Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bengang DitukarTiba-tiba Tanpa Alasan, Zamihan Nak Jumpa Menteri

Posted: 16 Feb 2016 06:23 AM PST


Selepas diarahkan tidak meneruskan perdebatan dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pegawai agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Zamihan Mat Zin kini menerima arahan ditukar serta-merta ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuatkuasa Khamis ini.

Bagaimanapun, menurut Zamihan, beliau akan mendapatkan kepastian daripada KDN dengan berjumpa menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga timbalan perdana menteri, kerana ditukar tanpa alasan.

Malah katanya, sekiranya khidmatnya tidak lagi diperlukan di KDN, beliau tidak teragak-agak untuk secara sukarela menamatkan khidmatnya sebagai penjawat awam.

"Saya ditukar serta-merta lapor diri 18 haribulan ini. Saya tidak buat rayuan apa-apa. Saya akan merayu kepada Allah dan Rasul. Mereka tukar saya tanpa alasan.

"Saya akan tanya bos saya dahulu (Zahid). Kalau beliau perlukan khidmat saya di KDN, saya akan kekal. Kalau dia tidak perlu khidmat saya, saya keluar angkat kakilah. Saya keluar sebagai penjawat awam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambahnya, yang sebelum ini ditugaskan khusus menangani isu pelampau agama, meskipun tidak menjadi penjawat awam, beliau masih lagi boleh meneruskan perjuangan sebagai pendakwah.

"Saya tetap boleh berdakwah secara proaktif. Kita ini kerja dengan Allah bukan kerja dengan manusia.

"Saya aktif dengan badan bukan kerajaan (NGO), kita pun banyak program serta tak menang tangan.

"Kita buat program dakwah dan banteras ajaran menyeleweng ini," katanya yang juga presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja).

Terdahulu hari ini, Zamihan mendedahkan wacana ilmu mengenai ekstremisme agama yang menggandingkan beliau dan Asri dibatalkan pada saat-saat akhir ekoran arahan daripada pimpinan tertinggi negara.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim pun sedia maklum, (debat) pada 17 haribulan itu, atas arahan pimpinan tertinggi negara, dibatalkan," katanya yang enggan mendedahkan siapa kepimpinan tertinggi yang dimaksudkan.

Sementara itu, Zamihan berkata, beliau mengesyaki punca penukaran beliau ke Jakim adalah kerana ada pihak yang mahu menutup suaranya.

"Puncanya, ada orang guna kuasa politik dia untuk menekan ketua jabatan saya, supaya saya ini jangan bersuara dan jangan lawan menteri.

"Apa yang saya hendak bincangkan, wacana ilmiah ini, untuk ilmu. Bukan saya pertahankan hak peribadi atau benda yang remeh temeh," katanya.

Sebelum ini, Zamihan dan Asri dilihat sering berhujah dan bertikam lidah di media sosial dan ketika berceramah.

Ia membuatkan Shahidan mengambil inisiatif cuba meredakan keadaan yang meruncing dan menimbulkan kegusaran umat Islam dengan menemukan mereka dalam satu perdebatan terbuka.


PKR Selangor Memberontak?

Posted: 16 Feb 2016 04:16 AM PST


Sekumpulan pimpinan cabang PKR Selangor mendakwa Menteri Besar dan Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengamalkan sikap pilih kasih dan utamakan kroni dalam pemilihan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bergabung dengan ahli PKR yang lantang, Badrul Hisham Shaharin, kumpulan itu mendakwa Azmin membelakangkan cadangan ahli majlis daripada cabang tertentu di Selangor dan garis panduan oleh Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dikeluarkan pada 2013.

Setiausaha PKR cabang Kelana Jaya Murali Subramaniam menyatakan, Fasal 4 Pekeliling tersebut menyatakan bahawa ahli majlis mestilah bermastautin di kawasan mereka berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun.

Garis panduan PKR turut menyatakan cabang sepatutnya memberikan calon mereka kepada pimpinan negeri sebelum disahkan oleh pimpinan pusat, namun ia tidak berlaku, katanya.

"Apa yang berlaku di Selangor, tak ikut apa yang diputuskan dalam mesyuarat cabang. Selepas mesyuarat kami beri cadangan kepada Menteri Besar malangnya beliau tidak ambil nama yang kami berikan.

"Mereka letak nama sendiri untuk kami luluskan, ketua cabang kami bantah dan tak nak luluskan, nama lain dilantik.

