Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Jamil Khir Ni.. Ugut Pendeposit Tabung Haji Ke?

Posted: 14 Mar 2016 08:35 AM PDT


Pendeposit Tabung Haji (TH) yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama wang simpanan mereka, akan hilang giliran menunaikan haji sehingga 70 tahun, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pendeposit yang mengeluarkan simpanan mereka akibat percaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap TH baru-baru ini, akan secara automatik keluar daripada giliran menunaikan haji, jika mereka turut mengeluarkan deposit daftar haji.

Pendeposit perlu meletakkan deposit RM1,300 daripada wang simpanan untuk pendaftaran haji dan diberikan tarikh peruntukan haji mengikut giliran.

Mereka juga terjejas akan ruang mendapat dividen dan bonus jika mengeluarkan semua wang simpanan mereka, katanya.

"Bila mereka keluarkan deposit, dia keluarkan dirinya daripada giliran menunaikan haji...bila mereka tarik diri dan kemudian daftar semula, dia terpaksa menunggu pula mungkin lebih daripada 70 tahun," katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin).

"Ada 8.8 juta pendeposit yang hendak menunaikan haji dan menyimpan dengan TH kerana mereka lebih selesa akan dividen simpanan yang tinggi serta sistem yang mematuhi syariah," katan Ahmad.

Beliau membangkitkan kesan yang diterima TH susulan surat yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) kepada organisasi itu, yang diputar-belit sesetengah pihak.

Jamil Khir berkata penyebaran surat dari BNM melalui media telah menyebabkan TH dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan rambang, analisis 'separuh masak' dan andaian negatif pelbagai pihak sehingga pendeposit TH menjadi mangsa.

"Situasi ini juga menyebabkan imej dan reputasi TH sebagai pengurus haji dan dana Islam yang cemerlang di Malaysia telah tercemar akibat daripada tuduhan-tuduhan tidak berasas ini," katanya.

Terdahulu menjawab soalan asal Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Jamil Khir menegaskan bahawa melalui surat maklum balas BNM bertarikh 26 Jan lepas, bank pusat itu berpuas hati bahawa TH secara proaktif melalui inisiatifnya telah mengambil langkah sewajarnya untuk memperkukuhkan pengurusan risiko dan kedudukan kewangan TH.

Katanya kenyataan BNM bahawa nilai aset TH hanya cukup untuk membayar 98 sen bagi setiap ringgit nilai liabiliti pula hanya merujuk kepada sebahagian aset TH iaitu Aset Yang Tersedia Jual.

"Namun begitu TH masih mempunyai aset-aset tidak dinilaisamakan melalui aset dalam anak syarikat, syarikat bersekutu, syarikat kerjasama dan aset-aset hartanah dengan nilai keseluruhan aset-aset TH yang dinilaisamakan adalah positif dan melebihi liabiliti TH pada Disember 2015," kata Jamil Khir.

Beliau berkata nilai portfolio aset boleh direalisasi TH pada 31 Dis 2015 adalah sebanyak RM60 bilion, melebihi liabiliti dan dana pendeposit iaitu sebanyak RM59.3 bilion.

Katanya kedudukan kewangan TH bagi tahun 2015 adalah kukuh walaupun mendapat teguran BNM dan tertinggi sejak ditubuhkan dan pembayaran bonus bagi tahun 2015 lebih tinggi dariapda tahun-tahun antara 1994 hingga 1999.

"Purata pembayaran bonus antara tahun 1994 hingga 1999 adalah di bawah RM550 juta, manakala pembayaran bonus untuk 2015 berjumlah RM3.2 bilion," katanya ~ MMO



Selamat Tinggal Daripada The Malaysian Insider..

Posted: 14 Mar 2016 05:30 AM PDT


Selamat tinggal semua pembaca yang jauh dan dekat, dan kepada mereka yang membaca kami di Malaysia meskipun mendapat sekatan daripada kerajaan.

The Edge Media Group membuat keputusan menutup The Malaysian Insider bermula tengah malam hari ini, atas alasan komersial. Mungkin ini masa yang sesuai kami bersiaran secara offline bermula bulan ini.

