Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tindakan SKMM Sekat The Malaysian Insider Dikecam PAS, PKR Dan Amanah..

Posted: 25 Feb 2016 08:30 AM PST


Pada awal sekatan The Malaysian Insider melaporkan sumber mereka berkata, SKMM mengarahkan pembekal perkhidmatan Internet untuk menyekat TMI atas sebab "keselamatan negara".

Bagaimanapun dalam kenyataannya mengenai sekatan itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan sekatan terhadap laman berita The Malaysian Insider (TMI) dibuat berdasarkan aduan dan maklumat orang ramai.

Suruhanjaya itu berkata portal itu telah mengeluarkan kandungan yang menjurus kepada kesalahan bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dan tindakan SKMM ini dibidas oleh PAS, PKR dan Amanah...

Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat portal berita The Malaysian Insider (TMI) hari ini, mendapat tentangan di kalangan pemimpin politik yang berpandangan tindakan SKMM itu amat mengejutkan, mendukacitakan dan pencabulan hak asasi rakyat.

Adun Salor Datuk Husam Musa berkata, sekatan laluan ke atas portal berita TMI bukan sahaja mengejutkan, tetapi menakutkan.

"Malaysia dengan cepatnya seakan menuju negara diktator semacam Filipina di era Marcos dan Myanmar di era tentera.

"Simpton itu menyerlah. Hanya kerana ketakutan satu dua orang terhadap nasibnya di neraca undang-undang.

"Jika ia bersabit dengan laporan hari ini oleh TMI - kenyataan Panel SPRM adanya prima facie atas kes 1MDB - lalu TMI disekat laluan akses, ternyata 1MDB telah mengheret

Malaysia terlalu jauh ke jurang kerosakan," ujarnya dalam satu kenyataan malam ini.

Bekas Naib Presiden Pas ini juga berkata, semua kebenaran berkaitan 1MDB menunjukkan kesalahan kepada beliau. Hari demi hari tidak pernah reda dari bukti dan fakta baru.

"Lebih baik bagi orang ini menerima hakikat dirinya telah membawa beban kepada negara," ujarnya.

Menurut portal berita utama negara itu, beberapa pembaca memaklumkan kepada TMI perkara itu apabila mereka tidak dapat mengakses portal berita itu.

Pembaca TMI yang menggunakan perkhidmatan Celcom, dan di sesetengah tempat, Unifi, kedua-duanya syarikat yang dikawal kerajaan, mengadu mengenai sekatan itu.

Mereka menerima notis SKMM yang menyatakan portal berita ini melanggar undang-undang Malaysia, apabila melayari laman web The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, tiada notis dihantar kepada TMI mengenai pelanggaran sebarang undang-undang.

Bagi Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Fahmi Fadzil pula berkata, tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menghalang akses pengguna beberapa Internet Service Provider (ISP) ke laman berita online TMI amat mendukacitakan dan dikecam.

"Tindakan yang bersifat kuku besi ini jelas melanggar Akta Jaminan MSC Malaysia yang ke-7, iaitu 'Menjamin tiada penapisan Internet' dan berkemungkinan berkait laporan berita TMI dalam isu "derma politik" RM2.6 bilion pemimpin utama negara.

"Ia menjadi bukti Putrajaya takut pada media bebas, terutama media online yang tidak mudah didiamkan khusus mengenai isu-isu penting dalam negara.

"Putrajaya tidak patut menggunakan langkah ini untuk menghalang tugas dan tanggungjawab media sebagai estet ke-empat di dalam sesebuah demokrasi.

"Malah ia hanya mengukuh persepsi umum bahawa ada usaha untuk menghalang orang ramai dari mendapat berita dan maklumat untuk perbincangan sihat di ruang awam demi masa depan negara. Sudah pasti tindakan ini akan mendatangkan kesan negatif terhadap kedudukan kebebasan media di Malaysia," ujar Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Keadilan.

Justeru beliau menggesa agar Putrajaya mengkaji semula dan menarik balik halangan akses ini dengan segera.

Manakala Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad pula berkata sekatan terhadap TMI merupakan satu pencabulan hak asasi rakyat yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

katanya, hak untuk tahu dan mendapat maklumat berhubung prestasi dan tindakan kerajaan yang dipilih rakyat adalah satu hak yang dijamin perlembagaan.

