Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Sapa Yang Patut Tunggu Sapa Dekat Mahsyar? Soal Amran Fans Kepada Anak Zahid

Posted: 15 Feb 2016 08:30 AM PST


"Siapa yang patut tunggu siapa dekat Mahsyar?" begitu soal balas Amran Fans terhadap anak timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Ini susulan kenyataan Nurulhidayah untuk menunggu pengkritik bapanya di padang mahsyar, selepas akaun Facebook parodi itu mencadangkan beliau bekerja seperti operator pusat khidmat panggilan untuk menyahut cabaran bapanya.

Dalam serangan berterusannya, Amran Fans membangkitkan dakwaan hati rakyat negara ini yang sering disakitkan para menteri.

"Siapa yang patut tunggu sapa dekat Mahsyar? Kami rakyat marhaen yang sering disakitkan hati oleh pak pak menteri ni nak kira macam mana?

"Takut bapak engkau itu saja nanti yang penat nak mencari kami. Kalau takat nak jumpa Amran seorang, di mamak saja sudahlah," kata pengendali akaun parodi popular itu.
 

Setakat berita ini ditulis, Amran Fans mempunyai pengikut besar hampir 900,000 orang.

Bapa Nurulhidayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mencabar belia di Malaysia melakukan 'kerja kotor' jika tidak mahu pekerja asing di bawa masuk.

Selepas namanya dibangkitkan, Nurulhidayah kemudian membalas di Instagramnya dengan berkata beliau akan berkenalan "pencipta dan penyampai serta penyebar fitnah terhadapnya. dengan mereka di Padang Mahsyar - merujuk kepada

"Seronok baca komen-komen kau orang ini. Bagus. Sesuai dengan sel-sel otak yang tak berapa nak berhubung tu," sindir Nurulhidayah yang menggunakan akaun @deltanovzulu.

Kerajaan sebelum ini dipalit kontroversi selepas dilapor hendak membawa masuk ramai 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh.

Kementerian Dalam Negeri tidak berapa lama selepas itu bagaimanapun menjelaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat lapor MalaysiaKini


Kalau Jumpa Malaikat Baru Dan UMNO Jadi Setan, Tolak kami - Annuar Musa

Posted: 15 Feb 2016 06:14 AM PST


Entah mana punya perumpamaan yang Annuar Musa pakai ni.. aku pun tak tahu tapi apa yang aku faham ialah dia maksudkan kalau jumpa yang lebih baik tolaklah UMNO..

Cuma yang aku nak persoalkan di sini ialah.. Tidakkah Ketua Penerangan UMNO ini tahu bahawa duit atau dana yang dimiliki oleh MARA itu adalah milik rakyat bukannya milik UMNO?.. begitu juga dengan MARA itu sendiri..

Beliau diamanahkan untuk menjaga dan mengurus dana dari keringat rakyat itu dengan baik dan amanah yang diserahkan kepadanya itu bukanlah percuma.. dibayar gaji untuk melaksanakan amanah tersebut..

Mengapa pula dia bercakap seolah-olah MARA itu milik UMNO dan hak milik dia.?

Apa dia ingat duit atau dana yang MARA miliki itu hasil dari derma yang Najib kutip ke?.. bodo..


Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa berkata pihak yang tidak lagi suka kepada Umno boleh mengundi menolak parti itu.

"Kalau tidak suka MARA, pindalah Perlembagaan Persekutuan. Tetapi kami (Umno) akan pertahankannya.

"Kalau kamu jumpa malaikat baru dan Umno pula (dirasakan) jadi setan, undilah tolak kami," katanya kepada kira-kira 200 pelajar dalam acara penganugerahan surat penerimaan untuk pemohon-pemohon pinjaman MARA.

Menegaskan Umno juga tidak lepas daripada salah dan kurang, Annuar berkata terdapat perbezaan antara pihak yang hanya mengkritik dan yang dilantik berkhidmat kepada rakyat.

