Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Hati-hati Makan Dedak, Pesan Kadir Jasin Kepada ADUN UMNO

Posted: 04 Feb 2016 05:52 AM PST


Baiklah, saya akui ramai yang menangis hiba dan tidak kurang yang bersorak gembira kerana anak bekas perdana menteri disingkir daripada jawatan menteri besar Kedah.

Saya dah tengok banyak drama politik macam ini sampai dah mangli. Akhirnya kita kena tolak emosi dan terima realiti.

Ada yang menangis dan ketawa itu ikhlas. Tapi mesti ada yang menangis dan ketawa dalam kapasiti mereka sebagai pemakan dedak.

Nak simpati dengan (Datuk Seri) Mukhriz Dr Mahathir sangat-sangat pun susah. Selepas 1,003 hari jadi MB tak kan tak ada seorang dua Ahli Dewan Undangan (ADUN) Umno yang sokong beliau. Tak masuk akal. Mesti ada sebab. Tak tahulah kalau semua ADUN Umno makan dedak atau kena tunjuk fail SPRM.

Buat masa ini, macam kata orang putih, Mukhriz "is history". Kalau nak cergas dalam politik juga, dia kena modelkan semula diri dia. Stail merak kayangan tak jalan.

Sekarang mengenai menteri besar baru, (Datuk Seri) Ahmad Bashah Md Hanipah. Dia ni daripada generasi dan latar belakang saya.

Ahmad Bashah jadi pilihan. Allahyarham ayah saya kenal baik ayah dia. Mereka sama-sama berniaga getah dan cergas dalam politik akar umbi Umno. Kedai ayah saya di Tanah Merah, Pendang. Kedai ayah beliau di Kubur Panjang. Jarak tak sampai 10 kilometer.

Ramai orang perli dia pasal latar belakang pendidikan dia. Tak patut. Sudah kira tumbuk perut. Tak gentleman.

Ahmad Bashah tak patut malu. Dia patut bangga. Anak peniaga getah boleh naik jadi MB dengan hanya kelulusan sekolah menengah. Ada orang kata lulus SRP dan ada kata SPM.

Ramai dalam generasi dia dan saya tak mengaji tinggi. Tak ada peluang dan sebab desakan hidup. Kena cari kerja sebaik saja cukup umur kerja. Saya pun mengaji bukan tinggi sangat. Anak-anak saya lagi tinggi belajar daripada saya.

Yang patut malu adalah ADUN-ADUN Umno yang ada ijazah berjela-jela tu la. Merekalah yang patut malu. Kalau mereka hebat, pasal apa tak dilantik jadi MB?

Mengaji tinggi, mengampu pandai

Mengaji tinggi, berkonspirasi pandai, mengampu kelas dunia, stail macam Mat Salleh tapi tak dapat jadi MB.

Katakanlah Ahmad Bashah yang jadi kepala konspirasi jatuhkan Mukhriz. Lagi terer (terror), lagi hebat. Budak kampung mengaji sekolah menengah boleh makan budak lulus universiti Amerika dan Jepun.

Bukan itu saja. Perdana Menteri dan Presiden Umno, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak lebih percaya dan teruja dengan budak lulus sekolah menengah daripada segala para sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah dalam DUN Kedah.

Atau kita boleh kata, inilah kesudahan politik dedak, cantas mencantas, konspirasi dan anti-orang pandai yang diamalkan oleh Umno sejak sekian lama. Lulusan sekolah menengah naik jadi MB!

Selepas 70 tahun mendakwa berjuang untuk agama, bangsa dan negara dan 58 tahun menerajui Malaysia inilah agaknya penghujung jalan bagi Umno.

Pasal makan dedak, saya nak cerita sikit. Saya boleh kata pakar dalam hal dedak. Ayah saya pernah bekerja di kilang beras. Dedak adalah hasil sampingan mengilang padi jadi beras.

Dedak dibagi makan kepada ayam, itik dan babi. Sebab kurang zat kena campur dengan nasi basi dan sisa makanan lain. Silap-silap campuran ayam, itik dan babi boleh tercekik. Jadi hati-hatilah bila makan dedak.



Buat Yang Hina Bashah Kerana Ada SRP Saja... Sila Baca!!

Posted: 04 Feb 2016 12:00 AM PST


Anak bongsu Menteri Besar Kedah, Azira Hafiza Ahmad Bashah berkongsi pesanan yang panjang dan mendalam kepada mereka yang menyerang keperibadian bapanya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Menurut laporan blog pro-UMNO, MYKMU.net, perkongsian yang dibuat dalam laman sosial Facebooknya itu dipercayai dilakukan sebagai memberi sokongan moral kepada bapanya yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah pada hari ini.

Ini pesanannya..

Buat yg hina bashah kerana ada srp.saja. sila baca ….

Bismillahirrahmanirrahim.

