Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Hasan Malek Ucap Gong Xi Fa Chai Tunggang Terbalik

Posted: 06 Feb 2016 08:30 AM PST


Kain rentang yang dipasang oleh Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini menjadi perhatian warga maya.

Ucapan pada kain rentang yang dipasang di kawasan Parlimen Kuala Pilah itu ditulis dalam bahasa Malaysia serta bahasa Cina.

Namun ia menjadi perhatian ekoran ucapannya dalam bahasa Cina yang secara terbalik, berbunyi 'Cai Fa Xi Gong'

Teks ruminya bagi perkataan 'cai' (nasib) juga dieja secara silap sekali gus menjadi bahan sindiran.

Kain rentang tu memaparkan gambar Hasan dengan ucapan 'Selamat Tahun Baru Cina 2016′.

Gambar kain rentang tersebut pada mulanya disiarkan di laman Facebook "We Fully Support Pakatan Harapan' dan telah dikongsi 709 pengguna.

Kesilapan itu telah membuat sebilangan warga maya geli hati dan bertindak membalas semula dengan versi kain rentang dalam keadaan Hasan pula yang terbalik.

Bagaimanapun, sesetengah pengguna Internet melihat kesilapan dari sudut positif, dengan menyamakan membaca mesej dari bawah ke atas umpama "kebangkitan" ke arah yang lebih baik untuk Tahun Baru Cina lapor Free Malaysia Today


Najib Dah Kantoi Oiii!! Dana Masuk Akaunnya Bukan Derma, Tapi Pelaburan Kata Menteri Luar Arab Saudi

Posted: 06 Feb 2016 04:23 AM PST


Berbohong atau bercakap bohong bukan saja dianggap dosa dan perbuatan tidak baik, bahkan selalu diingatkan bahawa bagaimana sekali pun cuba berbohong, ia pasti akan terdedah akhirnya walaupun setelah dicuba beberapa lapis pembohongan lainnya.

Dikatakan bahawa apabila kita berbohong dan cuba menutupnya setelah ianya terdedah, kita akan terus berbohong lagi dan lagi sehingga akhirnya terjerat sendiri.

Peribahasa moden juga ada mengingatkan bahawa kita tidak mungkin dapat menipu semua orang dalam semua keadaan.

Pendeknya, pembohongan tidak mungkin ada tempat yang selesa di dunia ini, apatah lagi di akhirat nanti.

Barangkali inilah yang hampir-hampir ada persamaan dengan isu derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun bank peribadi Najib Razak.

Mula-mula wang itu dinafikan, diancam mahu disaman, dikatakan tidak mungkin Najib begitu bodoh membenarkan wang sebegitu banyak dimasukkan ke akuan peribadinya dan segala macam bentuk penafian lainnya.

Kemudian apabila hakikat kebenaran berkaitan wang itu sukar dinafikan, ia diakui sebagai derma politik, hak Najib menerima sumbangan daripada mana-mana pihak, untuk memerangi keganasan, mengalahkan DAP, sumbangan kerana memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan lain-lain lagi.

Ia juga dikatakan untuk membiayai politik UMNO yang mana segala halnya memerlukan wang dan Najib selaku Presiden UMNO dikatakan hanyalah pemegang amanah saja kepada duit tersebut.

Ketika Peguam Negara, Apandi Ali mengumumkan hasil siasatan yang membersihkan nama Najib daripada semua pertuduhan jenayah berkaitan wang itu, diumumkan juga wang tersebut diterima daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan sejumlah RM2,030 juta sudah pun dipulangkan kerana ia tidak digunapakai.

Siapa keluarga Diraja Arab Saudi yang menderma itu tidak pernah didedahkan, kecuali media-media antarabangsa mengatakan paling mungkin ianya ialah Raja Abdullah yang mangkat pada Januari 2015 lalu.

Kesimpulannya, oleh kerana wang itu adalah derma dan sudah pun dipulangkan sebahagian besar daripadanya, maka Najib dianggap tidak bersalah apa-apa serta bersih sebersih-bersihnya oleh Peguam Negara.



Tetapi hari ini semuanya bagaikan terdedah apabila Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir menolak tanggapan bahawa wang yang pernah masuk ke akuan peribadi Najib itu suatu bentuk derma atau daripada kerajaan negara tersebut.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh New York Times, Adel Al-Jubeir menegaskan, wang itu adalah daripada warga persendirian Saudi dan diberikan kepada satu pelaburan di Malaysia~ Shahbudin

Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir berkata sejumlah wang bernilai AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sebagai 'derma'.

