Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Cermin Gelap: JPJ Nafi Denda RM2,000

Posted: 20 Feb 2016 02:37 AM PST


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan kenyataan dilaporkan media pada Khamis lepas (18 Februari) berkaitan denda RM2,000 yang akan dikenakan bagi kesalahan penggunaan cermin gelap melebihi had.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata sebaliknya kompaun maksimum yang dikenakan oleh JPJ bagi kesalahan berkenaan adalah sebanyak RM300.

Katanya, JPJ menerima maklum balas negatif daripada orang ramai yang tidak berpuas hati kerana pihaknya akan mengenakan denda yang begitu tinggi dan mahu mengaut keuntungan.

"Saya ingin tegaskan bahawa terdapat kekeliruan pemahaman dan laporan oleh media (The Sun) tentang perkara ini yang turut memetik kenyataan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara seperti yang dilaporkan itu adalah bagi undang-undang mahkamah terhadap pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan trafik bagi kesalahan pertama," katanya kepada pemberita pada Program Jom JPJ Negeri Perlis 2016 di pasar raya di sini.

Ismail berkata JPJ bertoleransi dalam mengenakan kompaun bagi kesalahan penggunaan cermin gelap dan pemanduan melebihi had laju serta mempertimbangkan kadar perbezaan sebanyak 10 peratus bagi setiap had yang ditetapkan.

"Misalnya untuk penggunaan cermin gelap, ditetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) untuk cermin sisi dan belakang ialah sebanyak 30 peratus, tetapi jika pemilik kereta menggunakannya pada kadar melebihi 35 sehingga 40 peratus kompaun masih tidak dikenakan.

"Begitu juga dengan kadar had laju, jika ditetapkan 110km/j tetapi pemanduan dilakukan antara 115km/j dan 120km/j masih belum dikenakan saman," katanya.

Ismail berkata justeru orang ramai yang mempunyai masalah atau kekeliruan berkaitan penguatkuasaan peraturan oleh JPJ boleh mendapatkan penjelasan di mana-mana kaunter JPJ.

"Sebab itu kita adakan program Jom JPJ ini di seluruh negeri. Kita buat di kawasan tumpuan orang ramai untuk memberi perkhidmatan bagi membantu orang ramai mudah menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan JPJ," katanya.

Jom JPJ turut memberi kemudahan kepada orang ramai untuk berurusan dengan lain-lain agensi seperti Jabatan Kesihatan, Pos Malaysia dan Tabung Haji kerana dijalankan melalui strategi lautan biru kebangsaan (NBOS) bagi mempertingkat tahap perkhidmatan kepada masyarakat lapor Sinar Harian


Betul Ke Bawa Masuk 1.5Juta Bangla Itu Ditangguh?.. Kalau Betul Kenapa Kerajaan Bangladesh Pun Tak Tahu?

Posted: 19 Feb 2016 08:01 PM PST


Dipercayai.. bagi meredakan kemarahan rakyat yang amjoritinya menentang usaha membawa masuk 1.5 Juta Bangla, semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Putrajaya menangguhkan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber, termasuk Bangladesh.

Pengumuman itu dibuat biarpun kerajaan Malaysia dan Bangladesh telah menandatangani memorandum persefahaman membawa masuk 1.5 juta pekerja dari negara Asia Selatan itu dalam tempoh 3 tahun akan datang sehari sebelum Zahid umum penangguhannya..

Bagaimanapun menurut sebuah portal dari Bangladesh, Dhaka Tribune, Bangladesh masih belum menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung tindakan pembekuan Putrajaya itu.

Memetik pemangku setiausaha Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Begum Shamsun Nahar, beliau percaya, kerajaan Malaysia masih akan mengambil pekerja dari Bangladesh seperti dipersetujui dalam memorandum persefahaman yang ditandatangani 18 Februari lalu.

"Kerajaan Malaysia membuat pengumuman itu untuk menenangkan kumpulan pendesak tempatan yang menentang pengambilan pekerja asing," Begum Shamsun dipetik berkata.

Dhaka Tribune juga berkata, beliau menyifatkan pengumuman Putrajaya itu "mengarut".

Mengarut dia kata?.. kah.. kah.. kah..

Berikut adalah laporannya..

