Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Apa Punya Auta Najib Ni.. Kata Nak Bincang Dulu, Hakikatnya MoU Bawa Masuk 1.5Juta Bangla Tu Dah Ditandatangani...

Posted: 18 Feb 2016 08:30 AM PST


Apa punya auta lah Najib ni.. katanya nak bincang dulu dengan Timbalannya Zahid Hamidi mengenai isu bawa masuk 1.5 Juta bangla..

Lapor Berita Harian pada 18 Februari pukul 12.53pm

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan membincangkan cadangan kontroversi membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh bersama timbalannya. 
"Beri peluang saya berbincang dengan Datuk Seri Ahmad Zahid sejurus pulang," katanya kepada pemberita di akhir lawatan enam harinya ke California. 
"Kita perlu pastikan apa juga tindakan yang diambil akan mengisi keperluan ekonomi. Beberapa sektor ekonomi memerlukan pekerja seperti industri perladangan. 
"Pada masa sama, kita perlu mengurangkan kebimbangan terhadap kemungkinan timbulnya masalah sosial susulan kemasukan pekerja asing dalam jumlah yang besar," katanya.

Tetapi pada masa yang hampir sama di Bangladesh.. Portal The Daily Star dari Bangladesh melaporkan.. perjanjian nak bawa masuk 1.5 Juta Bangla tu dah ditandatangani..

Menteri Sumber Manusia Malaysia Datuk Seri Richard Riot dan Menteri Pekerjaan Luar Negara dan Kebajikan Ekspatriat Bangladesh Nurul Islam pukul 10 pagi tadi (pukul 12 tengah hari waktu Malaysia) lapor The Daily Star .

Dan laporan tersebut telah dipetik oleh AstroAwani ..

DHAKA: Bangladesh dan Malaysia hari ini memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat untuk tempoh tiga tahun. 
Menurut laporan berita The Daily Star, perjanjian itu ditandatangani di sini di antara Menteri Sumber Manusia Malaysia Datuk Seri Richard Riot dan Menteri Pekerjaan Luar Negara dan Kebajikan Ekspatriat Bangladesh Nurul Islam pukul 10 pagi tadi (pukul 12 tengah hari waktu Malaysia). 
Berdasarkan perjanjian itu, mekanisme penghantaran pekerja akan dibuat berdasarkan sistem G2G Plus.

Menurut laporan berita itu lagi, perjanjian baharu itu menyaksikan buruh warga Bangladesh akan direkrut ke dalam pelbagai sektor termasuk pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan. 
Levi bagi pekerja Bangladesh ditetapkan pada kadar RM1,946 (Tk37,000).

Benda macam ni pun dia nak kencing jugak?.. Hadoiiii... nasib kitalah dapat PM kaki kencing..


Hisap Ganja Untuk Hilangkan Tekanan Kos Sara Hidup - Pemuda UMNO Cawangan

Posted: 18 Feb 2016 06:30 AM PST


Kerajaan diminta mempertimbangkan untuk membenarkan rakyat menggunakan ganja sekali gus meminda sebarang larangan undang-undang melibatkannya atau marijuana yang pernah dibuat sebelum ini.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail berkata, ganja jelas tidak menjadikan individu itu agresif atau hilang pertimbangan seperti yang berlaku kepada mereka yang mengambil alkohol berlebihan.

"Saya sudah timbulkan isu ini sejak tahun lepas. Rokok serta vape membawa ancaman besar kepada kesihatan namun ganja terbukti memberi ketenangan dan boleh mengurangkan kes jenayah.

"Lihat sahaja seperti di Belanda, banyak penjara di sana ditutup kerana pesalah berkurangan kerana ganja dibenarkan.

"Jadi apa salahnya kerajaan benarkan sahaja ganja di negara ini. Banyak kajian membuktikan tekanan kos sara hidup boleh ditenangkan dengan ganja," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Cadangan kaji semula

Pada Rabu, Ahli Parlimen Belia, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli mencadangkan supaya kesalahan menghisap marijuana atau ganja dikaji semula kerana golongan muda tidak menganggapnya sebagai dadah.

Muhamad Ridhwan bagaimanapun menegaskan tidak menyokong amalan menghisap ganja tetapi semata-mata mahu ia dikawal selia.

Katanya, ganja hanya menyumbang sebanyak lapan peratus daripada semua jenis ketagihan berbanding 60 peratus daripada morfin dan 30 peratus daripada heroin.