Kaki "tidur", yang dicerca, dikeji, dimaki tu is my one and only abah and yes I'm proud of him. Lawak bila orang yang tak pernah kenal, tak pernah bersua, baca entah dari sumber yang mana, tak pernah tegur, tak pernah say Hi (sorry nanti keyboard warriors kecam bukan islam kena bagi salam) boleh cakap macam-macam.

Siapa tahu video "tidur" yang sangat popular tu semata2 nak burukkan abah. Orang yg rakam video tu merangkak la dekat padang masyar mintak maaf sebab sebar fitnah. But don't worry abah dah maafkan pun. Macam tu lah bila dah rasa diri bagus, bila besar boleh jadi keyboard warriors yang maksum bebas dosa confirm masuk syurga dan boleh menghukum orang tanpa usul periksa.

Yes. Abah sekolah tak tinggi. Takda master, takda phd, apatah lagi diploma, bukan kelulusan luar negara, apatah lagi ahli motivasi/professional trainer. Haha. Sebab abah yang kena ambil alih tugas seorang ayah untuk keluarga dia. Jaga kakak, dan adik-beradik lain lepas ayah abah meninggal. Kerja jual telur ayam, jual durian, kelindan lori, you name it. Tapi kalau tgk adik-beradik abah Alhamdulillah semua berkelulusan tinggi dan ada yang dari luar negara (nanti keyboard warriors kecam riak). Abah pengalaman politik dia sejak dari umur 20an lagi. Dia mula dari bawah. Dari kosong. Dari nan hado. That's the fact. Mana ada istilah pakai cable/bapak macam orang sekarang. Tidak disangkal pancapaian akademik sangat penting. Itu harus. Tapi, apa guna belajar tinggi, nak involve politik, jaja kejayaan sana sini, share status dalam facebook dapat deal dari Dato' A, Dato' B, dapat peluang kerja yang tak dapat ditepis tangan kanan dan kiri. Tapi sendunya hidup bila assignment pun meniru. Copy paste kulit ke kulit sampai orang lain pun dapat susah. Bila kantoi pandai salahkan orang lain. Yes, this one is for you my friend. Shame on you. Alhamdulillah abah bijak dia tak beli ijazah ka master ka phd dan lepas tu kantoi hanya kerana nak puaskan hati manusia yang memandang akademik semata-mata. Kesian abah sebab dia tak pandai selfie, tak pandai tweets dan post pencapaian dekat facebook. Lawak bila waktu dipilih jadi ketua semasa pemerintahan PAS tak ada orang yang persoalkan kelayakan akademik abah. Sebab siapa yang sanggup nak galas tanggungjawab tu ? Kan ?

Plus, the best part is. Siapa yang tengok dan tahu susah payah dia dan jentera yang lain lepas Kedah kalah dalam sejarah dulu. Bila nak dekat GE13 anak-anak tak payah cakap, berapa hari yang kami dapat jumpa sembang dengan abah. Nak jumpa pun tak menyempat. Mama dan kami adik beradik share abah dengan rakyat dari kakak yang sulung dalam perut lagi. Weols okay, dah biasa. Bak kata orang Kedah, dah mangli. Bila Kedah menang, orang tu cuci kaki tangan terus dapat jawatan. Untung badan. Abah ada cakap apa tak ? No. Dia terima semua. Tak pulak dia nak lompat parti macam orang lain. Untungla bila ada ayah berpengaruh tolong kempenkan on behalf. Takpa kita letak tepi sebab abah dah mangli cantas mencantas memang asam garam politik.

Sungguh. Saya respect dengan orang yang boleh komen dan bagi buah fikiran dengan bahasa yang sangat intelektual dan berhemah. Seriously, I respect that. Saya percaya semua orang ada hak bersuara. Hak memilih. Hak mengutarakan pendapat. I don't care, even my friend can say anything they want. It just that, don't use abusive language. Kadang rasa sedih, kadang kami adik beradik tergelak pun ada. Macam lawaknya hang ni. Yang mintak mati kena panah petir, yang minta doa mati mata terbuka, yang mintak doa satu family jatuh sakit. Wow lagi sekali. And paling menarik ada yang komen suruh balik main dengan cucu. Oh that part, kena perenggan baru.

Sejak habis GE13 dan abah mula tugas sebagai timbalan kpdnkk, believe me dia memang boleh tengok cucu sebab setiap weekend sampai ke harini abah ulang alik kl ke kedah without fail. Mana kerja di kpdnkk. Mana kerja disini lagi. So don't say he doesn't care at all about Kedah or his work. You know nothing. Dah berapa penggal dia jaga dun ? Fikirlah sendiri. Saya yang baru bekerja nak balik kedah sebulan sekali pun rasa letih. Not a single word saying he's tired working nearly forty years for his family and his rakyat. Siapa yang tahu susah payah dia yet he never complained and still people talk shit about him. Macam saya katakan tadi, saya respect dan sangat okay dengan manusia yang sangat berhemah bila mengutarakan pendapat. Even he or she is my friend. I have no problem at all and love to hear that too. Use a decent language. Is it too hard ? Bukan apa, takut yang doa kena panah petir tu Allah bayar cash. Walaupun sekarang bukan musim hujan.

