Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Anwar Tak Katapun Dia Tak Setuju Jatuhkan Najib..

Posted: 26 Feb 2016 07:16 AM PST


Pesan dia yang disampaikan oleh Kak Wan ialah.. "Anwar kata, janganlah tetapkan jatuh seorang sahaja kita dapat perbaiki keadaan. Jangan katakan seorang dah jatuh sistem kita akan baik, tidak..

"Pada 1998, kita laung 'undur Mahathir', 'jatuh Mahathir' tetapi apa yang berlaku sekarang ini? Lagi teruk,"

Maknanya.. kalau Najib dijatuhkan sekalipun tetapi sistem tak ditukar dan UMNO/BN masih lagi jadi kerajaan.. sama sajalah.. macam meniaga buluh kasap.. dapat hujung pangkal lesap..

Jadi laporan dari SelangorKini dengan tajuk "Anwar Tidak Setuju Jatuhkan Najib" adalah tafsiran wartawannya mengenai apa yang dipesan oleh Anwar dan disampaikan oleh Kak Wan tu..

Laporan itu sudahpun ditarik... dan digantikan dengan laporan seperti di bawah..

SEGAMBUT, 26 FEB: Langkah terbaik menyelamatkan Malaysia adalah menukar seluruh sistem negara dan bukannya sekadar seorang individu sahaja, pesan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesanan Anwar itu disampaikan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika berucap pada program Halaqah Ilmu, di kediamannya di Bukit Segambut.

DSWAKatanya, Anwar juga mengingatkan masalah dihadapi negara ketika ini menekan rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk isu keadilan.

"Anwar kata, janganlah tetapkan jatuh seorang sahaja kita dapat perbaiki keadaan. Jangan katakan seorang dah jatuh sistem kita akan baik, tidak! Inilah yang kita laung-laungkan reformasi itu.

"Pada 1998, kita laung 'undur Mahathir', 'jatuh Mahathir' tetapi apa yang berlaku sekarang ini? Lagi teruk," katanya semalam ~ SelangorKini

Kalau Najib jatuh.. Zahid Hamidi pulak naik.. apa kejadahnya?.. Najib dari UMNO.. Zahid pun dari UMNO jugak, dah lebih dari 50 tahun UMNO berkuasa.. bukannya makin elok, makin melingkup adalah..


Muhyiddin Digantung Dari Jawatan Timbalan Presiden UMNO Akhirnya...

Posted: 26 Feb 2016 04:30 AM PST


Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung jawatan sebagai timbalan presiden Umno berkuat kuasa serta-merta. Menurut Bernama, penggantungan Muhyiddin berkuat kuasa sehingga pemilihan parti akan datang.

Keputusan itu dikatakan dibuat secara sepakat pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.

Muhyiddin tidak hadir dalam mesyuarat hari ini dan dikatakan berada di luar negara. Bernama juga melaporkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memangku tugas Muhyiddin sehingga pemilihan parti akan datang.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata keputusan dibuat berdasarkan konsensus tadi diharap dapat membantu parti Melayu itu untuk terus mara.

"Hakikat bahawa keputusan telah dibuat oleh majlis tertinggi dan keputusan dibuat ini bersandarkan (kepada sebab) kita nak melihat ke hadapan (dalam) satu pasukan bagi berhadapan dengan rakyat.

"Dan harapan peribadi saya, dengan keputusan yang dibuat secara konsensus ini dapat membantu kita bergerak ke hadapan tanpa kita mempertikaikan gerakan-gerakan yang saya tengok penting ketika kita berhadapan dengan rakyat," katanya kepada pemberita di lobi PWTC.

Muhyiddin sebelum ini digugurkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri setelah lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Langkah itu dilihat sebagai gerak terbaru Najib menguatkan cengkamannya dalam parti setelah Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali membersihkan beliau daripada sebarang salah laku.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhkriz Mahathir, yang juga kritikal kepada pentadbiran Najib seperti bapanya, juga telah berjaya ditukar sebelum ini.

