Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Zahid Habiskan RM70,000 Untuk Beli 500 Buku 'Najib Razak 40 Years'

Posted: 17 Feb 2016 08:30 AM PST


Timbalan Perdana Menteri, Datuk seri Ahmad Zahid hari ini menempah 500 naskhah buku meja kopi mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk diagihkan kepada pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Dalam Negeri.

Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata demikian pada majlis pelancaran buku edisi khas 'Najib Razak 40 Years 40 Pictures' di Kuala Lumpur, hari ini.

Malah bertentangan dengan amalan lazim, beliau memberi jaminan bahawa buku-buku itu akan dibeli dengan "duit sendiri".

"Buku ini sangat bermakna kerana bukan hanya berkisar mengenai kehidupan Perdana Menteri sebagai pemimpin tetapi sisi berbeza yang tidak diketahui umum sebelum ini.

"Saya ingin beli buku ini sebanyak 500 naskhah menggunakan duit saya sendiri, bukan duit kementerian," katanya.

Dengan harga RM140 sekeping, ini bermakna bahawa Zahid akan membelanjakan RM70,000 daripada poket sendiri.

Buku ini diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), sempena sambutan ulang tahun ke-40 karier Najib dalam politik dan memaparkan gambar eksklusif daripada sumber arkib NSTP dan koleksi peribadi perdana menteri yang sesetengahnya belum pernah disiarkan kepada umum.

Koleksi gambar berkenaan mengabadikan 40 momen yang signifikan dalam kariernya bermula daripada tarikh penting 21 Februari 1976 apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Pekan menggantikan Allahyarham Tun Abdul Razak, sehingga hari ini.

Buku setebal 112 halaman ini juga mengandungi artikel ringkas dan gambar menarik termasuk ada antaranya merakamkan detik Najib menjadi menteri besar Pahang, timbalan menteri serta menteri di pelbagai portfolio termasuk menteri pertahanan.

Sehingga kini, buku itu dilaporkan sudah mendapat tempahan sebanyak 7,000 naskhah lapor MalaysiaKini


Bekas PM Israel jalani Hukuman Penjara Kerana Rasuah

Posted: 17 Feb 2016 06:45 AM PST


Ehud Olmert menjadi bekas Perdana Menteri Israel pertama yang menjalani hukuman penjara apabila dia dipenjarakan selama 19 bulan semalam kerana kesalahan rasuah dan menghalang proses undang-undang.

Olmert, 70, memasuki Penjara Maasiyahu di bandar Ramle, tengah Israel menjelang pukul 10 pagi (waktu tempatan).

Dia diiringi ke penjara itu oleh beberapa ejen agensi keselamatan domestik, Shin Bet sambil disaksikan oleh sekumpulan pemberita.

Hukuman penjara terhadap Olmert itu sekali gus menutup perbicaraan yang panjang sejak beliau meletak jawatan pada 2009.

Tuduhan terhadap Olmert melibatkan kes rasuah semasa dia berkhidmat sebagai Datuk Bandar Baitulmuqaddis dan Menteri Ekonomi di samping beberapa jawatan lain sebelum menjadi Perdana Menteri Israel.

Dalam satu mesej video yang disiarkan pagi semalam sebelum dia menjalani hukuman penjara, Olmert bertegas bahawa dirinya tidak bersalah.

"Anda boleh bayangkan betapa pedih dan aneh perubahan ini (hukuman penjara) terhadap saya, keluarga saya, orang-orang yang saya sayangi dan penyokong saya.

"Saya sama sekali menafikan semua tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan saya." kata Olmert yang kelihatan lesu dan sungul.

"Sepanjang kerjaya saya yang panjang, saya juga melakukan kesilapan tetapi bukan kesalahan jenayah.

"Dengan rasa berat hati, saya menerima hukuman ke atas saya hari ini (semalam). Tiada siapa boleh mengatasi undang-undang," tambah bekas Perdana Menteri itu.

Olmert pada awalnya dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada Mei 2014 kerana menerima rasuah sekitar tahun 2000 berkaitan satu projek hartanah di kota Baitulmuqaddis.

Bagaimanapun, hukuman itu kemudiannya dikurangkan kepada 18 bulan.

Pada minggu lalu, sebuah mahkamah Israel menjatuhkan tambahan hukuman penjara sebulan terhadap Olmert kerana menghalang proses undang-undang ~ Kosmo


Malaysia Airports Rugi RM42.9 Juta Pada Suku Keempat

Posted: 17 Feb 2016 04:24 AM PST


Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM42.9 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2015 berbanding untung bersih sebanyak RM577.73 juta tempoh sama tahun sebelumnya.

Kerugian bersih tersebut didorong oleh peningkatan kos pinjaman serta kerugian tukaran asing.

Dalam kenyataan di Bursa Malaysia, MAHB berkata, perolehan pada suku tersebut bagaimanapun lebih tinggi kepada RM1.04 bilion berbanding RM711.33 juta sebelumnya.

MAHB terpaksa menanggung peningkatan kos pembiayaan kepada RM177.54 juta berbanding RM52.74 juta sebelumnya manakala kerugian tukaran asing pula adalah RM161.59 juta berbanding keuntungan RM3.82 juta.

Keuntungan bersih keseluruhan tahun juga merosot kepada RM37.84 juta berbanding RM663.37 juta tahun sebelumnya.

Perolehan pula bagaimanapun meningkat kepada RM3.87 bilion berbanding RM3.34 bilion.