Beliau juga menyindir, antara perkara-perkara paling menyeronokkan dalam dunia adalah makan percuma dan tidak membayar balik pinjaman.

Katanya, sebelum itu MARA sudah membelanjakan RM2 bilion setiap tahun untuk tajaan pendidikan tanpa menghebohkan-hebohkannya.

Bagaimanapun, kali ini sedikit pengubahsuaian perlu dibuat, kata ketua penerangan baru Umno itu.

Beliau menyelar penyebaran berita-berita secara meluas di Internet yang mendakwa MARA mengabaikan tanggungjawabnya membantu pelajar bumiputera lapor MalaysiaKini

Sama saja kriteria yang Annuar Musa ada dengan Ahmad Maslan ada.. Ketua Penerangan UMNO memang standard dia macam ni kot?


Jumlah Pekerja Asing Atasi Populasi Bangsa Cina Pada 2030?

Posted: 15 Feb 2016 04:30 AM PST


Jumlah pekerja asing di negara ini mungkin mengatasi penduduk berbangsa Cina 14 tahun lagi iaitu pada 2030 apabila peratusan kaum itu menyusut ke paras di bawah 20 peratus.

Sinchew Daily melaporkan peratusan penduduk keturunan Cina di Malaysia akan menyusut ke 19.6 peratus pada 2030 dan dianggarkan menurun lagi ke 18.9 peratus pada 2035. 

Dengan anggaran pekerja asing berdokumen dan tanpa izin yang mencecah enam juta orang dan rancangan untuk membawa masuk tambahan 1.5 juta pekerja baharu, keadaan itu menggugat kedudukan kaum Cina sebagai 'kaum kedua terbesar' Malaysia.

Terdapat lebih enam juta penduduk keturunan Cina di Malaysia pada ketika ini berbanding dua juta kaum India.

Ketua Perangkawan, Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, walaupun populasi kaum Cina dijangka meningkat kepada 7.1 juta orang pada 2040, tetapi peratusannya berbanding kaum lain dijangka menurun kepada 18.4 peratus pada 2040 berbanding 21.4 peratus pada 2015.

"Populasi bumiputera sebaliknya akan meningkat daripada 19.2 juta orang kepada 26 juta orang.

"Dari segi peratusan berbanding kaum lain, bumiputera dijangka meningkat daripada 61.8 peratus kepada 67.5 peratus," katanya dalam wawancara dengan Sinchew Daily.

Katanya, turut mengalami trend serupa dengan kaum Cina ialah kaum India yang dijangka menunjukkan pertumbuhan populasi tetapi peratusan berbanding kaum lain akan menurun.

Menurutnya, kaum India dianggar mempunyai 2.3 juta orang pada 2040 iaitu 5.9 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Anggaran tersebut dibuat berdasarkan kadar kelahiran dan kematian di negara ini.

Abdul Rahman berkata, penyusutan peratusan Cina dalam populasi Malaysia didorong oleh penurunan kadar kelahiran secara mendadak.

Jelasnya, wanita Cina pada 1957 secara purata melahirkan 7.4 orang anak tetapi jumlah itu menyusut kepada hanya 1.4 orang anak.

Menurutnya, semasa baru mencapai kemerdekaan, kaum India mempunyai kadar kelahiran yang paling tinggi iaitu purata lapan orang anak.

"Pada masa itu, bumiputera hanya melahirkan purata 6.1 orang anak, iaitu paling sedikit berbanding dua kaum yang lain.

"Perubahan zaman bagaimanapun menyebabkan kadar kelahiran untuk semua kaum mengalami penurunan.

"Bumiputera bagaimanapun secara jelas mengatasi kaum lain dari segi kadar kelahiran," katanya lapor MalaysiaGazette


Zahid!! Ijazah Kami Bukan Untuk Cuci Tandas..

