Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Anwar Ibrahim Diakui Lebih Berpengaruh Dari Muhyiddin Oleh Portal UMNO..

Posted: 29 Feb 2016 08:30 AM PST


Terpampang di dada-dada akhbar tentang Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO. Bila begitu, ramai juga 'ahli-ahli parlimen kedai kopi dan Facebook' yang berbahas tentang isu dalaman UMNO ini di media sosial.

Ada yang marah, ada yang kecewa. Ada yang kata 'no komen'. Ada yang setuju dan sokong. Ada pula yang kata 'padan muka'. Ada yang jadi 'batu api', ada yang 'tumbuk meja'. Ada yang merah muka, ada pula yang ketawa sampai keluar air mata.

Reaksi umum yang bercampur-campur. Tidak solid dan jika diteliti, ia tidak melambangkan majoriti. Ada di kalangan mereka yang bukan ahli UMNO, malah ada yang ahli PAS, PKR dan tidak berparti. Ada yang pernah jadi calon bebas lawan UMNO dan ada pula yang langsung tidak daftar mengundi, apatah lagi pernah mengundi…

Pada pandangan penulis, tindakan dan keputusan kolektif yang diambil oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu sangat ringan untuk Muhyiddin. Jika dibandingkan dengan zaman Presiden-Presiden UMNO terdahulu terutama Tun Dr Mahathir Mohamad dulu, kalau tidak meletak jawatan, maka sedialah untuk dipecat.

Tapi Muhyiddin hanya digantung tugas sahaja. Beliau tetap Timbalan Presiden pada jawatan kerana yang digantung itu hanyalah tugas. Jawatan atau tugas lain langsung tidak disentuh MT. Beliau boleh bertanding atau cabar Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pada pemilihan UMNO nanti jika mahu.

Sudah menjadi tradisi politik negara, mana-mana Timbalan Presiden yang 'serang' Presiden selalunya tidak lama jangka hayat politiknya. Mat Sabu sebagai contoh, 'bungkus' terus pada pemilihan PAS yang lalu, keluar parti dan nobatkan diri jadi Presiden Parti Amanah Negara.

Dato' Seri Anwar Ibrahim contohnya, bila berseteru dengan Presiden UMNO dalam politik, habis dikorek dan didedahkan segala kesalahan dan jenayahnya bagi mencari jalan supaya dipecat segera. Sekurang-kurangnya Muhyiddin belum lagi diperlakukan sebegitu dan khabarnya beliau tidaklah 'sesuci' mana.

Bagi penulis, reaksi bercampur dari masyarakat umum adalah normal. Malah jika diteliti, reaksi negatif yang ditunjukkan rakyat ketika Anwar dipecat dulu lebih teruk keadaannya. Ketika Anwar dipecat dulu, Malaysia jadi tumpuan dunia, meriam air pun terpaksa dikerah ke jalanraya membersihkan 'sampah sarap'…



Jadi, apa yang berlaku pada Muhyiddin tidaklah seteruk apa yang berlaku di zaman Anwar dulu. Mungkin perbandingan dua reaksi itu boleh disimpulkan sebagai Muhyiddin tidaklah terlalu hebat sangat pengaruhnya jika dibandingkan dengan Anwar. Politiknya, Muhyiddin 'tewas' di tangan Anwar.

Pada pandangan penulis, jika Anwar pun Muhyiddin tidak mampu tewaskan, apatah lagi berdepan dengan Najib dan majoriti warga UMNO di seluruh negara? Jika bersandarkan 200-300 Ketua Cawangan dari lebih 20,000 Ketua Cawangan, dan hanya dibantah 2-3 UMNO Bahagian saja, apakah Muhyiddin fikir beliau terlalu besar pengaruh politiknya?

Seterusnya silalah sambung bacaan anda di ( SINI )

Setelah Terbangun Dari Tidurnya.. Pak Lah Kata Dia Yakin Dengan Kemampuan Najib..

Posted: 29 Feb 2016 06:43 AM PST


Mesti baru bangun tidur Pak Lah ni.. kalau dia tak tidur tentu dia sedar dan tak kata macam ni.. "Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai tenaga kerja mahir bagi mengisi permintaan ekonomi...Malaysia sebagai sebuah negara yang memenuhi segala potensinya,"

Nak mempunyai tenaga mahir mai kot mana Pak Lah oiii.. nak isi kerja yang ada pun Najib dan Zahid dah import masuk berjuta-juta Bangla.. semua depa sapu.. macam mana boleh rakyat Malaysia menjadi tenaga mahir?

