Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Hadi Tak Perlu Hadir, Memang Tidak Diundang, Kata Zaid

Posted: 28 Feb 2016 07:30 AM PST


Datuk Seri Abdul Hadi Awang memang tidak diundang ke perhimpunan tokoh-tokoh politik yang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata penganjur.

"Hadi tidak akan hadir perhimpunan 27 Mac ini? Memanglah tidak, beliau memang tidak diundang," kata Datuk Zaid Ibrahim, penganjur perhimpunan tersebut, di Twitter petang ini.

Beliau mengulas keengganan presiden PAS menyertai perhimpunan tersebut ― yang dijangka dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ― dengan alasan "beliau hanya menolak Umno, bukan orang Umno."

Mantan perdana menteri itu dan bekas timbalan perdana menteri, yang digantung jawatannya dalam Umno, dua tokoh utama parti pemerintah yang mengecam Najib berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion.

Abdul Hadi dilaporkan tidak berminat menyertai sebarang perhimpunan anti-Najib, termasuk anjuran Zaid, yang dipercayai akan disertai ramai tokoh pembangkang dan penyokong Mahathir.

"Saya anti-Umno tetapi tidak (anti) orang Umno; orang Umno tidak, orang Umno kita (PAS) hendak berbaik,"

Sinar Harian memetiknya sebagai berkata. Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merancang mengadakan perhimpunan bagi mendesak Najib melepaskan jawatannya.

Zaid menjelaskan acara anjurannya bukan bantahan awam seperti demonstrasi Bersih 2.0 tetapi ia diadakan secara "tertutup" di kalangan 1,000 jemputan khas ~ MMO


Presiden MCA Beri Amaran Kepada Pihak Yang Cuba Jatuhkan Najib?

Posted: 28 Feb 2016 05:29 AM PST


Rakyat tidak mahu melihat situasi politik yang bercelaru di negara ini...Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran itu kepada pihak yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak sah.

"Rakyat Malaysia tidak mahu terbeban dengan polemik politik, selain Malaysia juga memerlukan kerajaan yang stabil bagi memajukan ekonomi, khususnya dalam situasi mencabar sekarang.

"Ini adalah masa untuk kita bergerak ke hadapan dan pastikan kerajaan tumpu kepada pembangunan negara. Kita kena kuatkan kerajaan dan tidak boleh kurang fokus serta pastikan tumpuan tidak dialih kepada isu terlalu polemik menggunakan isu tidak berasas.

"Apa yang penting kita tahu perdana menteri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa transformasi dan meningkatkan ekonomi," katanya lapor Bernama.

Kah.. kah.. kah...


Marah Betul Khairuddin Ni Bila Muhyiddin Digantung..

Posted: 27 Feb 2016 09:34 PM PST


Sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung keahliannya , bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggesa golongan "kaki bodek" dalam Majlis Tertinggi (MT) membawa usul menggantung jawatan presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.

Khairuddin berkata, keseluruhan ahli MT sepatutnya mengusulkan perkara itu sekurang-kurangnya buat sementara, sehingga selesai siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), wang derma RM2.6 bilion serta wang syarikat SRC RM42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib tamat secara rasmi.

"Imej Najib Razak kini amat tercemar dan terpalit dengan belenggu rasuah serta salah guna kuasa dengan begitu teruk sekali.

"Puak bangang kaki bodek minda lemah yang menduduki Majlis Tertinggi Umno sepatutnya membawa usul untuk menggantung jawatan presiden Umno kerana ianya benar-benar mencemarkan reputasi baik parti Umno!

"Pandangan rakyat begitu jelek sekali terhadap parti Umno," tulis bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu di laman Facebook semalam.

Baca ni..

MAJLIS TERTINGGI UMNO SEPATUTNYA USULKAN UNTUK GANTUNG JAWATAN PRESIDEN UMNO

Keseluruhan ahli-ahli majlis tertinggi umno sepatutnya mengusulkan untuk menggantungkan jawatan presiden umno sekurang-kurangnya buat sementara sehingga selesai kes siasatan skandal 1mdb, wang derma rm2.6 billion serta wang syarikat src rm42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya tamat secara rasmi!!

Imej najib tun razak kini amat tercemar dan terpalit dengan belenggu rasuah serta salah guna kuasa dengan begitu teruk sekali!!

Puak-puak bangang kaki bodek minda lemah yang menduduki majlis tertinggi umno sepatutnya membawa usul untuk menggantung jawatan presiden umno kerana ianya benar-benar mencemarkan reputasi baik parti umno!! Pandangan rakyat begitu jelek sekali terhadap parti umno!!

Inilah akibatnya sekiranya umno ditadbir oleh kalangan bangang!! Ianya bukan saja merosakkan imej peribadi mereka tetapi juga telah menjahanamkan reputasi umno secara langsung!!

Tengok kes penggantungan jawatan timbalan presiden umno cukuplah!! Tan sri muhyiddin yassin menang melalui proses pemilihan yang dipilih oleh keseluruhan perwakilan dari seluruh negara boleh dipecat secara sewenang-wenangnya apabila bercakap mengenai isu-isu penting demi kesejahteraan bangsa, agama serta tanahair termasuk parti umno!!
Majlis tertinggi umno tidak lagi menghormati kehendak ahli-ahli umno yang senantiasa mahukan tokoh-tokoh pemimpin lawan rasuah dan penyelewengan!!

Malahan, semua kaki bodek minda lemah otak udang ini buat parti umno seolah-olah bapa mereka yang punya!! Apa mereka ingat parti umno ini milik ahli-ahli majlis tertinggi umno ke?!

Hakikatnya, jawatan yang patut digantung adalah presiden umno itu sendiri!! Bukannya jawatan timbalan presiden yang sedang berjuang untuk menegakkan kebenaran!!

Parti umno sudah lingkup akibat ditadbir oleh puak-puak bangang kaki bodek minda lemah otak udang yang cukup haprak!!

Umno kini sedang dimandikan jenazah, sedang dikafankan serta sedang menuju ke liang lahat untuk dimakamkan secara berkekalan!! Masa depan umno amat kelam!!

Kalau yang memimpin tu datangnya dari kalangan bangang.. yang memilih mereka sebagai pemimpin itu tentulah lebih bangang kannn?


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...