Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Panel Penasihat Operasi Mahu SPRM Terus Siasat Derma RM2.6 Bilion

Posted: 24 Feb 2016 08:30 AM PST


Panel Penasihat Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa agar agensi penguatkuasaan anti rasuah itu meneruskan siasatan mereka berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Agensi itu juga diseru memohon bantuan Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan bantuan guaman bersama (MLA) bagi membolehkan SPRM untuk mendapatkan bukti dan dokumen yang diperlukan daripada institusi kewangan.

"Memandangkan siasatan SPRM terhadap dakwaan derma RM2.6 bilion masih belum selesai, panel mencadangkan SPRM meneruskan siasatannya dan mendapatkan bantuan peguam negara untuk mengeluarkan bantuan guaman bersama (MLA), bagi membolehkan SPRM mengambil bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara sebagai sebahagian daripada siasatan dana RM2.6 bilion," kata SPRM, dalam satu kenyataan hari ini.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini menggesa SPRM menghentikan siasatan mereka berhubung isu tersebut.

"Panel penilaian operasi juga menasihati SPRM dalam kes membabitkan SRC International dan dana RM2.6 bilion," kata kenyataan tersebut.

PPO yang bermesyuarat pagi tadi juga bersetuju agar agensi penguatkuasaan anti rasuah itu menyerahkan kembali kertas siasatan mereka berkaitan SRC International kepada peguam negara untuk semakan semula.

Apandi sebelum ini dalam satu sidang media berkata "tidak terdapat bukti yang cukup" untuk mengaitkan Najib daripada sebarang kesalahan.

Keputusan itu dibuat selepas penyiasatan hampir 6 bulan kes derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan syarikat milik kementerian kewangan SRC International Sdn Bhd dijalankan.

"Berdasarkan fakta dan bukti, tiada kesalahan jenayah dilakukan perdana menteri berkait dengan 3 kertas penyiasatan.

"Dengan ini saya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kertas siasatan tersebut," kata Apandi.

Tiga kertas berkenaan adalah derma RM2.6 bilion dan 2 lagi berkaitan SRC International yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (Diperbadankan) atau KWAP.

Susulan keputusan itu, SPRM dalam kenyataannya berkata agensi itu menyemak semula keputusan peguam negara menutup siasatan terhadap derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.

PPO merupakan satu badan bebas dibentuk kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009.

Menurut SPRM, tindakan membawa kes ini kepada PPO untuk mendapatkan pandangan berhubung tindakan kes yang diputuskan pendakwa raya untuk tidak dituduh.

PPO dianggotai Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Lim Chee Wee lapor The Malaysian Insider


Ribuan Bangla Tiba Di KLIA, Penangguhan 1.5 Juta Dipersoal

Posted: 24 Feb 2016 06:26 AM PST


Sejumlah foto menunjukkan ketibaan warga asing dipercayai dari Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Kehadiran ramai warganegara tersebut sekaligus mencetuskan persoalan sejauhmana penangguhan pengambilan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh benar-benar dilaksanakan seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

Serentak dengan pelaksanaan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berkuatkuasa mulai 15 Februari lalu juga, banyak pihak termasuk sumber dari KLIA memberitahu jumlah kehadiran warga Bangladesh di lapangan terbang itu begitu luar biasa.

Bahkan, aktivis netizen dikenali sebagai Suara Rakyat turut mendedahkan butiran senarai penerbangan pada 22 Februari lalu dari Dhaka ke Kuala Lumpur.

Berdasarkan jadual tersebut yang viral di WhatsApp itu, terdapat sekurang-kurangnya tujuh penerbangan yang mendarat di KLIA sepanjang pukul 1.37 pagi sehingga 6.42 petang.

Lima pendaratan tersebut adalah pada waktu awal pagi iaitu dalam tempoh kurang enam jam sehingga pukul 7.28 pagi dengan melibatkan syarikat penerbangan antaranya Biman Bangladesh Airlines, Malindo Air selain Malaysia Airlines dan Air Asia.


'United Bangla National Organisation'

Ketibaan ramai warganegara Bangladesh di KLIA itu turut mengundang reaksi sinis netizen termasuk mengubahsuai logo 1Malaysia kepada 1Banglasia berserta slogan "Bangla Didahulukan, Rakyat Malaysia Diketepikan."

Keputusan Kabinet Bangladesh pada 8 Februari lalu meluluskan draf perjanjian persefahaman (MoU) menghantar sebanyak 1.5 juta warganya untuk bekerja di Malaysia juga mengundang bantahan rakyat negara ini melalui pelbagai imej sindiran yang tersebar di media sosial.