Cadangan itu turut mendapat reaksi oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di laman Twitternya.

Ada portal sebelum ini melaporkan, persepsi pemain muzik Reggae dengan gejala menghisap ganja amat sukar dipisahkan.

Negara luar

Dalam pada itu kata Syed Rosli, cadangan Ahli Parlimen Belia serta Khairy sendiri dalam isu ganja itu harus diberi perhatian oleh kerajaan.

"Ambil pendekatan terbaik dan lihat contoh negara-negara yang membenarkan penggunaan ganja. Apakah impak kepada masyarakat mereka.

"Banyak contoh negara luar yang membenarkan ganja mencatat bilangan jenayah yang rendah, mungkin itu pertimbangan yang boleh diambil untuk membolehkan penggunaan ganja dibenarkan di negara ini," ujarnya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya mengakui dakwaan terdapat ekstrak perisa ganja di pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan sesetengah pengguna rokok elektronik termasuk vape.


Chegubard Melampau, MPN Selangor Mahu PKR Pusat Hukum Dia..

Posted: 18 Feb 2016 04:30 AM PST


Majlis Pimpinan Pusat PKR digesa mengambil tindakan disiplin terhadap salah seorang bekas pemimpin mereka, Badrul Hisham Shaharin yang kini dilihat lantang mengkritik parti berkenaan. 

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor, Borhan Aman Shah berkata PKR negeri benar-benar kesal dengan tindakan Badrul Hisham berhubung kritikan isu pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Selasa lalu.

"MPN Selangor amat kesal dengan tindakan beliau cuba menimbulkan kekeliruan dalam perkara tersebut.

"Tindak tanduk beliau sejak kebelakangan ini menunjukan dia melakukan serangan peribadi terhadap menteri besar.

"MPN Selangor mahu dan menyerahkan MPN Pusat untuk ambil tindakan disiplin terhadap Badrul Hisham serta mana-mana anggota yang berniat memecah-belahkan parti," kata Borhan dalam sidang medianya di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan panggilan Chegubard pada Selasa mendakwa ramai calon tidak dilantik sebagai ahli majlis PBT disebabkan ''sikap dendam" Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

Kata Badrul Hisham Azmin membelakangkan cadangan daripada cabang tertentu di Selangor dan garis panduan oleh Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dikeluarkan pada 2013.

Selain itu Azmin juga didakwa tidak menghormati PKR dan cabang parti walaupun perlembagaan parti menyatakan cabang mempunyai hak bersuara untuk memilih calon termasuk calon pilihan raya.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Zainol Abidin Mohamed pula berkata pihaknya mahu pimpinan pusat PKR segera membuka semula kertas siasatan bagi menggugurkan keahlian Badrul Hisham seperti dibuat tahun lalu.

"Minta MPN Pusat buka kembali fail yang diadukan AMK pada tahun lepas dan meminta Badrul Hisham digugurkan keahlianya kerana kita tak mahu 'kudis' ini menjadi barah kepada parti yang kita sanjung ini," kata Zainol dalam sidang media yang sama.

Pemilihan ahli majlis PBT Selangor sebelum ini dilaporkan tertangguh ekoran kerajaan Selangor masih belum memutuskan sama ada akan memperuntukkan kerusi majlis tempatan kepada Parti Amanah Negara (AMANAH).

Selangor mempunyai 288 ahli majlis dengan 120 kerusi diperuntukkan kepada PKR manakala DAP dan PAS masing-masing mendapat 98 dan 70 kerusi lapor MalaysiaKini


Hadiah 16 Tong: Menantu Najib Jawab Tuduhan Mahathir

Posted: 18 Feb 2016 12:00 AM PST


Menantu Perdana Menteri, Daniyar Kessikbayev menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak memberi 16 tong hadiah kepada keluarga beliau pada majlis pertunangan dengan Nooryana Najwa pada 17 Jun 2011.

Daniyar menjelaskan, hadiah itu sebaliknya adalah pemberian pihak keluarga lelaki kepada keluarga Perdana Menteri dan juga bakal tunangnya ketika itu, Nooryana Najwa.

Katanya, tidak pernah wujud 16 tong hadiah seperti yang didakwa Dr Mahathir tetapi hanya 16 kotak hadiah yang diberikan kepada tunangnya, yang menjadi sebahagian tradisi masyarakar Kazakhstan.

