Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Nazri Dedahkan Kenapa UMNO Tidak Mungkin Bersatu Dengan PAS..

Posted: 01 Mar 2016 07:13 AM PST


Nazri Aziz ni ada orang kata dia sombong, angkuh, berlagak macam gengster dan macam-macam lagi lah.. orang kata tu.. bukan aku kata..

Tapi bagi aku dalam sombong, angkuh, berlagak dan macam gengster tu.. kadang-kadang aku suka cara dia bercakap.. belasah terus.. tak ada selindung-selindung..

Itu lebih baik dari depan kita dia cakap macam lain.. belakang kita cakap macam lain.. macam sorang lagi pemimpin UMNO tu..

Buat pengumuman kononnya kemasukkan 1.5Juta Bangla ditangguhkan.. tapi berlambak-lambak Bangla sampai ke airport..

Kali ni Nazri bercakap soal penyatuan antara UMNO dan PAS.. dia bentang secara jelas..

Baca dan fahamkan...

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz membantah sebarang rancangan bergabung kuasa dengan PAS.

Pendirian itu lantaran UMNO dan BN untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama dan bukan "untuk kepentingan Islam" semata-mata.

"Saya seorang manusia yang menghormati kemanusiaan…Apasal kita nak bermusuh? kita semua rakyat Malaysia."

"Bila kata PAS dengan Umno kena bersatu untuk kepentingan Islam. Bila kamu cakap macam tu, siapa musuh kamu? Musuh kamu bukan Islam lah kan?" katanya, dengan jari mencucuk langit menegaskan perkara itu.

"Kalau orang jumpa saya cakap kita kena bantai Cina saya tak suka," kata Nazri memberi contoh. "Kebetulan dia Cina, dia minta ke jadi Cina? Tuhan jadikan dia Cina.

"Orang bukan Islam pun sokong kita juga. Orang bukan Islam tak sokong kita, kita marah. orang Islam tak sokong kita, kita ajak bergabung. Mana boleh macam ni. Tak logiklah!" kata Nazri dalam satu wawancara.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini berlegar spekulasi perikatan atau penggabungan antara PAS dan UMNO. Spekulasi bertiup kencang selepas parti Islamik itu berpisah dengan bekas rakan sekutu, DAP.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan dirinya tidak mahu terlibat dengan himpunan anti-Najib yang dirancang diadakan pada 27 Mac depan, yang dijangka menemukan pemberontak UMNO dan pembangkang.

Hadi dilaporkan berkata meskipun beliau melawan parti UMNO, beliau mahu berhubungan baik dengan ahli-ahli UMNO.

Mengulas lanjut, Nazri berkata masalah dijangka berbangkit lantaran kedua parti itu bertembung dalam pilihan raya, terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar, lantas menyebabkan pembahagian kerusi hampir mustahil.

"Saya tak setuju dengan PAS dan UMNO parti politik. Pilihan raya nanti, kita bertanding di atas kerusi yang sama. Parlimen dan negeri. Macam mana nak bahagi?

"Macam kawasan saya, PAS mesti nak Lubuk Merbau. Kalau saya bagi Lubuk Merbau marahlah orang saya yang selama ni berentap lawan PAS di situ."

Nazri turut berharap PAS tidak akan bertolak-ansur dengan parti pembangkang lain, justeru menambahbaik kebarangkalian untuk UMNO dalam pilihan raya akan datang.

"Kita haraplah Amanah dan PAS ni tak kompromi. Pecah undi kita menang," katanya secara nakal lapor Free Malaysia Today

Jelaskan dia cakap?.. persoalan yang menjadi perhatian ramai.. "Pilihan raya nanti, kita bertanding di atas kerusi yang sama. Parlimen dan negeri. Macam mana nak bahagi?




Rasuah: "Masakan Pokok Semakin Bergoyang, Jika Tiada Angin Yang Meniupnya.. Titah Sultan Nazrin

Posted: 01 Mar 2016 04:30 AM PST


Kegagalan memerangi dan membanteras rasuah secara serius dan berkesan dibimbangi mampu melumpuhkan negara.

Demikian titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah sambil menyeru agar rasuah di negara ini ditangani dengan tegas oleh pelbagai agensi bertanggungjawab, tanpa gentar dan pilih kasih.

