Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pergh!! Sakan Punya Bodek Noh Udang Ni..

Posted: 05 Feb 2016 06:37 AM PST


Rakyat khususnya ahli UMNO yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan jawatan disifatkan sebagai terlampau dan tidak bermoral.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Noh Omar berkata, desakan yang dikenakan ke atas Najib adalah tidak adil.

"Tunggulah satu hari nanti, akan terdedah kebenarannya. Saya ambil contoh kes Altantuya yang mana tertuduh, Mohd Sirul akhirnya membuat pengakuan bersumpah mengatakan Najib tidak terlibat.

"Banyak kes yang dibabitkan tetapi akhirnya, kebenaran terbukti juga. Setakat ini, satu demi satu kes yang dibabitkan ternyata berakhir kebenaran kepada Najib," katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Bangunan Bomba dan Penyelamat di Bandar Tun Hussein, Cheras pagi tadi.

Jelasnya, ahli UMNO yang bertindak mengkritik Najib wajar diberhentikan keahlian mereka kerana tidak percaya kepada pucuk pimpinan parti.

Bercakap tentang isu derma RM2.6 billion, Noh berkata, jika benarlah Najib mengambil duit tersebut untuk kepentingan peribadi, beliau tak perlu bawa wang itu ke Malaysia.

"Fikirlah sendiri, apa logiknya Najib untuk bawa pulang duit sebanyak itu kalau bukan untuk kebaikan negara.

"Lebih baik beliau simpan sahaja di luar negara daripada menjadi bahan fitnah yang sangat keterlalulan," ujarnya. - MalaysiaGazette


Ada ADUN Mula Lobi Jawatan EXCO - Ahmad Bashah

Posted: 05 Feb 2016 01:54 AM PST


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mendedahkan sudah ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang mula merapati beliau dipercayai untuk melobi jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Bagaimanapun katanya, beliau bukan seorang yang mudah untuk dipengaruhi memandangkan terdapat kriteria tertentu yang perlu dipenuhi bagi melayakkan individu itu menjawat jawatan berkenaan.

Menurutnya, antara ciri utama yang diperlukan untuk seseorang itu dipilih menjadi Exco di bawah pentadbiran beliau ialah individu tersebut perlu berdedikasi serta bertanggungjwab untuk menggalas amanah yang diberikan.

"Memang dah ada yang merapati saya, tetapi jika sekadar rapat sahaja tidak bermakna saya akan ambil dia.

"Selain itu saya juga perlu tengok penerimaan parti terhadap individu tersebut macam mana, orang itu juga perlu bekerja keras," katanya ketika ditemui di kediaman beliau di Taman Rakyat di sini hari ini.

Menurut Ahmad Bashah, beliau perlu menyelesaikan soal barisan Exco negeri ini selewat-lewatnya minggu depan.

"Saya perlu berbincang dengan Penasihat Undang-Undang Negeri mengenai hal Exco Kedah ini, saya juga perlu teliti adakah selepas Menteri Besar bertukar barisan Exco juga perlu mengangkat sumpah semula.

"Saya perlu dapatkan nasihat ini sebelum menentukan barisan Exco negeri," jelasnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau akan merombak barisan Exco negeri, Ahmad Bashah berkata, beliau perlu meneliti semula perkara tersebut.

"Rombakan atau tambahan Exco saya kena tengok dahulu, mungkin ada Exco yang setia kepada Mukhriz apabila kita tawarkan semula jawatan dia akan tolak," jelasnya.

Sebelum ini, satu senarai barisan pentadbiran baharu negeri ini menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp ketika krisis politik melanda negeri ini hampir dua minggu yang lalu.

Dalam mesej tersebut juga, antara muka baharu yang disebut bakal mengisi jawatan Exco ialah Datuk Ahmad Lebai Sudin (ADUN Bukit Lada), Datuk Ahmad Zaini Japar (ADUN Bukit Kayu Hitam), Datuk Ali Yahya (ADUN Pantai Merdeka) serta Mahdzir Abdul Hamid (ADUN Jeneri).

Nama lain yang dikatakan bakal dilantik menjadi Exco ialah Kama Noriah Ibrahim (ADUN Pedu) dan Saidi Nanyan (ADUN Kuah).

Sementara itu, barisan Exco yang pernah berada dalam pentadbiran Mukhriz iaitu Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Datuk Badrol Hisham Hashim dan Datuk Dr. Leong Yong Kong akan terus dikekalkan ~ Utusan


RM137 Juta Dibayar Kepada Razak Baginda Sebagai Konsultant?