Kata Pak Lah lagi.. "Saya sebagai seorang ayah, yakin dan percaya, jika Allahyarham Tun Razak masih ada bersama kita pada hari ini, beliau pasti cukup berbangga dengan apa yang dicapai oleh anak sulungnya dalam mengisi sebuah ruang cukup besar yang ditinggalkan beliau,"

Bangga??.. apa yang boleh dibanggakan dengan Najib selain meningkatkan hutang negara dan mengharumkan nama Malaysia keseluruh dunia dengan isu Derma RM2.6 Billion dan 1MDB serta SRC International tu?

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin Datuk Seri Najib Razak mampu menyambung kecemerlangan legasi kepimpinan bapanya Tun Abdul Razak Hussein dan dapat mencorakkan masa depan Malaysia yang memenuhi segala potensi.

Abdullah berkata sejak Najib mengambil alih kepimpinan negara daripadanya pada 3 April 2009, banyak transformasi digarap untuk membawa Malaysia ke pentas lebih tinggi.

Menurutnya, transformasi itu bukan sekadar omongan kosong, tetapi dan sedang dilaksanakan dan mula mencapai kejayaan-kejayaan yang dibanggakan.

"Saya harap Datuk Seri Najib akan dapat memberi perhatian kepada perkara ini, agar bila negara menyambut 100 tahun pembentukannya, Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang berpegang kepada prinsip demokrasi, Malaysia kekal sebagai sebuah negara dengan identiti yang utuh.

"Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai tenaga kerja mahir bagi mengisi permintaan ekonomi...Malaysia sebagai sebuah negara yang memenuhi segala potensinya," katanya semasa berucap melancarkan buku

"Najib Razak Berjiwa Besar: Empat Dekad Menongkah Arus Kepimpinan dan Politik (1976-Kini)" di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir ke majlis itu isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa menteri, timbalan menteri dan menteri besar.

"Saya sebagai seorang ayah, yakin dan percaya, jika Allahyarham Tun Razak masih ada bersama kita pada hari ini, beliau pasti cukup berbangga dengan apa yang dicapai oleh anak sulungnya dalam mengisi sebuah ruang cukup besar yang ditinggalkan beliau," kata Abdullah.

Abdullah berkata Najib mengharungi pelbagai cabaran selepas 40 tahun perjalanannya dalam politik dan segala tindakan, perancangan dan kepimpinannya, bakal menjadi penentu kepada Malaysia dalam menuju 100 tahun kemerdekaannya.

Di akhir ucapannya Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah turut memberikan nasihat kepada Najib:

"Najib, terus berpegang dengan prinsip-prinsip bapa anda. Anda melakukan yang terbaik buat Malaysia. Namun perlu sentiasa ingat perkara paling penting yang ditinggalkan seorang pemimpin adalah karakter.

"Kestabilan politik dan kejayaan ekonomi adalah penting namun ingat karakter – integriti, kejujuran dan empati. Itu yang mengingatkan saya kepada bapa anda dan bagaimana saya mahu anda juga diingati.

"Ambil ini sebagai nasihat daripada orang tua. Jadilah seorang pemimpin yang disayangi dan dihormati. Bukan yang ditakuti dan dipatuhi. Saya berdoa ke hadrat Allah anda akan dipandu ke jalan yang betul bagi masa depan negara kita yang tercinta."

Buku setebal 467 muka surat tulisan Prof Datuk Seri Dr Khairil Annas Jusoh dan Dr Sabri Mohamad Shariff menceritakan proses pendewasaan Najib dalam politik bermula 1976 hingga menjadi tokoh yang disegani pada hari ini.~ The Malaysian Insider

Tidurlah Pak Lah.... bermimpilah yang indah-indah...


Mahathir Keluar UMNO Sekali Lagi..

Posted: 29 Feb 2016 02:55 AM PST


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.

"Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini," katanya dalam sidang media di di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, beliau akan berada di luar Umno selagi Najib memimpin parti itu.

Mahathir berkata tindakan itu terpaksa diambil kerana sayangkan negara ini. Beliau pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah berundur. Reuters melaporkan beliau sebagai berkata tidak akan membentuk sebuah parti baru mahupun menyertai mana-mana parti. 

Selain Mahathir, turut meninggalkan Umno hari ini adalah isterinya,Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Mahathir antara pemimpin yang lantang mengkritik pentadbiran Najib, terutamanya dalam isu syarikat pelaburan negara 1MDB yang sarat hutang.

