Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Ronald McDonald House Charities Malaysia Terus Membantu Kanak-Kanak!

Posted: 26 Feb 2016 11:19 PM PST


Kita sambung lagi kisah tentang badan kebajikan McDonald's atau yang lebih dikenali sebagai, Ronald McDonald's House Charities (RMHC). Dalam artikel yang lepas, penulis sudah menerangkan mengenai fungsi RMHC, boleh baca di sini, dan penulis mengulas mengenai 'Ronald McDonald Gift of Smile' yang merawat penyakit sumbing dikalangan kanak-kanak yang tidak bernasib baik. artikelnya boleh klik SINI.

Dalam posting kali ni penulis akan menerangkan program lain didalam RMHC ini.

Seperti,

Ronald McDonald House (RMH-PPUKM)


Terletak di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Ronald McDonald House (RMH) menyediakan penginapan buat keluarga yang mempunyai anak menjalani rawatan di PPUKM (dan juga sekitar Kuala Lumpur). Sewa sebilik hanya untuk RM5 semalam. Tujuan utama kewujudan RMH adalah supaya ibu bapa berada lebih dekat dengan anak mereka yang menerima rawatan serta tidak menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk tinggal di hotel.


RMH mempunyai 19 bilik tidur, lengkap dengan dapur, perpustakaan, bilik air, tempat bermain untuk kanak-kanak dan bilik membasuh, Lebih 600 keluarga telah pun menikmati kemudahan yang disediakan di RMH ini. Dibuka 24 jam sehari selama 365 hari, RMH adalah satu penyelesaian buat keluarga yang memerlukan.


Ronald McDonald Sensory Room

Siapa pernah dengar tentang autisme? Autisme ini sangatlah luas spektrumnya. Ada yang masalah lambat cakap, tak ada eye contact dan masalah sensori. Sensori ini pulak ada macam-macam. Sentuhan, penglihatan, pendengaran, rasa dan juga bau. Untuk makluman, kos rawatan terapi autisme teramatlah tinggi. Oleh kerana itu, RMHC Malaysia telah menubuhkan Ronald McDonald Sensory Room atau Bilik Sensori.


Menariknya di seluruh Malaysia, pada masa ini ada 20 buah Ronald McDonald Sensory Room yang boleh digunakan oleh kanak-kanak yang menghadapi perkembangan mental lewat. Bukan hanya di Kuala Lumpur, Ronald McDonald Sensory Room turut mempunyai cawangan di Kota Bharu, Melaka, Sabah, Perak dan Johor. Sejak 1999, sudah lebih daripada 5000 kanak-kanak yang mendapat faedah daripada kewujudan Ronald McDonald Sensory Room ini.


Program Biasiswa Ronald McDonald

Dilancarkan pada tahun 1997, biasiswa Ronald McDonald telah pun membantu lebih daripada 500 kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah untuk meringankan bebanan keluarga mereka. Setiap tahun, lebih kurang 80 orang pelajar akan dipilih dan mereka akan diberikan elaun bulanan dan juga hadiah sekiranya mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan.


Best kan insiatif-insiatif yang telah dilakukan oleh Ronald McDonald House Charities Malaysia ini? Semua perbelanjaan untuk keempat-keempat projek utama ini adalah menggunakan derma serta sumbangan ikhlas daripada rakyat Malaysia menerusi tabung derma RMHC. Selain itu ada juga bantuan daripada badan-badan korporat dan juga sumbangan daripada McDonald's sendiri.

McDonald's Malaysia juga giat mempromosikan kempen "Show Your Stripes" bertemakan #DemiRMHC – I'm For the Kids! untuk mendapatkan lebih dana bagi meneruskan projek-projek di bawah inisiatif yang telah dijalankan selama ini.

Sekiranya anda mahu menjadi sukarelawan RMHC boleh rujuk kat SINI. Untuk menjadi sebahagian daripada penderma klik SINI.

Siapa tahu sekarang orang memerlukan bantuan kita, tiba masanya, kita pula memerlukan bantuan dari orang lain.

Kenali Pemilik McDonald's Malaysia

Posted: 26 Feb 2016 11:18 PM PST


Tak ramai diantara kita yang kenal dengan pemilik McDonald's di Malaysia. Untuk artikel kali ini penulis ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan pembaca tentang McDonald's Malaysia.

Bagi mereka yang tidak tahu, lesen McDonald's di Malaysia dimiliki oleh Golden Arches Sdn Bhd. Namun, terdapat sebahagian restoran McDonald's di Malaysia dimiliki oleh francaisi warga tempatan. Lebih tepat lagi lebih 70 buah restoran McDonald's di Malaysia dimiliki dan diusahakan oleh sekitar 30 orang francaisi yang kesemuanya terdiri daripada warga tempatan.

Para francaisi ini merupakan usahawan tempatan yang telah melaburkan jutaan ringgit dan juga menjadi majikan kepada ribuan anak muda tempatan. Mereka ini adalah usahawan yang membangunkan ekonomi negara dengan membayar cukai dan menyediakan peluang pekerjaan kepada warga tempatan. Tidak ada lagi warga asing yang bekerja di McDonald's di Malaysia terutamanya di bahagian hadapan (Front End). Semuanya diberikan kepada anak tempatan.

Namun, apa yang menyedihkan adalah tindakan serta sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang cuba untuk menjalankan kempen boikot terhadap McDonald's. Namun apa yang puak - puak ini tidak faham adalah tindakan mereka ini hanya merugikan usahawan dan anak muda yang bekerja di McDonald's. Tidak ada apa - apa hubung kait antara McDonald's di Malaysia dengan negara Israel, yahudi atau seperti mana yang dituduh selama ini.

Jika dilihat dari geografi lokasi restoran McDonald's di Malaysia, restoran McDonald's terdapat di serata Malaysia termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah,Perlis dan Sabah. Malah, kebanyakkan rakyat di negeri - negeri ini adalah orang Islam dan mereka jugalah yang bekerja di McDonald's. Jika McDonald's di negeri ini diboikot dan seterusnya tutup, mana anak - anak ini mahu bekerja? Tidakkah golongan yang mahu memboikot McDonald's fikir akan perkara ini?

Jadi sebelum kita menilai kononnya perkara ini buruk, terlebih dahulu kita meneliti, siapa dibelakang McDonald's Malaysia. Fitnah pelbagai yang kita terima dan dengar, tidak semestinya ia betul. Sedangkan syarikat ini banyak menolong anak muda kita dinegara ini mencari pendapatan yang halal untuk menyara keluarga.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...