Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Selepas Najib Mengaku Berdarah Pahlawan.. Ku Nan Pulak Mengaku Keturunan Pejuang..

Posted: 13 Mar 2016 05:30 AM PDT


Jika Presiden UMNO suatu masa lalu mengaku dirinya adalah keturunan Pahlawan Bugis, Hari ini seorang lagi pemimpin UMNO mengaku turut mempunyai darah pahlawan..

Najib dikatakan datang dari keluarga di raja Kabupaten Gowa di Sulawesi selatan, beliau sendiri mendapat gelaran "Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone" pada tahun 2005 yang menjadikan beliau "Pahlawan Gowa".

Malangnya pengakuan Najib kononnya dirinya berdarah Pahlawan itu dipandang sinis oleh kebanyakkan dan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Affifuddin Omar turut mempermainkannya..



Dalam forum di Petaling Jaya Mei tahun lalu, Affifuddin yang masih lagi ahli UMNO menasihatkan Najib agar berhenti bermimpin seolah-olah beliau adalah pahlawan Bugis.

"Kalau ikut sejarah, orang Bugis tak melawan sangat dulu. Yang kuat melawan, orang Aceh. Orang Aceh diam saja, tak bercerita.

"Orang Bugis kalau di laut kuat menyamun saja, tak payahlah bermimpi jadi pahlawan Bugis," katanya yang disambut gelak ketawa peserta forum.

Dan hari ini muncul Ku Nan mengaku bahawa dirinya berdarah Pejuang..

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui darah yang mengalir di dalam tubuhnya tidak pernah tunduk dan mengalah pada asakkan mana-mana pihak.

Ini kerana beliau dan keturunannya yang berasal dari Acheh merupakan pejuang negara dan juga agama Islam.

"Lihat sejarah Acheh di mana Tengku Nyah Abu pergi dan inilah cucu dia, pejuang Islam, pejuang yang pertahankan tanah air.

"Datuk dan nenek saya tidak pernah tunduk kepada Belanda. Sebab itu saya kuat, darah itulah yang mengalir," katanya sewaktu berucap merasmikan Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Batu, hari ini.

Menurut Setiausaha Agung UMNO itu lagi, isu gelaran Tengku ini bukanlah isu baru memandangkan beliau pernah menjelaskan perkara ini sejak zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam UMNO lagi.

"Pada 1982, saya pernah cakap ketika bertanding sebagai exco pemuda, saya bukan Tengku dari Malaysia, saya keturunan Acheh, orang Islam yang datang ke bumi Malaysia," ujar beliau lagi.

Tengku Adnan yang mesra digelar Ku Nan turut menyedari bahawa gelarannya itu menjadi perbualan sesetengah pihak.

"Saya tahu, bila saya cakap lepas ini saya kena, sehinggakan keturunan saya mereka bangkitkan," kata beliau lagi.

Sebelum ini, Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendakwa, gelaran itu palsu dan bukannya gelaran yang berasal daripada keturunan lapor Free Malaysia Today

Orang kata.. anak seorang Imam belum tentu akan menjadi Imam.. Anak Ustazpun belum tentu akan menjadi Ustaz atau mengikut sepenuhnya apa yang disampaikan bapanya.. Inikan pulak cucu-cicit.. Dah semakin jauh dah tu..

Pahlawan konon..  pejuang Islam, pejuang yang pertahankan tanah air konon... masa Jepun menyerang Malaysia dulu tu kat mana Ku Nan dan keturunannya?

Tak adapun aku terbaca dalam mana-mana buku sejarah kaum kerabat Ku Nan dari UMNO ini yang mempertahankan Tanah Melayu.. yang ada cuma Leftenen Adnan.. bukannya Ku Nan..

Podah!! Najib mengaku ada darah Pahlawan.. dia pun mengaku ada darah pahlawan..



Wartawan Australia Ditahan Selepas Soal Najib Tentang Skandal Rasuah?

Posted: 12 Mar 2016 11:32 PM PST


Krew agensi media Australia ABC Four Corners ditahan di Malaysia semasa melaporkan "isu politik tempatan" kata syarikat itu, lapor The Sydney Morning Herald (SMH).

ABC bagaimanapun masih belum mengesahkan siapa yang ditahan tetapi dipercayai wartawan Linton Besser dan jurukamera ditahan dan dibebaskan beberapa jam selepas menghadiri sidang media di Malaysia.