Sebaliknya, ia adalah wang pelaburan di Malaysia, katanya seperti yang dilaporkan New York Times (NYT) semalam.

"Ia adalah warga Saudi, saya percaya, dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia," katanya pada temubual bersama NYT, Khamis lalu.

Laporan itu memetik kenyataan seorang kerabat rapat dengan keluarga diraja yang tidak mahu didedahkan identitinya berkata wang itu disahkan datang daripada seorang putera Saudi, tetapi ia bukan derma.

Bagaimanapun, kerabat itu mempersoalkan jumlah wang itu tetapi berkata dana tersebut merupakan sebahagian daripada perjanjian perniagaan.

Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali mengesahkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib merupakan derma daripada keluarga diraja Saudi dan mengarahkan supaya menutup kes itu.

Namun, pihak berkuasa Switzerland yang menyiasat pelaburan syarikat negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menemui sejumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion) hilang daripada syarikat itu.

Peguam Negara Switzerland Michael Lauber juga menyuarakan kebimbangan atas keputusan rakan sejawatnya di Malaysia yang menghentikan siasatan ke atas kes perpindahan dana ke dalam akaun Najib itu, mengatakan tindakan itu akan mengganggu siasatan yang dijalankan Switzerland ke atas 1MDB.

Apandi kemudiannya membalas kenyataan tersebut, mengatakan siasatan yang sedang dilakukan negara itu ke atas 1MDB adalah siasatan yang berasingan daripada kes derma RM2.6 bilion itu ~ Ismaweb.Net



Tak Dimaklumkan Tapi Dikatakan Setuju, Zamihan Anggap Shahidan Kaki Auta..

Posted: 05 Feb 2016 09:47 PM PST


Apa kejadahnya yang Shahidan dah buat ni?.. Pengumuman dah dia buat dah tu tarikh pun dia dah tetapkan untuk diadakan satu diskusi mengenai 'Ekstrimisme agama di Malaysia'.. di Putrajaya

Tapi individu yang hendak dipertemukannya itu tidak dimaklumkan pun dan tuan punya tubuh terkejut bila tahu dirinya dikatakan bersetuju untuk menghadiri program tersebut.

Memandai-mandai pulak si Shahidan ni.. jadi tak hairanlah jika Dr. Zamihan menganggap Shahidan sebagai Menteri Auta..

Zamihan juga berkata "Adakah Islam mengajar kita untuk bersetuju tanpa melihat fakta sesuatu perkara. Auta sememangnya permainan orang yang fasik,"

Laporan berkaitan..

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin sudah bersetuju untuk duduk sepentas dengan Dr. Zamihan Mat Zain.

Tarikh ditetapkan 10 Februari ini dan penganjurnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan memaklumkan Zamihan sudah dimaklumkan melalui Facebook dan menetapkan tajuk Ekstremisme Agama di Malaysia: Satu Perbincangan.

Namun Zamihan yang juga Presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) menafikan dirinya dimaklumkan mengenai perkara itu sambil menganggap Shahidan menteri auta.

"Saya terkejut apabila pihak berwajib mengatakan saya bersetuju untuk mengadakan wacana ilmiah sedangkan saya sendiri masih beum menerima atau melihat surat jemputan itu.

"Adakah Islam mengajar kita untuk bersetuju tanpa melihat fakta sesuatu perkara. Auta sememangnya permainan orang yang fasik," ujarnya dalam kenyataannya semalam.

Menurut Zamihan, Shahidan memaklumkan perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak atasan tetapi apabila beliau merujuk kepada pejabat Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Shahidan sepatutnya berbincangan dengan TPM terlebih dahulu bukan pandai-pandai menetapkan tarikh sendiri iaitu pada 10 Februari.

Pada tarikh yang sama, Zamihan mendakwa beliau bertugas memulihkan penjenayah di Penjara Machang, Kelantan.

"Membuat keputusan tanpa merujuk tuan badan akan membuka ruang bagi menuduh saya takut untuk berdebat dengan Mohd. Asri pada tarikh berkenaan. Ternyata orang seperti ini mahir dengan seni auta," katanya.

Terdahlu, Shahidan memaklumkan diskusi limiah itu akan diadakan pukul 8 malam di Auditorium Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dan mungkin ada siaran langsung.

Zamihan dan Mohd. Asri sebelum ini saling tuduh menuduh termasuk dakwaan mufti itu berfahaman Wahabi manakala Zamihan pula dikatan pro Syiah.--MalaysiaGazette



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...