Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


'Kita Semua Akan Pergi, Akhirnya' - Tun Mahathir (Video Inside)

Posted: 15 Mar 2016 07:26 AM PDT


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menitiskan air mata semasa ditemu bual dalam rancangan bual bicara 'Satu Jam Lebih Dekat' terbitan TV ONE Indonesia.

Beliau sebak sebaik sahaja ditanya mengenai keakraban hubungan beliau bersama bekas Presiden Indonesia, Suharto, sewaktu memegang tampuk kepimpinan negara suatu masa dahulu.

"Bukan sahaja (hubungan) pemimpin sebuah negara, tetapi sahabat.



"Hubungannya personal, saya anggap dia (Suharto) sebagai abang," kata Dr Mahathir sambil menahan sebak.

Ia merupakan sesuatu yang jarang berlaku kepada bekas perdana menteri itu dalam mana-mana temu bual bersama media, baik media tempatan mahupun antarabangsa.

Dalam pada itu, Dr Mahathir sempat menyatakan bahawa setiap manusia juga harus menerima hakikat bahawa tiada apa yang kekal dalam dunia ini.

"Kita semua akan pergi, akhirnya.

"Walau seberapa tinggi, ke situ juga. Satu hari nanti, masa saya. Kita terimalah," kata Dr Mahathir sambil tersenyum.

Temu bual selama satu jam itu ditayangkan empat hari lalu di TV ONE dan kemudiannya dimuat naik ke laman Youtube lapor AstroAwani

Ku Nan Kantoi!!.. Kajian Dapati Gelaran ‘Tengku’ Tidak Ada di Acheh

Posted: 15 Mar 2016 12:06 AM PDT


Apa yang kita rakyat Malaysia perlu tahu bagi mengelakkkan terus diperbodohkan oleh SU Agung UMNO itu ialah tidak ada gelaran 'Tengku' di Acheh kerana gelaran itu hanya digunakan di Malaysia.

Yang ada ialah gelaran 'Teungku' dan ia diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam.

Contohnya seorang ulamak yang telah menghafal surah-surah Al Quran, sebagai penghormatan kepada seorang bijak pandai dalam agama.

SU UMNO tu bijak membodek adalah..

Isu kesahihan gelaran Tengku yang diguna Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus menjadi perbincangan dan pertikaian. 
Terbaharu, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang membuat kajian mendapati gelaran Tengku tidak digunapakai di Acheh. 
Presiden GKCM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, Acheh menggunakan gelaran 'Teungku' yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam. 
"Daripada dapatan kami, tidak ada gelaran 'Tengku' di Acheh kerana istilah mengikut ejaaan 'Tengku' hanya terdapat di Malaysia. 
Namun Adnan sendiri seakan mengakui bahawa beliau bukan seorang Tengku yang berasal dari Malaysia. 
"Jika beliau mempunyai darah pahlawan bangsawan dari Acheh, sudah pasti ejaan pada namanya ialah 'Teuku'. 
"Kami mendapati bahawa gelaran Teungku di Acheh adalah atas beberapa sebab. Gelaran Teungku di Acheh diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 
Jelas Kamarul lagi, gelaran ini selalunya diberikan kepada seorang ulama yang telah menghafal al- Quran dan gelaran ini merupakan penghormatan kepada seorang bijak pandai dalam agama. 
"Tetapi Adnan bukanlah seorang ulama. Jadi beliau tidaklah layak diberi gelaran 'Teungku'. Gelaran 'Teungku' tidak boleh diturunkan kepada seorang anak atau keturunan kerana ia bukan gelaran keturunan," kata beliau. 
Mengulas lanjut, GKCM menyeru agar Tengku Adnan berbalik kepada tuhan bahawa semua pihak menumpang di bumi Allah. 
"Kepada Adnan, GKCM ingin berpesan bahawa baik Tengku, Teungku atau Teuku, kita adalah sama iaitu kejadian Allah yang menumpang di bumi-Nya. Asalkan kita tidak menjadi tukang ampu sudahlah," ujar beliau ~ FMT

Umum tahu bahawa Tan Sri P Ramlee seniman agung Malaysia berasal dari Acheh dan nama sebenarnya ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh tapi beliau tak banggapun dengan gelaran 'Teuku' yang dia ada tu..

Tapi pemimpin UMNO sorang ni.. tak ada gelaranpun letak gelaran sebab mahu macai hormat dia.. kah.. kah.. kah..



Pecat?.. Mahathir Dah Bertahun Letak Jawatan Dari Petronas Laaa..

Posted: 14 Mar 2016 08:23 PM PDT


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini diumumkan telah ditamatkan khidmatnya sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mendakwa telah bertahun melepaskan jawatan tersebut.

Namun, menurutnya, Petronas menolak peletakan jawatannya dan elaun yang telah dikembalikan.

"Mereka (Petronas) masih mahu membayar elaun bulanan ke akaun saya. Saya telah meletakkan jawatan kerana saya fikir saya tidak patut menjadi penasihat yang tidak menasihat dan dibayar tanpa berbuat apa-apa," katanya melalui catatan terbaharu di blognya, hari ini

2. Actually I had resigned from Petronas quite some time ago. But Petronas refused to accept my resignation or the allowance which I sent back. They insisted on putting into my account my monthly allowance. I resigned then because I did not think I should be a non-advising adviser and being paid for doing nothing. 
3. Now Najib's supporters want to have me sacked from Proton and the Perdana Leadership Foundation (PLF). These two do not belong to the Government. But of course that is a minor obstacle for a Government which can charge anyone under a law to curb terrorism. Nasty things can be done, like threatening to bankrupt Proton or harassing the people who set up PLF so that I would be thrown out. This is of course entirely democratic. 
Please continue yours reading HERE

Jumaat lalu, Kabinet bersetuju menamatkan pelantikan Tun Mahathir sebagai penasihat Petronas dan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, disebabkan beliau tidak lagi menyokong kerajaan,

Kabinet berpendapat beliau tidak sepatutnya memegang jawatan yang berkaitan dengan kerajaan. 

Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahukan pula beliau dipecat dari Proton dan Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF).

"Tetapi itu sudah pasti dianggap halangan kecil kepada kerajaan," katanya lapor Sinar



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...