Baru-baru ini anak beliau Datuk Seri Muhkriz juga digugurkan sebagai menteri besar Kedah, tindakan yang dilihat sebagai reaksi balas kem pro-Najib.

Kedudukan Najib kini dilihat semakin mencengkam dalam Umno dan kerajaan, terutamanya selepas peguam negara membersihkannya daripada sebarang salah laku dalam kes derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya dan SRC International.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilihat hampir senada dengan Mahathir, juga telah digantung daripada jawatannya minggu lalu lapor MalaysiaKini


Mahathir Nak Demo?.. Sekarang Dia Baling Batu Dekat Gelas Pun Gelas Tidak Pecah.. Kata Nazri

Posted: 28 Feb 2016 10:00 PM PST


Tun Dr Mahathir Mohamad mahu hadir dalam himpunan 27 Mac ini bagi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya kerana malu dan dendam kerana anaknya digugurkan sebagai menteri besar Kedah.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa tindakan Mahathir itu hanya ingin membangkitkan kemarahan rakyat kerana tiada bantahan mana-mana pihak mengenai pemecatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Kamu kena ingat, Mahathir ini pendendam. Dia malu anak dia tak sampai sepenggal hilang jawatan menteri besar. Itu memalukan keluarga dia dan tidak ada sesiapa nak demo (bantah).

"Jadi (dia) turut demo untuk balas dendam pada Najib.

"Pada saya (Mahathir) hanya nak buat orang marah," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini dan sebuah lagi portal di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Dr Mahathir sebelum ini berkata beliau tiada pilihan lain selain turun berhimpun pada 27 Mac ini kerana saluran lain bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan sudah disekat.

Perkara tersebut memaksanya menyertai perhimpunan yang tidak dipersetujui dan ditentangnya semasa menjadi perdana menteri. Mengulas lanjut, Nazri berkata, ketika Dr Mahathir menjawat jawatan perdana menteri, beliau menghalang mana-mana pihak untuk berdemonstrasi.

'Pergilah, asal ikut peraturan'

Bagaimanapun, kini Dr Mahathir mungkin mengakui bahawa beliau telah membuat satu kesilapan yang besar menyebabkan beliau bertindak sebaliknya.

"Waktu dia jadi perdana menteri, dia tak bagi demo. Tetapi sekarang dia nampak dia buat silap besar (dengan berdemonstrasi).

"Sekarang dia nak baling batu dekat gelas pun gelas tidak pecah," kata Nazri, menyindir bekas perdana menteri keempat yang sudah berusia 90 tahun.

Nazri bagaimanapun tidak menghalang Dr Mahathir untuk turun pada perhimpunan berkenaan asalkan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

"Pergilah, asalkan ikut peraturan.

"Saya yang buat undang-undang kerana saya menteri pada waktu itu," kata bekas menteri undang-undang itu.

Beliau meramalkan demonstrasi itu tidak berjaya.

Himpunan pada penghujung bulan depan itu dianjurkan oleh bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim. Ia dirancang secara tertutup dan mensasarkan penyertaan 1,000 anggota.

Maklumat lanjut belum didedahkan setakat ini.

Mahathir sebelum ini telah membuat kejutan dengan hadir ke perhimpunan BERSIH tahun lalu bagi mendesak pengunduran Najib lapor MalaysiaKini


PAS Tak Kemaruk Kuasa Perintah Negara, Sedia Sokong BN.. Haji Hadi Kata?

Posted: 28 Feb 2016 08:14 PM PST


Hari ni ramai yang membelasah PAS sebab hanya baca tajuk laporan dari The Malaysian Insider "PAS tidak mahu rampas kuasa Umno, sedia sokong BN, kata Hadi".

Tambah panas lagi bila ulasan dari The Malaysia Insider mengatakan "Ini bukan pertama kali PAS menunjukkan sokongan terbuka kepada musuh tradisinya Umno.

"November lalu Hadi mengeluarkan kenyataan mahu menjadi penasihat kepada kerajaan.

"Beliau berkata perjuangan PAS kini berpaksi kepada mengubah dasar pemerintahan kerajaan dan bukannya lagi ingin merebut jawatan dan mahu memerintah negara.

Bawak bertenang semua.. bertenang.. faham betul-betul apa yang TG Haji Hadi kata tu..

