Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kan Budak-budak Tu Dah Setuju Nak Ambil Alih Kerja Bangla.. Jadi Kenapa Nak Bawa Masuk Juga 1.5 Juta Bangla Tu Zahid? (Video Inside)

Posted: 14 Feb 2016 06:30 AM PST


Tahukah anda?.. Perjanjian Malaysia-Bangladesh memeterai kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh dibuat di kala pengumuman penyusunan semula serta penambahan sistem kadar levi untuk pekerja asing berkuat kuasa 1 Februari 2016.

Tahukah anda?.. Perjanjian Malaysia-Bangladesh bercanggah dengan agenda ekonomi yang digariskan dalam RMKe-11; iaitu dalam mewujudkan 1.5 juta pekerjaan menjelang tahun 2020 dengan sasaran penambahbaikan dalam produktiviti buruh dan pengurangan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.

Tahukah anda?.. Kerjasama Malaysia-Bangladesh menggunakan sepenuhnya sistem dalam talian bermula dengan proses permohonan pekerja; kononnya untuk mengawal penglibatan ejen pekerja asing tidak sah yang menyumbang kepada kenaikan kos penggajian serta risiko kepada eksploitasi pekerja asing.

Sedangkan umum mengetahui dengan wujudnya mekanisme rundingan terus ini akan menyulitkan lagi proses majikan untuk menghantar semula pekerja yang didapati bermasalah memandangkan mereka yang diterima masuk telah mendapat akses penuh daripada kedua-dua kerajaan.

Tahukah anda?.. Dasar penggunaan pekerja asing mengurangkan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan yang rata-ratanya 70 peratus berpendidikan SPM ke bawah. Hari ini Low Yatt, kedai-kedai makan, stesen minyak, hotel-hotel, industri pembinaan, kilang-kilang seperti Proton dibanjiri dengan kehadiran pekerja asing.

Akibatnya, gaji terus mengecil dan gagal berkembang. Kesemua industri ini mampu dipenuhi oleh pekerja tempatan jika mereka dibayar dengan sewajarnya.

TAHUKAH ANDA?.. Untuk mereliasasikan cita-citanya untuk membawa masuk 1.5 Juta Bangla ke negara kita.. Zahid dah jadi tak faham bahasa..

Berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Selangor ke-32 di Shah Alam, Zahid mengajukan beberapa soalan kepada mereka pada majlis itu sama ada mereka mahu bekerja dalam sektor-sektor seperti industri berat dan perladangan, yang mana beliau menerima jawapan lantang "ya".

"Adakah anda semua golongan belia, bersetuju bekerja di ladang kelapa sawit?"

"Saya tanya golongan belia sekarang, sama ada anda semua setuju untuk bekerja di bawah panas matahari di tapak pembinaan untuk membina rumah?"

"Saya bertanya sekarang, jika anda semua bersetuju berpeluh dalam kilang-kilang? Menyapu jalan raya dan membersihkan longkang?
Belia menjawab "ya" bagi semua soalan itu.

YA!! maknanya tu Belia-belia tu sangguplah Zahid.. takkan yang tu pun tak faham kot?.. tak faham atau buat-buat tak faham ni?

Ni video ucapan Zahid tu..



Kan budak-budak tu dah setuju nak mengambil alih kerja-kerja yang diberikan kepada Bangla-bangla kalau Bangla-bangla dihantar balik ke Bangladesh.. kenapa nak dibawa masuk juga 1.5 Juta Bangla tu? 

Nak cover malu punya pasal.. Zahid mengarahkan presiden majlis Datuk Irmohizam Ibrahim, yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor, untuk mendaftar semua 1,000 belia yang menghadiri perhimpunan agung bagi pekerjaan berkaitan 3D – merujuk kepada tugasan yang dianggap sebagai kotor, sukar dan berbahaya.

Dah tu memandai-mandai pulak dia buat kesimpulan.. kononnya secara realistiknya belia Malaysia bersikap pemilih dan tidak bersedia bekerja dalam 3 sektor berkenaan.

