Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib Sepatutnya Hulur Derma Kepada Arab Saudi Ni..

Posted: 10 Mar 2016 06:30 AM PST


Macam tak percaya pulak aku dengan laporan dari Reuters ni.. Najib kata dia dapat derma RM2.6 Billion tu dari keluarga DiRaja Arab Saudi..

Tiba-tiba hari ini dilaporkan Kerajaan Arab Saudi sedang mencari Bank yang sanggup memberikan pinjaman antara $6 hingga $8 Billion bagi menampung kekurangan dana mereka sekarang ini..

Saudi Arabia is seeking a bank loan of between $6 billion and $8 billion, sources familiar with the matter told Reuters, in what would be the first significant foreign borrowing by the kingdom's government for over a decade. 
Riyadh has asked lenders to submit proposals to extend it a five-year U.S. dollar loan of that size, with an option to increase it, the sources said, to help plug a record budget deficit caused by low oil prices. 
The sources declined to be named because the matter is not public. Calls to the Saudi finance ministry and central bank seeking comment on Wednesday were not answered ~ Reuters

Takkanlah keluarga DiRaja Arab Saudi tu tak boleh nak derma kat negara sendiri pulak kot?.. tak patriotik langsung!

Kalau Keluarga DiRaja Arab Saudi boleh bagi derma RM2.6 Billion untuk membantu UMNO/BN menang pilihanraya PRU13 dan membentu Kerajaan hari tu.. rasanya Najiblah individu yang paling sesuai untuk membantu Kerajaan Arab Saudi tu..

Bukan aku saja yang kata macam tu.. Rafizi pun bagi cadangan yang sama..

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini melahirkan kebimbangan bahawa Arab Saudi berkemungkinan meminta bantuan ekonomi dari Malaysia, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai sebarang urusan kewangan dengan kerajaan itu. 
"Jika Arab Saudi meminta bantuan sekarang, apakah kesannya kepada rakyat?" soal Rafizi ketika dihubungi Malaysiakini. 
Beliau mengulas laporan bahawa Arab Saudi sedang memohon pinjaman bank berjumlah antara AS$6 bilion (RM24.65 bilion) dan AS$8 bilion (RM32.86 bilion) untuk membantu menampung defisit bajet paling tinggi yang dicatatakan negara itu akibat harga minyak yang rendah. 
Ini kali pertama, kerajaan Arab Saudi memohon pinjaman selepas negara itu mencatatkan defisit yang dilaporkan mencecah hampir AS$100 bilion (RM410.83 bilion) pada tahun lalu. 
Mengulas lanjut, Rafizi yang juga naib presiden PKR secara sinis mencadangkan supaya Najib menjual beberapa aset Umno jika kerajaan Arab Saudi benar-benar memerlukan bantuannya. 
"Najib mungkin mahu pertimbangkan supaya Umno melelong asetnya bagi mengumpul dana membantu Arab Saudi. 
"Lagipun, kemenangan BN pada PRU 2013 adalah dari sumbangan Arab Saudi," katanya dalam nada menyindir .. laporan penuh sila baca di SINI

You help me.. I help you.. dah kemana sekarang?





Mereka Dikencing 'Orang Dacing' Setiap Kali Pilihanraya..

Posted: 10 Mar 2016 04:30 AM PST


Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Jenuk dan Bukit Tunggul mendedahkan bahawa mereka dijanjikan bekalan elektrik dan air bersih setiap kali pilihan raya.

Lina Abdullah, 63, berkata janji itu ditabur ahli politik yang bertandang ke kampung berkenaan setiap kali kempen pemilihan diadakan.

"Letih dah kami, ada 'orang dacing' ini setiap kali pilihan raya cakap mahu bagi bekalan elektrik dan air bersih tapi sampai sekarang tak ada apa-apa.



"Itulah kami pun hairan sebab kampung kami sebelah sahaja dengan Putrajaya tapi Putrajaya ada semua, kampung kami tak ada apa-apa," katanya ketika ditemui FMT, baru-baru ini.

Mohamad Amin Abdullah, 67, janji sama juga ditaburkan bahawa akan ada bekalan elektrik dan air bersih, namun ia kekal tiada dan penduduk kampung tetap menunggu.