Posted: 15 Feb 2016 12:03 AM PST


Belia negara kesal dengan cabaran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap belia tempatan untuk bekerja dalam sektor 3D (dirty, dangerous and difficult) iaitu kotor, sukar dan merbahaya.

Penyesalan itu disampaikan memandangkan cabaran itu amat bertentangan dengan sahutan kerajaan untuk menjana generasi muda yang berpelajaran dan professional.

"Kami tidak membayar beribu-ribu dan belajar selama empat tahun untuk bekerja di dalam sektor 3D," kata beberapa graduan universiti yang ditemui.

"Jika saya mahu bekerja dalam sektor 3D, saya akan melakukannya sejurus selepas tamat sekolah menengah. Saya tidak perlu belajar selama empat tahun, berpisah dengan keluarga, semuanya untuk membersihkan tandas, "kata Wong Han Shun, pemegang ijazah kejuruteraan mekanikal dari Universiti Nottingham Malaysia.

Seorang lagi graduan ijazah dalam Pengajian Antarabangsa dari University of Adelaide, Tan Kin Wai beranggapan komen Zahid itu tidak adil kepada golongan belia yang bercita-cita tinggi dan mahu berjaya.

"Saya kurang jelas dengan pendirian kerajaan apabila mereka mahu generasi muda berpendidikan tinggi tetapi pada masa yang sama mencabar kami jadi pembersih dan pekerja pembinaan. 

"Kanak-kanak bercita-cita untuk menjadi peguam, doktor, ada yang mahu untuk menyelamatkan dunia sebaliknya kita pula mempunyai TPM yang mencabar untuk melakukan pekerjaan kotor sebagai penyelesaian mengurangkan kemasukan warga asing di negara ini," ujar Tan.

Dalam pada itu, graduan dari Australia, Ryan Ng mengeluh kerana dia sendiri sudah melalui fasa getir bekerja keras dan dia kini masanya untuk dia menikmati hidup yang lebih baik.

"Saya pernah bekerja sambil belajar ketika di universiti dahulu. Saya belajar dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dan bekerja bermula pukul 6 petang hingga 12 tengah malam setiap hari selama 4 tahun.

"Saya bukan tidak bersyukur dan tidak bermaksud menyalahkan warga asing yang bekerja keras, cuma saya berpendapat bahawa saya berhak untuk kehidupan yang lebih baik daripada mencuci tandas atau pinggan mangkuk," katanya.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin berkata, keperlu­an mengambil pekerja Bangladesh adalah terhad kepada sektor pembinaan, perladangan dan perkhidmatan yang tidak menerima permintaan daripada belia tempatan.

"Orang muda tidak sanggup be­kerja dalam industri yang bahaya dan kotor. Sekiranya mereka sanggup bekerja sebagai buruh kasar, sudah pastinya kerajaan akan mengurangkan pe­ngambilan pekerja buruh luar," katanya dalam sidang akhbar pada majlis penutup Sidang Kemuncak Aspirasi dan Kepemimpinan Kebangsaan (NALS) 2016 lapor  Free Malaysia Today


Mahathir Cabar Apandi Ali Sumpah Junjung Al-Quran?

Posted: 14 Feb 2016 10:00 PM PST


Peguam negara harus bersumpah dengan al-Quran bahwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara tidak mengaitkan perdana menteri dengan rasuah, cabar Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebagai orang Islam yang baik, kata Mahathir, Tan Sri Mohamed Apandi Ali harus bersumpah menggunakan al-Quran di masjid dengan disaksikan orang ramai bahawa laporan-laporan badan itu tidak mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan amalan itu.

"Dia tidak patut menipu dengan bersumpah lain dalam hati, tetapi bersumpah kuat perkara lain pula. 

"Ini akan jadi dosa berganda. Dia akan masuk neraka yang lebih teruk," kata Mahathir.