Katanya.. ''Kalau UMNO kembali pada Islam, laksanakan Islam mengikut hidayah Allah, bukan kerana Islam untuk dapatkan soko­ngan rakyat serta benar-benar ikhlas kerana Allah, kita akan dokong agar Islam ditegakkan. Pas tak berebut jawatan atau kuasa. Apa yang Pas mahu hanya Islam ditegakkan,''

Katanya.. KALAU.. KALAU.. faham tak makna KALAU tu?

Sama macam Almarhum TG Nik Aziz kata dulu tu.. KALAU UMNO balik kepada Islam.. PAS akan dibubarkan..

UMNO nak balik kepada pemerintahan berasaskan Islam?.. Hmmm.. entahlah.. jauh panggang dari api rasanya..

Laporan dari Utusan yang dipetik The Malaysian Insider

MARANG 28 Feb. - Pas bukan sebuah parti yang kemaruk kuasa untuk memerintah negara apatah lagi merampas tampuk pemerintahan negara daripada parti seterunya, UMNO. 
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas sebaliknya merupakan parti yang sejak awal penubuhannya pada 1951 sentiasa memperjuang agendanya untuk menegakkan syiar dan undang-undang Islam mengikut hidayah Allah.  
Beliau mengakui bahawa parti yang dite­rajuinya itu bersedia menjadi pendokong kuat kepada UMNO sekiranya parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu mentadbir negara dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.  
''Macam mana kita nak cari pe­merintahan begi­ni iaitu balik kepada Islam. Justeru, Pas meng­ajak kembali kepada Islam khususnya orang Melayu, tidak kira Pas atau UMNO dan Pas tak tamak kuasa.  
''Kalau UMNO kembali pada Islam, laksanakan Islam mengikut hidayah Allah, bukan kerana Islam untuk dapatkan soko­ngan rakyat serta benar-benar ikhlas kerana Allah, kita akan dokong agar Islam ditegakkan. Pas tak berebut jawatan atau kuasa. Apa yang Pas mahu hanya Islam ditegakkan,'' katanya.  
Beliau menegaskan demikian ketika berucap merasmikan program Himpunan Harapan Rakyat (Harap 3.3) di Kampung Padang Mengkuang dekat sini malam tadi.  
Yang turut hadir, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Nasaruddin Daud; Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat; dua timbalannya Dr. Alias Razak dan Yahaya Ali serta barisan kepemimpinan Pas negeri. ~ Utusan

Kita jangan gaduh sesama kita.. sementara puak UMNO dok bercakar riuh rendah tu.. eloklah puak Pembangkang cari titik persamaan.. barulah negara akan beroleh sebuah Kerajaan yang bukan diterajui oleh UMNO...


Subsidi Tepung 25Kg Akan Dimansuhkan?

Posted: 28 Feb 2016 04:30 PM PST


Pemansuhan subsidi untuk tepung biasa seberat 25 kilogram (kg) mulai akhir Mac akan menyebabkan kenaikan harga daripada RM33.75 kepada RM42.

China Press yang memetik sumber daripada pengilang tepung melaporkan para pengilang telah mendapat maklumat mengenai perkara itu pada minggu ini.

Sumber memberitahu, pembeli utama tepung 25 kg bukanlah individu atau isi rumah biasa tetapi restoran dan 'kedai mamak'.

Pengilang tepung dijangka mengumumkan harga baharu untuk tepung 25 kg pada minggu depan.

Kerajaan pada masa ini menyediakan subsidi antara RM600 hingga RM700 untuk setiap tan tepung.

Ditanya sama ada terdapat perubahan pada harga tepung bungkusan satu kg yang biasa digunakan isi rumah, sumber pengilang memberitahu, harga akan dikekalkan kerana tidak mendapat maklumat perubahan harga daripada kerajaan.

Tepung biasa bersubsidi pada masa ini dijual dengan harga RM1.35 sekilogram manakala tepung jenis lain yang tidak disubsidi dijual sekitar RM2.50 sekilogram.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pedagang Roti, Biskut, Konfeksioneri dan Kway-Teow Malaysia, Huang Fu Ning (nama mengikut sistem pinyin) berkata, produk yang digunakan pengilang di bawah persatuannya tidak menggunakan tepung bersubsidi.

Katanya, pemansuhan subsidi tepung justeru tidak akan menyebabkan kenaikan harga roti, biskut, mi atau kuetiau.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Peniaga-peniaga Barang Runcit, Hong Chee Meng pula berkata, pihaknya belum menerima maklumat mengenai kenaikan harga tepung ~ MalaysiaGazette


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...