Antaranya, logo bank CIMB diedit dengan diberi nama penuhnya sebagai 'Cina India Melayu Bangla' serta logo Umno yang diubah kepada singkatan Ubno iaitu 'United Bangla National Organisation'.

Protes netizen juga dapat dilihat pada imej Najib Razak yang 'memakai' pakaian kebangsaan wanita Bangladesh dengan tertera ungkapan 'Prime Minister of Banglasia' selain paparan dialog sarkastik mengikut kelaziman warga Bangladesh bercakap dalam Bahasa Melayu.

Carta pai yang menunjukkan segmen populasi masyarakat negara ini berdasarkan Banci Penduduk Malaysia pada 2010 juga menjadi viral dengan jumlah warga asing mencecah 6.7 juta manakala Melayu seramai 17.9 juta diikuti Cina (6.52 juta), India 1.96 juta dan lain-lain 0.34 juta.

Untuk rekod, statistik Kementerian Sumber Manusia pada 2014 juga menyatakan terdapat 6.7 juta pekerja asing ada di Malaysia tetapi hanya 2.1 juta memiliki permit kerja sah.

Pada masa sama, rakyat juga bimbang kemungkinan kemasukan warga terbabit yang terlalu ramai kononnya atas keperluan industri akan disalahguna untuk tujuan pilihan raya umum akan datang.

Satu imej yang viral di media sosial menunjukkan bukti seorang penama yang memiliki iras Bangladesh beralamat di Sandakan, Sabah tetapi memiliki kewarganegaraan Malaysia telah berdaftar sebagai pemilih seperti dikenal pasti dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam hal berkaitan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan terdapat 8,418 permohonan diterima setakat 19 Februari lalu dalam Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI.

Program secara atas talian yang diumumkan Najib Razak itu memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberi permit kerja yang sah tanpa dikenakan tindakan pendakwaan.

Sebaliknya, majikan serta pekerja yang menyertai program tersebut serta memenuhi syarat ditetapkan hanya perlu menjelaskan kompaun atas kesalahan tinggal lebih masa dan bayaran yang berkaitan bagi tujuan penggajian semula lapor Malaysia Dateline


Tertuduh Curi Telefon Di Plaza Low Yat Didakwa Belasah Mekanik Pula

Posted: 24 Feb 2016 12:49 AM PST


Lelaki yang didakwa mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur tahun lalu, hari ini sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan seorang mekanik, empat hari lalu.

Shahrul Anuar Abdul Aziz, 23, dan rakannya Muhammad Shameer Zaidi, 19, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd Rehan Mohd Aris.

Kedua-dua mereka yang merupakan pekerja kedai dobi didakwa mencederakan Hafizuddin Hamzah, 27, menggunakan parang di hadapan bengkel Mizan Racing Tuned, Jalan Jelatek, di Kuala Lumpur pada 3.30 pagi, 20 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, Mohd Rehan belum membenarkan jaminan berikutan penjamin kedua-dua tertuduh tidak hadir pada hari ini.

Pada 14 Julai tahun lalu, Shahrul Anuar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas pertuduhan mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat di Bukit Bintang di Kuala Lumpur pada 4.47 petang, 11 Julai 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Shahrul Anuar juga didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret pada 12 Feb lalu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah pada 12 Julai 2015 lapor MalaysiaKini


Pembantu Di Pejabat Perdana Menteri Muncul Jelaskan Kenapa Najib Tak Saman WSJ..

Posted: 23 Feb 2016 10:00 PM PST


Menggunakan akaun Facebook bernama Yuktes Vijay,Pembantu di Pejabat Perdana Menteri (PMO) menjelaskan Akta Ucapan yang diperkenalkan di AS pada 2010 menyukarkan tindakan undang-undang diambil terhadap WSJ.

Oleh itu isu membabitkan akta di Amerika Syarikat (AS) menyukarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal (WSJ).

Kah.. kah.. kah.. siapa mamat Yuktes Vijay ni?.. setahu aku dia ni dulu kerja dengan Sankara Nair dalam kes saman fitnah Anwar terhadap Dr. Mahathir.

Lepas tu namanya tenggelam.. tiba-tiba timbul semula dengan cerita-cerita yang memburuk-burukkan Anwar Ibrahim..