"Kami tak puas hati apa yang dibuat oleh Azmin. Tak tahu kenapa cakap tak serupa bikin," katanya dalam sidang media hari ini.

Murali mendedahkan seorang ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dilantik walaupun beliau tidak dicadangkan oleh Cabang Kelana Jaya dan bermastautin di SS 2, Petaling Jaya.

Badrul Hisham pula menyatakan Azmin tidak menghormati PKR dan cabang parti itu walaupun Perlembagaan parti menyatakan cabang mempunyai hak bersuara untuk memilih calon termasuk calon pilihanraya.

Beliau turut memetik laporan sebuah portal pada 22 Januari lalu yang menyatakan ahli DAP, Abdul Aziz Bari dihalang untuk menjadi Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya kerana bermastautin di kawasan Majlis Perbandaran Selayang.

Justeru, beliau meminta pimpinan tertinggi PKR untuk memberikan perhatian terhadap apa yang berlaku di bawah pimpinan Azmin.

"Salah satu kritikan terhadap pentadbiran Tan Sri Khalid (Ibrahim) ialah beliau tidak membantu parti.

"Sekarang macam mana kita nak berkhidmat untuk masyarakat kalau ahli majlis tak duduk di sana, tidak ada hubungan dengan cabang?

"Ini lebih teruk dari UMNO. Azmin tak menghormati parti sendiri. Ini sebabnya UMNO suka dia dan semua kritikan tidak diambil pimpinan UMNO untuk serang Azmin," katanya lapor Free Malaysia Today


Bagaimanapun menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata lantikan ahli majlis telah selesai dan tiada isu melainkan ia sengaja diperbesarkan pihak tertentu.

"Tuduhan tak berasas. Semua pelantikan ahli majlis telah selesai dan mereka dilantik pada 16 Januari lepas.

"Ada 15 lagi yang masih belum di beri watikah kerana urusan pentadbiran seperti pertukaran nama calon baru oleh parti, pertukaran alamat dan insolvensi. Tiada isu pun melainkan ia sengaja diperbesarkan oleh pihak tertentu," katanya


Mahathir Dakwa Lihat Najib Bagi 16 Tong Hadiah Buat Bakal Menantunya (Video Inside)

Posted: 16 Feb 2016 01:10 AM PST


Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah dihadirinya sebelum ini menyediakan hadiah sebanyak 16 tong untuk diserahkan kepada bakal menantunya.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di blog Din Turtle, Dr Mahathir memberitahu, beliau melihat sendiri hadiah-hadiah tersebut yang diangkat oleh dua orang anggota tentera.

"Kalau tanya MAS punya orang dia kata, bertong-tong beli barang. Kadang-kadang tak dan punggah lagi yang ni beli yang lain pulak.

"Saya pi (pergi) dia punya majlis bertunang. Saya terkejut, 16 tong hadiah dua orang askar angkat. Ini tong bukan dulang.

"Ia bukan sikit..macam-macam ada dalam tu..jam ada, kasut ada, baju ada, kain ada..pasal lalu tepi saya," katanya.

Beliau yang menjelaskan hadir ke majlis pertunangan itu ketika hubungannya masih lagi baik dengan Perdana Menteri.

Dr Mahathir turut mempersoalkan sumber kewangan yang banyak digunakan oleh Najib bagi tujuan berkenaan lapor Free Malaysia Today

Berikut adalah video yang dimaksudkan..



Kalau betullah dakwaan Mahathir ni.. apa yang dikatakan kebanyakkan rakyat bahawa Najib dan Rosmah itu boros bukan fitnahlah..


Menteri Pertahanan Tak Tahu Apa ATM Dah Buat?.. Pelik Ni..

Posted: 15 Feb 2016 10:00 PM PST


Kementerian Pertahanan akan mendapatkan pengesahan lanjut daripada Angkatan Tentera Malaysia berhubung laporan pembabitan anggota tentera Malaysia dalam misi ketenteraan di Arab Saudi. 

Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia menyokong usaha membanteras keganasan dari segi fahaman dan ideologi, namun bukan dari sudut ketenteraan. 

"Dari segi ketenteraan saya telah nyatakan dari dulu lagi bahawa kita memang tidak terbabit," katanya.

Beliau mengulas laporan agensi berita Arab Saudi, SPA, mengenai Malaysia turut bersama kira-kira 20 negara lain dalam misi ketenteraan besar-besaran yang disifatkan 'terpenting'.