"Saya ingin menjelaskan bahawa hadiah berkenaan adalah daripada saya sebagai mahar kepada Nooryana yang diberikan dalam 16 kotak bukannya 16 tong.

"Sebagai bakal suami pada masa itu, pemberian tersebut merupakan sebahagian daripada tradisi masyarakat Kazakhtan untuk bakal isteri pada masa akan datang termasuk barang kemas, minyak wangi dan sutera.

(Beg tangan Hermes kenapa dia tak sebut agaknya??.. pasal beg tangan tu baca kat SINI )

"Pemberian hadiah ini wajar untuk keluarga saya mengekalkan tradisi kami. Malah kami berbangga untuk berkongsi warisan Kazakhstan bersama keluarga baru di Malaysia," katanya.

Daniyar berkata, pemberian hadiah tersebut merupakan hasil titik peluhnya sendiri bukannya menggunakan wang keluarga atau wang Kerajaan.

"Saya tidak mempunyai apa-apa urusan atau sebarang bentuk perniagaan dengan kerajaan Malaysia. Saya juga tidak mengambil wang daripada rakyat Malaysia yang tercinta," katanya.

Sehubungan itu, Daniyar dengan penuh hormat menggesa Dr Mahathir supaya berhenti menggunakan perkahwinannya dengan Nooryana Najwa sebagai subjek politik.

"Saya dengan rasa hormat meminta Dr Mahathir berhenti menggunakan perkahwinan saya, isteri saya dan saya sendiri untuk kepentingan politik.

"Saya percaya Dr Mahathir sebagai seorang ahli politik yang bijak, seorang bapa dan suami pandai menilai apa yang salah dan apa yang betul untuk bercakap," katanya.

Daniyar dan Nooryana Najwa berkahwin pada 19 Mac 2015.

Baru-baru ini, Dr Mahathir mendakwa majlis pertunangan anak Perdana Menteri, yang pernah dihadirinya sebelum ini menyediakan hadiah sebanyak 16 tong untuk diserahkan kepada bakal menantunya.

"Saya pi (pergi) dia punya majlis bertunang. Saya terkejut, 16 tong hadiah dua orang askar angkat. Ini tong bukan dulang.

"Ia bukan sikit..macam-macam ada dalam tu..jam ada, kasut ada, baju ada, kain ada..pasal lalu tepi saya," kata Dr Mahathir lapor Free Malaysia Today


Utusan Kata Mat Sabu Tuduh Melayu Bodoh.. Betulke?

Posted: 17 Feb 2016 10:00 PM PST


Dalam keadaan terpekik-pekik, Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkali-kali menyifatkan orang Melayu sebagai bodoh, ba­ngang dan bahalol dalam ceramah di Majlis Rumah Terbuka Pakatan Pembangkang Sempena Tahun Baharu Cina, di sini malam tadi.

Semuanya gara-gara orang Melayu terutamanya yang berada di kelas pertengahan didakwa menjadi penyebab kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

"Yang paling saya kecewa ialah kelas pertengahan Melayu. Mereka inilah yang susah berubah. Makan gaji sikit, jadi pegawai kerajaan sikit, pertahan pemerintah rasuah. Ini yang saya marah, saya baling mikrofon malam itu.

"Tahun 2013, undi Melayu turun sedikit. Meningkatnya soko­ngan kepada kita sebanyak 52 pe­ratus kerana undi orang Tionghua dan orang India. Tahniah kepada kaum Tionghua atas kesedaran politik.

"Orang Melayu kenapa tak mahu berubah? Takutkah kalau UMNO jatuh, Cina perintah Malaysia? Kenapa bodoh, bodoh, bodoh?" kata­nya sambil disambut sorakan dan tepukan daripada kira-kira 250 hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina.

Hadir sama, Ke­tua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta barisan kepemimpinan pakatan pembangkang di negeri ini dan Pulau Pinang.

Tuduhan kerasnya itu kemudian diteruskan lagi terhadap pegawai kerajaan.

"Apabila orang Cina hendak ambil alih Malaysia melalui pilihan raya boleh atau tidak? Tetapi berapa ramai pegawai kerajaan boleh percaya? Bangang bin bodoh bin bahalol.

"Tak boleh! Orang Cina hanya boleh memerintah sama ada bersama BN atau pakatan pembangkang. Tak boleh mereka memerintah sendirian," katanya.

Beliau turut menuduh, semua itu adalah 'racun' yang dima­sukkan biro tatanegara dan polis Cawangan Khas (SB).