Just a day after signing an MoU with Dhaka on allowing 1.5 million Bangladeshis to find work in Malaysia, Kuala Lumpur has backtracked on its words and decided to suspend recruitment of all foreign workers, including those from Bangladesh.

The Southeast Asian country's Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi announced the suspension of recruiting foreign workers and called on employers to recruit locals instead.

Without giving out any details of the plan, Zahid Hamidi, also the Malaysian home minister, said the suspension would be in place while the government reviewed its two-tier levy programme for foreign workers, reports Malaysian media The Star Online.

After a meeting with army personnel at Kem Muara Tuang yesterday, he added that existing illegal workers in Malaysia would be detained and deported.

However, Bangladeshi authorities are yet to receive any official statement from Malaysia in this regard.

Terming the move an eyewash, Begum Shamsun Nahar, the acting secretary of Bangladesh Expatriates' Welfare and Overseas Employment Ministry, told the Dhaka Tribune: "The Malaysian government has made the announcement to calm local pressure groups who are opposed to recruiting foreign workers."

She said she believes that Bangladesh would send workers to Malaysia as per the deal signed between the two countries on Thursday.

'Not all 1.5m Bangladeshis coming to Malaysia'

Disputing media reports, the Malaysian human resources minister yesterday said Bangladesh has around 1.5 million people registered for future employment in foreign countries, but that is not the number of workers coming to Malaysia.

"The perception that 1.5 million workers will be brought in from Bangladesh to work in Malaysia is not true," said Minister Datuk Seri Richard Riot, who signed the memorandum of understanding (MoU) in Dhaka on Thursday.

"The figure is, in fact, the number of Bangladeshis registered with its Ministry of Expatriates' Welfare and Overseas Employment for the purpose of seeking employment in foreign countries, including Malaysia," he told a press conference in Putrajaya, according to a report by The Star Online.

Meanwhile, Tan Sri Rafidah Aziz, Malaysia's former international trade and industries minister, has questioned the backtracking on the plan to bring in 1.5 million Bangladeshi workers over a three-year period.

"What happened? Was there no study of the proposal or policy before it was announced? Were there no discussions with relevant parties to consider all views? Were all the effects and implications – good and bad – studied, such as the economic, social and security concerns," Rafidah was quoted by The Star Online as saying.

Rafidah also claimed that the government decision has caused confusion and worries for the private sectors that need foreign workers.

Reactions following the intake freeze

The Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) and Oil Palm Plantation Owners Association expressed concerns following the federal government's decision to immediately suspend the migration of all foreign workers into Malaysia.

In a statement yesterday, the FMM, which represents the views and interests of over 2,600 manufacturing and manufacturing services companies, said the government should provide full details to employers on the intake freeze.

"It is unclear to manufacturers how long the suspension would take effect. Some employers have earlier received approvals to bring in workers and are in different stages of recruitment, including some with workers already on their way to Malaysia," the statement read.

But Tenaganita, a Malaysian non-profit working for the rights of workers, welcomed the suspension by the government.

Ashikur Rahman, Tenaganita's volunteer senior research officer, told the Dhaka Tribune: "Tenaganita welcomes the halt and would like the re-hiring process to go smoothly without any unethical and corrupt mean for all undocumented workers.

"We would also like to see an assessment of the current labour market and only then recruit according to the labour market demand. We would want all migrant workers to be safe and have a good experience while they are in Malaysia," he added.

On the other hand, migration experts in Bangladesh criticised the lack of consideration on Dhaka's part before signing the MoU with Kuala Lumpur.

Dr CR Abrar, executive director of Refugee and Migratory Movements Research Unit (RMMRU), pointed out that Bangladesh had failed to analyse criticism from Malaysian media regarding the deal to bring in manpower.

"Their media continuously focused on these debate going on regarding this manpower hiring from Bangladesh. Then why were we not prepared before signing the MoU?," he said, adding that the government also failed to learn any lesson from the earlier G2G mechanism that resulted in many skilled Bangladeshi migrants becoming illegal aliens in Malaysia.

"Without making any assessment, signing another deal with the same government was not a good decision. Actually our government always negotiated with them from a weak position," said Abrar, who is also a professor of international relations at Dhaka University.

Please continue yours reading HERE

Kita kena kencing lagi ke?.. kah.. kah..kah..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...