Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Oii!! Papan Tanda Pun Hangpa Takut Ka?

Posted: 22 Feb 2016 08:30 AM PST


Umno Selangor telah meminta pihak berkuasa menyiasat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kerana membenarkan papan tanda #BebasAnwar dipamerkan di beberapa kawasan di negeri itu.

Ketua penerangan Umno Selangor Datuk Zein Isma Ismail berkata kandungan papan tanda yang dipamerkan itu dianggap mencabar keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Semua tahu yang dia (Anwar) ditahan kerana salah lakunya terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan dan bukannya dia tahanan politik.

"Bagaimana PBT Selangor boleh luluskan? Ini serius dan apa yang lebih teruk papan tanda itu turut mempamerkan logo PKR," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat polis daerah Sungai Buloh di sini hari ini.

Katanya, papan tanda dengan gambar bekas ketua pembangkang itu serta tulisan "Bebas Rakyat, Bebas Anwar" itu dipamerkan di beberapa kawasan di Selangor antaranya di Ampang Jaya, Kepong dan Rawang.

Zein Isma, yang juga ketua Umno bahagian Subang, mahu polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta beberapa agensi lain segera menyiasat perkara ini.

"Tindakan mereka (kerajaan Selangor) ini tidak boleh diterima, ini menunjukkan terdapat penggunaan wang rakyat telah disalah guna kerajaan negeri," katanya.

Selain itu, Zein Isma berkata tindakan kerajaan negeri yang menggunakan akhbar Selangorkini untuk tujuan politik juga dianggap tidak patut.

"Mereka (kerajaan negeri) gunakan akhbar Selangorkini untuk mempromosikan politik mereka dan kandungan akhbar ini telah disalah guna.

"Akhbar Selangorkini diletakkan di surau dan masjid khususnya pada hari Jumaat, jika orang ramai membaca terutama orang muda ia jelas akan mengelirukan mereka," katanya.

Terdahulu, beliau bersama-sama lebih 20 anggota Umno membuat laporan polis di IPD Sungai Buloh berhubung dua isu berkenaan ~ The Malaymail Online


Selepas Yusmadi, AMK Pula Belasah Guan Eng

Posted: 22 Feb 2016 06:32 AM PST


Pemuda PKR hari ini membidas tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menggugurkan 2 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR daripada agensi dan anak syarikat kerajaan negeri Pulau Pinang, menyifatkannya tidak matang.

Ketua penerangannya, Haidhar Auni Dzolkapli berkata, Lim sepatutnya menghormati perjanjian bersama ditandatangani gabungan pembangkang, Pakatan Harapan, yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Tindakan Lim ini mencerminkan satu sifat yang tidak matang dalam pemerintahan beliau. Beliau sepatutnya menghormati perjanjian bersama Pakatan yang ditandatangani ketiga-tiga parti," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyifatkan pengguguran 2 Adun tersebut - Adun Kebun Bunga Cheah Kah Peng dan Adun Bukit Tengah Ong Chin Wen - sebagai bukti Lim seorang yang berat sebelah.

"Tindakan pengguguran ini melambangkan pimpinan Lim sebenarnya berat sebelah dan bersifat autokrat," katanya. Lim semalam dilaporkan memecat 2 Adun PKR yang memegang jawatan pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) berikutan kegagalan mereka menyokong pentadbiran kerajaan negeri dalam isu tebus guna tanah di Pulau Pinang.

Pemuda PKR juga mempertahankan kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengecam keputusan dibuat pimpinan kerajaan DAP tersebut.

"Pemuda PKR setuju dengan kenyataan Azmin yang menyelar Lim, yang kerajaan Pakatan seharusnya meraikan perbezaan pendapat," kata Haidhar.

Beliau juga menggesa supaya pimpinan pusat campur tangan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negeri tersebut.

"Harus kita ingat, musuh utama kita adalah Umno dan Barisan Nasional dan elakkan kita serang sesama kita.

"Sebaiknya kita fokus tentang permasalahaan rakyat daripada kita bermain politik semata mata," katanya.

Azmin sebelum ini berkata, PKR tidak gembira dengan penyingkiran 2 wakilnya di Pulau Pinang daripada Penang Hill Corporation dan Invest Penang and Island Golf Properties Bhd, anak syarikat kepada syarikat pelaburan kerajaan negeri Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Azmin berkata, PKR menghantar surat kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung perkara itu.

Dua Adun berkenaan ialah antara 5 yang dilarang mengundi terhadap usul dibawa BN berhubung pengambilan tanah ketika persidangan DUN November lalu.

Bagaimanapun, PAS tidak hairan dengan tindakan Lim itu memandangkan nasib sama pernah menimpa bekas ahli PAS Iszuree Ibrahim yang dipecat daripada jawatan dalam majlis perbandaran pada 2014 selepas mengkritik Lim, kata Pengerusi Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar PAS Muhammad Sanusi Md Nor lapor The Malaysian Insider


Pecat ADUN PKR : Yusmadi Pulak Bantai Guan Eng..

Posted: 22 Feb 2016 01:57 AM PST


Isu pemecatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Pulau Pinang daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) harus diselesaikan di Majlis Presiden Pakatan Harapan, kata bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof.

Beliau berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sepatutnya mencontohi bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang sentiasa menyelesaikan sebarang masalah di peringkat dalaman dan secara aman.

"Isunya bukan pemecatan, tetapi kepemimpinan. Anwar sebelum ini berhadapan cabaran dan isu yang lebih sukar seperti hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan.