"Mereka tidak didakwa dengan sebarang kesalahan," kata jurucakap ABC seperti dilaporkan SMH.



Penerbit Eksekutif ABC Four Corners Sally Neighbour menulis di Twitter, kedua-dua wartawan itu ditahan selepas bertanya soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuching semalam.

Wartawan tersebut berlepas ke Kuching pada hari sebelumnya dan mahu bertanyakan soalan kepada Najib mengenai dakwaan wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya sewaktu perdana menteri mengunjungi Kampung Haji Baki.

Bagaimanapun, Najib tidak menjawab pertanyaan wartawan itu dan pasukan keselamatan kemudiannya meminta mereka beredar.

Mereka kemudiannya kembali ke hotel penginapan tetapi sepasukan anggota polis dari Kota Sentosa melakukan tangkapan tidak lama kemudian.

Kakitangan kedutaan Australia di Kuching melantik seorang peguam untuk mengendalikan kes penahanan itu.

Mereka di siasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam yang melakukan urusan rasmi.

Hukuman, sekiranya didapati bersalah, ialah 2 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum berlepas ke Kuching, kedua-dua wartawan warga Australia itu membuat liputan sidang media A Santamil Selvi, balu kepada penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam satu kenyataan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M M Sree Shunmugan berkata, kedua-dua wartawan yang didakwa menghalang penjawat awam sedang bertugas, dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi selepas keterangan diambil.

Kumar berkata, mereka melangkaui garis keselamatan dan agresif ketika cuba menghampiri Najib yang melawat Masjid Darul Ehsan di Kampung Haji Baki, Kota Sentosa, pada kira-kira 8:35 malam.

"Kedua-dua mereka kemudiannya ditangkap kerana gagal mematuhi arahan polis untuk tidak melangkaui garisan keselamatan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kedua-dua wartawan itu, yang berumur 51 dan 39 tahun, dibawa ke Balai Polis Daerah Padawan untuk disoal siasat.

Mereka tiba di Malaysia pada 5 Mac dan di Kuching pada 12 Mac untuk membuat liputan lawatan rasmi perdana menteri ke Sarawak.

Bagaimanapun kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak dinafikan Peguam mereka..

Dua wartawan agensi media Australia ABC Four Corners yang ditahan pihak polis di Kuching semalam menafikan sebarang salah laku, kata peguam mereka Albert Tang.

"Mereka hanya menjalankan tugas mereka dan bertanya kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) soalan. Mereka berhenti berbuat demikian apabila diarahkan.

"Mereka menafikan sebarang tuduhan menghalang sesiapa dan tidak ada garis keselamatan," kata Tang kepada The Malaysian Insider.

Sally Neighbour, penerbit eksekutif program itu berkata di Twitter, kakitangan mereka ditahan "selepas cuba menyoal perdana menteri tentang skandal rasuah."

Wartawan itu merupakan Linton Besser, 39, dan Louis Eroglu, 51 - cuba mendekati Najib yang dalam lawatan rasmi ke Masjid Darul Ehsan di Kampung Haji Baki, Kota Sentosa, pada kira-kira 8:35 malam tadi.

Tang berkata, wartawan itu bertanya kepada Najib, tetapi beliau tidak mengetahui apakah soalannya

Tang berkata beliau dihubungi Konsular Australia sekitar 11 malam untuk membantu kedua-dua mereka yang ditahan pihak polis di hotel sebelum ini.

"Mereka memberi kerjasama yang sangat baik dengan pihak polis," kata Tang.

Besser dan Eroglu dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 3 pagi selepas keterangan mereka diambil.

Pasport mereka dirampas sementara menunggu siasatan polis dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis pada 16 Mac lapor The Malaysian Insider

Persoalannya... jika dikatakan wartawan itu  melangkaui garis keselamatan dan agresif ketika cuba menghampiri Najib.. kenapa mereka ditahan hanya setelah mereka balik ke Hotel?

Sepatutnya sebagai langkah keselamatan.. wartawan-wartawan itu perlu ditahan sejurus berkelakuan sedemikian bukannya setelah berkelakuan sedemikian..

Bodyguard Najib yang ada tujuh atau lapan orang tu buat apa?.. kenapa mereka tidak bertindak sewaktu kejadia?.. takkan depa tidur kot?..



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...