"Latihan ketenteraan saja tidak bermakna kita terlibat secara langsung dalam konteks operasi dan itu memang saya tidak benarkan pun...cuma apa yang dilaporkan hari ini, saya tidak tengok sejauh mana pembabitan dalam latihan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Piala Menteri Pertahanan kepada juara Pertandingan Debat Keamanan Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2016 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Perdana Sungai Besi di ibunegara malam tadi.

Pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara, menewaskan pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) A di tempat kedua, diikuti UIAM B di tempat ketiga, dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tempat keempat.

UiTM yang diwakili Mohamad Johan Mat dan Muhammad Haziq Jamaluddin, pelajar ijazah undang-undang, membawa pulang wang tunai RM3,000, piala utama dan sijil penghargaan.

Turut hadir Naib Canselor UPNM, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Panglima Zulkifli Zainal Abidin lapor MalaysiaKini


'Mafia' Jual Nombor Plat Kenderaan Pada Harga Tinggi Di Malaysia?

Posted: 15 Feb 2016 06:59 PM PST


Anda mahukan nombor pendaftaran khas? Tiada masalah. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjualnya pada harga RM10,000. Anda boleh memilikinya dengan harga RM150,000.

Sebuah 'kumpulan mafia' kelihatan mengawal bidaan rebutan nombor plat kenderaan, membeli dan menyembunyikan nombor tersebut sebelum bertindak menjualnya dengan harga yang lebih tinggi.

Pemilik kenderaan yang mengintai nombor plat popular perlu melalui ejen ini dan runner mereka yang mengemukakan bidaan lebih awal untuk nombor tersebut selepas menawarkannya kepada pembeli yang berminat.

Ejen-ejen ini juga bersikap berani dengan mendakwa mereka melakukan kegiatan tersebut dengan kelulusan pihak berkuasa.

Seorang runner yang hanya mahu dikenali sebagai Matthew mendakwa dia dan beberapa rakan sekerjanya mempunyai pejabat di jabatan tersebut.

"Kami biasanya akan menunggu di sana. Apabila ada permintaan, kami akan membuat pra tempahan secara peribadi, pegawai akan membawanya ke pejabat kami dan kami akan berunding mengenai urus niaga itu," dakwanya.

Menjelaskan peranan runner, Matthew berkata mereka hanya akan membuat tempahan atau terlebih dahulu membeli nombor tersebut.

"Mereka akan beri kita tempoh masa untuk memeriksa jika nombor tersebut masih ada. Namun kami tidak boleh mendapatkan 'nombor VIP' kerana kebanyakannya ditempah untuk ahli keluarga dan rakan-rakan VIP.

"Nombor plat perlu didaftarkan untuk kenderaan dalam tempoh sebulan selepas membuat pembelian, jika gagal kami mencari pembeli, kami akan membayar sejumlah kecil wang bagi melanjutkan tempoh akhir itu atau membeli motosikal murah untuk dipakaikan dengan nombor plat tersebut," katanya.

Matthew berkata terdapat sebuah kedai motosikal dekat pejabat JPJ di mana runner boleh secara peribadi membawa pelanggan untuk memilih nombor yang mereka kehendaki.

Beliau berkata beberapa pelanggan mahukan bukti bahawa nombor yang mereka inginkan masih ada.

"Kami kemudiannya membawa mereka ke sebuah kedai dan menunjukkan nombor itu kepada mereka atau mengambil gambar motosikal dengan nombor plat tersebut dan menghantarnya kepada mereka,," katanya.

Sebagai contoh, Matthew berkata mereka mungkin menjual nombor plat tersebut dengan harga RM2,000 di samping mengenakan bayaran tambahan RM2,500 untuk motosikal tersebut, bergantung kepada model enjin.

"Jika pembeli tidak mahu motosikal tersebut, mereka akan mengenakan harga berbeza untuk mereka.

Nombor pendaftaran tersebut kemudiannya akan dipindahkan ke kenderaan pembeli.

Matthew mendakwa runner yang mengiklankan tawaran nombor pendaftaran di laman web akan mengenakan bayaran khas untuk nombor menarik.

Nombor seperti 2222 atau 5757 berharga antara RM2,000 dan RM7,000 manakala nombor istimewa seperti 3636 berharga tidak kurang daripada RM5,000.

"Bagi nombor berharga seperti 33 atau 77, ia boleh dijual dengan harga enam digit," katanya lapor mStar


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...