Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Derma RM2.6 Billion Tu Dari Anak Raja Abdullah Yang Memiliki PertoSaudi Ke?

Posted: 07 Feb 2016 08:30 AM PST


Skandal ini kalau berlaku 20 atau 30 tahun dulu, diera Mahathir menjadi Perdana Menteri mungkin mudah untuk ditutup.. tapi diera maklumat dihujung jari memang sukar malah boleh dikatakan tak mungkin ditutup begitu saja..

Dalam negara mungkin laporan yang disiarkan oleh media-media boleh dikawal oleh pihak berkuasa tapi Kerajaan dah tak ada kuasa untuk mengawal apa yang media luar laporkan..

Malangnya rakyat boleh membaca apa yang media luar laporkan tetapi media yang dikawal oleh Kerajaan tidak boleh atau dihalang melaporkan..

RM2.6 Billion yang didakwa sebagai derma oleh Peguam Negara, Najib dan Pemakan-pemakan dedak nya telah dinafikan sebagai derma tapi dikatakan sebagai satu pelaburan oleh Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir, maka dengan itu terpaksalah mereka merencanakan agenda seterusnya untuk memperbodohkan rakyat.

Dan rasanya apa yang disebut oleh Menteri Luar Arab Saudi ini masih belum diulas oleh Peguam Negara, Najib dan Pemakan-pemakan dedak nya..

Peguam Negara setakat ini hanya mendedahkan dari mana RM2.6 Billion yang dianggap sebagai derma yang telah dimasukkan ke dalam akaun Najib itu datang.. ini pun setelah Zahid Hamidi kantoi berbohong kepada rakyat Malaysia..

Kononnya dia secara peribadi telah menemui penderma RM2.6 Billion kepada Najib itu padahal Raja Arab Saudi yang kononnya ditemui oleh Zahid itu sebenarnya telah lama meninggal dunia..

Jadi mungkin sebab nak cover Zahid, Peguam Negara dedahkan individu yang menderma RM2.6 bilion kepada Najib Abdul Razak adalah‎ seorang putera kepada Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.

Bagaimanapun, beliau enggan memberikan identiti penderma tersebut.

"Kami tahu nama (penderma itu). Dia bukan Almarhum Raja Saudi tetapi anak raja itu. Dia masih hidup," katanya yang‎ dipetik dari laporan Sinchew Daily.

Tapi kalau kita lihat di wikipedia, dinyatakan Raja Abdullah mempunyai 18 anak,lapan lelaki dan 10 perempuan. Anak-anak lelakinya ialah Putera Khalid, Putera Mutaib, Putera Mishal, Putera Abdulaziz, Putera Turki, Putera Badr, Putera Saud dan Putera Bandar.

Putera Turki Abdullah Al Saud, salah seorang putera Almarhum Raja Abdullah yang merupakan pemilik syarikat PetroSaudi yang diketahui ada menjalin kerjasama dengan 1MDB..

Dengan itu.. timbul pula persoalan lain..



Jika benar sumbangan itu diterima itu daripada Putera Turki, bolehkah ia dianggap sebagai derma yang dibuat tanpa mengharapkan sebarang balasan sedangkan syarikatnya, PetroSaudi mempunyai perjanjian perniagaan dengan 1MDB yang mana Najib adalah Pengerusi Lembaga Penasihatnya?

Yang lebih misteri, jika benar wang yang diberi itu sebagai derma, mengapa pula sebahagian besar daripadanya dipulangkan semata-mata kerana tidak digunapakai?

Atau barangkali memang benar seperti yang dikatakan oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir bahawa wang itu bukannya derma, tetapi adalah suatu bentuk pelaburan.

Tetapi, jika ianya pelaburan, mengapa dimasukkan ke akaun peribadi dan kemudian dikembalikan?

Bukan aku saja yang mempersoalkan.. malah orang UMNO yang tak makan dedak juga turut mempersoalkan.. bacalah di ( SINI )

Mukhriz Mula Mendedahkan Mengenai 1MDB.. Bacalah!