Aliran trafik tumbuh sebanyak 4.8 peratus pada 2015 sekali gus menunjukkan permintaan terhadap perjalanan udara masih berterusan.

Di sebalik cabaran ekonomi tahun lalu, aliran penumpang penerbangan meningkat 0.5 peratus berbanding pada 2014.

Berdasarkan kepada faktor-faktor berkenaan, MAHB menjangkakan trafik penumpang udara di lapangan-lapangan terbang tempatan mencatatkan 86 juta penumpang atau 2.5 peratus lebih tinggi berbanding jumlah penumpang pada 2016.

"Jumlah pergerakan pesawat juga dijangka meningkat sejajar dengan pertumbuhan penumpang pada kadar 2.4 peratus pada 2016," kata MAHB.- MalaysiaGazette


Jangan Derma Kat Mat Sabu?.. Dengki Ke Perkasa Ni?

Posted: 16 Feb 2016 11:03 PM PST


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak memberi derma kepada Presiden AMANAH, Mohamad Sabu atau Mat Sabu.

Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Idris membuat nasihat itu susulan rayuan AMANAH yang meminta orang ramai menghulurkan bantuan kepada Mat Sabu yang berdepan dengan tuntutan muflis.

Mat Sabu dituntut membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu 'Projek IC' di Sabah.

Irwan berkata, sekiranya bantuan itu diberikan ia akan mengalakkan lagi Mat Sabu untuk melakukan perkara sama.

"Apabila dia (Mat Sabu) minta derma dan orang yang akan bayar kepada dia tak mustahil dia akan mengulangi perkara yang sama.

"Kalu boleh jangan ada orang yang bagi derma kepada dia. Kalau kita tengok daripada mana-mana pihak saya rasa belum ada lagi orang politik kena saman minta derma," katanya.

Irwan berkata, Mat Sabu sepatutnya bertanggungjawab di atas kesalahanya sendiri tanpa menagih simpati orang ramai.

"Dia kena bertanggungjawab di atas perbuatan dia, bab minta derma ini bukan tak boleh tapi minta derma ini nampak sangat tidak bertanggungjawab.

"Kita PERKASA pernah kena saman Anwar Ibrahim (Datuk Seri) dan kita kalah saman apa benda kita tak kongsi. Malah Datuk Ibrahim Ali (Presiden PERKASA) kena saman dia tanggung sendiri," katanya lapor FMT


Biadapnya Pendatang Asing Ni.. Dikhalayak Ramaipun Berani Mencabul.. (Video Inside)

Posted: 16 Feb 2016 07:18 PM PST


Hati siapa dapat bersabar jika inai masih merah di jari dan kemeriahan kenduri kahwin masih dirasai tetapi tiba-tiba isteri sendiri dicabul di tempat awam? Dan suspek itu pula dipercayai lelaki warga asing.

Itu dihadapi vokalis kumpulan Genji Buskers, Mustam Mustapa malam tadi.

Bercakap kepada Malaysiakini Mustam berkata dia baru saja berkahwin dengan isterinya lima hari lalu.

"Kami sedang bersiap-siap untuk membuat persembahan di depan Kompleks Sogo apabila seorang lelaki warga asing datang dari arah belakang memeluk isteri saya.

"Mula-mula saya sangka lelaki itu rakan peremuan kami rupa-rupanya lelaki yang langsung tidak kami kenali," katanya.

Terbaring berdarah

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Mustam yang terkejut dan berang terus meluru ke arah suspek dan memukulnya.

Serangan itu menyebabkan lelaki terbabit pengsan di kaki lima.

"Saya pukul sebab tak dapat kawal kemarahan," katanya.

Melihat keadaan lelaki terbabit terbaring dan berdarah, Mustam mengakui dia agak bimbang.

"Takut juga dia mati," katanya.

Selepas disemak secara sepintas lalu suspek terbabit dipercayai lelaki warga asing dari Nepal.

Insiden berkenaan berlaku ketika orang ramai dimaklumkan mengenai rancangan kerajaan membawa masuk kira-kira 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini bagi memenuhi permintaan sektor perladangan dan perkhidmatan.

Mengulas kejadian yang berlaku kira-kira lima minit itu, Mustam berkata, dia ditenangkan oleh anggota polis bantuan bagi meleraikan pergaduhan itu.

Suspek kemudian diangkat dari situ untuk tindakan lanjut.

Kata Mustam, sebenarnya dia berasa agak malu berkongsi cerita berkenaan tetapi mengenangkan keberanian warga asing melakukan perbuatan biadab begitu amat sukar untuk diterima.

Susulan dari kejadian tersebut, Mustam membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi kira-kira jam 1 pagi tadi.

Sementara itu, ditanya mengenai hasrat kerajaan mahu membawa 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini, Mustam segera membantah keras.

"Warga asing sangat bahaya. Saya tak boleh terima, tidak relevan, dan kita takut mereka digunakan untuk tujuan terselindung. Misalnya untuk pilihan raya umum akan datang.

"Selain itu, ia juga tidak relevan sebab industri kita juga kekurangan pekerja, dan belia kita juga ramai yang menganggur," katanya lapor MalaysiaKini

Video berkenaan.



Ayat yang perlu kita rakyat Malaysia renungkan bersama... "Bapak-bapak menteri sekalian, anak 'korang' mungkin ada 'bodyguard' (pengawal peribadi).

'Kitaorang' rakyat jelata marhaen, biasa ni nak jalan sudah tidak selamat. Hendak cari makan dah tak selamat."


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...