"Rasuah merupakan barah yang dikatakan sedang merebak dalam batang tubuh negara; rasuah bagaikan anai-anai yang sedang membusut besar dan semakin mereputkan tonggak-tonggak utama negara. Masakan pokok semakin bergoyang, jika tiada angin yang meniupnya.

"Kegagalan memerangi dan kegagalan membanteras rasuah secara serius, secara bersungguh, secara berkesan, secara komited, dibimbangkan berpotensi melumpuhkan negara, dan rakyat keseluruhannya terpaksa membayar dengan penderitaan dan kesengsaraan seperti dialami oleh rakyat di kebanyakan negara mundur."

Baginda bertitah pada majlis Anugerah Bisnes Utusan yang dianjurkan Kumpulan Utusan di sini, hari ini.

Baginda juga bertitah agar Kumpulan Utusan melalui bahan penerbitannya berperanan aktif dalam membantu membina sebuah pentadbiran dan sebuah negara bangsa yang sifar rasuah.

"Salah laku rasuah hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar, tanpa berat sebelah, kerana rasuah adalah rasuah tidak kira siapa yang melakukannya," titah Baginda.

Sultan Nazrin bertitah agar rakyat diasuh dengan budaya benci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukan rasuah.

"Warga perlu dididik untuk memandang rasuah dengan rasa amat jijik. Ruangan yang meningkatkan kesedaran tentang rasuah hendaklah disediakan.

"Contoh tokoh-tokoh yang bersih rasuah boleh dijadikan teladan sementara kisah-kisah pemimpin yang melakukan rasuah boleh dijadikan sempadan," titah Baginda lagi.

Indeks Persepsi Rasuah 2015 oleh Transparency International, meletakkan negara mencapai skor 50 daripada 100 markah dan negara berada pada ranking ke-54 daripada 168 buah negara yang dinilai lapor AstroAwani


AS$1 Bilion Deposit Dalam Akaun: Mahathir Mahu Najib Saman Jika Ia Tidak Benar..

Posted: 01 Mar 2016 01:22 AM PST


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta Datuk Seri Najib Razak menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan terbarunya yang mendedahkan perdana menteri menerima lebih AS$1 bilion dalam akaun peribadinya.

Jika beliau tidak berbuat demikian, katanya laporan itu akan dianggap mengandungi kebenaran.

"Jika ia tidak benar, perdana menteri perlu menyaman mereka kerana membuat laporan palsu. 

"Tetapi, jika beliau tidak melakukannya, apabila mereka boleh disaman di negara mereka sendiri, maka mesti ada kebenarannya dalam apa yang dikatakan itu," kata bekas perdana menteri itu.

WSJ dalam pendedahan terkininya hari ini melaporkan, perdana menteri menerima lebih daripada AS$1 bilion – lebih beratus juta daripada jumlah yang dikenal pasti sebelum ini.

Akhbar perniagaan berpangkalan di Amerika Syarikat itu berkata, memetik sumber, penyiasat global percaya, kebanyakan daripada wang itu berasal dari dana pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Berikut adalah laporannya..

The Wall Street Journal (WSJ) meneruskan siri pendedahan mereka berhubung akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, melaporkan perdana menteri sebenarnya menerima lebih AS$1 bilion – beberapa ratus juta lagi daripada yang dikenal pasti sebelum ini.

Akhbar perniagaan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu melaporkan, sumber mereka berkata penyiasat antarabangsa percaya kebanyakan dana itu berasal daripada syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

WSJ mula mendedahkan berhubung akaun peribadi Najib Julai tahun lalu tetapi masih lagi belum disaman perdana menteri yang menafikan semua tuduhan itu.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengatakan pada Januari "tidak terdapat bukti yang cukup" untuk mendakwa Najib bagi sebarang kesalahan membabitkan hampir AS$700 juta ditemui dalam akaun peribadinya.

Tetapi WSJ mengatakan maklumat penyiasat antarabangsa itu berbeza dengan kesimpulan peguam negara Malaysia. Peguam negara mengatakan AS$681 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib merupakan derma sah daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan sebahagian besar daripada dipulangkan semula.