"Anda bersetuju macam itu saja? (Tetapi) Ini realitinya, orang muda tidak mahu melakukan pekerjaan itu," katanya.

"Berapa ramai daripada anda bersedia bekerja sebagai tukang masak di restoran-restoran tempatan atau bekerja di kilang-kilang perabot?"

"Kita memerlukan sekurang-kurangnya 160,000 pekerja di kilang-kilang. Berapa ramai daripada anda bersedia meneroka bidang itu yang kini diisi pekerja asing?"

Laporan penuh bacalah di The Malaysian Insider

Kalau dah bersungguh-sungguh sangat nak perjuangkan nasib rakyat Bangladesh tu.. hang pindah pi Bangla lah Zahid.. jadi Menteri kat sana..



Setelah Pakatan Rakyat Hancur.. Berkatalah Seorang Timbalan Menteri Mengenai Hudud..

Posted: 14 Feb 2016 04:37 AM PST


Nampak dak??.. aku dah kata isu Hudud adalah isu yang digunakan oleh UMNO untuk mengkucar-kacirkan Pakatan Rakyat dan akhirnya hancur begitu saja sebuah Pakatan..

Kalau benar UMNO mahu melaksanakan hukum Hudud dinegara kita ini UMNO telah laksanakannya diawal kemerdekaan negara lagi, UMNO tak perlukan PAS untuk melaksanakannya.

Mereka punya kerusi paling banyak dalam Barisan Nasional, mereka boleh laksanakannya juga walau dibantah oleh MIC, MCA dan Gerakan.. sebab majoriti kerusi MP dalam Barisan Nasional dikuasai oleh UMNO..

Malangnya hanya kerana tangisan seorang ADUN UMNO yang kononnya bersungguh-sungguh mahu melihat Hudud dilaksanakan.. habis orang PAS tertipu..

Sekarang apa dah jadi dengan Hukum Hudud yang nak dilaksanakan sangat tu?

Laporan berkaitan..

Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dalam konteks negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, UMNO selaku sebahagian komponen parti pemerintah bersikap jujur dalam perkara berkenaan sejak isu hudud ditimbulkan oleh Kerajaan Kelantan dan pimpinan PAS.

"Untuk kuasa, satu parti memainkan isu pelaksanaan hudud seolah-olah ia teramat penting dalam Islam berbanding mempromosikan konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik yang lebih penting daripada hukuman hudud.

"Hudud hanya komponen kecil dalam perundangan Islam membabitkan enam jenayah iaitu zina, mencuri, bersekedudukan, rompakan, minum arak dan murtad," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Kepimpinan dan Aspirasi Kebangsaan, di sini, hari ini.

Asyraf berkata, keperluan untuk mendapatkan bukti yang disyaratkan terlalu sukar untuk tujuan pendakwaan, seperti bilangan saksi dan keperibadian saksi itu.

Katanya, tiada mana-mana pihak boleh mengatakan hukum Allah SWT tidak relevan, tetapi apa yang diperdebatkan ialah perkara yang ditekankan dalam sistem keadilan.

"Jika kita tidak boleh mendapatkan keadilan dalam pelaksanaan hudud, maka lebih baik kita mengambil pendekatan berbeza. Islam bukan hanya hukuman tetapi menegakkan keadilan," katanya lapor Free Malaysia Today

Mudahnya mereka diperbodohkan...


Alahai.. Malaysia Tidak Mampu Bersaing Tanpa Pekerja Bangladesh?

Posted: 14 Feb 2016 12:00 AM PST


Kata Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim pada Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Selangor ke-32, di Resort dan Pusat Konvensyen Intekma UiTM

"Malaysia perlu pekerja asing di sektor pembinaan, kilang, perladangan dan pertanian," Jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu, tanpa 1.5 juta warga Bangladesh ia akan menyebabkan ekonomi Malaysia lambat dan kurang berdaya saing.

