhile, the delegates that represented the opposition were Fuziah Salleh from PKR, Nasruddin Hassan from PAS and Zairil Khir Johari from DAP.

According to the PAN-friendly blog, the PAS delegate failed to show himself during the visit and a meeting that was scheduled because he was reported to be sick and only rested in his room.

... please continue yours reading HERE

Semalam pula sebuah Blog juga Pro Amanah meminta Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan tampil memberikan penjelasan dalam menafikan tuduhan blog berkenaan terhadap beliau.

Dan PAS perlu ambil tindakan ke atas Ketua Perangannya jika isu ini adalah benar. Tetapi seperti kes ADUN Paya Jaras, kerana dia "geng ulama", maka tiada tindakan diambil? soal Blog tersebut

Walaupun tidak menamakan wakil rakyat PAS yang melakukan perkara tersebut di dalam entrinya, sebuah blog seakan-akan memberikan klu dengan menamakan kesemua delegasi-delegasi jemputan yang terlibat dalam program jemputan Kerajaan Jerman pada Januari 2014 yang bertemakan "Pemisahan Kuasa dan Peranan Pembuat Dasar Menurut Demokrasi Berparlimen"

Di antara delegasi-delegasi jemputan merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri : YB Hajah Nancy bin Shukri, Timbalan Menteri Pelajaran II : YB P Kamalanathan, YB Datuk Nur Jazlan Mohamed dan YB Datuk Koh Nai Kwong yang mewakili parti Barisan Nasional.

Manakala jemputan dari pihak pembangkang telah diwakili oleh YB Hajah Fuziah bt Salleh (Timbalan Presiden PKR), YB Nasruddin bin Hassan (PAS) dan YB Zairil Khir Johari (DAP).

Menurut blog tersebut, wakil PAS gagal menghadirkan diri sewaktu lawatan dan mesyuarat kerana demam dan hanya berehat di bilik. Blog itu turut mendakwa wakil DAP terkejut mendapati bil hotel tertera cas yang dikenakan ke atas bilik wakil PAS kerana menonton filem porno.
Artikel penuh sila lihat di SINI

Walaupun ada sahabat aku yang sering berulang alik ke Jerman menjelaskan TV di hotel di Jerman biasanya akan menyediakan tayangan porno dalam senarai TVnya...

"Siaran porno ni bercampur dengan saluran-saluran biasa yang lain, jadi untuk mengetahui apa cerita yang kita nak tengok kita terpaksa browse dari satu saluran ke satu saluran yang lain yang ada dalam TV kat hotel di Jerman ni.."

"Semasa browse tu.. bila kita lihat satu-satu saluran itu lebih dari 3 minit, kita akan dianggap telah melanggan saluran itu walaupun kita cuma mahu mengetahui ceritanya sahaja.."

Bagi aku.. adalah lebih baik jika Nasruddin Tantawi sendiri yang menafikan isu ini.. sebelum ianya berpanjangan..



Pemberontak UMNO Kini Lobi Mesyuarat Cawangan Desak Najib Undur

Posted: 11 Feb 2016 06:57 PM PST


Kumpulan pemberontak dalam Umno akan memulakan langkah melobi cawangan seluruh negara yang bakal bermesyuarat Mac depan untuk membawa usul mendesak Presiden Datuk Seri Najib Razak berundur dan mengadakan pemilihan parti secepat mungkin.

Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menjadi perintis dalam usaha melobi kali ini dengan harapan usul tersebut diterima dan dibawa ke peringkat bahagian untuk dibahaskan nanti.

"GKCM akan melobi mesyuarat cawangan yang akan bermula Mac ini untuk membawa usul peletakan jawatan Najib dan pada masa sama mahu pemilihan semula parti diadakan," kata naib presiden kumpulan tersebut, Rushdan Mohamed.

Rushdan mensasarkan 20 hingga 30 cawangan dalam setiap bahagian Umno akan membawa usul tersebut bagi membolehkan ia dibawa untuk dibahaskan ke peringkat bahagian.