"SB kerjanya itulah, bawa bekas ahli DAP, Razali (Mohamed Razali Abdul Rahman) diiringi oleh polis pergi berbohong pegawai kerajaan," ujarnya.

Seterusnya beliau membuat perbandingan mengenai sikap rakyat negara ini yang menolak demonstrasi sebagai cara menjatuhkan pemimpin di sesebuah negara.

"Di Filipina rakyat berdemonstrasi hingga Marcos jatuh. Di Indonesia, para pelajar berdemonstrasi sehingga mati enam orang tetapi akhirnya menjatuhkan Suharto dan memulakan era demokrasi.

"Di Thailand rakyat berdemonstrasi menjatuhkan Yingluck Shinawatra sementara di Burma mereka tumbangkan rejim tentera. Rakyat Malaysia bila? Demonstrasi pun tak mahu, pilihan raya pangkah lagi BN. Bodoh, bangang, ba­halol," katanya lapor Utusan di SINI


Derma RM2.6 Bilion Najib Jelas Kes Rasuah, Kata Forum

Posted: 17 Feb 2016 06:52 PM PST


Wujud kes rasuah yang jelas apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima derma RM2.6 bilion, kerana penjawat awam tidak sepatutnya menerima ganjaran, kata sebuah forum malam tadi.

Mengikut sekurang-kurangnya 2 undang-undang sedia ada, penjawat awam yang menerima wang dalam akaun bank peribadinya dianggap menerimanya bagi tujuan rasuah, kata 2 peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan dan Hanipa Maidin.

Dalam kes Najib, presiden Umno itu tidak secara sukarela mengisytiharkan RM2.6 bilion itu ketika ia dimasukkan ke akaun peribadinya pada Mac 2013, lebih sebulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, kata Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang.

RM2.6 bilion atau AS$681 juta itu didedahkan Wall Street Journal, 2 tahun selepas itu, pada Julai 2015.

Akhbar itu melaporkan wang berkenaan daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebulan selepas itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan ia adalah derma politik daripada penderma Timur Tengah tetapi tidak ada penjelasan diberikan bagaimana wang itu dibelanjakan.

Hanipa berkata mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961, wang diterima penjawat awam dianggap wang diterima bagi tujuan rasuah.

"Jadi mengapa tidak ada pendakwaan?" kata Hanipa dalam respons kepada keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari untuk membebaskan Najib daripada kesalahan salah laku kerana menerima RM2.6 bilion itu.

"Bila kita tanya siapa beri wang itu, peguam negara hanya kata orang awam tidak ada hak untuk tahu.

"Tetapi hujah saya ialah, hak untuk tahu mendahului hak kebebasan bersuara," kata Hanipa pada forum bertajuk "Skandal 1MDB dan RM2.6 bilion: berakhirnya kedaulatan undang-undang?" di Petaling Jaya, malam tadi.

Hanipa berkata Najib melanggar undang-undang apabila tidak mengisytiharkan wang itu sejak awal menerimanya pada Mac 2013.

"Beliau tidak sepatutnya terima. Ini kes yang jelas," katanya ketika ditemui selepas forum itu. 

Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata derma dianggap satu bentuk ganjaran dan penjawat awam yang menerima ganjaran boleh didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Ambiga berkata derma dianggap satu bentuk ganjaran.

Penjawat awam yang menerima ganjaran boleh didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

"Anda tidak boleh lari daripada undang-undang ini. Mereka buat undang-undang nampak bodoh. Mereka yang bersumpah untuk melindungi dan menegakkan undang-undang itulah yang merendahkannya," kata Ambiga di forum yang diadakan di Pusat Sivik Petaling Jaya.

Ambiga juga mengecam peguam negara kerana mencadangkan pindaan kepada Akta Rahsia Rasmi untuk memperkenalkan hukuman lebih tegas kepada mereka yang membocorkan rahsia kerajaan. 

"Perubahan itu sebenarnya merendahkan kedaulatan undang-undang. Peguam negara tidak sepatutnya mencadangkan pindaan seumpama itu kepada akta berkenaan," kata Ambiga.

Apandi mencadangkan hukuman lebih keras, seperti sebatan dan penjara seumur hidup, terhadap mereka yang membocorkan maklumat kerajaan.

Aktivis anti rasuah mengkritik langkah itu kerana ia dianggap ancaman terhadap usaha mendedahkan rasuah lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...