15. The AG has no credibility at all after his dismissal of the reports by Bank Negara and the MACC. He proposes life imprisonment for leaking Government information – a sure indication that he is hiding the truth.  
16. As a good Muslim he should swear on the Quran in a mosque witnessed by mosque officials and the public that the reports did not implicate Najib in any way. He should not try to cheat by vowing in his heart something else, and swearing aloud something else. That would be a double sin. He will go to a worse hell.  
17. And the new publicity chief suggests I am doing this because I want to be arrested. That is as clear a warning as can be of the wish to arrest me.  
18. And so Najib's Cash is King creed must be promoted because it advocates corruption as a means of holding on to power. The country is now one of the 10 most corrupt countries but don't say anything about 1MDB and the 2.6 Bilion Ringgit if you wish to remain free.

Please continue yours reading HERE

Tiga minggu lalu, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dalam isu kemasukan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya dan dakwaan skandal RM42 juta bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Beliau juga mengarahkan kes itu ditutup dan tiada tindakan lanjut diambil lapor MalaysiaKini

Sumpah junjung Al-Quran ni.. bukanlah kaedah dalam Islam..

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata bersumpah dengan menjunjung Al Quran bukanlah kaedah Islam. 
"Bukan itu yang dianjurkan oleh Islam. Nabi pun tidak pernah buat begitu. Bersumpah dengan menjunjung Quran adalah tradisi orang Melayu. Yang dianjurkan ialah bermubahalah atau bersumpah dengan berkata, "Jika benar saya yang melakukannya, laknatilah saya." Dan pihak yang satu lagipun perlu berkata sedemikian. 
"Dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi – Saya tidak melakukannya," kata Dr Asri. 
Almarhum TG Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong cadangan Dr Asri itu, namun cara bersumpah yang dianajurkan Nik Aziz ialah bermubahalah sambil menjunjung Al Quran.  
"Bermubahalah atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam," katanya. 
Melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah katanya..

Tapi.. perkara pokoknya ialah jika ada kesedaran tentang dosa dan pahala.. takut akan dosa yang dilakukan.. tak akan memanjang isu ni sampai nak kena junjung Al-Quran..


Dah Ada 7 Juta Pekerja Asing, Zahid Nak Bawa Masuk Lagi 1.5 Juta Bangla?

Posted: 14 Feb 2016 07:55 PM PST


Zahid Hamidi mungkin tidak pernah melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana ribuan anak-anak Malaysia bersesak dipagi hari di Tambak Johor untuk pergi bekerja di Singapura..

Kebanyakkan mereka bukanlah menjawat jawatan Proffesional atau Eksekutis tapi bekerja di sektor 3D iaitu dirty, dangerous, difficult..

Kalau ribuan mereka sanggup beratur panjang dan berulang alik ke Singapura untuk bekerja yang kebanyakannya dalam sektor 3D juga, tidak mustahil mereka juga sedia melakukannya di negara sendiri.

Asasnya ialah bukan mereka tidak mahu bekerja dalam sektor 3D di negara kita ini tetapi gaji yang ditawarkan adalah terlalu rendah..

Jadi adalah lebih baik sebelum Zahid mencabar anak-anak muda untuk menceburi sektor 3D dinegara kita ini, Kerajaan perlu menambah baik gaji minima dinegara itu..

Jika tidak mampu atau tidak berkuasa untuk menetapkan gaji minima.. berusahalah untuk menurunkan kos sara hidup yang semakin meninggi ini..

Jika tak mampu jugak.. jangan jadi Kerajaan.. jadilah Pembangkang pulak.. cukup-cukuplah menyakitkan hati rakyat dengan mengeluarkan kenyataan bodoh itu..

Laporan berkaitan..