Saya berharap kami sudah memberikan khidmat terbaik kepada anda sejak hari pertama penerbitan langsung kami pada 25 Februari, 2008. Dan saya berharap yang lain akan terus memberikan perkhidmatan kepada anda ketika ketiadaan kami.

Kami bekerja sebagai wartawan yang tidak berat sebelah untuk memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dan pembaca lain supaya mereka beroleh keputusan yang baik. Kami bekerja untuk membolehkan suara semua pihak didengar.

Tetapi kerja kami di The Malaysian Insider kini berakhir dalam Malaysia yang pada masa ini memerlukan lebih banyak lagi kejelasan, ketelusan dan maklumat.

Semuanya sudah diluahkan dan dibuat, saya mengucapkan terima kasih kepada setiap daripada anda di Malaysia, seluruh dunia, dan kepada mereka yang bersama dengan The Malaysian Insider dari hari pertama hingga kini atas segala sokongan, ucapan dan kritikan sepanjang 8 tahun dan 18 hari yang hebat untuk The Malaysian Insider.

Saya tidak akan berhenti menulis, saya tidak akan berhenti merakamkan gambar, saya tidak akan diam dan saya tidak akan pejam mata atau memekakkan telinga terhadap apa yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia. Dan saya minta anda buat perkara yang sama.

Dan saya akan selalu jadi peminat tegar portal berita yang bernama The Malaysian Insider.

Selamat tinggal... dari Jahabar Sadiq



Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang menyifatkan The Malaysian Insider (TMI) adalah mangsa terbaru pemerintahan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri..

"Najib dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak mungkin bangga dengan pencapaian mereka menyebabkan 'kematian' TMI, terutama dengan tindakan kerajaan menyekat portal berita itu bulan lalu. 
"Tetapi bagi rakyat yang mampu berfikir, tiada apa yang patut digembirakan tetapi perasaan dukacita yang amat besar berhubung kematian TMI," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Edge Media, Ho Kay Tat mengesahkan bahawa portal berkenaan tidak menerima sokongan komersial yang mencukupi bagi memastikan ia dapat berterusan.

Kumpulan The Edge Media, katanya, mengalami kerugian kira-kira RM10 juta dalam tempoh 20 bulan sejak ia mengambil alih portal itu pada Jun 2014.

Harta PapaGomo Disita Mahkamah..

Posted: 14 Mar 2016 03:00 AM PDT


Harta pengendali blog kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo akan disita dan dilelong kerana gagal menjelaskan ganti rugi berjumlah RM850,000 selepas kalah dalam kes saman fitnah bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Writ sita dan lelong dihantar hari ini oleh peguam Anwar, Latheefa Koya yang ditemani pegawai mahkamah di kediaman Papagomo di Villa Danau Apartment, Danau Kota.

Bagaimanapun, Papagomo tidak berada di kediamannya untuk menerima writ tersebut.

"Kami akan datang semula untuk menyerahkan notis ini dan akan mendapatkan tarikh baharu daripada mahkamah," kata Latheefa.

Anwar pada 2014 menang kes samannya terhadap Papagomo berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkannya (Anwar) dalam video seks di blog berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop memerintahkan Papagomo membayar ganti rugi RM800,000 dan yuran peguam RM50,000 kepada Anwar.

Pada Mac 2013, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Papagomo menyiarkan 4 siri perkataan fitnah di laman blog miliknya.

Anwar memfailkan saman terhadap Papagomo kerana dengan salah dan berniat jahat menyiarkan perkataan lucah dan melampau mengaitkan dirinya.

Dalam penyataan tuntutan itu, defendan meletakkan beberapa pautan web yang memaparkan satu siri imej dengan mengatakan lelaki itu adalah Anwar.

Menurut penyata tuntutan itu, defendan turut menulis perkataan memfitnah, lucah dan mencarut termasuk membabitkan isteri, anaknya, Nurul Izzah dan menantunya yang kononnya terlibat dalam aktiviti homoseksual.