"Tanpa pekerja asing memenuhi sektor, ini boleh menyebabkan ekonomi Malaysia lambat dan kurang bersaing," kata beliau lagi.

Persoalannya disini ialah adakah negara-negara maju seperti Amerika, Jepun, Australia, Britain, Jerman dan lain-lain negara maju membawa masuk warga asing beramai-ramai bagi membolehkan ekonomi mereka berdaya saing dan negara mereka maju?

Mereka tidak mengguna pakai kaedah yang disebut oleh pemimpin UMNO itu.. iaitu bawa masuk bangla ramai-ramai..

Tetapi kesemua negara-negara tersebut beralih dari menggunakan tenaga manusia sepenuhnya kepada automasi dan robotik.

Memang tidak dapat dinafikan dalam sektor pembinaan automasi kurang perlaksanaannya tapi untuk sektor pengilangan, perladangan dan pertanian ianya mampu menyumbangkan peningkatan dari segi pengeluaran.

Jika dibandingkan kualiti produk antara hasil kerja Bangla-bangla yang nak dibawa masuk ke Malaysia oleh syarikat anak Zahid Hamidi itu dengan Sistem automasi ataupun Robotik yang diguna pakai dalam sektor pengilangan, perladangan dan pertanian, sistem automasi dan robotik terbukti jauh lebih baik.

Sehingga hari ini sebahagian besar syarikat pembuatan di Asia mahupun di dunia melaksanakan pengeluaran dengan automasi.

Apa dah jadi dengan polisi Kerajaan untuk menggalakkan industri pembuatan menggunakan sepenuhnya automasi untuk meningkatkan kualiti produk serta berdaya saing?

Dah dikuburkan sempena kemasukkan Bangla-bangla yang akan mennjadikan kroni Zahid Hamidi kaya-raya ini ke?

Laporan berkaitan..

SHAH ALAM: Malaysia memerlukan pekerja asing dari Bangladesh bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus mampan.

Menurut Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, warga belia tidak perlu bimbang mengenai hasrat kerajaan kerana warga asing ini hanya akan ditempatkan di sektor yang kurang diminati untuk diceburi rakyat tempatan.

"Wahai belia Selangor jangan bimbang, mereka (warga Bangladesh) ini hanya terlibat dalam sektor anak muda Malaysia kurang ceburi.

"Malaysia perlu pekerja asing di sektor pembinaan, kilang, perladangan dan pertanian," kata pada Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Selangor ke-32, di Resort dan Pusat Konvensyen Intekma UiTM, di sini hari ini.

Jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu, tanpa 1.5 juta warga Bangladesh ia akan menyebabkan ekonomi Malaysia lambat dan kurang berdaya saing.

"Tanpa pekerja asing memenuhi sektor, ini boleh menyebabkan ekonomi Malaysia lambat dan kurang bersaing," kata beliau lagi.

Sebelum ini, kerajaan digesa membersihkan kebanjiran pendatang asing sedia ada dalam negara sebelum membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, kata Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM).

Bagaimanapun, kenyataan itu berbeza dengan alasan diberikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh bagi memenuhi permintaan pemain industri.

Negara orang melangkah ke hadapan.. negara kita ulak melangkah ke belakang.. kah.. kah.. kah...


Oh! Kalau Diikut Kata Annuar Musa Ni.. Mukhriz Hanya Berani Kritik najib Dari Jauhlah Yaa...

Posted: 13 Feb 2016 09:58 PM PST


Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa mencabar bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengemukakan bukti beliau pernah mengkritik kepimpinan perdana menteri sewaktu menganggotai Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Menurut Annuar, Mukhriz sebelum ini menyatakan beliau meletakkan jawatan menteri besar Kedah kerana mengkritik Datuk Seri Najib Razak demi 'berjuang untuk rakyat'.

Sehubungan itu, ahli parlimen Ketereh itu mempersoalkan sejak bila anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu pernah mengkritik presiden parti sepanjang tiga tahun berada dalam Majlis Tertinggi Umno.

