Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Apa itu Ronald McDonald's House Charity Malaysia? #RHMC

Posted: 17 Feb 2016 06:14 AM PST




Pembaca pernah dengar mengenai Ronalds McDonald House Charity Malaysia? Sebuah badan kebajikan yang ditaja oleh McDonald's Malaysia, ia juga dikenali dengan nama singkatan RMHC.

RHMC ni bukan baru, telah ditubuhkan pada tahun 1990. Sepanjang tempoh 26 tahun ini, McDonald's telah menyalurkan sebanyak RM11 juta, dimana ia membantu sekitar 20,000 kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh negara.

Selain itu, McDonald's telah menyumbang lebih RM900 ribu kepada pelbagai rumah kebajikan di Malaysia menerusi kempen kutipan amal 'Prosperity Gives Back' yang telah dilancarkan sejak tahun 2011.

Apa fungsi penubuhan RMHC ni ya? Penulis percaya ramai yang tidak mengetahui kewujudan badan kebajikan ini. Disini kami akan menerangkan tugasan amal yang telah dilaksanakan oleh RMHC untuk memastikan kanak-kanak yang tidak bernasib baik mampu terus menikmati hidup seperti insan yang sempurna. Kerana bagi McDonald's setiap senyuman kanak-kanak itu amat berharga.

Empat program utama RMHC ialah:-

1. Ronald McDonald House (RMH-PPUKM)


Terletak di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Ronald McDonald House (RMH) menyediakan penginapan buat keluarga yang mempunyai anak menjalani rawatan di PPUKM (dan juga sekitar Kuala Lumpur). Sewa sebilik hanya untuk RM5 semalam. Tujuan utama kewujudan RMH adalah supaya ibu bapa berada lebih dekat dengan anak mereka yang menerima rawatan serta tidak menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk tinggal di hotel.



RMH mempunyai 19 bilik tidur, lengkap dengan dapur, perpustakaan, bilik air, tempat bermain untuk kanak-kanak dan bilik membasuh, Lebih 600 keluarga telah pun menikmati kemudahan yang disediakan di RMH ini. Dibuka 24 jam sehari selama 365 hari, RMH adalah satu penyelesaian buat keluarga yang memerlukan.

2. Ronald McDonald Gift of Smile

Senyuman seorang anak adalah segala-galanya bagi ibu bapa. Namun ada juga si kecil yang lahir dengan sumbing bibir dan lelangit atau dalam bahasa omputihnya 'cleft lip/palate'. Dianggarkan 1 daripada 700 bayi yang dilahirkan di Malaysia dikesan mengalami kecacatan ini.



3. Ronald McDonald Sensory Room

Namanya unik apa tu? Ia untuk kanak-kanak yang disyaki ada autisme. Autisme ini sangatlah luas spektrumnya. Ada yang masalah lambat cakap, tak ada eye contact dan masalah sensori. Sensori ini pulak ada macam-macam. Sentuhan, penglihatan, pendengaran, rasa dan juga bau. Untuk makluman, kos rawatan terapi autisme teramatlah tinggi. Oleh kerana itu, RMHC Malaysia telah menubuhkan Ronald McDonald Sensory Room atau Bilik Sensori.



4. Program Biasiswa Ronald McDonald

Dilancarkan pada tahun 1997, biasiswa Ronald McDonald telah pun membantu lebih daripada 500 kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah untuk meringankan bebanan keluarga mereka. Setiap tahun, lebih kurang 80 orang pelajar akan dipilih dan mereka akan diberikan elaun bulanan dan juga hadiah sekiranya mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan.



Best kan insiatif-insiatif yang telah dilakukan oleh Ronald McDonald House Charities Malaysia ini? Semua perbelanjaan untuk keempat-keempat projek utama ini adalah menggunakan derma serta sumbangan ikhlas daripada rakyat Malaysia menerusi tabung derma RMHC. Selain itu ada juga bantuan daripada badan-badan korporat dan juga sumbangan daripada McDonald's sendiri. Untuk tahun ini, ada sesuatu yang special yang dianjurkan oleh McDonald's Malaysia.


McDonald's Malaysia juga giat mempromosikan kempen "Show Your Stripes" bertemakan #DemiRMHC – I'm For the Kids! untuk mendapatkan lebih dana bagi meneruskan projek-projek di bawah empat inisiatif yang telah dijalankan selama ini.

Sekiranya anda mahu menjadi sukarelawan RMHC boleh rujuk kat SINI. Untuk menjadi sebahagian daripada penderma klik SINI.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...