Posted: 07 Feb 2016 07:33 AM PST


Kata Mukhriz sejurus selepas mengumumkan melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah beberapa hari yang lalu.."Sekarang saya rasa bebas dan merdeka, tetapi tidak akan mendiamkan diri.."

Hari ini beliau mengotakan apa yang dikatanya itu iaitu tidak akan berdiam diri mengenai isu dana RM2.6 Billion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib itu,

Melalui kenyataan media, Mukhriz mula membuat pendedahan mengenai 1MDB yang selama ini dismpannya..

Berikut adalah kenyataan media oleh Mukhriz itu:-

1.Sudah empat bulan berlalu sejak Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB di Istana Negara pada 7 haribulan Oktober, 2015. Kenyataan tersebut menyentuh mengenai keprihatinan Majlis terhadap "keresahan dan kebimbangan Rakyat apabila kredibiliti dan integriti Kerajaan dalam melaksanakan amanah Rakyat mentadbir negara" dikritik.

2.Jelas daripada kenyataan tersebut, Majlis melihat bahawa "keamanan dan kemakmuran negara yang perlu berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan Rakyat dapat hidup dalam harmoni" boleh terjejas teruk dengan kontroversi 1MDB.

3.Oleh itu, Majlis telah menitahkan semoga siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dan "penemuan siasatan dilaporkan secara lengkap dan telus supaya Rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan Kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran."

4.Persoalannya, setelah empat bulan berlalu adakah Kerajaan Persekutuan pimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak telah patuh kepada titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-raja yang merupakan harapan terakhir bagi Rakyat memohon dan merayu perlindungan, lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri telah tidak diyakini Rakyat?

5.Adakah dengan hanya beberapa kenyataan oleh Menteri yang dilihat mengkais ketepi titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, dan tiada respon dari Perdana Menteri sendiri sudah memadai untuk dianggap sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Majlis? Wajarkah titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ditepis sebegitu rupa tanpa apa-apa respon yang beradab dan munasabah?

6.Perlu diingatkan bahawa kenyataan Majlis berakar dari cambahan rungutan yang disembah maklum oleh Rakyat. Majlis tidak akan mengendahkan aduan dan rintihan daripada Rakyat jelata itu jika difikir ianya tidak berasas. Jelas sekali, apabila Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan yang ditujukan khas kepada Kerajaan Persekutuan mengenai 1MDB, ianya bukan sesuatu yang boleh diremeh dan tidak diendahkan.

7.Dalam ucapan saya di Istana Anak Bukit bagi menyembah tahniah bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh Rakyat Kedah Darul Aman sempena Ulang Tahun Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang ke-88 pada 17 haribulan Januari, 2016, saya telah sentuh perkara ini dengan ungkapan : " Bagi pihak seluruh Rakyat, Patik bimbang akan kemerosotan nilai penghormatan terhadap Institusi DiRaja dan Islam. Rakyat sentiasa menjunjung tinggi naungan Sultan sebagai payung negeri dan negara. Namun, apabila titah Tuanku tidak dijunjung, ianya membangkitkan kemarahan Rakyat kerana titah Sultan dan Majlis Raja-raja Melayu tidak boleh dipandang remeh. "

8.Pada ketika itu, saya sudah dapat lihat betapa titah Majlis Raja-raja tidak diambil serius oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan, walhal titah itu mencerminkan keresahan Rakyat. Malah sejak kenyataan tersebut dikeluarkan, tidak ada apa-apa perkembangan yang meyakinkan Rakyat bahawa siasatan ke atas isu 1MDB itu berjalan mengikut lunas undang-undang, dan satu kesudahan yang boleh diterima semua akan terhasil.

9.Sebaliknya, Perdana Menteri seolah-olah menjadi suara rasmi 1MDB, mempertahan segala tindakan 1MDB, dan cuba mengaburi pandangan Rakyat dengan pengumuman-pengumuman tidak relevan seperti pembayaran balik hutang-hutang 1MDB.

