Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tak Balik Lagi Bagus, Doa Rakyat Buat Najib Ke Amerika

Posted: 13 Feb 2016 06:00 AM PST


Laman rasmi Facebook Perdana Menteri sejak semalam terus dihujani komentar rakyat berbaur makian termasuk berharap supaya Najib Razak tidak pulang lagi ke negara ini.

Presiden Umno itu dalam status yang dimuat naik di Facebook jam 7.01 malam tadi menyatakan Alhamdulillah selepas baharu tiba di Amerika Syarikat (AS) untuk lawatan kerja selama seminggu.

"Insya-Allah, selama di sini (AS) saya akan turut serta dalam Sidang Kemuncak Pemimpin US-Asean, berjumpa dengan golongan profesional dan para pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sini," ujarnya.

Walau bagaimanapun, khabar tersebut hanya mengundang cercaan dan sindiran orang ramai daripada majoriti lebih 600 komentar netizen setakat jam 8 pagi hari ini.

Antaranya Zainol Idrus, "Duduk sana terus la jangan balik-balik lagi. Itu yang rakyat harapkan" dan Muhamad Fadhil Suhaimi, "Pergi tak balik pun takpe. Kita orang kat sini ok je."

Selain itu, ujar Man Ah Nan, "Pergilah mana dunia pun. Tak balik lagi bagus" manakala kata Roeshan Gill ringkas, "Jangan balik ya."

Turut berkongsi harapan sama, Azhar Abidin yang menulis, "Kalau tak payah balik Malaysia terus pun takpa aihh. Rakyat Malaysia aman tanpa Najib" serta "Jangan balik-balik dah", tegas Fazriedin Azman.

Kenapa Najib selalu ke Amerika?

Kekerapan Najib melawat AS atas alasan lawatan kerja juga mengundang rasa tidak senang rakyat Malaysia ekoran dasar pro Zionis Israel dan campur tangan kuasa besar dunia itu dalam pergolakan di wilayah bergolak terutama di Timur Tengah.

"Ke Amerika saja kau ni. Lepas tu kau suruh macai-macai abadi (penyokong tegar) kau tuduh Anwar, DAP agen Yahudi. Bangkai betul. Jangan kerjasama dengan orang Yahudi.

"Memang kau tetap senang-lenang. Duit melimpah-ruah walaupun rakyat ramai yang dah kesempitan hidup tapi satu masa nanti kau akan kenal apa itu Yahudi macam Hitler beritahu dulu," bidas Eddrus Iskandar.

Sementara itu, kecam Zul Fadzly, "Tali barut US" manakala Shah Rizal menyindir, "Lawatan perkena rakyat ke?".

Bagi Ammar Aziz pula bertanyakan, "Hang (Kau) nak buat perjanjian onar apa pulak kat sana?" juga sindir Patrickska Muha, "Asyik pergi Amerika je. Bila nak pergi Palestin?"

Jual negara

Kunjungan Najib ke AS tidak lama selepas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani pada 4 Februari lalu itu turut dianggap sebagai langkah untuk terus menggadai kedaulatan negara.

"Juallah negara. Jijik sungguh. Muka tak malu ke jumpa pemimpin-pemimpin negara dunia?" kutuk Mohamed Yunus Hassan serta Shahrul Effendy, "Buat apa lagi ke sana lepas negara dijual."

Pengguna Facebook kaum Cina turut secara berterus-terang mengkritik Menteri Kewangan itu seperti Jason Cheong JC yang berkata, "Shopping la working. You tipu ah,"; Denzel Loo, "Everyone taking a closer look at the face of a pokerman" serta "Muka tebal. Seluruh dunia tau skandal kamu," oleh Mark Tay Kuan Meng.

Selain itu, komentar orang ramai yang mengaitkan hobi membeli-belah serta bermain golf ketika ekonomi negara merudum juga dapat dilihat pada dinding Facebook Najib bagi statusnya ke AS itu.

"Berapa billion bawak pergi sana Pak Jib? Kak Mah (Rosmah Mansor) tak ikut sekali ke? Tak shopping ke kat sana?" soal Shah Rezza serta "Bawak sekali tak set golf?" tanya Carl Ashraf.

"Kita tengah gawat, yang pi angkut menteri-menteri ikut sama buat apa, habiskan duit pembayar cukai," bidas Osman Jelani pula serta Mike Mack mengulas, "Berapa duit negara habis kau pakai seminggu sana Jibby (Najib). Boleh tanya tukaran dollar dengan ringgit berapa la (sekarang) ni?"

Najib dan Presiden AS, Barack Obama tiba di California Khamis lalu (11 Februari) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Asean-AS bersama Sembilan rakan sejawatan dari rantu ini.

Isnin ini, Najib dijadualkan berucap dalam pembukaan sidang kemuncak tersebut selepas ucaptama Obama dan Pengerusi Asean, Thongsing Thammavong yang juga Perdana Menteri Laos.

Terdahulu, Obama pada Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur pada November tahun lalu memutuskan untuk meningkatkan hubungan Asean-AS dan mengundang pemimpin 10 negara anggota bagi menghadiri sidang kemuncak yang julung-julung kalinya diadakan di AS ~ malaysiadateline


Hasan Ariffin Digesa Letak Jawatan Pengerusi PAC Kerana Lepaskan Jho Low

Posted: 13 Feb 2016 12:00 AM PST


Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Hasan Arifin perlu meletakkan jawatan jika gagal mengarahkan Jho Low yang dikaitkan dengan skandal kewangan 1MDB tampil memberikan keterangan dalam siasatan yang dijalankan.

