Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Bantuan Untuk Kanak-Kanak Sumbing #RMHC

Posted: 18 Feb 2016 06:07 AM PST


Dalam posting yang lepas, penulis sudah menerangkan mengenai Ronald McDonald's House Charities (RMHC). Nak baca boleh klik SINI. Di posting berkenaan juga, penulis menceritakan mengenai RMHC mengutamakan 4 program untuk kebajikan masyarakat.

Salah satunya ialah Ronald McDonald Gift of Smile

Senyuman seorang anak adalah segala-galanya bagi ibu bapa. Namun ada juga si kecil yang lahir dengan sumbing bibir dan lelangit atau dalam bahasa omputihnya 'cleft lip/palate'. Dianggarkan 1 daripada 700 bayi yang dilahirkan di Malaysia dikesan mengalami kecacatan ini.

Oleh sebab itu, bagi memastikan kanak-kanak mampu memberi senyuman dan menikmati zaman kanak-kanak mereka, McDonald's melalui RMHC telah menaja kos rawatan kanak-kanak yang mempunyai masalah mulut sumbing atau cleft lip, lihat gambar adik Shakteesh di bawah, anda dapat lihat senyumannya yang penuh kegembiraan.



Adik Shakteesh sebelum ini merupakan pesakit bibir sumbing, jika diselidik semua kanak-kanak yang mengalami penyakit bibir sumbing ini malu untuk berkawan kerana mereka ini sering diejek oleh rakan-rakan mereka.

Penyakit sumbing ini biarpun tidak memberi kesan besar kepada tubuh badan tetapi sekiranya dibiarkan ia akan memberi kesan sangat besar kepada mental dan keyakinan seorang kanak-kanak, mereka akan kurang keyakinan diri dan malu berhadapan dengan masyarakat.

Selain berasa malu dengan kawan-kawan, pesakit bibir sumbing akan mengalami kesukaran untuk bertutur kerana mereka akan mengalami simptom suara sengau, dengan bantuan RMHC, kini adik Shakteesh sudah mampu tersenyum dan menjalani kehidupan sempurna seperti kanak-kanak yang lain..

RMHC telah menaja semua kos rawatan bagi memulihkan bibir sumbing sejak tahun 2004, RMHC telah membelanjakan lebih kurang RM 2 juta untuk membantu lebih kurang 350 orang kanak-kanak memulihkan bibir sumbing. Rawatan ini dinamakan sebagai projek "Gift Of Smile" telah membantu kanak-kanak yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Pembiayaan oleh RMHC ini dilakukan tanpa sebarang bayaran, pasti kanak-kanak yang telah dibantu akan ingat sumbangan RMHC sepanjang hayatnya.

Apa yang kami boleh bantu di sini ialah, sekiranya ada dalam kalangan anak-anak anda mengalami masalah bibir sumbing bolehlah memohon di lawaman web RMHC di SINI.

Segala maklumat lengkap tentang program "Gift Of Smile" ada di situ, pendapatan keluarga perlu dibawah RM3,000 dan rawatan akan dibuat antara Hospital Pantai Kuala Lumpur atau PPUKM..

Bantuan pemulihan bukan terhenti setakat pembedahan sahaja, ia akan meliputi rawatan susulan rawatan pergigian, Orthodontics Service dan terapi pertuturan ini semua dilakukan bagi memastikan kanak-kanak tersebut pulih dengan baik.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...