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak dapat menerima kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan berhubung kemasukan sebanyak 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh. 
Setiausaha Agungnya, N Gopal Kishnam berkata, pekerja-pekerja yang sebelum ini bekerja di sektor perladangan kini boleh diserap ke dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan. 
"Kami merasakan lebih wajar dan baik sekiranya pekerja tempatan sendiri diberikan latihan secukupnya di samping gaji yang diterima setimpal untuk diserapkan dalam sektor kerja separa mahir. 
"Sektor ini gagal mengambil hati pekerja tempatan kerana gaji rendah dan masa bekerja yang panjang," katanya dalam satu kenyataan. 
Beliau mempersoalkan mengapa ramai warganegara Malaysia merantau ke Singapura setiap hari untuk menyara hidup. 
"Saya nak tanya siapa banyak buat kerja-kerja separa mahir di Singapura? Walaupun ia kerja separa mahir tetapi imbuhan diterima tinggi, maka pekerja tempatan ini sanggup berulang alik ke negara jiran. 
"Mereka yang bekerja di Singapura ini bukan sahaja profesional, malah terdiri daripada golongan yang terkandas dalam pelajaran dan pekerjaan am," katanya. 
Gopal turut melahirkan kebimbangan mengenai keadaan semasa di negara ini di mana beribu-ribu pekerja asing beroperasi secara haram dan tidak mempunyai sebarang dokumen sah. 
"Kerajaan seharusnya mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu mereka sebelum membuat keputusan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing lagi. 
"Saya rasa sekiranya kerajaan serius dengan pengiktirafan untuk mencapai negara berstatus pendapatan tinggi, maka mereka haru mengehadkan pekerja asing di tempat kerja seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (Pengurusan pekerja asing ke paras 15 peratus)," katanya. 
Namun begitu, Gopal berkata, berdasarkan perkembangan semasa, beliau kurang yakin hasrat tersebut mampu dicapai. 
"Sehingga hari ini lebih kurang 7 juta pekerja asing berada di negara ini dan hanya 2.1 juta sahaja yang memiliki dokumen sah," katanya. 
Katanya, kementerian perlu melaksanakan kajian mendalam berkaitan pemecatan, pengangguran dan keperluan pasaran tenaga kerja bagi membolehkan kerajaan mengehadkan pengambil pekerja asing secara beransur-ansur. 
"Pengumuman kerajaan untuk membawa masuk pekerja warga Bangladesh ini seolah-olah bertujuan untuk mengecualikan pekerja tempatan daripada perintah gaji minimum. Ini suatu tindakan diskriminasi. 
"Negara tidak harus bergantung kepada sumber tenaga kerja dari negara asing. Keadaan ini sudah tentu akan memudaratkan ekonomi tempatan dan memberi kesan buruk kepada penduduk tempatan," katanya lapor Sinar Harian

Dalam isu ni.. Zahid kelihatan bersungguh-sungguh mempertahankan tindakannya untuk membawa masuk 1.5 Juta Bangla..

Sebabnya mungkin bukan rahsia lagi yang kaum kerabat dia dah dapat projek bawa masuk Bangla tu.. jadi apa nak jadi dia dah tak peduli laaa... yang penting kaum kerabat dia kaya raya..


Akhirnya Nasrudin Tantawi Menjawab Isu Menonton Filem Lucah..

Posted: 14 Feb 2016 04:30 PM PST


Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan menyatakan tindakan menyebarkan kenyataan di media sosial dengan mendakwa beliau menonton filem lucah satu fitnah keji.

Nasrudin berkata, pihak media menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan berkenaan fitnah yang berlegar di media sosial kononya beliau menonton filem lucah semasa lawatan kerja ahli Parlimen ke Jerman pada 2014.

"Tahun lalu (2015) saya menerima fitnah hampir serupa, kononnya saya minum arak di bilik hotel sewaktu lawatan ke Jerman.

"Tahun ini (2016) telah bertukar plotnya kepada menonton filem lucah," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, beliau tidak tahu motif pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah sedemikian rupa.

"Tegasnya saya enggan melayan permainan 'pihak tertentu' ini dan ingin saya nyatakan bahawa ini adalah fitnah keji lagi tidak bertanggungjawab yang dilemparkan kepada saya," katanya lapor Sinar Harian


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...