Posted: 04 Feb 2016 11:36 PM PST


Penganalisis politik Abdul Razak Baginda mengaku menerima kira-kira 30 juta euro (RM137 juta) bagi khidmat konsultansi dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene tetapi menafikan wang itu digunakan untuk memberi rasuah kepada pegawai kerajaan bagi pihak syarikat Perancis, Thales.

"Ia adalah perjanjian yang sah. Saya melakukan kerja saya dan saya dibayar untuk itu.

"Dan saya tidak pernah membayar mana-mana pegawai," beliau dipetik sebagai berkata oleh Financial Times.

Ia merujuk kepada pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Malaysia pada tahun 2002 apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, ketika itu merupakan timbalan perdana menteri, yang menerajui Kementerian Pertahanan.

Razak Baginda berkata demikian ketika mengulas dakwaan bekas presiden Thales International Asia, Bernard Baiocco Disember lalu "aktif merasuah pegawai-pegawai awam asing yang dikaitkan dengan Najib Razak".

Razak menafikan pernah berkhidmat dengan Najib sebagai penasihat yang dibayar dan berkata beliau hanya "sesekali" bercakap dengan beliau mengenai perjanjian kapal selam "sambil minum teh", menurut Financial Times.

Peguam Baiocco, Jean-Yves Le Borgne, berkata anak guamnya mengaku wang itu dibayar kepada Baginda untuk kerja-kerja melobi tetapi menuduh pihak pendakwa melakukan 'legal acrobatics' apabila cuba mendakwa yang bayaran itu telah digunakan untuk merasuah pegawai kerajaan.

"Mereka mengesyaki menteri ada menerima wang tetapi mereka tidak pernah mempunyai apa-apa untuk membuktikannya," katanya yang dipetik dalam artikel itu.

Le Borgne juga mengesahkan bahawa Najib dan Baginda telah dinamakan dalam dokumen kehakiman.

Laporan itu juga memetik seorang jurucakap kerajaan Malaysia sebagai berkata dakwaan salah laku terhadap Najib dalam perjanjian Scorpene itu adalah "cemaran tidak berasas untuk kepentingan politik".

Jurucakap itu juga menegaskan bahawa Najib tidak mendapat manfaat daripada apa-apa bayaran daripada perjanjian itu, ataupun dihubungi oleh penyiasat Perancis.


Tukar Dari “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” Ke “Segalanya Boleh, Asalkan Berkuasa” Cadang Tuan Ibrahim Kepada Najib

Posted: 04 Feb 2016 07:39 PM PST


Slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" perlu digugurkan kerana rakyat terlebih dahulu 'disembelih' kesan pengurusan ekonomi dan permainan politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mencadangkan slogan baharu "Segalanya Boleh, Asalkan Berkuasa", Tuan Ibrahim dalam muatnaik Facebook terbarunya berkata keramat baharu itu bersesuaian kerana ia mencerminkan keadaan negara masa kini.

"Rakyat dibebankan dengan GST meskipun rakyat berteriak sehingga bisu membantahnya," tulis beliau, "Rakyat diseru berjimat namun Jabatan Perdana Menteri mendapat peruntukan bertambah saban tahun."

"Lihatlah projek terbaru PM di Kedah pula," tambah Tuan Ibrahim,

"bantahan daripada rata-rata rakyat yang menyokong Mukhriz diketepikan begitu sahaja."

"Tidak syak lagi, ini maksud sebenar "rakyat didahulukan.""

Tuan Ibrahim menyifatkan rencana ekonomi Najib pada ketika ini telah gagal, dan kegagalan itu mengundang rasa bimbang beliau.

Tuan Ibrahim mengariskan dua projek kerajaan yang bermasalah, iaitu Felda Global Ventures yang menyaksikan saham yang dijual pada harga asal RM4.55 kini serendah RM1.64 seunit, dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Bayangkanlah pula kehidupan penoreh getah yang terpaksa merintangi harga getah di bawah paras RM2 sekilo yang kini masuk tahun ketiga. Ada sesiapa yang peduli?"

"Seperti GST, TPPA diwar-warkan baik untuk rakyat. Siapa pula yang akan bertanggungjawab nanti kalau Pak Menteri terbukti silap lagi…," soal beliau lapor Free Malaysia Today


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...