Berucap pada majlis rumah terbuka tahun baru Cina DAP Segamat malam tadi, ketua ahli parlimen DAP itu berkata satu kesilapan besar yang dilakukan PAC adalah membatalkan keputusan terdahulu untuk memanggil Jho Low bagi memberikan keterangan dalam siasatan skandal RM55 bilion 1MDB.

"Rakyat awam sedang menanti penjelasan Pengerusi baru PAC, Datuk Hasan Arifin mengapa beliau membatalkan keputusan yang dibuat pengerusi PAC terdahulu, Datuk Seri Nur Jazlan Mohamad yang pada 24 Julai tahun lalu mengumumkan Low Taek Jho akan dipanggil memberikan keterangan di hadapan PAC pada 8 September berkaitan skandal 1MDB," katanya.

Bagaimanapun, jelas beliau, Nur Jazlan telah 'ditendang ke atas' untuk menjawat Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam rombakan yang dibuat Perdana enteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 Julai tahun lalu.

Rombakan itu, ujarnya menyaksikan pemecatan Timbalan Pedana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pembangunan Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, juga pembubaran badan petugas khas yang dianggotai pelbagai agensi untuk menyiasat skandal 1MDB.

Malah langkah ini juga telah 'mensabotaj' siasatan PAC terhadap 1MDB yang telah berlangsung selama empat bulan.

Kit Siang juga menyifatkan skandal kewangan RM55 bilion 1MDB dan derma RM2.6 bilion ke akaun Najib sebagai dua skandal mega bertaraf dunia dan terbukti lebih menarik minat umum berbanding rancangan televisyen bersiri yang mempunyai plot dan sub-plot yang rumit.

"Kita belum menyaksikan kesudahan plot dan sub-plot itu menjadikan penonton tertanya-tanya siapa watak baik dan watak jahat sebenar?" katanya penuh sindiran.

Kit Siang turut mendedahkan gaya hidup mewah Jho Low yang bertaraf jutawan dan menjadi buah mulut komuniti kewangan antarabangsa berhubung peranannya dalam syarikat pelaburan kedua negara, 1MDB.

Beliau turut mempersoalkan sama ada 'pengerusi cari makan' PAC, Hasan Arifin dan pihak berkuasa Malaysia tidak mengetahui peranan yang dimainkan Jho Low dalam 1MDB sehingga gagal mengarahkan beliau memberikan keterangan dalam siasatan yang dijalankan.

Gaya hidup boros dan mewah jutawan berasal daripada Pulau Pinang itu juga, kata Kit Siang selalu mendapat perhatian media antarabangsa.

Sebagai contoh jutawan muda itu baru-baru ini telah menjual hasil seni Claude Monet, Pablo Picasso, dan Jean-Michel Basquiat dengan harga USD54 juta (RM216 juta).

"Low menjual lukisan 1935 Picasso pada harga USD27.6 juta (RM110.4 juta) sedangkan ia membelinya pada November 2013 dengan harga 45 peratus lebih tinggi - menyebabkan Low kerugian RM50 juta untuk hanya satu lukisan.

"Adakah beliau (Jho Low) rahmat atau perosak Malaysia?" soal Kit Siang.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu sekali lagi menuntut Hasan meletakkan jawatan sebagai pengerusi PAC kerana gagal memanggil Jho Low memberi keterangan dalam siasatan skandal 1MDB ~ MalaysiaDateline


Mat Sabu Bakal Muflis Jika Gagal Bayar Wan Ahmad RM200,000

Posted: 12 Feb 2016 09:44 PM PST


Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berdepan tuntutan muflis selepas gagal melunaskan ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Ganti rugi dituntut selepas Mohamad didakwa memfitnah Wan Ahmad berkenaan berhubung isu "Projek IC" di Sabah.

Menurut Utusan Malaysia, peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan akan memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan semula ganti rugi itu berserta faedah.

Menurut Hazira, mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Ogos ini untuk sebutan kes tersebut.

"Notis kebankrapan sudah pun diberikan kepada Mat Sabu pada 3 Februari lalu tetapi pemimpin pembangkang itu tidak mematuhinya," katanya.

Pada 20 Mac 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mohamad yang ketika itu merupakan timbalan presiden PAS dan bekas setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Wan Ahmad kerana kesalahan memfitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong ketika membenarkan saman Wan Ahmad, memutuskan plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap Mohamad dan Mustafa selaku defendan.

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua defendan itu membayar kos berjumlah RM50,000 kepada Wan Ahmad.

Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan Wan Ahmad terhadap pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, ketua editor akhbar Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel, Aziz Muda.

Terdahulu pada 5 Mac 2013, Wan Ahmad memfailkan saman dengan mendakwa Mohamad mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk "Wan Ahmad Tidak Boleh Dipercayai" dan "Ragu Peranan SPR – Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan" dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Januari 2013.

Dalam penyataan tuntutannya, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam "Projek IC" di Sabah lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...