I read somewhere saying, aku tak kisah dengan orang yang membenci. Aku cuma takut dengan mereka yang pura-pura suka. Believe me, I'm so grateful that I've cut you off before all this thing happen. At least kita boleh kenal mana satu kawan bila senang dan bermanis mulut (bila nak minta surat sokongan, nak minta bantuan/sponsor, nak minta tukar kerja, nak minta pinjam duit, nak minta tajaan tunggu tak boleh minta nyawa ja and the list goes on) dan mana satu kawan bila susah. Sikitpun saya tak menyesal. Sumpah.

Kalau abah ada salah dan silap dengan mukhriz, and vice versa saya tak berapa risau sebab mereka boleh sama-sama minta maaf. Cuma keyboard warriors yang maksum dan confirm masuk syurga dah ready nak berjumpa dekat padang masyar nanti ? Sesiapa yang sungguh tak berkenan dekat abah, saya sarankan berdoalah pada Allah. Sesungguhnya doa "rakyat teraniaya" tiada hijab. Berdoalah andaaa para keyboard warriors sekaliannn sebab kalau sumpah seranah bukan Allah dengar pun. Malaikat belah kiri asyik pulak mencatit. Kun faya kun. Jadi maka jadilah. Rezeki, ajal, jodoh Allah yang tentukan. What's yours will always be yours, what's not yours will never be yours. No matter how hard you fight for it. Jadi, mohon jangan gelabah sangat. Orang kedah cakap jangan gelabah togei (its taugeh).

InsyaAllah, saya wakil dari ahli keluarga meminta maaf dan memaafkan anda semua yang memaki, mencaci memfitnah sebab anda semua tak kenal abah. Takpa lah, abah dah takda mak ayah untuk dapat dakapan syahhhdu seorang ibu/bapa pemberi semangat dan ditenangkan macam dia. Tapi abah ada kami. Saya juga doakan isteri/suami/anak/ahli keluarga keyboard warriors sihat hendaknya serta dirahmati Allah dunia akhirat, dapat belajar oversea dan tidak dipanah petir. Keyboard warriors kalau nak share mohon jangan separuh nanti takut jadi fitnah. Uhuks.

Assalamualaikum dan salam sejahterav ✌🏻

Yang benar,
Luahan hati anak bongsu.



'Janganlah hina... takkan saya tidak boleh tutup mata langsung' - Ahmad Bashah

Posted: 03 Feb 2016 10:12 PM PST


Gambar yang menunjukkan seolah-olah Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah 'terlena' ketika Majlis Angkat Sumpah di Istana Anak Bukit, pagi ini, menjadi perkongsian hangat di media sosial.

Gambar yang menunjukkan Ahmad Bashah 'pejam mata' itu dirakam ketika siaran langsung Majlis Angkat Sumpah di TV1.

Ia terus menjadi topik perbualan netizen yang masih lagi kecewa dengan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sebelum ini, gambar Ahmad Bashah 'terlena' dalam Majlis Penganugerahan Pingat sempena Keputeraan Sultan Kedah menjadi bahan untuk orang ramai mempersendakan beliau.

Menteri Besar Kedah ke-12 itu bagaimanapun menafikan beliau terlena sebaliknya mendakwa video itu telah diedit dan beliau hanya pejam mata kerana menghayati titah ucapan Sultan Kedah.

Semalam, ketika ditanya apakah amanat kepada Menteri Besar baharu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan sinis berkata, beliau berharap Ahmad Bashah tidak terlena ketika majlis angkat sumpah.

Sementara itu, netizen memberikan komen-komen pedas kepada Ahmad Bashah susulan penyebaran gambar seolah-olah beliau 'terlena' itu.

"Itu saja je konon-konon dia memang jenis ambil feel dengan ucapan. Nak memperbodohkan orang lain. Kalau jenis auta ini memang cari jalan je. Harap-hara berdengkur atau tersembam betul-betul," Hairul Basser Ibrahim.

"Kesian la sikit kat dia. Malam tadi tak boleh tido. Hati dupdapdupdap je menanti jawatan pagi hari," komen Mohd Faidzul Sharufuddin.

"Ini pemimpin yang setia, akan majukan negeri sambil tidur ketuk sama kepala dia," komen Sivanesh Nash.

"Tido lagi ke tu orang tua dah kurang stamina. Asyik nak tido je la cari ilham," kata Norlie Hayati lapor Free Malaysia Today

Dan berikut adalah jawapan dari Ahmad Bashah mengenai gambar dia pejam mata tu..

 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...