"Sejak bila Mukhriz mengkritik? Tiga tahun Mukhriz duduk dalam MT, sekali pun saya tidak dengar beliau kemuka suara rakyat. Maaf bercakap, apabila kena pecat beliau gambarkan kena pecat kerana berjuang untuk rakyat?

"Apa benda yang Mukhriz berjuang untuk rakyat? Jika di luar MT saya tidak tahu tetapi di dalam mesyuarat MT tidak ada sekali pun Mukhriz bercakap tentang permasalahan rakyat dan menegur Najib berhubung sesuatu isu.

"Jadi saya cabar Mukhriz terangkan apakah perkara yang beliau perjuangkan untuk rakyat dan kami dalam parti menentangnya," katanya dalam wawancara bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau juga meminta Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam itu mengemukakan minit mesyuarat sekiranya pernah membawa masalah rakyat semasa dalam mesyuarat Majlis Tertinggi.

"Apa benda di Kedah yang hendak beliau bangunkan kita menolak? Hakikatnya tidak ada, kita ada minit mesyuarat MT, bawa minit mesyuarat MT apa yang Mukhriz sebut bersifat membela rakyat," katanya.

Selain itu, Annuar berkata, Mukhriz sebenarnya hilang kepercayaan daripada "kawan-kawannya" kerana berada di luar pasukan.

Annuar berkata, keadaan itu terjadi berikutan kedudukan Mukhriz yang "serba salah" kerana bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai masalah peribadi dengan Najib.

"Saya memahami kedudukan beliau kerana ayahnya mempunyai masalah peribadi dengan perdana menteri tetapi Mukhriz harus ada pendirian.

"Kalau pendirian yang di pilih ialah menentang orang yang melantik kita, terima hakikat akan dipecat," kata Annuar lagi lapor Malaysiakini


Baling Mikrofon Tak Apa.. Tak Rosak Akidah, kata Ahmad Awang

Posted: 13 Feb 2016 02:00 AM PST


Tindakan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mencampak mikrofon selepas berucap tidak menyebabkan rosak akidah, kata Penasihat AMANAH, Ahmad Awang.

Menurutnya, ia tidak seperti yang dilakukan oleh ADUN PAS Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang berpakaian ala maharaja China ketika menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Ahmad berkata, Mohamad hanya mahu menunjuk perasaan kesalnya kepada rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, yang disifatkannya sebagai "penakut".

"Campak mikrofon tak rosak akidah. Pakai pakaian tuhan sembahan Cina itu lagi berbahaya dan boleh jejaskan akidah. Alasan Khairuddin tak tahu atau terpedaya itu cerita lain.

"Kalau dia (Mohamad) tidak buat begitu (campak mikrofon), orang tidak akan ingat apa yang Mat sabu buat ketika itu.

"Bila dia buat begitu orang semua ingat. Mat Sabu kata ketidakpuasan hati dia," katanya kepada Malaysiakini selepas program Kicau Deeni di ibunegara hari ini.

Mohamad bertindak mecampak mikrofon itu selepas berucap di Himpunan 365 #BebasAnwar di Penjara Sungai Buloh, sempena setahun bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selepas disabit dengan tuduhan liwat.

Dalam ucapannya Mohamad turut berkata rakyat Malaysia tidak mempunyai keazaman menolak Najib walaupun tanggapan terhadap pentadbirannya teruk.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menganggap tindakan Khairuddin memakai pakaian pakaian menyerupai dewa hanya sebagai salah faham.

Terdahulu, Khairuddin dilapor menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina bersama masyarakat Tionghua di Wangsa Permai, Kepong dengan memakai pakaian ala 'maharaja China'.

Menurut Harakah Daily lagi, Khairuddin tidak tahu menahu pakaian yang dikenakannya itu menyerupai Dewa Cao Guo Jiu.

Laporan itu memetik Khairuddin sebagai berkata persatuan penduduk Wangsa Permai memaklumkan ia adalah pakaian ala maharaja China lapor MalaysiaKini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...