Terdahulu minggu lalu, Papagomo juga didenda RM4,300 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana mencederakan seorang buruh warga Pakistan di Wangsa Maju pada Januari lepas, dengan rakaman videonya menjadi viral di laman sosial ... laporan dari The Malaysian Insider



Media Indonesia Dedah Kemewahan Rumah Anak Ku Nan.. (Video Inside)

Posted: 13 Mar 2016 10:30 PM PDT


Selepas Dafi Ismail Sabri dan Najwa Mahiaddin menjadi anak menteri yang bergelar penyanyi dalam industri hiburan Malaysia, kini tiba giliran anak kepada Menteri Wilayah Perseketuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendominasi karier itu.

Dikenali sebagai Nadira Adnan, Murai Batu difahamkan dia semakin 'ngetop' dan popular di Indonesia malah mempunyai single tersendiri.

Nadira juga dikhabarkan telah mempunyai single duet bersama anak komposer terkenal Indonesia iaitu Ahmad Dhani yang berjudul Cinta Datang & Pergi. 

Anak Ahmad Dhani itu ialah Al-Ghazali dan lagu mereka juga kini mendapat respons positif peminat-peminat di sana dan turut mendapat undangan nyanyian di program TV di sana.

 Apa-apa pun, walaupun Nadira anak kepada orang yang berpengaruh di Malaysia, minatnya dalam bidang nyanyian tidak wajar kita pertikaikan malah usahanya mengembangkan bakatnya di Indonesia sangat bagus.

Almaklumlah, untuk menebusi pasaran di sana amat susah oleh penyanyi tempatan, jadi sebagai peminat muzik, marilah kita menyokong bakat muda kita ~ Murai

...Megah, Mewah dan Besar.. begitulah rumah putih bergaya Eropah PENDATANG BARU Nadira Adnan..

 


Baru jadi artis saja rupanya dia.. ingatkan dah berpuluh album dia hasilkan, cuma dua single saja.. duit siapa buat rumah tu?



Pelik Ni.. Orang Melaka Pun Tak Tahu Ada Gelaran 'Tengku'?

Posted: 13 Mar 2016 07:58 PM PDT


Di sebalik Khairuddin Abu Hassan yang kerap mempertikaikan awalan nama "Tengku" yang digunakan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar pula melahirkan rasa hairannya dengan gelaran yang dipakai pemimpin UMNO itu.

"Saya berasal dari Melaka, setahu saya tidak ada orang Melaka yang bergelar "Raja" atau "Tengku" kerana Kesultanan Melaka sudah berakhir sejak kira-kira 500 tahun dulu lagi," katanya.

Lantaran itu, katanya, beliau benar-benar hairan bagaimana Tengku Adnan yang keluarganya dikatakan berasal dari Tengkera, Melaka ada gelaran "Tengku" tersebut.

"Adakah beliau sebenarnya merupakan keturunan atau ada hubungan darah dengan Sultan Melaka yang sekarang heboh diperkatakan mahu menuntut takhta di negeri itu?" soal Tamrin lagi.

Menurut Tamrin, sebagai pemimpin kanan UMNO dan kerajaan, rakyat berhak mengetahui asal usul dan salasilah sebenar Tengku Adnan kerana ia mencerminkan intergriti dirinya di mata khalayak umum.

Katanya, beliau juga ada mendengar cakap-cakap bahawa Tengku Adnan menambah gelaran "Tengku" pada awalan namanya dan nama bapanya hanya selepas berkahwin dengan kerabat Diraja Pahang.

"Saya tidak mengetahui dengan pasti perkara itu, tetapi jika ianya benar, adakah nama datuk dan moyangnya juga ditambah dengan gelaran "Tengku" sama?" tanya Tamrin lagi.

Apa pun, menurut Tamrin, untuk mengelakkan perkara itu terus menjadi bualan rakyat, ada baiknya Tengku Adnan sendiri tampil menjelaskannya kepada umum.

Bagi Tamrin, jika asal usul dan keturunan sendiri pun sentiasa diragui, bagaimana Tengku Adnan sebagai pemimpin dapat meyakinkan orangramai tentang setiap butir kata-kata dan tindakannya? ~ Shahbudin



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...