"Isu sebenarnya adalah bagaimana untuk menguruskan perbezaan antara parti. Kedua-dua Azmin dan Guan Eng patutnya berusaha lebih lagi untuk menunjukkan kepemimpinan yang berwibawa," katanya kepada FMT di sini, hari ini.

Beliau bersetuju dengan rasa tidak puas hati Azmin memandangkan Guan Eng tidak membawa perkara itu kepada PKR terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Beliau juga membantah tanggapan bahawa wakil rakyat lantikan politik tidak boleh bersuara berhubung soal operasi pentadbiran negeri.

"Tujuan wakil rakyat dilantik dalam GLC negeri adalah untuk semak dan imbang, bukan patuh secara melulu," katanya.

Guan Eng hari ini menyangkal kritikan Azmin berhubung pemecatan itu dengan berkata, keputusan kerajaan negeri perlu dipatuhi rakan dalam gabungan pemerintah.

Azmin mengecam Kerajaan Pulau Pinang dan berkata, PKR tidak gembira dengan pemecatan ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen daripada Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, dan ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng daripada Perbadanan Bukit Bendera.

Azmin juga berkata, PKR telah menghantar surat kepada Kerajaan Pulau Pinang berhubung perkara itu.

Chin Wen dan Kah Peng antara lima ADUN PKR yang berkecuali ketika pengundian menolak usul UMNO agar kerajaan negeri menghentikan semua projek penambakan di negeri itu, ketika sidang DUN November lalu lapor Free Malaysia Today


Jangan Serang Najib!! Amaran Terakhir Nazri Kepada Muhyiddin

Posted: 21 Feb 2016 10:43 PM PST


Datuk Seri Nazri Aziz akan memulakan gerakan dalam Umno untuk mendesak tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin jika tokoh nombor dua parti terus mengecam presiden.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata beliau memberikan "peluang terakhir" buat bekas timbalan perdana menteri itu untuk menghentikan serangan terhadap Datuk Seri Najib Razak. 

Muhyiddin, ahli parlimen Pagoh, sewajarnya meletakkan jawatan jika tidak lagi bersedia menyokong Najib, katanya.

"Ini amaran terakhir, Muhyiddin tidak bertindak dengan betul dan kita tidak boleh membiarkannya," kata Nazri.

"Jika beliau tidak boleh bekerja dalam pasukan dan masih terus menyerang presiden, saya akan cadangkan di mesyuarat MT agar beliau digantung [keahliannya]."

Sebagai ahli biasa Umno, tambah menteri pelancongan, seseorang boleh mengkritik pemimpin parti tetapi timbalan presiden tidak boleh berbuat begitu.

"Perlembagaan parti menyatakan beliau mesti membantu presiden dengan sedaya-upaya," katanya. 

Ahli parlimen Padang Rengas juga berkata Muhyiddin tidak wajar berfikir beliau itu seolah-olah "utusan Tuhan" untuk Malaysia.

Nazri juga mendakwa ramai anggota Umno tidak suka pada Muhyiddin dengan alasan beliau seorang yang sombong lapor Malay Mail Online


Siapa Yang Bayar Bil Sirul Di Australia?

Posted: 21 Feb 2016 06:43 PM PST


Dengan sebuan pasukan yang besar menyokong bekas anggota unit tindakan khas polis, Sirul Azhar Umar, siapakah yang membayar semua bilnya?

Inilah soalan yang dibangkitkan oleh The Weekend Australian - edisi hari Ahad akhbar The Australian - dalam sebuah analisis berita tentang Sirul dan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, di mana Sirul telah disabitkan atas kesalahan tersebut.

Menurut The Weekend Australian, Sirul mengekalkan khidmat seorang peguam cara, peguambela dan konsultan migrasi - sekurang-kurangnya sehingga bulan lepas.

The Weekend Australian melaporkan semalam bahawa Sirul juga menggunakan khidmat seorang kerani Australia yang berpangkalan di Malaysia, yang mengendalikan kewangannya dan perbelanjaan anaknya yang juga berada di Australia.

Beliau juga mempunyai peguam yang bertindak bagi pihaknya di Malaysia.

Selama ini Sirul ditahan di pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney. Di situ, Sirul juga mempunyai komputer sendiri, telefon dan akses ke sebuah dapur, lapor akhbar itu.

Undang-undang Australia menghalang negara itu mengusir mereka yang akan menghadapi hukuman mati di negara sendiri. Sirul telah dijatuhi hukuman mati atas tuduhan membunuh Altantuya, bersama-sama dengan bekas rakan setugasnya, Azilah Hadri.

"Siapakah yang menanggung bil Sirul?" tanya akhbar itu, sambil menambah ia mungkin satu soalan yang dijangka ditanya oleh pihak berkuasa Australia.

Sejak beberapa minggu lalu, Sirul telah mengeluarkan beberapa video yang berkaitan dengan kes itu.

Ini termasuk satu ancaman untuk mendedahkan senarai nama orang yang didakwa cuba untuk merasuah beliau bagi mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam kes pembunuhan Altantuya pada 2006.

Sirul dan rakannya Azilah ketika itu merupakan pengawal peribadi kepada perdana menteri.

Rakan Najib, Abdul Razak Baginda juga didakwa bersubahat dengan pembunuhan penterjemah Mongolia itu tetapi telah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Najib telah berkata bahawa beliau tidak kenal langsung siapakah Altantuya.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...