Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Balu PI Bala Mohon Maaf Kepada Rosmah Selepas Dijanjikan Bantuan RM20,000?

Posted: 12 Mar 2016 07:43 AM PST


Balu kepada bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam hari ini memohon maaf kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana menuduhnya dalam kematian suaminya tetapi meninggalkan sidang media dengan tergesa-gesa.

A Santamil Selvi membacakan permohonan maafnya di pejabat Persatuan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pimpinan Ramesh Rao Naidu di Petaling Jaya, Selangor tetapi meninggalkan sidang media selepas tidak dapat menjawab soalan pemberita.

Selvi turut mengaku menemui Ramesh selepas dijanjikan bantuan bagi membiayai pendidikan anaknya sebanyak RM20,000 sebelum bersetuju mengadakan sidang media hari ini.

Dalam kenyataannya, Selvi menyalahkan beberapa individu termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana tidak menunaikan janji untuk membantu keluarganya selepas kematian suaminya pada 2013.

Beliau kemudiannya berkata, akaun bersumpah (SD) suaminya mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah dengan pembunuhan adalah benar.

Dalam SD pertama Balasubramaniam pada 3 Julai 2008, beliau melibatkan Najib yang ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibu.

"Masa suami saya mati, saya rasa tension jadi saya salahkan Datin Seri Rosmah.

"Cukup 15 haribulan ini 3 tahun suami saya tiada, tapi tak ada seorang pun datang bertanya cukupkah makan dan minum

"Saya minta maaf pada Datin Seri Rosmah sebab cakap dia bunuh suami saya," katanya.

Ditanya jika beliau turut meminta maaf kepada Najib, Selvi berkata beliau hanya meminta maaf kepada Rosmah.

"Tak. SD (akuan bersumpah) Bala adalah benar," jawabnya.

Beliau terus ditanya pemberita jika beliau kekal dengan pengakuan mendiang suaminya yang mendakwa Abdul Razak Baginda dan Najib mempunyai hubungan dengan mangsa pembunuhan Altantuya Shaaribu, Selvi menjawab:

"I come here today for my children's education. Not for the SD," katanya.

Beliau kemudian terus diasak pemberita dengan pertanyaan sama ada sidang media hari ini adalah konspirasi bagi membela Najib.

Pada masa ini, Ramesh Rao mencelah dan bertikam lidah dengan pemberita berkenaan.

"Apa benda mengarut yang awak cakap ini? Kami di sini untuk membantu wanita ini dan awak bercakap macam orang bodoh.

"Awak dibayar PKR untuk melakukan provokasi?" soal Ramesh.

"Saya tak dibayar sesiapa kecuali majikan saya," jawab pemberita asing itu.

Pada masa ini juga Selvi terus bercakap dan mendakwa beliau pernah cuba memohon bantuan daripada PKR selepas dibawa berceramah bersama mereka tetapi permohonannya tidak diendahkan.

"Saya pergi kepada PKR untuk mendapatkan wang tapi tak dapat, jadi hari ini saya ke sini untuk mendapatkan wang," katanya.

Selvi kemudiannya disoal sekali lagi jika beliau turut meminta maaf kepada Najib.

"Sebab saya cakap dia bunuh suami saya. Yang Bala punya SD itu I tak campur," katanya.

Ditanya lagi jika beliau benar-benar hanya meminta maaf kepada Rosmah, Selvi berkata:

"Saya cakap saya minta maaf kepada Datin Rosmah sahaja. So, pada husband and wife tetapi yang I maksudkan Rosmahlah.

"Sekarang I nak berhenti di sini sebab saya datang hendak minta bantuan untuk anak-anak saya sahaja. Saya tak mahu buka cerita-cerita lain OK. Sorry."

Pada waktu ini Selvi meninggalkan kerusinya tetapi terus cuba diasak soalan tentang jumlah keseluruhan bantuan kewangan yang diperlukan.

Kelihatan berang diasak dengan soalan, Selvi bersuara dengan nada tinggi.

"Saya datang ke sini untuk pendidikan anak saya. Itu sahaja!

"Cuma RM20,000. PKR tak boleh bagi RM20,000 jadi saya datang ke pejabat ini untuk pendidikan anak-anak saya. Itu sahaja!

"Saya hendak ambil beg saya dan tiada lagi sebarang soalan!"

Suami Selvi, Balasubramaniam yang kebih dikenali sebagai PI Bala meninggal dunia pada 15 Mac 2013 akibat sakit jantung.

Wang RM20,000 yang didakwa diperlukannya adalah bagi membiayai pendidikan 2 orang anaknya berusia 18 dan 19 tahun lapor The Malaysian Insider
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...