10.Di suatu majlis bersama rakan-rakan seperjuangan dalam UMNO di Saloma Bistro, Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada 11 haribulan Disember, 2015, saya telah sentuh mengenai keengganan dan kegagalan Perdana Menteri, Menteri-menteri tertentu dan Arul Kanda menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh pelbagai pihak yang resah dengan kes 1MDB. Walaupun secara berseloroh, namun maksud tersirat saya itu amat difahami oleh semua pihak yang mendengar ucapan tersebut. Malah, Dato' Seri Najib sendiri menyatakan kepada saya bahawa ucapan itulah yang menimbulkan rasa marah beliau terhadap saya, mengakibatkan saya dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah.

11.Pokok pangkalnya, soalan yang ada di dalam pemikiran seluruh Rakyat Malaysia, dan saya fikir termasuk Majlis Raja-raja juga ialah apakah yang terjadi kepada berbillion-billion wang Rakyat yang telah dipinjam dari cagaran aset negara dan dibelanja oleh 1MDB atas persetujuan dan kelulusan Pengerusi Panel Penasihatnya iaitu Perdana Menteri sendiri. Itulah soalan yang paling utama ditanya berulang-ulang kali oleh semua pihak.

12.Namun begitu, "jawapan" yang diberikan ialah bahawa dalam masa enam bulan lagi semua hutang-hutang itu akan dilangsaikan dengan penjualan saham anak-anak syarikat 1MDB dan aset.

13.Apabila soalan pokok tidak dijawab walaupun ditanya berulang kali, dan penerangan yang diberikan (termasuk melalui cetakan buku-buku oleh pihak JASA) tersasar dari soalan pokok dan cuba mengelirukan Rakyat dengan maklumat-maklumat yang tidak relevan, maka mahu tidak mahu terbentuklah andaian bahawa ada fakta dan kebenaran yang hendak disembunyikan oleh Dato' Seri Najib.

14.Oleh yang demikian, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan berlangsung pada 17 dan 18 haribulan Februari, 2016 ini, dengan penuh hormat dan takzimnya saya merayu kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku-Tuanku Sultan dan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua-Yang DiPertua Negeri semoga mengarahkan Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara, dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk melaporkan kepada Majlis Raja-Raja mengenai siasatan-siasatan mereka mengenai 1MDB secara telus dan benar tanpa melindungi mana-mana pihak.

15.Jika ini tidak dapat dilakukan, atau berlaku campurtangan oleh pihak yang disiasat, atau laporan-laporan yang diterima tidak dipercayai, maka saya merayu kepada Majlis Raja-raja untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB secepat mungkin.

16.Sesungguhnya, dalam tempoh lebih setahun ini, kes 1MDB dan lain-lain isu membabitkan Perdana Menteri telah membelenggu negara. Tahap keyakinan Rakyat terhadap kewibawaan dan integriti Kerajaan Persekutuan yang diterajui Dato' Seri Mohd Najib semakin terhakis apabila beberapa pihak berkuasa luar negara membuat kenyataan mengenai siasatan yang telah mereka lancarkan ke atas beberapa transaksi mencurigakan yang melibatkan 1MDB. Ini termasuklah siasatan yang dijalankan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland terhadap kes penyelewengan dana yang membabitkan 1MDB.

17.Sambil Rakyat meratapi nasib negara, dunia memerhati masalah demi masalah yang menimpa Malaysia, dan tertanya-tanya kenapa ini boleh berlaku dan apa kesudahannya. Rata-rata seluruh dunia mencemuh dan memandang serong terhadap Malaysia yang dikatakan antara negara yang paling korup sekarang. Adakah kita masih boleh memejam sebelah mata dan bersikap toleran lagi?




18.Perkara yang saya bangkitkan ini adalah soal kepentingan negara. Janganlah sesiapapun cuba mengalih perhatian Rakyat dengan mempolitikkan kenyataan saya ini. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala memberi petunjuk dan hidayah, melindungi negara dan seluruh warganya dari malapetaka, khususnya dari angkara manusia sendiri.

DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Mantan Menteri Besar Kedah Darul Aman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
ADUN Ayer Hitam

Tarikh : 07 haribulan Februari, 2016

Setia Kepada Parti Dan Negara, Bukan Individu Kata Rafidah Kepada Shahrizat Ke?

Posted: 06 Feb 2016 08:00 PM PST


Kesetiaan seharusnya ditujukan kepada negara dan parti, bukan individu, kata Tan Sri Rafidah Aziz, selepas Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil membidas beliau kerana dikatakan kurang menghormati kepimpinan parti.

Rafidah berkata beliau seorang ahli Umno yang komited dan tidak akan berhenti mengkritik sesiapa sahaja yang membuatkan orang mencurigai parti, tanpa mengira kedudukan mereka.

"TIADA SESIAPA perlu MEMINTA 'sokongan' untuk pemimpin sebagai INDIVIDU... Minta orang ramai menyokong PARTI.

"PARTI dan NEGARA TIDAK sepatutnya menjadi mangsa apa jua tindakan mereka yang berada dalam kedudukan sebagai pemimpin... tak kira TAHAP MANA SEKALI PUN," tulis bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu di laman Facebook beliau malam tadi.

Rafidah menggesa pengkritik beliau berhenti menafikan wujud keretakan dalam Umno dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap keadaan kepimpinan negara.

Beliau memberi amaran, dunia sedang memerhatikan pemimpin negara ini dan membuat kesimpulan mereka sendiri lapor The Malaysian Insider


Ahmad Bashah Yakin BN Menang Dua Pertiga PRU14 Nanti..

Posted: 06 Feb 2016 04:30 PM PST


Menteri besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bertekad Barisan Nasional (BN) negeri mampu memenangi dua pertiga kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu berkata, beliau yakin sasaran tersebut mampu dicapai sekiranya semua jentera Barisan Nasional (BN) dan Umno negeri bersama-sama bekerja keras sebelum PRU14 yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada akhir Ogos 2018.

"Nak dapatkan (menangi) kerusi, kami (wakil rakyat) kena turun, jumpa rakyat bagi penerangan dan kerja keras bukan duduk sahaja," katanya ketika berucap pada Program Mesra Jiran Perdana dan Menyemai Kasih Sayang di Alor Star.

Ketika ini 21 kerusi Dewan Undangan Negeri dipegang BN, PAS (8), PKR (4), DAP (2) dan Parti Amanah Negara (1).

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata walaupun beliau kini memegang jawatan menteri besar, beliau mahu rakyat dan pengundi khususnya di kawasan diwakilinya iaitu Bakar Bata terus mengekalkan hubungan kemesraan dengan dirinya seperti sebelum ini.

Beliau berkata jawatan tersebut bukanlah penghalang untuk memisahkan rakyat dengan dirinya, malah jelasnya beliau masih sama seperti dahulu.

"Saya tidak mahu bila dah jadi menteri besar ini mereka segan nak jumpa dan salam. Saya tak mahu pengundi ada perasaan itu kerana saya tahu keikhlasan sokongan dan kasih sayang mereka terhadap saya.

"Tapi saya nak elak protokol yang jauhkan rakyat dengan saya. Saya akan beritahu pegawai, saya Bashah yang dulu sama dengan sekarang," katanya.

Berhubung senarai exco kerajaan negeri yang baharu, Ahmad Bashah berkata, beliau ada memaklumkan perkara itu secara tidak rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata perbincangan rasmi mengenai perkara itu hanya boleh dibuat selepas cuti Tahun Baru Cina.

"Memandangkan setiausaha kerajaan negeri pun bercuti sehingga habis cuti Tahun Baru Cina ini, saya pun belum dapat bincang apa lagi dengan beliau. Lepas itu (cuti) baru kami boleh bincang mengenai perkara ini," katanya.

Beliau berkata selepas senarai exco dimuktamadkan, ia akan dipersembahkan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk diperkenankan lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...