Sebelum PRU13 dulu tu.. sangat laris muka dia ni di media-media yang dikuasai UMNO/BN.. sebab dia banyak modal tentang Anwar.. walaupun tak betul.. laku jugak lah cerita dia tu..

Pernah dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan serta diberi pengawasan selama sebulan pada Ogos 2014 lalu.. sebab buat kecoh di Mahkamah Kajang..

Dulu Peguam Najib kata beliau tidak akan memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap WSJ di AS kerana Najib bukan personaliti terkemuka di negara itu untuk memperoleh nilai ganti rugi yang tinggi.

Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang turut berada dalam pasukan perundangan perdana menteri berkata, Najib bukan saja mahu keadilan untuk dirinya tetapi mahu mahkamah memberikan perintah ganti rugi kerana mencederakan reputasinya. 
"Beliau (Najib) nampaknya tidak akan mendapat ganti rugi lebih tinggi di AS kerana beliau tidak begitu dikenali di sana," katanya. 
Firoz berkata Najib juga layak menerima ganti rugi sama seperti pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang dianugerahkan jumlah pampasan kewangan lebih tinggi terhadap Utusan Melayu (Malaysia) selepas ia didapati benar memfitnah mereka. 

Tapi.. mamat ni pulak salahkan 'Akta Ucapan ' pulak... kah..kah..kah..

Laporan berkaitan..

Pembantu di Pejabat Perdana Menteri (PMO) mendakwa isu membabitkan akta di Amerika Syarikat (AS) menyukarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal (WSJ). 
Menggunakan akaun Facebook bernama Yuktes Vijay, beliau menjelaskan Akta Ucapan yang diperkenalkan di AS pada 2010 menyukarkan tindakan undang-undang diambil terhadap WSJ. 
Beliau juga menggunakan contoh kes saman bekas Presiden Singapura Lee Kwan Yew yang menang kes terhadap laman berita itu disebabkan akta berkenaan belum dikuatkuasakan ketika kes berjalan. 
"Ada yang sebut kenapa Lee Kuan Yew boleh saman Wall Street Journal dan menang tetapi PM Najib Razak pula guna alasan kaedah dan spektrum undang-undang berbeza untuk tidak saman WSJ lagi. 
"Speech Act iaitu akta yang menyulitkan niat PM untuk saman hanya dikuatkuasakan pada 2010. 
"Kes saman terakhir Lee Kuan Yew pada 2008," katanya dalam posting Facebook yang dimuat naik kira-kira 3 jam sebelum ini. 
Yuktes yang meletakkan pekerjaannya sebagai pembantu kepada kerajaan Malaysia juga berkata, alasan Lee memenangi kes itu kerana pejabat WSJ ada di Singapura juga tidak berasas. 
Bagaimanapun, semakan yang dibuat di laman web Jabatan Perdana Menteri mendapati tidak ada nama pegawai Yuktes Vijay direkodkan di mana-mana bahagian dalam jabatan itu. 
"Lee Kuan Yew dapat failkan saman dan menang bukan kerana WSJ ada pejabat di Singapura. Tiada asas atau pun logik alasan ini. 
"Lee Kuan Yew failkan saman sebelum Speech Act diperkenalkan di mana kes terakhirnya difailkan pada 2008. Masa itu mana ada imuniti yang diberi Speech Act," katanya, memetik posting tersebut. 
"Manakala Speech Act diluluskan pada 2010. Salah Najib jugalah WSJ fitnah selepas Speech Act diluluskan?" 
Presiden AS Barrack Obama sebelum ini melalui kongresnya pada 2010 meluluskan akta berkenaan bagi melindungi penulis, ahli akademik, dan wartawan negara itu daripada dikenakan tindakan daripada negara lain. 
Laporan penuh sila baca di SINI

Esok lusa naik pangkat la si Yuktes Vijay ni.. ha.. ha.. ha.. laporan tentang Yuktes dihantar ke Tanjung Rambutan tu silalah baca di ( SINI )


Mat Rempit pun tolak cadangan kurang bijak Ku Nan Tu..

Posted: 23 Feb 2016 05:06 PM PST


Biasalah.. cadangan dari pemimpin UMNO ni kalau kita lihat boleh dikatakan kebanyakkannya dicadangkan tanpa menggunakan otak.. main cadang saja tak fikirpun apa implikasi buruknya..

Cadangannya ialah untuk menutup jalan bagi melaksanakan "Hari Tanpa Kenderaan" tetapi pada malam mat rempit akan dibenarkan berlumba..