"Amanah menyedari bahawa kerajaan sedang tertekan dengan pelbagai tuduhan rasuah dan salah guna kuasa khususnya berhubung 1MDB. Namun tindakan menghalang akses kepada mana-mana laman berita seperti TMI tidak boleh diterima.

"Amanah mengutuk apa jua usaha menutup salah laku pimpinan kerajaan dengan menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat yang bebas dan telus dari sumber-sumber di luar kawalan kerajaan.

"Amanah ingin mengingatkan kerajaan Umno- BN bahawa keadaan dan suasana dunia tidak lagi seperti dahulu di mana akses kepada maklumat boleh dihalang dengan mudah. Suasana dunia tanpa sempadan dewasa ini menyebabkan maklumat boleh diperolehi dari pelbagai sumber," ujarnya dalam kenyataan.

Justeru Khalid berkata, adalah lebih baik pihak kerajaan mendepani segala pendedahan yang dibuat mana-mana pihak secara bertanggungjawab dengan memberi jawapan balas terhadap setiap persoalan yang ditimbulkan.

"Sekiranya pendedahan dan tuduhan itu adalah benar dan berasas maka Amanah menuntut supaya pihak bertanggungjawab, setinggi mana sekalipun kedudukan mereka, perlu dibawa ke proses pengadilan dan tidak sebaliknya dilindungi dengan menindas dan menafi hak rakyat.

"Amanah menuntut supaya halangan akses kepada laman berita The Malaysian Insider ditamatkan dengan segera dan kerajaan kembali ingat tanggungjawab mereka kepada rakyat," ujar Ahli Parlimen Shah Alam ini lapor Malaysia Dateline


Gabungan Ketua Cawangan UMNO Minta Kedutaan Arab Saudi Jelaskan Isu Derma RM2.6 Billion..

Posted: 25 Feb 2016 06:46 AM PST


Gabungan Ketua Cawangan UMNO (GKCM) hari ini menghantar satu surat kepada wakil kedutaan Arab Saudi bagi meminta penjelasan berhubung wang derma RM2.6 bilion.

Presidennya, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, surat itu mengandungi 10 soalan meminta bantuan kerajaan Arab Saudi untuk memulihkan kembali maruah negara yang telah tercemar gara-gara isu derma RM2.6 bilion itu.

"Kita hantar surat kepada kedutaan Arab Saudi untuk menjawab beberapa soalan keresahan yang berlaku di Malaysia ekoran wang derma RM2.6 bilion yang menjadi isu tidak sudah di Malaysia.

"Kita mohon agar mereka berikan jawapan kepada kami dan rakyat Malaysia melalui persoalan yang kita ajukan berhubung dana RM2.6 bilion. Semoga jawapan diberikan dengan jujur dan ikhlas," katanya kepada pemberita di hadapan Kedutaan Arab Saudi di sini.

10 soalan kepada Kedutaan Arab Saudi berhubung RM2.6 bilion ialah;

1-Siapa yang beri wang itu?
2-Bila wang itu dimasukkan ke dalam akaun itu?
3-Apakah tujuan wang itu diberikan?
4-Apakah jenis derma itu?
5-Adakah wang itu untuk kegunaan peribadi Najib?
6-Apakah baki derma itu telah dikembalikan sebagaimana didakwa?
7-Kenapa terlalu banyak ketidakpastian dan keraguan berkaitan wang itu?
8-Siapakah Putera Raja Saudi yang menjadi penderma itu?
9-Apakah jenis hubungan antara Putera Raja Saudi itu dengan Najib?
10-Kenapa banyak penjelasan yang bercanggah mengenai wang itu?

Kamarul berkata, Kedutaan Arab Saudi menerima baik kedatangan mereka dan mereka berjanji untuk menjawab ke semua soalan yang dikemukakan.

Jelasnya lagi, tindakan GKCM menghantar surat itu kerana tidak mempercayai keputusan siasatan yang telah dibuat oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

"Kami pendapat, isu ini tak berjaya selesaikan untuk selamanya. Masih ada ruang menyebabkan orang ramai masih lagi bertanya isu ini dan tentang kedudukan dana ini. Kenyataan sebelum ini amat bercanggah satu sama lain," katanya lapor Free Malaysia Today


Setelah Dikata 'Menyodok Membabi Buta', Nazri Kata Muhyiddin Yang Kurang Ajar..