Tidak menolak kedudukan Najib ketika ini semakin kuat, Rushdan berkata mereka tidak akan mengaku kalah sebaliknya meneruskan menyusun bersama-sama ahli akar umbi berkempen dalam mendesak pengunduran perdana menteri.

GKCM banyak mengadakan jelajah ke seluruh pelosok negara untuk meraih sokongan, termasuk semasa kemelut menteri besar Kedah baru-baru ini, katanya.

"Banyak kesempatan yang kami ambil semasa krisis di Kedah dan bertemu dengan akar umbi. Apa yang boleh saya katakan, majoriti rakyat dan ahli Umno sendiri tidak lagi melihat Najib sebagai pemimpin," katanya.

Sementara itu, pengerusi GKCM Kamarulazman Habibur Rahman pula berkata, walaupun kedudukan Najib semakin kuat, tidak mudah untuk beliau terus memelihara kekuatan kubunya kerana mereka sekelilingnya tidak setia.

"Walau apa yang dilakukan untuk menguatkan kedudukannya, Najib akan mendapati orang sekelilingnya adalah golongan yang tidak mempunyai kesetiaan tinggi.

"Mereka hanya terdiri daripada golongan berkepentingan peribadi. Sama seperti askar upahan yang lari meninggalkan Melaka apabila kerajaan Melayu diserang Portugis pada 1511," katanya.

Kemelut politik di Kedah dilihat pemerhati menjadi klimaks kepada penyingkiran semua musuh Najib dengan anak pengkritik paling lantang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menjadi pemimpin terbaharu Umno yang disingkirkan daripada jawatan selaku menteri besar.

Beliau nampaknya senasib bekas timbalan perdana menteri yang masih timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri yang masih naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – kedua-duanya digugurkan daripada Kabinet pada Julai tahun lalu.

Anak Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut, yang meletak jawatan pada 3 Februari susulan hilang keyakinan pemimpin Umno bahagian, mendakwa punca beliau disingkirkan ialah kelantangannya mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion.

Bagi ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah Anuar Abdul Hamid, ahli akar umbi akan terus berjuang menyelamatkan parti daripada dirosakkan seorang pemimpin yang dakwanya tidak pernah peduli mengenai kesengsaraan rakyat.

"Kami yang perlu selamatkan Umno. Nasib Umno sekarang berada di tangan akar umbi.

"Najib akan lakukan apa sahaja untuk selamatkan dirinya. Negara ini boleh musnah dan terbakar tapi Najib tidak akan peduli," katanya.

Kemelut dalaman Umno juga dilihat tidak akan berakhir, perpecahan terbaharu melibatkan beberapa Umno cawangan yang lumpuh kerana pemimpin meletak jawatan akibat tidak berpuas hati dengan kepimpinan.

Bekas ketua Pemuda Umno Cawangan Keliang, Hulu Selangor, Moohamad Faizal Abdul Raub mendedahkan pergerakan cawangan Umno di kawasannya lumpuh apabila pemimpin sayap meletak jawatan beramai-ramai baru-baru ini.

"Di kawasan saya, Pemuda cawangan semua sudah letak jawatan, yang tinggal sekarang hanya ketua cawangan dan ketua Wanita sahaja.

"Pemuda bubar habis. Tiada lagi pergerakan sayap di cawangan," katanya.

Najib ketika ini kelihatan berada dalam situasi yang hampir tidak dapat dikalahkan tahun ini walaupun beliau dijangka berdepan lebih banyak desakan untuk berundur dari dalam dan luar Umno.

Walaupun 2015 merupakan tahun paling getir beliau sepanjang 6 tahun sebagai perdana menteri, presiden Umno itu berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam parti pemerintah itu dan menewaskan semua musuh dalamannya, termasuk Dr Mahathir yang luas pengaruhnya.

Permulaan 2016, Najib dilihat mengukuhkan cengkaman kuasanya dengan menyingkirkan Mukhriz dan pada masa sama masih belum lagi didakwa ke muka pengadilan walaupun terpalit dengan pelbagai skandal dan tuduhan salah guna kuasa ~ The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...