Apandi berkata, ini merupakan salah satu daripada sebab mengapa Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku berkaitan deposit ke dalam akaun peribadinya.

Tetapi hari ini WSJ turut melaporkan penyiasat daripada 2 negara yang tidak dinamakan bersetuju hampir semua daripada AS$681 juta dikembalikan seperti diumumkan peguam negara.

Bagaimanapun, WSJ melaporkan penyiasat percaya wang itu berasal daripada 1MDB yang dinafikan secara konsisten digunakan untuk tujuan lain selain pelaburan.

WSJ berkata penyiasat percaya wang itu bergerak menerusi transaksi web kompleks dalam beberapa negara dan dengan bantuan 2 bekas pegawai Abu Dhabi, sebuah emiriah Teluk Parsi yang ada ikatan kuat dengan 1MDB.

"Penyiasat memfokuskan kepada entiti yang mereka percaya menjadi saluran penting; syarikat dengan nama hampir sama dengan syarikat milik Abu Dhabi bernama Aabar Invesments PJS," lapor WSJ.

Dalam pemfailannya, 1MDB dilaporkan membayar lebih sebilion dolar kepada Aabar – tanpa menyatakan nama penuh.

Tidak masuk ke syarikat milik Abu Dhabi itu, sebaliknya penyiasat percaya wang berkenaan ke syarikat yang mempunyai nama hampir serupa, didaftarkan di British Virgin Islands, dan selepas berpusing-pusing, AS$681 juta dapat dimasukkan ke akaun Najib, lapor akhbar itu.

1MDB ditubuhkan pada 2009 sebagai syarikat pelaburan strategik tetapi menjadi fokus beberapa penyiasatan tahun lalu selepas ia mengumpul hutang sehingga RM42 bilion. Siasatan bermula bukan saja di Malaysia tetapi juga di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong dan Abu Dhabi, menurut WSJ.

Tahun lalu, WSJ melaporkan sebahagian wang itu untuk projek yang membantu parti pemerintahan Najib, Barisan Nasional mengekalkan kuasa menjelang pilihan raya umum pada 2013 lapor The Malaysian Insider


Setelah Keluar UMNO, Blog-blog UMNO Mula Menyerang Mahathir..

Posted: 29 Feb 2016 10:00 PM PST


Walaupun tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Umno mendapat simpati akhbar asing, bekas perdana menteri itu kini diserang pula blog yang satu masa dulu mengagung-agungkannya. 

Blog pro-Umno seperti Unspinners, MyKMU.net dan The Flying Kick mendakwa tindakan bekas presiden parti itu tidak mengejutkan dan akhirnya akan merosakkan Umno.

Media asing sebaliknya, menggambarkan Dr Mahathir sebagai "sangat dihormati" dan "tokoh berpengaruh" dalam penerbitan seperti Sydney Morning Herald dan The Wall Street Journal.

Ia seperti satu nasib yang terbalik bagi ahli politik berusia 90 tahun itu yang pernah digambarkan sebagai diktator oleh akhbar asing apabila memecat bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Dr Mahathir keluar Umno semalam kerana mendakwa parti itu menyokong gejala rasuah presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

Ini kali ke-2 beliau berbuat demikian dalam tempoh satu dekad, yang pertama pada 2008, kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi ~ The Malaysian Insider


Sapa Punya Kerja Pulak Ni?

Posted: 29 Feb 2016 08:01 PM PST


Beberapa poster yang mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana memecat dua ADUN PKR sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri, muncul di Bukit Bendera dan Nibong Tebal.

Poster itu, dengan mesej "Lim Guan Eng: Tak Patut Pecat Ong Chin Wen dan Cheah Kah Peng", turut memaparkan gambar Lim, Ong dan Cheah.

Ketika diminta mengulas mengenainya, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan ahli-ahli partinya bertanggungjawab terhadap poster tersebut.

Mansor, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, tidak menolak kemungkinan bahawa poster itu mungkin dinaikkan oleh musuh Pakatan Harapan "untuk melemahkan kerajaan negeri".

Mansor merayu kepada penyokong PKR supaya bertenang dalam berdepan dengan cabaran terkini yang dihadapi parti itu di Pulau Pinang lapor MalaysiaKini



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...