Posted: 25 Feb 2016 12:51 AM PST


Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan ketua UMNO Bahagian Pagoh patut belajar tentang taat setia daripada Timbalannya, Ismail Mohamed, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ismail bahawa beliau "suka menyodok membabi buta" ketika menghentam Muhyiddin.

"Saya nak tanya Ismail, adakan Ketuanya di Pagoh, Muhyiddin menghormati Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak?

"Sebelum kata saya kurang ajar, dia sepatutnya nasihat Muhyiddin yang kurang ajar kepada Presiden," katanya dalam sidang media selepas melancarkan kelendar program Istana Budaya untuk 2016 di sini hari ini.

Namun, Nazri tetap 'memuji' Ismail yang telah menunjukkan contoh bagaimana menjadi Timbalan yang baik kepada Muhyiddin.

"Ismail tiada fakta untuk melawan hujah saya tetapi kerana menjadi Timbalan kepada Muhyiddin, dia tetap mempertahankan Ketua Bahagian dia," katanya lagi.

Ismail mengeluarkan kenyataan 'suka menyodok membabi buta' itu selepas Nazri menggelarkan serangan Muhyiddin kepada Najib ibarat 'anjing menggigit kaki tuannya'.

Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno turut berkata yang beliau akan mengusulkan agar Muhyiddin digantung daripada jawatan Timbalan Presiden, jika beliau terus menyerang Najib lapor Free Malaysia Today


Akta Ucapan Sukarkan Najib Untuk Saman WSJ Hanya Auta Rupanya..

Posted: 24 Feb 2016 04:30 PM PST


Peguam Azhar Harun menolak penjelasan seorang pembantu di Pejabat Perdana Menteri yang Akta Ucapan Amerika Syarikat (AS) menyukarkan Datuk Seri Najib Razak untuk menyaman The Wall Street Journal (WSJ) kerana memfitnah berhubung laporannya mengaitkan beliau dalam skandal kewangan.

Azhar, yang lebih dikenali sebagai Art Harun, berkata akta itu tidak melindungi WSJ daripada disaman, tetapi bermaksud, jika seseorang defendan memenangi kes fitnah di Malaysia, beliau tidak akan dapat "menguatkuasakan" penghakiman mahkamah Malaysia itu di AS.

Art berkata ketidakupayaan untuk menguatkuasakan penghakiman mahkamah di AS itu sepatutnya kurang penting berbanding hakikat memenangi saman itu akan membersihkan nama Najib.

"(Akta Ucapan) bermakna jika seseorang yang difitnah menyaman WSJ di (Malaysia)... orang itu boleh menang saman itu jika dia dapat membuktikan kesnya.

"Bagaimanapun, Akta Ucapan tidak membolehkan orang itu pergi ke Amerika... untuk menuntut supaya dikuatkuasakan penghakiman fitnah yang dia perolehi di Malaysia itu.

"Maknanya, jika (Malaysia) menganugerahi dia (dengan pampasan), dia tidak boleh pergi (ke AS) untuk mendapat pampasan daripada WSJ," tulis Art di laman Facebook beliau hari ini sebagai respons kepada penjelasan Yuktes Vijhay, seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri.

Yuktes berkata memandangkan Akta Ucapan menyediakan perlindungan terhadap penghakiman fitnah asing, Najib akan mendapati sukar untuk "meneruskan perkara itu".

"Implikasi akta ini menyukarkan bagi perdana menteri untuk menyaman WSJ.

"Beliau berkata, tidak seperti sistem undang-undang di United Kingdom, yang meletakkan beban untuk membuktikan kenyataan ke atas defendan, di mana dalam kes perdana menteri ini ialah WSJ, undang-undang AS meletakkan justifikasi niat buruk ke atas defendan."

Art berkata, kesan akta itu hanya dari segi menghalang Najib daripada mendapatkan pampasan kewangan dan mempersoalkan sama ada ia adalah benar-benar penting.

"Adakah Najib lebih mengambil berat mengenai pampasan kewangan itu atau melindungi reputasinya dengan membuktikan di mahkamah yang WSJ menipu?

"Tidakkah akan besar kesannya kepada reputasi beliau sekiranya beliau menyaman WSJ dan memenangi kesnya walaupun tidak akan boleh menguatkuasakan penghakimannya untuk mendapat pampasan kewangan?" kata Art... Laporan penuh sila baca di ( SINI )


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...