Aspek keselamatan tak payah cakaplah.. langsung dia tak fikir.. selain aspek keselamatan kesesakan yang akan berlakupun dia tak fikir juga..

Bayangkan kalau di tutup jalan untuk mereka merempit, pasti akan membangkitkan rasa tidak puas hati orang ramai, jalan-jalan lain di sekitarnya akan jadi sesak teruk..

Kononnya menurut Setiausaha agung Umno itu, memberi laluan kepada "mat rempit" berlumba dilihat sebagai penyelesaian mengekang mereka melakukan tindakan menyalahi undang-undang dengan berlumba secara haram.

Katanya, golongan ini suka berlumba kerana ia merupakan cara mereka berhibur tanpa menggunakan kos yang tinggi.

"Dan kerana majoriti 'mat motor' ini mereka bekerja dengan kerajaan sebagai PA (pembantu rendah awam).

"Kita akan memberi tempat sesuai dan mungkin akan menganjurkan festival dengan meletakkan 'food truck' untuk menjual makanan atau apa sahaja supaya membantu mereka untuk tidak berlumba secara haram," katanya.

"Tidak, ia tidak menggalakkan kerana kita tengok apa yang orang suka seperti perdana menteri kata kita kena tanya nadi rakyat.

"Jadi inilah nadi rakyatnya," katanya .

Macam biasa.. majoriti pengguna media sosial mengecam cadangan Tengku Adnan yang disifatkan sebagai mempromosi budaya tidak sihat selain mengundang bahaya.

Antaranya pengguna Facebook, Muhammad Syafiq Azizan megencam cadangan menteri itu sebagai cuba menggalakkan perlumbaan membahayakan yang boleh membawa pelbagai masalah sosial lain.

"Jangan samakan 'Mat Moto' dengan 'Mat Rempit'. Mat Moto tak minat race (berlumba). Mat Rempit hanya minat race secara haram dan tak minat ciri-ciri keselamatan untuk cabaran sebenar.

"Idea nak menghalalkan race jalanan ini akan menggalakkan masalah seperti perjudian haram, pengubahsuaian haram, kecederaan haram dan pokai haram. Jangan menghalalkan benda haram!!!" tegasnya.

Selain mereka.. Mat Rempit sendiri pun tolak cadangan kurang bijak itu..

MALACCA: A former member of a notorious mat rempit gang in Kuala Terengganu says closed roads will not give the illegal speedsters the same thrill.

Abdul Ramli Jusoh, 24, said the idea will not work and believes they will look for alternative routes to show off their stunts to motorists.

"As a former mat rempit, I know what gives them a high and sets their adrenaline pumping.

"They are attention-seekers and want people to see their performance.

"They won't be keen to race without a crowd," he said in an interview from his home in Kampung Bukit Guntong in Kuala Terengganu.

Abdul Ramli said he and many of his friends had given up the illegal activity after witnessing the deaths of three of their fellows in a horrific crash in November 2010.

The racers, aged between 16 and 20, were killed after their machines collided with each other on an uncompleted stretch of the East Coast Expressway in Kampung Bukit Guntong in Tepoh, Tereng­ganu.

"I still remember how they were performing stunts and lying flat on their machines while speeding at 100kph before tragedy struck," he said.

The self-employed Abdul Ramli said mat rempit rev their machines on busy roads to challenge other motorcycle gangs.

"Weekend and other races were organised in this way during my time," he said.

Abdul Ramli said that in 2010 when he was part of the "Owl Town Club" that organised illegal races on weekends and public holidays, the leader would ask a group of them to be on public roads to attract other gangs to race on the chosen circuit.

"Prizes, including cash, were offered to the winners."

He said the motorcycle gangs then were secondary school boys who formed groups with interesting names like "Apache", "Seven to One", "Dracula" and "Benetton".

"I heard that there are now fewer illegal races due to aggressive crackdowns by the police. Only one or two of these gangs are still around," he said.

Nowadays, Abdul Rahim and his friends have gone into advocating against illegal races.

An 18-year-old mat rempit, who wanted to be identified only as Wan Karim, said the Alor Gajah-Malacca-Jasin highway and Ayer Keroh stretch close to the Malacca Historic City Council building were favourite spots for the illegal racers.

"We have to gather at these stretches and taunt the other gangs into racing us.

"If we don't, there will be no race," he said.

Wan Karim added that he preferred a circuit where there were spectators and that he was not excited by the idea of racing on closed roads ~ The Star Online

Nak buat kerja tu buatlah research dulu sikit.. ni tak.. main bedal saja..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...