Katanya, penduduk kampung sudah lama dahagakan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih.

"Perkara ini tidak patut berlaku, Putrajaya dekat sangat dengan kampung kami, tapi kampung ini tiada elektrik.

"Orang kampung di sini sudah macam cerita P Ramlee, tunggu punya tunggu, bulan tak timbul timbul," katanya.

Kadir Mohamad Amin, 32, berkata penduduk kampung sudah beberapa kali memohon bekalan elektrik dan air termasuk menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Sepang, tetapi tiada maklum balas.

Katanya, perkara itu amat dikesali dan menyebabkan penduduk kampung Orang Asal di kawasan Dengkil merasa diabaikan sekali pun mereka rakyat negara ini.

Harga Barang Naik Sebab Peniaga Tak Percaya Tuhan Kata Menteri?

Posted: 10 Mar 2016 12:00 AM PST


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin menyalahkan peniaga yang tidak mempercayai Tuhan sebagai punca berlakunya kenaikan harga barang.

Hamzah berkata sekiranya peniaga tersebut mempunyai agama, mereka akan mengamalkan etika berniaga dan tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati.

"Masalahnya mereka yang tak percaya Tuhan selalu akan naikkan, yang percaya pada Tuhan selalunya dia akan mengikut amalan beretika dan tidak akan naik harga," kata Hamzah semasa menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kepong Tan Seng Giaw.

Tan dalam soalannya bertanya adakah kenaikan harga yang melanda dalam negara dibuat Tuhan dan mempersoalkan langkah Putrajaya dalam mengatasi isu disiplin penguat kuasaan mereka.

"Adakah harga naik ni di tangan Tuhan? Apakah tindakan berkesan yang akan diambil selain mahkamah khusus dan jawab panjang lebar dalam Dewan untuk integriti dan disiplin 2000 penguat kuasa," soal Tan.

Hamzah berkata Tuhan tidak pernah menyuruh sesiapa menaikkan atau menurunkan harga barang. 

"Saya nak beritahu Tuhan tak pernah pun menyuruh sesiapa naik harga atau turun harga," katanya. 

Orang ramai terjejas dan terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang semakin membebani kehidupan mereka, terutama selepas pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Putrajaya pada awalnya berkata pengenalan cukai pengguna tersebut tidak akan membebankan namun sebaliknya berlaku apabila orang ramai terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi lapor The Malaysian Insider



Dua Pemimpin UMNO Permatang Pauh Dituduh Ambil Rasuah

Posted: 09 Mar 2016 10:15 PM PST


Dua pemimpin Umno Permatang Pauh, termasuk pemimpin pemudanya didakwa di Mahkamah Seksyen Alor Setar, Kedah atas tiga pertuduhan berkaitan rasuah.

Bendahari Umno Permatang Pauh, Nor Azamuddin Ahmad dan naib ketua pemuda bahagian sama, Farid idris Khan didakwa melakukan kesalahan tersebut di Persiaran KTC 4/3, Kulim Techno City Golf View, Kulim pada 2014.

Sinar Harian melaporkan, Nor Azamuddin didakwa melakukan kesalahan pertama pada Mei 2014 dengan mengambil suapan bernilai RM45,000 daripada seorang ahli perniagaan.

Suapan itu adalah sebagai dorongan untuk mendapatkan kuota beras standard tempatan dengan (15 peratus hancur) daripada sebuah syarikat pada Mei 2014 sebanyak 100 tan metrik untuk perniagaan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Nor Azamuddin didakwa menerima suapan masing-masing sebanyak RM45,000 daripada individu sama pada Jun dan Julai 2014.

Sementara itu, Farid dituduh bersubahat dengan Nor Azmuddin pada Mei 2014 dan mengulangi kesalahan itu pada Jun dan Julai di lokasi yang sama.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang dibaca bersama Seksyen 28 Akta yang sama dan boleh di hukum mengikut Seksyen 24 dalam akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan masing-masing boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut peruntukan hukuman yang lebih tinggi. 

Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Zulhazmi Abdullah menetapkan kedua-dua mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan 3 Mei untuk sebutan semula kes lapor MalaysiaKini



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...