Seorang anggota MT Datuk Seri Nazri Aziz baru-baru ini mengumpamakan tindakan Muhyiddin kebelakangan ini "ibarat anjing yang sibuk menggigit kaki" sehingga menyukarkan Umno melaksanakan tanggungjawabnya.

Beliau sebelum ini berkata mahu membawa cadangan kepada jawatankuasa disiplin parti pada mesyuarat MT Umno hari ini agar Muhyiddin digantung jawatannya lapor MalaysiaKini


UMNO Kini Dah Jadi 'Parti Najib'.. Mahathir Kata..

Posted: 26 Feb 2016 03:28 AM PST


"Ia sama sekali berbeza dengan prinsiprinsip yang Umno perjuangkan selama ini," kata Dr Mahathir ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Ehime Fair di KLCC hari ini.

Malah, Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting sekarang adalah "survival" (kelangsungan hidup) Najib sendiri, sambil berkata walaupun perdana menteri didakwa melakukan jenayah, beliau tetap akan dilindungi.

"Dia (Najib) tidak lagi mengikut perjuangan parti. Dia fikir tentang dirinya sendiri.

"Menjadi perdana menteri dan buat semua perkara, dan jika ia jenayah sekalipun, beliau masih dilindungi," katanya.

Najib ketika ini berdepan dakwaan salah laku dan kontroversi membabitkan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan yang dibuat terhadap dirinya lapor The Malaysian Insider


Hina Pemimpin UMNO Diianggap Kafir, Fatwa Rani Kulop

Posted: 25 Feb 2016 11:19 PM PST


Individu yang menghina pemimpin UMNO dengan mengedit gambar menyerupai binatang dianggap sebagai kafir sekiranya pelaku itu beragama Islam.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulop Abdullah menegaskan, perbuatan seperti itu boleh mendatangkan fitnah.

"Ini adalah satu perkara biadap, kurang ajar dan perbuatan yang sangat keji dan memalukan. Diingatkan, jangan sesekali mengedit gambar pemimpin dengan mengubah seluruh tubuh manusia kepada bentuk lain.

"Mengikut Islam haram hukumnya. Kalau yang buat itu orang Islam, ia boleh datangkan fitnah dan menjadikan kafir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.

Abdul Rani berkata demikian mengulas mengenai tindakan seorang pengguna Facebook yang mengedit dan memuat naik gambar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerupai seekor binatang baru-baru ini.

Abdul Rani atau mesra dipanggil "ayah" turut menggesa agar Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri menyiasat individu yang bertanggungjawab mengedit gambar tersebut.

Dia turut juga mencadangkan agar individu yang suka mengedit gambar pemimpin UMNO dikenakan tindakan keras seperti sebatan dan penjara.

"Saya seru mereka yang suka edit gambar dan mengubah nama orang, hendaklah berhenti daripada terus melakukannya.

"Individu itu juga hendaklah dikenakan hukman berat seperti penjara 20 tahun dan sebatan. Cari sampai ke akar umbi supaya dapat diambil tindakan terhadap orang-orang yang edit itu," tegasnya lapor Free Malaysia Today


Pesawat CN235 TUDM Mendarat Cemas Di Kuala Selangor

Posted: 25 Feb 2016 07:55 PM PST


Sebuah pesawat pengangkut, CN235, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Pengkalan Udara telah membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor kira-kira pada pukul 8.50 pagi tadi.

Pesawat yang membawa lapan orang anak kapal dilaporkan selamat dan dibantu oleh nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut.

Menurut sumber, pesawat tersebut meluncur dan mendarat di atas air lalu terbakar.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan semua penumpang pesawat tersebut selamat berkata menerusi akaun Twitter:

"Saya telah arah Panglima Tentera Udara siasat punca (kemalangan),".

TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian selain beruasaha membawa keluar pesawat tersebut. - MalaysiaGazette


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...